Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Hijrah 1429

dari saya
Rudin X
serta Keluarga

Buang Kerja: Notis Tiga Bulan

Pak Lah ... Pak Lah ... tak kesian, nak kesian ... tapi kalau kesian, lain pulak jadinya ...

Penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke bulan Mac 2009 – tiga bulan – selepas tarikh asalnya dijadualkan pada pertengahan bulan Disember 2008, bolehlah dilihat sebagai ‘tempoh ehsan’ kepada karektor-karektor yang bakal dipelantingkan keluar dari jawatan-jawatan tinggi dalam UMNO.

Tempoh ehsan tiga bulan bagi kaki tangan yang diberhentikan kerja adalah satu amalan rutin bagi badan-badan korporat di seluruh dunia. Ganti kepada notis tiga bulan ialah majikan membayar gaji tiga bulan dengan kaki tangan diberhentikan serta merta.

Sangkanya Panas Hingga Ke Petang

Sebelum ‘pemberontakan senyap’ yang berlaku dalam tempoh seminggu-dua kebelakangan ini di kalangan pasukan pengurusan, saya tidak jangka ada pihak yang terfikir -- termasuklah Pak Lah dan Menantunya sendiri -- bahawa pemegang pemegang saham (koperasi) UMNO (Bhd) akan mengambil sikap tegar, sanggup membuang Pak Lah dari jawatan ketua eksekutif yang disandangnya. Ini kerana tidak lama sebelum ini Majlis Tertinggi UMNO telah pun bersetuju menyambung kontrak perkhidmatan Pak Lah selama dua tahun ke tahun 2010.

Seperti gelagat biasa yang Pak Lah tunjukan dalam tempoh lima tahun menerajui Malaysia, dalam banyak isu kepentingan masyarakat, bila ditanya wartawan Pak Lah akan berlakun bagak dan tinggi, mahu tunjuk dia punyai kawalan mutlak ke atas isu. Tidak terkecuali kali ini.

Bila ditanya wartawan samada beliau akan mengundur diri secara aman lagi sukarela, Pak Lah jawab bahawa hanya dia yang boleh tentukan kemungkinan itu. Jawapan itu adalah cukup tidak cerdik (seperti biasa).

Gelecek Yang Tidak Menjadi

Saya merumuskan sebegini setelah mengambil kira bahawa hajat sebenar Pak Lah di pagi Jumaat September 26 (kelmarin) ialah supaya MT UMNO bersetuju untuk menangguhkan bukan setakat PAU, tetapi sekaligus Mesyuarat Perwakilan 191 Bahagian UMNO yang dijadualkan berlangsung dari Oktober 9 hingga November 9, 2008. Yang malangnya bagi Pak Lah, rintihan yang ini telah tidak dilayan oleh Najib Tun Razak dan lain-lain ahli MT yang berpengaruh.

Bolehkah Pak Lah dapat 14 pencalonan dari Kelantan? 13 dari Pulau Pinang?

Saya berpendapat pemilihan presiden, timbalan, naib, dan ahli-ahli MT yang menjadi kemuncak PAU kali ini adalah tidak lebih dari buah cherry merah dan icing di atas kek. 90% dari (ramuan) keputusan sebenar akan dibuat (digaul, dibancuh) dan diumumkan semasa Mesyuarat Perwakilan 191 Bahagian UMNO. Hakikat ini akan boleh dilihat jelas dari pola pencalonan yang diputuskan.

Tipu Diri Sendiri?

Justeru, tarikh PAU itu boleh dianjak sesuka hati, anjaklah semahunya, tetapi keputusan sebenar siapa presiden, timbalan, naib dan ahli majlis tertinggi UMNO akan terpahat pada tengah malam November 9, 2008.

Mana-mana penyandang jawatan yang menawarkan diri bertanding tetapi gagal mendapatkan kuota pencalonan yang mencukupi, bolehlah menganggap diri mereka sudah dijatuhkan hukuman mati (kerjaya politik).

Bermula dari tarikh itu, hinggalah ke tarikh PAU, mereka-mereka itu adalah tidak ubah seperti bangkai berjalan. Lagi lambat dikebumikan, lagi membusuklah bangkai itu di hidung masyarakat. Semulajadinya akan dihina masyarakat, tanpa mengira jawatan dalam kerajaan.

Melayu Bangsa Pemaaf, Bangsa Pengamuk

Kedegilan Pak Lah tidak mahu merendah diri dan mengaku kalah secara terbuka, sebaliknya berdolak dalih tentang tarikh perletakan jawatan, malah keengganan beliau berterus terang samada mahu pertahankan jawatan atau sebaliknya, hanya akan melipat gandakan marah dan azam grass root (akar umbi) UMNO untuk menyingkir beliau di peringkat pencalonan.

Jika sebelum ini ada 30-40 bahagian yang mungkin ‘masuk hati’ dengan ‘aura dan kemurahan hati’ Pak Lah, sikap berdolak dalih yang beliau pamerkan mungkin boleh menyebabkan sokongan itu terhakis ke tahap 15-20 bahagian saja.

Si Kudung Yang Tamakkan Cincin

Ini kerana dan lebih-lebih lagi, sebagai satu-satunya manusia dalam negara yang ada kuasa mutlak untuk mengarahkan bagaimana RM440 billion rizab antarabangsa Malaysia itu digunakan – atau dalam kata lain lelaki paling berkuasa di kalangan 26 juta umat Malaysia -- apa juga jawapan yang teragak-agak, mambau dan tidak tegas yang keluar dari mulut Pak Lah adalah cerminan kepada hakikat impotensi -- mati pucuk -- zahir dan batin yang tidak boleh diubati lagi.

ps/

Mengikut jadual UMNO, sepak mula mensyuarat perwakilan bahagian akan dibuat oleh UMNO Bahagian Tenggara, Johor (10 Oktober). Pak Lah tidak boleh terlalu yakin Hishamuddin Tun Hussein selaku ketua bahagian akan dapat mencalonkan beliau sebagai presiden. Dan kalau dicalonkan sekalipun, Pak Lah tidak boleh mengharapkan pencalonan itu menjadi momentum dan petunjuk kepada bahagian-bahagian lain. Ini kerana, selepas Tenggara, UMNO Bahagian Pagoh yang diketuai Muhyiddin Yassin akan bermesyuarat (12 Oktober). Keputusan mensyuarat yang ini mungkin akan menjadi momentum …

Thursday, September 25, 2008

Harga Petrol: Muka Seposen Regim Pak Lah

Kadang-kadang saya ragu akan kelayakan pakar-pakar ekonomi Malaysia sekarang. Nampak sangat macam mereka tidak mahir dengan istilah dan konsep asas ekonomi seperti prices are 'sticky downward' -- harga barangan melekit nak turun. Fenomena ini adalah cerminan sifat manusia; siapakah yang rela diturunkan untung (gaji) selepas mengecap kenaikkan? Kenaikkan harga barangan adalah persis metafora jin ifrit mata satu yang dilepaskan dari botol. Sekali terlepas sukar hendak kembali semula ke tempat asal. Maka itu ada baiknya jika kerajaan selepas ini ambil iktibar dari episod ini dan jangan pandai-pandai buat eksperimentasi bingai dengan kenaikkan harga barangan. Kesannya menyesal tak sudah. Dalam banyak hal insentif kewangan adalah tidak mencukupi untuk mengawal gelagat manusia. Tindakan undang-undang adalah mandatori.

Penurunan sepuluh (10) sen harga petrol yang berkuat kuasa hari ini, dicampur dengan penurunan 15 sen semasa kemuncak kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu, menjadikan jumlah ‘besar’ penurunan harga petrol hingga kini 25 sen.

Sekali imbas penurunan ini nampak masih lagi short, atau kurang 53 sen berbanding kenaikkan 78 sen dipertengahan tahun.

Justeru, sebagai rakyat kita rasakan kita mesti tuntut regim Pak Lah supaya mengembalikan baki yang selebihnya (53 sen) supaya harga petrol kembali ke paras asal RM1.92 seliter.

Tetapi sebelum pembaca menyingsing lengan baju, izin saya ingatkan bahawa pertimbangan dalam hal turun-naik harga runcit petrol dalam negara adalah tidak semudah ‘regim Pak lah akan akur bila didesak’.

Sebermula, penurunan 25 sen yang kita ‘nikmati’ kini sebenarnya sudah pun lebih satu (1) sen dari jumlah subsidi 24 sen seliter yang diberi kerajaan Barisan Nasional sejak zaman antah berantah lagi. (Baiknya hati Pak Lah, kan? Di tambahnya pula subsidi pada kadar satu sen).

