Monday, September 17, 2007

Sahih: Anwar Ibrahim Bertanding di Tanah Merah

Laksana terkejutnya seorang amah (babu/pembantu rumah) bila majikannya tanpa isyarat tiba-tiba meluahkan pendaman rasa kasih yang menjulang; begitulah terkejutnya warga Jajahan Tanah Merah, Kelantan, kelmarin bila Perdana Menteri boneka mengumumkan kerajaan pusat akan membelanjakan RM378 juta membangunkan daerah itu [1].

Berita ini sekaligus mengesahkan khabar angin yang tersebar deras di Kelantan dalam tempoh seminggu dua ini, bahawa PAS Kelantan telah merestui Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen Tanah Merah dalam PRU ke 12 kelak.

Jika kedua-dua proposisi (premis penaakulan) di atas ternyata benar dan berhubungkait, satu rumusan besar boleh dibuat – PRU ke 12 akan diadakan selepas April 2008, yakni selepas tamat tempoh larangan Anwar Ibrahim bertanding dalam sesuatu pilihan raya. (Selain dari membayangkan kemelut peralihan kuasa politik Sarawak masih belum terungkai [2]).

Dalam perkembangan yang sama, Perdana Menteri boneka juga telah singgah berkempen di Jajahan Machang [3], di mana khabarnya Saifudin Nasution bekas wakil parlimen Lunas telah disahkan akan bertanding dalam PRU ke 12 kelak di atas tiket PAS.

Implikasi terbesar berita ialah, Khairi Jamaluddin menantu merangkap Perdana Menteri Malaysia sebenar, gerun akan kebolehan Saifudin Nasution berpolitik dan prospek bertembung dengan kakah (slanga Kelantan = watak) itu dalam parlimen.

No comments: