Saturday, January 13, 2007

Jelingan Sepintas Lalu (1)

Sebelum ini saya pernah membuat komentar tentang rancangan Dollah dan Menantunya untuk menjual sebahagian dari bumi Johor kepada Singapura (yang terbaru, mengikut spekulasi Tun Dr Mahathir, Israel pun boleh beli). Dalam komentar itu saya sebenarnya cuba menghubungkaitkan moraliti perbuatan tersebut dengan perkembangan terbaru moraliti di kalangan remaja perempuan. Lantaran, gambar utama komentar tersebut ialah adegan cumbu sepasang murid perempuan sekolah rendah di Singapura.

Yang mana pada pendapat saya, persamaan di antara kedua-dua perbuatan Dollah & Menantunya, dengan eksperimentasi seks di kalangan sesetengah remaja perempuan kini, adalah berpunca dari pertimbangan tidak matang, berfikiran singkat, dan reaksi tidak tahu apa nak buat dengan penemuan baru satu rasa “berkuasa.”

Malangnya gambar itu telah disalah-ertikan oleh sesetengah pelawat blog ini yang menyindir bahawa saya cuba mempromosikan pornografi. Nauzubillah, itu bukan maksud saya. Dan sebagaimana lazim, dasar saya ialah tidak bertelagah dengan pembaca saya. Maka saya diamkan diri. Bagi saya, itu semua dilonggokkan sebagai perbezaan pendapat yang timbul akibat bingkai rujukan/maklumat yang berlainan.

Apapun, saya sememangnya sudah boleh agak bahawa sindrom eksperimtasi seks songsang yang sudah lama popular di kalangan remaja perempuan sesetengah negara akan menular ke Malaysia, lambat laun. Dan berita dari The STAR di atas telah menjustifikasi sangkaan saya.

Apa lagi kejutan yang akan kita saksikan dalam era Dollah & Menantunya memerintah Malaysia ini? Era Islam Hadhari.

2 comments:

Anonymous said...

tumpang tanya- budak sekolah rendah mana tu?.. nak tahu jugak nama sekolah tu...

bab pekerja malaysia dihina oleh pihak imigresen tu, aku rasa berita tu banyak nasik tambah, realiti tak macam gitu, majikan singapura ok, pekerja malaysia pun ok.. yg tak ok, orang tak masih duduk bawah tempurung.. terima kasih

~ANS

Anonymous said...

budak yang dalam kelas tu dah tahu dah kat mana.yang dalam bus tu aku rasa teruk benar org melayu ni.