Berasaskan fakta ini maka secara tersirat Khairy si-Menantu, petualang yang beria-ia mahukan penghapusan subsidi petrol, sebenarnya telah menempelak rakyat Malaysia – kamu beruk-beruk sudah tidak boleh tuntut apa-apa subsidi lagi, aku dah arah Pak Mertua aku kembalikan subsidi petrol seperti sedia kala. Apa korang mahu lagi?

Dan bila muka depan akhbar menyiarkan hujah itu dalam tempoh dua-tiga hari yang mendatang, kita semua pun akan terkedu, tergigit lidah.

Terlumpuhlah tindakan kita? Tidak semestinya. Sebaliknya kita rakyat patut tuntut supaya satu suruhan jaya di raja dibentuk untuk menentukan secara telus kaedah bagaimana regim Pak Lah menetapkan harga runcit petrol.

Ini kerana dari meneliti penjelasan masa lepas yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (rujuk di sini), saya dapati wujud satu ‘kejanggalan’ besar tentang kos bahan mentah (minyak mentah?).

Sebagai contoh, regim Pak Lah mendakwa kos bahan (minyak) mentah untuk tahun 2005 ialah 164.21 sen seliter. Yang mana kos ini bila di convert, ditukar kepada harga setong minyak mentah adalah bersamaan dengan kos US$69.61.

Ini nyata satu kejanggalan besar kerana harga purata minyak mentah dunia untuk tahun 2005 ialah US$50.04 setong. Perbezaan 39%.

Kejanggalan ini boleh ditafsirkan dari dua sudut.

  • Pertama, pegawai-pegawai JPM adalah terlalu pasif mempercayai 100% apa juga harga yang diberikan oleh syarikat-syarikat minyak. Atau dalam kata lain, darihal harga minyak mentah, kerajaan telah kena tipu.

  • Kedua, kerajaan sebenarnya tidak kena tipu, sebaliknya menipu. Maksud saya ialah kerajaan hanya berdrama kononnya tidak mengenakan cukai jualan, malah sebaliknya memberi pula subsidi ke atas setiap liter petrol yang dijual; walhal realitinya kerajaan siang-siang sudah rembat cukai minyak yang tinggi, kalau tidak pun telah berkongsi untung dengan syarikat minyak di tahap transaksi/manipulasi harga minyak mentah.

Objektiknya saya tidak boleh agak apa sebenarnya regim Pak Lah buat dengan harga minyak mentah yang dijadikan asas perkiraan harga runcit petrol. Dari segi sentimen, kecenderongan saya ialah menuduh regim Pak Lah menipu.

Mungkin penyudah yang saksama bagi merungkai misteri ini ialah melalui penubuhan sebuah suruhan jaya di raja mengkaji kaedah yang kini digunapakai dan memperakukan kaedah yang seeloknya untuk menentukan harga runcit petrol.

ps.

A simple simulation of the theoretical price given prevailing exchange rate, world crude oil price, refinery and retailing charges adjusted for inflation at the rate of 9% over those of 2005, suggest that without sales tax, petrol should retail at RM2.53 per liter. A cash subsidy or that in-kind of 8.5 sen is required to support the retail price of RM2.45 per liter. I wonder who is paying and who is receiving. But as usual I don’t think Pak Lak’s regime can tell things straight even if they were in the right, and worse yet if they are unsure.

Wednesday, September 24, 2008

Pemilihan Kepimpinan: Antara UMNO & Amerika Syarikat

Jika tidak pun iradat Tuhan, suara rakyat adalah suara keramat. Suara rakyat kini bersama Muhyiddin.

Dari segi zat (substance) dan pendekatan, manfaatnya mungkin besar jika puak-puak yang bertarung dalam pemilihan UMNO 2008 belajar dan mengambil iktibar dari proses dan mesej pilihan raya presiden Amerikat Syarikat (AS) 2008.

Politik AS Penuh Mesej Tersirat

Lumba merebut kerusi presiden AS – tampuk kuasa dunia -- antara parti Democrat dengan parti Republican tahun ini telah menyaksikan penampilan calon-calon yang berwarna warni; baik dari segi sejarah hidup peribadi, progresi kerjaya politik, mahupun keunikan karektor dan falsafah.

Parti Democrat mempertaruhkan gandingan Barack Obama (calon presiden) dan Joseph Biden (calon naib presiden); manakala parti Republican memperjudikan John McCain (calon presiden) dan Sarah Palin (naib presiden).

Perlumbaan ke kerusi presiden AS kali ini menonjolkan satu aspek yang menakjubkan. Buat pertama kalinya dalam sejarah AS seorang kulit hitam telah berjaya menjadi calon presiden -- yakni berjaya melepasi tembok prejudis dan sentimen perkauman tebal di kalangan puak kulit putih yang menjadi penduduk majoriti AS.

Tetapi bagi saya fenomena itu tidaklah sepenting persamaan mesej tersirat yang dihantar oleh kedua-dua parti melalui gandingan calon yang dilagakan.

  • Ketengahkan/raikan kepentingan minoriti

Dalam kes parti Democrat, pencalonan Barack Obama adalah kemuncak isyarat bahawa masyarakat AS yang sejak tertubuhnya negara itu didominasi budaya kulit putih (juga dipanggil dominasi budaya WASP – White Anglo Saxon Protestant) kini telah berjaya mengatasi prejudis kolektif mereka dengan sanggup menerima seorang kulit hitam sebagai kepala negara.

Di masa yang sama, parti Republican dengan menawarkan Sarah Palin juga telah mengisyaratkan bahawa budaya WASP telah berjaya memecahkan belenggu pemikiran yang selama ini tidak meletak status perempuan setaraf dengan lelaki, apatah boleh menerima perempuan sebagai ketua.

  • Gandingan dua generasi – pengalaman dan tenaga

Satu ciri menarik tentang gandingan calon kedua-dua parti ialah, tidak kira parti mana yang menang, kemungkinan besarnya salah seorang dari gandingan akan mati dalam jawatan. Ini kerana kedua-dua parti telah mempertaruhkan pasangan calon yang mempunyai jarak umur yang ketara.

Joseph Biden (lahir 1942) calon naib presiden parti Democrat kini berumur 66 tahun berbanding dengan calon presiden Barack Obama (lahir 1961) yang berumur 47 tahun.

Untuk parti Republican, calon presiden John McCain (lahir 1936) kini berumur 72 tahun, berbanding Sarah Palin (lahir 1964) calon naib presiden yang berumur 44 tahun.

Idealisme Dalam Politik AS

Jarak umur pasangan calon adalah satu aspek yang ketara. Tetapi apa yang lagi halus dan subliminal ialah isyarat dari kedua-dua parti Republican dan Demokrat bahawa mereka menawarkan pengundi gabungan daya tenaga muda dengan pengalaman dan kematangana combination of youth, experience and wisdom. Yang mana kombinasi ini adalah salah satu dari kedahagaan umat manusia sejak anak-anak Adam a.s., – mahu muda, kuat, sihat, tahan lama, banyak duit, dan sekaligus dengan itu; banyak pengalaman, matang dan seumpamanya.

Jika parti-parti politik AS boleh bermain dengan idealisma dan apa yang manusia kepingin, saya tidak nampak sebab mengapa puak UMNO yang menentang regim Pak Lah tidak boleh berbuat serupa.

Yang Jelas Tentang Politik UMNO

Dewasa ini jelas dan bukan lagi andaian kabur di serambi masjid selepas tarawih, bahawa tidak boleh tidak, dalam menawarkan dirinya sebagai presiden UMNO, Pak Lah akan berganding dengan Najib sebagai calon timbalan presiden.

Percaturan ini ialah untuk memastikan Pak Lah dapat pencalonan yang cukup untuk bertanding, dan Khairy si-Menantu mempunyai harapan untuk bersaing dalam pemilihan Pemuda UMNO.

Ya, saya tahu pendapat saya ini tidak senada dengan hasrat sebilangan besar rakyat Malaysia dan khususnya orang-orang UMNO yang ingin melihat gandingan Najib sebagai presiden dengan Muhyiddin sebagai timbalan presiden.

Tetapi bagi saya, perbuatan Najib mencabar Pak Lah adalah satu kemustahilan.

Kerana setahu saya, mengikut apa yang digossipkan sejak tahun 2005 lagi, yakni setahun sebelum kes Altantunya si-Mongolia meletup, Khairy si-Menantu telah pun memeras ugut kesetiaan Najib dengan mengemukakan bukti kepada beberapa kes silap-tadbir Najib.

Najib Korban Pertembungan Dalaman UMNO

Kini Najib tersepit dan tercekik. Telan mati emak – kerana Khairy sudah ugut. Luah mati bapa – kerana Tun Mahathir juga pun ugut, akan mendedahkan pekung Najib jika enggan menari rentak yang dikehendaki.

Dalam kes ini, pilihan terbaik Najib ialah untuk menarik diri dari politik Malaysia keseluruhannya. Kaya dah kaya, harta makan tidak habis untuk tiga-empat generasi. Apa lagi yang mahu?

Maka tinggallah Muhyiddin dengan akar umbi UMNO yang tidak mahukan Pak Lah yang pada masa yang sama nampak disorganise, tidak tersusun jurus penentangan-nya.  Nampak masih meraba taktik dan strategi.

Model Politik AS Untuk UMNO

Jalan keluar dari kebuntuan ini ialah dengan meniru pendekatan politik AS. Untuk musim ini, Muhyiddin ambil dulu Tengku Razaleigh sebagai calon presiden UMNO dengan dia sendiri sebagai timbalan.  Untuk menjayakan strategi ini UMNO harus berani runtuhkan apa juga tembok prejudis yang wujud terhadap Ku Li.  (Jika parti-parti politik AS boleh atasi prejudis mereka, saya tidak nampak sebab mengapa UMNO tidak boleh berbuat serupa.  Semuanya soal hati dan azam.) 

Bentuklah satu tim bersama Mukhriz di sayap Pemuda UMNO dan promosikan satu jenama perjuangan, katakan: Idealisme, Tenaga Muda dan Kematangan. Yang mana Idealisme ialah kata kod bagi Mukhriz: Tenaga Muda = Muhyiddin; dan Kematangan = Ku Li.

Insya Allah, gandingan Ku Li-Muhyiddin-Mukhriz akan dapat menumpaskan apa juga tim kerepot yang Pak Lah, Khairy dan Annuar Musa SiPenyamun PPRT boleh gembeling.

Jika berkelapangan sila rujuk penulisan yang berkaitan dengan tajuk ini.

Tuesday, September 23, 2008

KEMAS KINI (1): Dua Pilihan Untuk Pak Lah

Dari Utusan Malaysia. Apa yang tidak gila tentang Pak Lah & Kerajaan Tiga Beranaknya?

Dalam penulisan bertajuk Dua Pilihan Untuk Pak Lah -- Anwar atau Najib saya telah membuat saranan berikut:

Anwar adalah pilihan terbaik untuk Pak Lah. Berdamailah dengan Anwar dan yakinilah hati budi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya mereka yang dari PAS.

Saranan adalah tidak lebih dari satu reaksi spontan – penaakulan dua minit -- terhadap sms yang berterebangan masuk ke inbox talipon saya sejurus tamatnya mesyuarat MT UMNO pada petang September 18.

Maka itu sederhana terkejutlah saya bila terbaca berita berikut dari mStar.

Selasa September 23, 2008

Pak Lah nafi sudah ada pertemuan dengan Pakatan

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sehingga kini tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Pakatan Rakyat dengan pihaknya bagi membincangkan masa depan politik dan pembentukan kerajaan baru oleh pembangkang.

"Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang-orang Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi 2008 yang kedua di sini.

Seperti biasa dengan hampir semua penafian atau pengesahan akhbar Pak Lah, pembaca boleh yakini bahawa perkara sebaliknya adalah benar.

Berita pembinaan jambatan antara regim Pak Lah dengan Pakatan Rakyat ini bukan saja telah menimbulkan reaksi keras dari barisan penentang Pak Lah dalam UMNO, tetapi telah menarik perhatian positif dunia luar (Rujuk 1; Rujuk 2).

Secara sipi Tengku Razaleigh telah membentak perkembangan ini dengan komen berikut:

Ku Li attacks Abdullah-Najib pact, it 'fools no one'

Sep 23, 08 5:41pm

Former finance minister Tengku Razaleigh Hamzah today attacked Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi for insisting on going through with the power transition pact made with his deputy, Najib Abdul Razak.

Dalam perkembangan selari, Anwar Ibrahim telah pun masuk menghadap pucuk kepimpinan PAS untuk mejelaskan keadaan. Berita tersebut boleh dibaca di sini dan di sini.

Sudilah kiranya membaca penulisan yang berkaitan dengan tajuk ini.

KEMAS KINI (1): Sesudah Pak Lah

Dalam penulisan bertajuk Sesudah Pak Lah: Masihkah UMNO Mahu Muzakarah Dengan PAS? saya telah mengajukan soalan berikut:

Tema besar soalan adalah mudah – di titik itu masih relevankah PAS dalam kelangsung survival UMNO? Dengan soalan-soalan rinci mengambil bentuk:

  • Masihkah UMNO mahu berganding dengan PAS menjayakan agenda Melayu-Islam?
  • Masih mahukah UMNO bermuzakarah dengan PAS?
  • Lunak kah sikap Tun Dr Mahathir terhadap Mustafa Ali? Terhadap Hassan Ali?

Bercakap menjaharkan gerak hati, saya tidak jangka UMNO yang telah pulih ke tahap 80% prestasi normalnya akan terus mengurat PAS.

Apa yang menyebabkan saya berani menyindir sedemikian ialah kerana saya yakin sidang sulit di antara Pak Lah dengan dua-tiga orang pemimpin kanan PAS yang dibrokerkan Mustafa Ali itu adalah tidak lebih dari inisiatif peribadi Pak Lah untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri – bukan keputusan kolektif UMNO untuk berbaik dengan PAS. Cuma selama ini saya tiada bukti empirik, maka terpaksa tuduh sipi-sipi.

Hari ini blogger Datuk Ruhanie Ahmad, seorang pemain penting dalam UMNO Parit Sulong, Johor melalui blognya Kuda Kepang telah mengesahkan kebenaran sangkaan saya.

Saya tidak mahu mengheret polemik ini kepada soal lain. Contohnya kepada soal muqabalah dengan PAS baru-baru ini. Benarkah apa yang dinyatakan oleh Abdullah bahawa dalam muqabalah itu UMNO telah diwakili oleh pihak-pihak tertinggi yang boleh buat keputusan? Tidak benarkah UMNO hanya diwakili oleh Abdullah seorang diri dalam muqabalah berkenaan? Saya harap Muhamad Taib dapat jelaskan perkara ini sebelum ada pihak menuduh pemimpin tertinggi UMNO ini sebagai pembohong!

Tulisan Datuk Ruhanie membayangkan orang UMNO sendiri pun rimas lagi panas dengan inisiatif peribadi Pak Lah yang (seperti biasa) telah membelakangkan suara kolektif UMNO.

Nasib baik ada blogger PAS seperti ~penarik beca yang telah berani mendedahkan kepetualangan Mustafa Ali sehingga berlaku satu perang dingin besar dalam PAS, yang diperingkat individu, telah menyaksikan ~penarik beca dimangsakan oleh kawanan ‘UMNO dalam PAS’ yang dikepalai Mustafa Ali.

Tindakan ikhlas ~penarik beca (setakat ini) juga telah berjaya menyelamatkan seorang pemimpin PAS peringkat nasional dari bermungkinan mati dalam kafir.

Sila baca penulisan yang berkaitan dengan tajuk ini.

Monday, September 22, 2008

Hari Pertama Menteri Kewangan Baru: GAGAL!

Wataallahi, dunia ini kecil tetapi penuh dengan ketidak-sangkaan

Sebagai seorang ahli PAS yang baik, saya sepanjangnya akan bersangka baik dengan sesiapa pun, hatta terhadap Mustafa Ali ejen UMNO dalam PAS yang terang-terangan mahu jual murah PAS kepada Pak Lah.

Sebab itu saya tidak komen panjang lebar tentang pertukaran portfolio antara Najib dengan Pak Lah, walaupun hati saya bergetik mengatakan pertukaran Najib ke Kementerian Kewangan adalah tidak lebih dari satu pertukaran kosmetik.

Dan hari ini Najib membuktikan tekaan saya tepat. Hakikatnya Najib hanyalah budak korus Khairy Menantu Pak Lah. Hari ini Najib menyanyikan lagu dogeng ‘pasaran bebas’ kegemaran Khairy.

Dari Utusan Malaysia

Kata Najib, biarlah kuasa pasaran, yakni kuasa penawaran dan permintaan menentukan nilai pertukaran asing Ringgit. Ini satu statemen yang cukup merbahaya bila dituturkan seorang menteri kewangan, yang mana sekaligus ianya tolol.

Nilai pertukaran matawang sesebuah negara tidak boleh dibiarkan terapung tanpa satu strategi yang jelas. Boleh jahanam ekonomi negara dibuatnya.

Diharap Tun Mahathir sudah buat satu catitan pakai ‘marker’ mata besar dakwat merah bahawa Najib telah engkar arahan tambatkan nilai pertukaran Ringgit, langsung menjadikan dia tidak sesuai untuk jawatan presiden UMNO.

Sebenarnya, tanpa perlu mengikuti satu semester kuliah subjek kewangan antarabangsa atau ekonomi antarabangsa, pembaca pun boleh mendapatkan satu gambaran yang agak tepat tentang nilai teoretis Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat atau matawang negara lain dengan menggunakan apa yang dipanggil Big Mac Index.

Walaupun tidak sempurna, Big Mac Index yang terbentuk hasil membandingkan harga hamburger MacDonald jenis Big Mac di seluruh dunia, telah diguna pakai pengamal kewangan antarabangsa untuk mendapatkan satu ‘ball park figure’ – angka paling hampir – akan sejauh mana nilai semasa sesuatu mata wang itu terlebih atau terkurang nilai berbanding Dolar Amerika Syarikat.

Dalam kes Ringgit, sepanjang tahun 2007 (data sumber percuma), nilainya berbanding Dolar adalah 51% di BAWAH nilai teoretis. Atau dalam kata lain nilai Ringgit sepatutnya berada di tahap US$1 = RM1.71 dan BUKAN US$1 = RM3.41 seperti yang ada kini.

Agak-agak sekarang pembaca boleh faham mengapa negara mengalami inflasi (kalau tidak pun inflasi, rasa mahal bila membeli) khususnya dengan barangan keperluan harian yang di-import seperti gandum, beras, susu dsb?

Punca utamanya ialah nilai pertukaran matawang kita berada di tahap yang salah.  

Contoh, katakan nilai sekilo gandum yang disebut harga dalam Dolar Amerika Syarikat ialah US$1.  Sepatutnya, jika menteri kewangan kita cekap, kita hanya perlu bayar RM1.70 per kilo. Tetapi kerana wujud 'sedikit' kebingaian di pihak menteri yang tidak berani ditegur oleh pegawai kementerian atau Bank Negara, maka tidak pasal-pasal kita rakyat terpaksa bayar dengan harga RM3.41 per kilo.  Buta-buta rugi RM1.71 sen.

Itu satu contoh.  Pembaca hanya perlu darab berapa ribu kali kesilapan yang sama dibuat dengan semua barangan import untuk membayangkan berapa ratus billion ringgit setahun kita rakyat rugi dek kerana manusia-manusia pandir mengurus ekonomi negara.  Dah tu Khairy Menantu Pak Lah bising pasal subsidi petrol yang hanya sekitar RM10 billion setahun. Bagero, lu!

Bagi diri saya dan dari kacamata saya, yang mana pembaca tidak perlu setuju atau percaya, keputusan Najib tentang strategi negara menangani nilai pertukaran asing Ringgit telah menyerlahkan apa masalah sebenar dengan Kementerian Kewangan – Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop.

Si-Mamak ini yang dalam tahun 1992 dulu telah mengakibatkan Bank Negara kerugian hampir US$9 billion bermain forex dengan wang rakyat mungkin selama ini telah berlagak terlalu pandai; dengan pegawai-pegawai Melayu lain di Kementerian Kewangan gerun membantah demi mengejar pangkat, walaupun mereka tahu tindakan Si-Mamak itu silap.

Tukarkan Nor Mohamed Yakcop ke kementerian lain, atau pun lagi afdhal pencenkan saja, dan barulah Najib boleh bebas dari pengaruh “cerdik tidak boleh ikut” dan seterusnya selesaikan banyak masalah negara yang berpunca dari kementerian itu.

Atau lagi mudah, serahkan saja pentadbiran negara secara terhormat kepada Pakatan Rakyat -- tahulah kami orang PAS dan rakan-rakan dari parti lain membetulkan apa yang tertonggeng silap.

Pembayang Coup de’tat: Apa Perlu PGA Kawal Lapangan Terbang?

Dari BERNAMA

Saya ajak pembaca bertanya regim Pak Lah apakah rasionalnya meletakkan Pasukan Gerakan Am PDRM (PGA) untuk mengawal lapangan terbang Malaysia?

To signal a confirmation that Pak Lah’s regime is indeed under siege?

Atau cuma menteri pelancungan mahu buktikan ‘kejantanan’ kementerian itu kepada pelawat Malaysia? Kalau itulah motifnya, suruh aje pengawal keselamatan lapangan terbang botakkan kepala dan pakai unifom taekwando warna merah. Tak boleh ke?

Atau memang Pak Lah sendiri yang mahu bereksperimentasi kaedah main coup de’tat untuk jamin penerusan kuasa?

Diakui saya sudah lama pencen dari menganggotai kelab jet-set – kerap melancung menaiki kapal terbang. Maka itu saya tidak boleh kata dengan yakin apakah negara lain (bukan Dunia Ketiga) pun menempatkan pasukan para-militer (para military) mereka mengawal keselamatan lapangan terbang.

Saya boleh bayang Israel berbuat demikian, tetapi seingatan saya, lapangan terbang Moscow dan Karachi dalam tahun-tahun awal 1980han – semasa kemuncak Perang Dingin -- dulu pun tidak menempatkan pasukan tentera untuk menyambut tetamu dan pelancung.

Malah semasa Indonesia di perintah ABRI (Angkatan Bersentaja Republik Indonesia) dulu pun Presiden Suharto tidak membiarkan tentera berkeliaran di lapangan terbang negara itu.

Tetapi kalau tentera berkeliaran di tempat-tempat awam di Selatan Thailand, di setesyen teksi, bas, keretapi dan kapal terbang, itu saya boleh faham kerana wilayah itu memangnya sedang melalui musim dharurat ganas.

Saya tersangat faham dan setuju dengan penempatan PGA di kawasan sempadan Kelantan-Thailand. Dan saya puji peranan mereka di situ sungguh berkesan. Tetapi sepengalaman saya tidak pernah saya lihat orang cuba seludup lembu, kambing, sayur, atau beras menggunakan kapal terbang.

Seperkara lagi, mengapa mula di Sarawak? Sengaja mahu sahkan bahawa ramai ahli parlimen yang bakal menyeberang ke Pakatan Rakyat itu dari Sarawak? Mahu gertak? Kena sumpit nanti, baru tahu.

  • UMNO Pun Terfikir Untuk Berdemonstrasi

Dalam perkembangan yang lain, blog Another Brick in the Wall memberitakan puak UMNO fraksi Tun Mahathir berhajat mengadakan satu demonstrasi raksaksa menuntut Pak Lah turun tahta.

Mengikut pemilik blog, untuk tujuan tersebut Tan Sri Sanusi Junid telah pun mengutus sms kerahaan mobilisasi yang malangnya, sms nampak sedikit cacat kerana tidak nyatakan tarikh bila penerima diminta berkumpul. (Agaknya Tan Sri Sanusi mengarang sms pada hari beliau tidak bangun bersahor).

Asm. Wbt. Kepada seluruh anggota masyarakat Melayu di Malaysia. Dengan hormatnya dimaklumkan mengenai adanya rancangan mengadakan rapat raksaksa di Kuala Lumpur untuk mendesak PM yang ada sekarang supaya cepat berhenti. Mohon sokongan semua anggota masyarakat Melayu yang cintakan agama, bangsa dan tanahair. Mesej dari TS Sanusi Junid.

Bacaan sepintas lalu saya mengatakan sms adalah karangan bebudak PEKIDA dari kelas penarik kereta atau mereka-mereka yang juga dari kelas 'ada masalah dengan polis' atas sebab-sebab lain. Tetapi tidak tahulah, mungkin memang sungguh Sanusi Junid yang mulakan sms.

Apapun, sama samalah kita saksikan penyudah Hikayat Pak Lah Kerajaan Tiga Beranak ini. Plotnya semakin menebal, dengan adegan-adegannya semakin panas serta penuh suspens.

Selamat berbuka puasa.

Sunday, September 21, 2008

Mentaliti Terkepung Regim Pak Lah

Percubaan ‘korner baring’ Ketua Penerangan UMNO seperti di lapor Utusan Malaysia

Siege mentalitimentaliti terkepung – perasaan diri tidak berdaya, merasa diri dimangsakan, mudah latah dan kecenderungan melenting tidak kena tempat; itulah sindrom yang menyelubungi regim Pak Lah sejak petang September 18.

Reaksi nendang sa’kor (slanga Kelantan bagi ‘penendang pusaka’ yang merujuk kepada tendangan atau rontaan terakhir sebelum mati seekor lembu atau kerbau yang disembelih) bentara-bentara regim Pak Lah adalah sesuatu yang natural, dialukan, malah janggal jika tidak berlaku.

Desperado sakan Mustafa Ali membentengi Pak Lah. Sampaikan HARAKAH jadikan penulisan blog sumber scoop. Pengsan juga PAS nampaknya diputar Mustafa.

Hati Pak Lah mungkin lega bila orang-orang kepercayaannya memberitahu 100 bahagian UMNO akan memberi sokongan, tetapi di masa yang sama adakah pendokong Pak Lah yang lain boleh tidur nyenyak? Khususnya Muhammad Taib, panglima turus UMNO di Selangor yang telah di tempelak oleh 19 dari 22 bahagian UMNO Selangor yang terang-terangan menolak Pak Lah?

Perbuatan Muhammad Taib menyalahkan blog dan media internet sebagai punca persepsi buruk rakyat dan pemerhati asing terhadap regim Pak Lah adalah satu perbuatan melepaskan tengkok kelas IQ penagih air daun ketum.

Sedutan laporan BERNAMA

Hakikatnya blog dan media internet boleh pusing cerita seligat yang mahu, tetapi jika jentera penerangan UMNO/BN itu tidak lumpuh, tidak makan gaji buta, semulanya layak menyandang jawatan, telah memainkan peranan mereka menangkis ‘dakyah’ -- tidaklah berwibawa cerita-cerita separa karut dan spekulasi mabuk tentang regim Pak Lah.

Ini tidak begitu. Habis segala Abdul, Mutu dan Ah Keong yang tahu buat blog (termasuklah saya yang cuba-cuba asah bakat berkarya fiksyen sambil menunggu berbuka atau sahur), pun nampaknya boleh jadi penganalisis maklumat setaraf wartawan CNN atau BBC.

Diberi setakat itu saja ketangkasan hulubalang-hulubalang Pak Lah menangkis serangan, adakah menjadi satu kehairanan jika umum meragui keupayaan regim Pak Lah bertahan lama?

Sesudah Pak Lah: Masihkah UMNO Mahu Muzakarah Dengan PAS?

Untung sabut timbul ...

Rata-ratanya warga Malaysia yang prihatin akan perkembangan politik negara bersependapat bahawa Pak Lah akan letak jawatan secara terhormat pada bila-bila masa sebelum tanggal 10, Oktober 2008.

Dan kalau meronta pun dia, paling lewat di penghujung bulan Disember selepas Perhimpunan Agung UMNO, Pak Lah tetap akan jadi sejarah.

Sesudah itu apa yang saya fikirkan patut untuk dibayangkan ialah Tun Dr Mahathir akan menganggotai tim penguasa UMNO yang baru, terbabit baik secara langsung mahupun secara remote control.

Bentuk penglibatan Tun Dr Mahathir itu tidak penting – samada dilantik Menteri Mentor dan/atau pengerusi Majlis Penasihat UMNO -- tetapi apa yang lebih penting ialah bermula dari titik itu pengaruh beliau akan secara dominan mewarnai semula falsafah, keputusan dan tindakan UMNO.

Sehubungan, satu soalan yang wajar ditanya ialah, apakah sikap UMNO terhadap PAS di kala itu?

Tema besar soalan adalah mudah – di titik itu masih relevankah PAS dalam kelangsung survival UMNO? Dengan soalan-soalan rinci mengambil bentuk:

  • Masihkah UMNO mahu berganding dengan PAS menjayakan agenda Melayu-Islam?
  • Masih mahukah UMNO bermuzakarah dengan PAS?
  • Lunak kah sikap Tun Dr Mahathir terhadap Mustafa Ali? Terhadap Hassan Ali?

Bercakap menjaharkan gerak hati, saya tidak jangka UMNO yang telah pulih ke tahap 80% prestasi normalnya akan terus mengurat PAS.

Namun, kerana Tun Dr Mahathir itu adalah seorang yang unpredictable, besar juga kemungkinan beliau akan menyentap peluang untuk mengeksploitasi kenaifan fraksi ‘UMNO dalam PAS,’ di mana ego dan nafsu Mustafa Ali yang mahukan jawatan besar itu akan dibelai dan diusap, demi memastikan PAS sepanjangnya berantakkan hingga ke musim PRU ke-13.

Adegan kemuncak dalam senario ini ialah UMNO mengarahkan agensi-agensi perisikan negara menolong fraksi UMNO dalam PAS pimpinan Mustafa Ali mengenyah keluar fraksi Erdogan dari PAS semasa muktamar pemilihan PAS tahun depan.

Senario mana pun yang menjadi realiti, apa yang saya nampak sebagai penyudah yang logikal ialah PAS Kelantan tumbang dalam PRU ke-13. Dengan Selangor, Perak dan Kedah mengharungi nasib yang sama dilalui PAS Terengganu dalam tahun 2004.

Kecuali, Anwar Ibrahim dapat memintas kebangkitan UMNO menyingkir Pak Lah.

Friday, September 19, 2008

Wawasan Pengurusan Ekonomi Perdana Menteri Baru: Anwar Dah Jelas, Najib Bagaimana?

Lihatlah dari sisi mana sekalipun, usaha salin tukar yang dibuat MT UMNO kelmarin adalah jawapan jelas UMNO kepada Gerakan September 16 yang Anwar Ibrahim sedang pandu.

Agaknya, tanpa Gerakan September 16 yang tidak boleh disangsikan lagi sedang pesat mara, umat UMNO akan masih lagi dibuai mimpi – semua baik adanya, bisnes seperti biasa, dan esok masih ada.

Tetapi Gerakan September 16 nampaknya telah mengejutkan UMNO dari khayalan, dan kalutlah UMNO bertindak.

Dinilai dari sudut ini, jelas Gerakan September 16 telah berjaya mencapai setengah dari matlamat besarnya – memastikan berlakunya pertukaran perdana menteri.

Kendati, matlamat setengah lagi, yakni menyaksikan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri yang baru nampaknya masih lagi dalam proses mendaki yang tidak mudah.

Lebih-lebih lagi kini bila UMNO itu sendiri – bukan setakat Pak Lah dan anak beranaknya -- sudah mula bangkit menghalang.

  • Percaturan Najib tepat
Saya dapati tindakan Najib merampas jawatan Menteri Kewangan dari Pak Lah itu tepat. Kerana kementerian itulah sebenarnya jantung yang mengepam 'darah' (dana) yang menghidupkan pentadbiran negara.

Tanpa kuasa mengarah tender dan kontrak dikeluarkan, tanpa kuasa mengarah pembayaran jutaan ringgit dibuat kepada kontrak-kontrak yang belum dilaksanakan – apalah sangat daya tarikan Pak Lah sebagai pemimpin di mata ketua-ketua UMNO bahagian?

Tanpa itu semua Pak lah adalah laksana seorang GRO lepas laku, umur melebihi setengah abad, berpakaian sendat terekah jahitan menahan lemak-lemak pejal dari menggelebeh keluar, berbedak tebal, bergincu merah jingga, ‘tengi’ dengan bau minyak wangi cap Himalaya.

Tanpa memegang pundi wang ringgit, gelap gelita masa depan Pak Lah untuk memancing pencalonan dari UMNO bahagian.

  • Tukar perdana menteri bukan penyelesaian sepenuhnya

Perlu difahami bahawa pertukaran perdana menteri itu sendiri bukanlah penyelesaian sepenuhnya kepada timbunan masalah yang sedang negara hadapi. Terlalu banyak aspek pentadbiran dan dasar perlu di'angkat enjin,’ di'modified’ hatta dibuang ganti baru.

Paling minima pun, banyak penalaan semula dan ‘balancing’ perlu dibuat kepada aspek-aspek pentadbiran yang hakikinya tidak rosak, tetapi telah lunyai akibat disalah henjut oleh Menantu dan Anak Pak Lah selama hampir lima tahun.

Portfolio Menteri Kewangan adalah pengakalan afdhal untuk Najib memulakan perubahan besar dalam negara demi kepentingan rakyat jelata (bukan setakat kepentingan Universiti Lim Kok Wing saja, tau!).

  • Pendekatan ekonomi Anwar nampak hala tujunya

Sehubungan, rakyat sudah tahu (tetapi tidak semestinya faham sepenuhnya implikasi) apa yang Anwar bakal buat jka beliau diberi peluang.

  1. Tackle what Anwar says is rampant corruption in the Barisan Nasional government.
  2. Abandon an 11.3 billion ringgit high speed broadband link, which is too expensive. Raise cash from public tenders, all of which should be competitive.
  3. All approval permits -- licenses to import cars granted to ethnic Malays (Bumiputras) for a nominal sum which they then sell on for inflated sums to others -- would be auctioned.
  4. Reduce the fuel price after the government hiked it earlier this year, in an effort to cut inflation, stimulate the economy and help the country in its current economic slowdown.
  5. Abandon the New Economic Policy.
  6. Anwar says aid and subsidies must be given to people in need regardless of race and that his proposals would still benefit mostly Malays who are over half the population.
  7. End equity ownership restrictions that were part of the New Economic Policy which Anwar says are "now a barrier to investment". He says moving away from equity limitations at an enterprise level will "stimulate investment and FDI (foreign direct investment)".
  8. Eliminate tariffs and other entry barriers to negotiate free trade agreements with other ASEAN countries, Japan and the EU.
  9. Upgrade education so as to be able to compete with India, China and Singapore.

Kini giliran rakyat mendapat gambaran apa yang UMNO bakal lakukan melalui Najib, yang setanding kalau tidakpun mengatasi manifesto Anwar.

Dua Pilihan Untuk Pak Lah -- Anwar atau Najib

Lah, 10 pencalonan pun you tak akan boleh dapat …

Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara telah meminta Pak Lah letak jawatan. Bertolak dari situ Pak Lah kini hanya ada dua pilihan; satu pilihan tulen dan satu pilihan palsu.

Andaikan, saya yang bukan ahli UMNO, seorang jahil politik yang terperap di Kelantan ini tahu apa mood semasa mensyuarat MT UMNO yang berlangsung pada petang September 18. Demikian itu izin saya perturunkan satu cadangan ikhlas.

Pak Lah mengaku kalah

Menyerah kuasa kepada Najib nampak macam satu pilihan, tetapi sebenarnya bukan. Ia adalah seperti menanda tangani waran hukuman mati untuk Khairy dan Kamaluddin. Dengan menyerahkan kuasa kepada Najib, dijamin kalau tidak pun Najib, orang-orangnya akan pancung dan kuburkan cita-cita politik Khairy, dan empayar perniagaan Kamaluddin akan dicincang lumat.

Muhyiddin menang

Itu belum lagi diambil kira nasib yang bakal menghempap penyokong-penyokong setia Pak Lah di seluruh negara. Seumpamanya, apa akan jadi pada Azalina? Pada Nazri dan karektor-karektor lain yang selama ini menonjol dalam mendokong dan membela Pak Lah?

Mengapa saya berani buat telahan sedemikian? Ada dua sebab.

  • Pertama, menyerah kepada Najib bererti Pak Lah telah kalah mutlak dan terpaksa melutut kepada tuntutan fraksi dalam UMNO yang menyimpan terlalu banyak dendam terhadapnya.

  • Kedua, jika pun semula jadinya Najib itu bukan seorang yang menyimpan dendam, Pak Lah harus ingat bahawa Tun Dr Mahathir yang bakal masuk semula UMNO sebaik saja Pak Lah meletak jawatan, akan himpit rapat dan bernafas di atas batang tengkok Najib untuk memastikan Najib bertindak memuaskan kehendak ‘suara ramai’ dalam UMNO.

The old despot returns

Anwar adalah pilihan terbaik untuk Pak Lah.

Berdamailah dengan Anwar dan yakinilah hati budi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya mereka yang dari PAS. Selama ini mereka mungkin telah menampilkan diri sebagai saingan politik yang garang, tetapi hati budi mereka sebenarnya lembut, kerana mereka lazimnya dipandu al-Quran dan hadith.

Jika Pak Lah tidak yakin dengan pemimpin PR yang lain, Pak Lah pandang sajalah kepada Tuan Guru Nik Aziz. Kenangkan rekod beliau sebagai pemimpin. Pernahkan TG Nik Aziz menganiaya seteru politik yang kalah?

Anwar terhutang budi dengan Pak Lah, itu saya tidak perlu perincikan. Maka itu berkompromilah dengan Anwar. Bincanglah syarat dan terma yang Pak Lah rasa selesa dan selamat, bukan setakat untuk Pak Lah, tetapi juga untuk Khairy dan Kamaluddin. Saya yakin Anwar adalah terlalu bersedia untuk mempertimbang dan memberi ruang.

Pak Lah sudah kesuntukan masa untuk berfikir. Pak Lah perlu bertindak sekarang. Dail saja nombor itu.

Thursday, September 18, 2008

Bullshit By Any Other Name …

If it were on television, then the moving lips tell; elsewhere in the print media, a sophisticated sounding explanation from a government official is definitely it -- bullshit.

That’s the nicest thing I can say about the Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Shahrir Abdul Samad’s statement on the government’s inability to lower the retail price of petrol.

On fuel prices, he said although the world crude oil price dropped to US$92 a barrel today, the American currency was higher against the Malaysian ringgit (USD1 =RM3.50) compared to RM3.20 early this month.

"Besides the drop in the crude oil price, fluctuation in the American currency against the Malaysian currency also affects our decision in determining the new fuel prices," he said.

Contrary to Shahril’s bullshit, the ‘horrible’ truth about the foreign exchange value of a country’s currency, given a ‘reasonable’ economy like Malaysia, is that – within a narrow band, the value is simply a matter of government policy.

The resulting currency regime is called a ‘dirty float’ – one that the Bank Negara has been practising since 1967. Tun Tan Siew Sin started it, and Nor Mohamad Yaakob nearly killed it circa 1992.

I believe in the case of the ringgit, the exchange rate relative to the US Dollar is easily defensible at USD1 = RM3.25, if the government (through the Bank Negara) so desires. Nevertheless, as with all the other blunders and fiascos of this regime, I don’t think Pak Lah’s punk advisors have a clue as to what they are looking at.

Hence, we are all stuck with a petrol price which we can barely afford on a salaryman's income.

DYMM Yang DiPertuan Agong & Majlis Raja-Raja

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong XIII pada 13 Disember 2006. Sumber: Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

Satu perkara yang membuat saya bangga tentang Gerakan September 16 yang dikemudi Ahli Parlimen P44 Datuk Seri Anwar Ibrahim, ialah, dewasa ini rata-ratanya rakyat dari semua kaum telah sedar dan mula melihat betapa pentingnya kedudukan DYMM Yang DiPertuan Agong dalam lanskap politik Malaysia.

Kini nampaknya kedua-dua pihak yang terpisah dan saling menentang dalam arena politik Malaysia semacam mahukan syafaat – simpati dan pertolongan – dari DYMM Yang DiPertuan Agong untuk menjayakan aspirasi politik yang mereka dokong.

Pakatan Rakyat berhajat DYMM Yang DiPertuan Agong berkenan akan usaha mereka membentuk kerajaan baru, manakala pada pertimbangan yang lain, kerajaan Pak Lah berharap agar DYMM Yang DiPertuan Agong bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka.

Saya dapati situasi ini komikal (comical) kerana sebelum ini saya amati rakyat terlalu jarang, tahap tidak memperkatakan langsung, aspek kuasa DYMM Yang DiPertuan Agong dalam aturcara dan halatuju perjalanan politik negara.

Lazimnya jika pun sebarang polemik politik mengungkit kuasa yang lagi tinggi, apa yang akan dirujuk oleh pariah-pariah ini dengan angkuh ialah “parlimen” dan “perlembangaan artikel itu dan ini.”

Kini politikus dan penganalisis politik Malaysia, khusus mereka-mereka yang bukan Melayu sudah kenal siapa DYMM Yang DiPertuan Agong, izin saya tunjukan hakikat bahawa disamping Tuanku DYMM Yang DiPertuan Agong ada lagi satu institusi yang mempunyai kuasa yang lebih besar. Institusi itu ialah Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ianya dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Darihal institusi ini, dari satu sisi -- mohon patek harap diampun – boleh dikatakan bahawa Tuanku DYMM Yang DiPertuan Agong adalah hanya jurucakap kepada konsensus atau kata sepakat (samada formal atau tidak formal) yang dicapai oleh Majlis Raja-Raja tentang sesuatu permasalahan negara yang melibatkan perkenan Tuanku DYMM Yang DiPertuan Agong (contoh, isu memilih perdana menteri).

Atau dalam kata lain, perkenan Tuanku DYMM Yang DiPertuan Agong akan sesuatu isu itu bukanlah keputusan perseorangan, tetapi mencerminkan keputusan kolektif Majlis Raja-Raja.

Ini kerana Artikel 38(6) Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada Majlis Raja-Raja untuk menyingkir Tuanku DYMM Yang DiPertuan Agong jika didapati Tuanku telah bertindak bercanggah dengan hasrat dan keputusan Majlis Raja-Raja.

Oleh itu janganlah kita atau pendokong Gerakan September 16, hatta kepimpinan Pakatan Rakyat, menganggap penyelesaian kepada sesuatu isu kenegaraan itu -- seperti mendapat watikah perlantikan perdana menteri -- semudah membuat temujanji menghadap Tuanku DYMM Yang DiPertuan Agong, atau berarak ke Istana Negara.

Sehubungan, izin saya bertanya kepada strategis dan bijak pandai Pakatan Rakyat: apakah usaha yang tuan-puan sudah buat untuk memastikan sembilan Raja-Raja Melayu telah pun maklum akan perkembangan politik terkini negara?

It is the lobby, stupid!

Wednesday, September 17, 2008

Kickdefella Ditahan Bawah Akta Hasutan

Sebentar tadi sekitar jam 5.30 petang, Kickdefella atau nama sebenarnya Sheih Azidi telah di tahan polis di Kota Bharu untuk disoal siasat di bawah Akta Hasutan.

Sebelum ini, Pak Lah telah menyelar sebagai 'kurang ajar' satu cadangan Kickdefella melalui blog beliau supaya rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik semasa perayaan Hari Merdeka 31 Ogos, sebagai tanda protes tentang keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk kerana disilap urus Pak Lah.

Sekitar minggu terakhir bulan Ogos, dalam usaha membodek Pak Lah, sebuah laman web pro-UMNO telah mencadangkan supaya Kickdefella disiasat dibawah Akta Hasutan.

Antara Soekarno & Haji Hadi Awang -- II

Bendera Belanda

Bendera Indonesia. Mengikut satu versi legenda asal usul bendera ini, Soekarno setelah menawan kota Yokjakarta dari penjajah Belanda, telah mengoyakkan bahagian bawah bendera Belanda yang dikibarkan di kraton (istana) Yokjakarta dan mengisytiharkan bendera 'baru' itu sebagai lambang Indonesia yang merdeka.

  • Kelahiran PAS

PAS yang Malaysia kenal dewasa ini sebagai sebuah parti politik yang diterajui ‘kepimpinan ulamak’ sebenarnya tidaklah sebegini asalnya.

PAS pada penciptaannya adalah dijadikan dari tulang rusuk UMNO!

Ironis, tetapi PAS dilahirkan disuatu mesyuarat di Kepala Batas di rumah Dato’ Ahmad Badawi, salah seorang ahli Biro Hal Ehwal Ugama UMNO – yakni bapa kepada Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah, perdana menteri Malaysia yang rata-ratanya penyokong PAS tersangat benci kini.

Bendera UMNO. Tidak perlu IQ tahap genius untuk meneka apa asal dan di mana induk pemikiran politik Melayu

Di mesyuarat tersebut, Hj Ahmad Fuad selaku ketua biro mencadangkan supaya biro farakah – keluar baris – dari UMNO untuk menyertai presiden UMNO ketika itu, Dato’ Onn Jaafar, yang telah bertindak keluar dari UMNO untuk menubuhkan sebuah parti politik berbilang kaum yang dinamakan Independence of Malaya Party (IMP) -- Parti Kemerdekaan Malaya.

Memulakan tradisi ‘rajuk Johor’ yang kemudiannya dituruti dalam pelbagai versi oleh Tun Ismail, Hussein Onn, Musa Hitam (dan harapnya janganlah pula Muhyiddin Yassin), Dato’ Onn merajuk langsung keluar UMNO setelah cadangannya membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu di tentang oleh partinya sendiri.

Sehubungan peristiwa kelahiran PAS yang dunia kini anggap sebagai parti Islam yang dipimpin ulamak, izin saya mengajak pembaca mengamati satu ironis besar: wajah atau nawaitu yang di bayangkan dalam kepala bapa-bapa pengasas PAS di saat terpancutnya mani politik yang membenih menjadi PAS -- ialah sebuah parti politik berbilang kaum!

Bukan parti ethno-religious centric (berpaksi kaum-ugama) yang ada kini.

Hanya janin PAS membesar tidak jadi begitu, yakni sebuah parti politik berbilang kaum, kerana pengaruh Dr Burhanuddin al-Helmy – Bapa Kesedaran Politik Melayu – dan Haji Abu Bakar Baqir, mursyid Pondok Gunong Semanggul, Perak, yang mahukan parti yang bakal dilahirkan itu memainkan peranan yang lebih besar: mendokong Wawasan Melayu Raya.

Bendera asal PAS yang kadang-kadang diguna silih berganti dengan bendera'hijau bulat putih' membayangkan asal usul PAS

Dalam mencerminkan dokongan akan falsafah 'Melayu Raya,' PAS semasa pertama kali didaftarkan telah menggunakan nama rasmi Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan-Malayan Islamic Association), dengan perlembagaannya membolehkan dwi-keahlian dalam PAS dan UMNO serentak!

Justeru membuat ahli PAS di zaman itu merasakan diri mereka pun UMNO, dan sebaliknya ramai di kalangan ahli UMNO merasakan mereka itu PAS.

Situasi ketidak terpisahan PAS dan UMNO itu bolehlah dibayangkan semirip dengan situasi ‘fana dalam pencarian’ yang kalau dalam puisi genre sufi-tasauf akan dideskripsikan oleh tuturan-tuturan syatahat seumpama – yang dicari dan mencari itu satu; aku adalah engkau, dan engkau adalah aku.

Ini satu realiti yang generasi muda pemimpin dan ahli PAS kini mungkin malu untuk akui, jika pun tahu.

Perlembagaan PAS itu kemudiannya ditukar bila PAS didaftarkan semula di bawah nama Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) untuk membolehkannya bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1955. Penukaran nama rasmi PAS kepada Parti Islam Se-Malaysia dibuat di zaman Asri Muda, presiden kedua PAS, dalam era 1970han.

Bersambung.

Tuesday, September 16, 2008

Antara Soekarno & Haji Hadi Awang -- I


Aha! Hari ini tiada cerita tentang Anwar dan 16 September? Tiada cerita tentang pertelagahan dalaman PAS? Cerita kemajuan usaha jiwa-jiwa progresif dalam UMNO menggulingkan Pak Lah, pun, tiada? Uuuu … blog ini tidak konsonan, tidak seiring dengan rentak semasa!

Ya, kiranya begitulah. Hari ini saya memilih untuk tidak menyertai korus siber mendendangkan lagu-lagu pro-kontra ‘Gerakan September 16’ atau nasyid-nasyid gulingkan Pak Lah.

Sebaliknya hari ini saya ingin berkongsi pemikiran saya tentang isu-isu struktural, yakni isu kerangka batang tubuh PAS dan bagaimana masalah struktural ini telah membataskan kemajuan PAS dalam usahanya menjadi sebuah parti politik yang dominan dalam lanskap politik negara; selama ini, dan di masa hadapan.

Hipotesis saya sehubungan isu-isu struktural ini ialah PAS sejak sekian lama telah dimanipulasi dan dicaturkan oleh UMNO sebegitu rupa: menjadi tidak lebih dari satu badut politik; sehinggakan jika pengundi diajak membuat perbandingan, tidak boleh tidak, rumusannya UMNO itu kelihatan jauh lebih ceria dan jauh lebih cerdik.

Untuk membawa cerita yang kompleks ini, saya mulakan dengan satu tajuk yang sekali imbas nampak dangkal lagi tidak munasabah, tetapi satu yang saya percaya dapat memberikan konteks di mana saya boleh perturunkan istilah-istilah asas tentang politik dan kenegaraan.

Dengan memahami istilah-istilah ini, sekali pun pembaca tidak faham atau tidak setuju sepenuhnya dengan plot besar yang diceritakan, pembaca sekurang-kurangnya akan mampu mendominasi sebarang perbahasan dalam sessi-sessi parlimen kedai kopi.

Ada apa dengan Soekarno?

Bagi ramai pengunjung blog yang berumur 40 tahun ke bawah, nama Achmed Soekarno (lahir Jun 6, 1901 – wafat Jun 21, 1970), Presiden dan Bapa Kemerdekaan Indonesia, mungkin tidak membunyikan apa-apa loceng dalam kepala.

Soekarno yang juga dipanggil rakyatnya dengan nama timangan, Bung Karno, adalah seorang pemimpin yang karismatik lagi berkeupayaan intelek yang tinggi.

Di kemuncak kerjayanya dunia pernah menganggap beliau sebagai gergasi di kalangan pemimpin dunia ketiga, layak berdiri sebaris dengan pemimpin besar lain seperti Gamal Abdel Nasser (Mesir), Pandit Jawaharlal Nehru (India), Josip Broz Tito (Yugoslavia), Mohammad Ali Jinnah (Pakistan), U Nu (Burma), dan Kwame Nkrumah (Ghana).

Diringkaskan cerita, tanggal 2 Oktober 1965 Sukarno telah digulingkan oleh seorang jenderal tentera bernama Soeharto dengan bantuan Amerika Syarikat.

Peritiwa itu berlaku selang tiga hari gagalnya satu pecubaan merampas kuasa oleh satu gugusan pelbagai fraksi politik Indonesia yang dipanggil Gerakan September 30.

Berbeza dengan kerajaan Pak Lah Tiga Beranak yang memerintah negara tanpa satu hampas idealisme atau falsafah kenegaraan (selain dari azam mengkayakan keluarga perdana menteri), Indonesia mengingati Sukarno sebagai pencetus dan pendokong dua ideologi besar kenegaraan: Demokrasi Terpimpin,” dan “Nasakom.”

"Demokrasi terpimpin” adalah satu istilah yang tidak disenangi sebilangan besar pemimpin Indonesia lain yang sezaman Soekarno. Ramai menafsirkannya sebagai “otokrasi terbatas.”

Soekarno sendiri tidak pernah menjelaskan setepatnya maksud demokrasi terpimpin. Tetapi saya boleh bayang jika Soekarno tidak digulingkan, perlaksanaan konsep ini adalah semirip dengan model demokrasi yang Tun Dr Mahathir amalkan sepanjang 22 tahun pemerintahnya.

“Nasakom” ialah akronim bagi tiga ideologi -- NasionalismeAgamaKomunisme – yang masing-masingnya didokong dan diwakili oleh tiga fraksi besar politik Indonesia masa itu: Tentera, Islam politik, dan Parti Komunis Indonesia (PKI).

Walaupun pada zahirnya Nasakom adalah satu percubaan menghidupkan konsep representative democracy – demokrasi yang mewakili semua fraksi secara saksama – tafsiran sejarah kini melihat Sukarno sebagai lebih condong kepada komunisme disebabkan pengaruh D.N. Aidit, setiausaha agung (sekjen) PKI. Kepencungan itu tidak disenangi fraksi-fraksi lain, khususnya fraksi nasionalis yang diwakili tentera.

Kemuncak kepencungan itu ialah Gerakan September 30 yang dilihat sebagai didalangi PKI, yang mana kegagalan gerakan ini mengambil alih pemerintahan Indonesia telah menjadi sebab dan memberi peluang kepada tentera merampas kuasa.

Megawati Soekarnoputri presiden ke enam Indonesia adalah anak Soekarno.

Apa kena mengena Haji Hadi Awang dengan Soekarno?

Penampilan kedua-dua tokoh dizaman muda mereka sebagai seorang demagog (demagogue) keupayaan membangkitkan emosi pendengar melalui pidato -- adalah persamaan yang wujud di antara Haji Hadi Awang dengan Soekarno. Bertolak dari persamaan itu, dari aspek lain, perbezaan di antara keduanya adalah ketara.

Dari segi karisma, jika hidup sezaman sekalipun, Haji Hadi Awang sebagai Presiden parti PAS adalah terpisah langit dan bumi berbanding Soekarno. Berbeza dengan Soekarno yang dikagumi pengikut, Haji Hadi tidaklah dikagumi, sekadar dihormati, sebagai extension – lanjutan – kepada hormat terhadap kerusi presiden parti yang diduduki.

Dari segi ideologi dan falsafah, saya tidak nampak Haji Hadi sebagai pencetus atau pendokong apa-apa idealisme yang istimewa lagi jelas. Dan jika ada satu keistimewaan intelektual tentang Haji Hadi, maka kontroversi yang dicetusnya melalui laungan “membentuk negara Islam” itu mungkin bolehlah dikatakan sebagai keistimewaan beliau. Itu, dan “Amanat Haji Hadi.”

  • Haji Hadi dan retorika ‘Negara Islam’

Saya adalah seorang ahli PAS, atau lebih tepatnya seorang ‘mualaf PAS.’ Diakui saya bukanlah seorang pembaca yang mendalam akan sejarah perjuangan PAS. Maka itu saya jemput pembaca yang lebih alim supaya memberi komen dan input kepada statemen-statemen saya yang selanjutnya.

Bagi saya, retorika “membentuk negara Islam” yang dipopularkan Haji Hadi telah meletakkan PAS dalam satu kedudukan yang sukar dipertahankan dengan yakin.

Ini kerana saya melihat selain Haji Hadi (yang dia sendiri pun nampak kabur), pemimpin-pemimpin PAS yang lain serta kader-kadernya tidak mempunyai satu wawasan yang konkrit – apatah lagi konsensus atau kata sepakat -- tentang apa itu sebenarnya “negara Islam” yang PAS perjuangkan.

Apa tidaknya begitu, sedangkan perlembagaan PAS itu sendiri tidak menyebut tentang penubuhan “negara Islam” sebagai objektifnya.

Sehubungan, kita boleh baca dan tafsir secukup rasa akan wujudnya hasrat menubuhkan satu entiti yang dipanggil “negara Islam” dalam perlembagaan PAS, tetapi harfiahnya, secara literal, perkara ini tiada (sila betulkan jika saya silap).

Dalam aspek ini saya dapati nasib PAS itu malang disebabkan retorika Hj Hadi Awang.

Dunia memahami “negara islam” itu sebagai satu bentuk teokrasi (theocracy) yang dicerminkan oleh dua contoh ekstrim:

(a) Arab Saudi, sebuah monarki di mana raja mempunyai kuasa mutlak, dengan negara ditadbir menggunakan undang-undang syariah, atau apa-apa lain yang ditafsirkan sebagai “undang-undang syariah.”

(b) Iran, yang sekali imbas nampaknya sebuah republik, tetapi sebenarnya adalah sebuah oligarki (oligarchy) yang dikuasai kelompok atau kasta ulamak.

Dalam kata lain, model negara Islam yang ada dalam kepala rakyat Malaysia, khususnya intelektual parti-parti politik selain PAS, ialah pilihan antara monarki (diperintah oleh seorang) atau oligarki (diperintah oleh beberapa orang).

Di mana dalam kedua-dua bentuk negara ini, orang bukan-Islam akan secara otomatis tidak dilayakkan menjadi pemimpin. Bahkan dalam model oligarki Islam, penganut Islam sekalipun tidak semestinya layak jadi pemimpin, kalau orang yang berhajat itu tidak tergolong sebagai “ulamak.” Nyata ini satu paradigma yang sukar diterima naluri manusia yang semahunya inginkan peluang menjadi pemimpin!

  • 'Negara Islam' Haji Hadi lawan Demokrasi Representatif

Maka bertembung dan bersanggahanlah retorika “negara Islam” dengan amalan representative democracy – demokrasi yang mewakili semua kelompok -- yang selama ini diamalkan di Malaysia.

Semenjak merdeka, rakyat Malaysia hanya kenal satu model kenegaraan saja, yakni representative democracy.

Dan dari pengalaman, rakyat mendapati melalui demokrasi versi ini, semua kelompok masyarakat mempunyai tempat dan ruang dalam proses membuat keputusan negara, khususnya, keputusan-keputusan berkaitan pengagihan sumber ekonomi.

Disebabkan pengalaman itu “manis”, maka sebarang usaha untuk menyakinkan rakyat bahawa model-model kenegaraan yang lain seperti “negara Islam,” pun adalah baik, secara otomatis menjadi tugasan yang tersangat sukar.

Kegagalan Haji Hadi Awang dan PAS pimpinannya menjelaskan secara realistik konsep “negara Islam” yang diperjuangkan, serta di mana suara dan kepentingan orang bukan-Islam dalam skema itu, telah menjadikan retorika “negara Islam” satu handicap kepada PAS.

Penghalang besar yang sekaligus bersifat beban yang menarik turun, dan tembok tinggi yang sukar dipanjat, bagi PAS menyakinkan Malaysia bahawa sememangnya “Islam (PAS) itu untuk semua.”

… bersambung.

Monday, September 15, 2008

Terms of Endearment – Terma terma Kasih Sayang

Terms of endearment. Lahabau, kalau di Melaka. Binawe, hampir menyeluruh kalau di Pantai Barat Semenanjung di kalangan generasi muda yang besar membaca majalah Gila-gila. Natang, kalau di Terengganu. Nate, kalau di Kelantan. Adalah terma-terma yang tidak semestinya bermaksud negatif, malah sebaliknya mengisyaratkan keakraban di antara dua penutur.

Perhatikan, walau pun dilaporkan kepada polis, kemungkinan besarnya penggunaan terma-terma kasih sayang ini tidak akan dijadikan kes.

Mustafa Ali: Masuk UMNO Lah, Natang!

Saya setuju 101% jika Mustafa Ali dikenakan tindakan displin. Tetapi sebelum itu Mustafa mesti digantung -- berkuat kuasa serta merta -- dari semua jawatan yang berkaitan dengan Harakah dan kerja-kerja penyiaran PAS.

Fraksi UMNO dalam PAS telah mengkhianati Tuan Guru Dato’ Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.

Belum lagi rasmi isi borang keahlian UMNO kawanan ini sudah ikut perangai UMNO.

Begitulah deskripsi terbaik yang boleh saya buat tentang ‘Fraksi UMNO Dalam PAS’ atau dipanggil ‘Kumpulan UMNOPAS’ yakni kumpulan duri dalam daging PAS yang dikepalai Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sebenarnya, TG Nik Aziz telah pun membuat satu kenyataan media membidas kenyataan Mustafa Ali yang berniat mematahkan semangat rakyat yang ingin melihat perubahan kerajaan pada September 16.

Tetapi kerana Mustafa Ali juga adalah pengerusi lembaga pengarah Harakah, akhbar lidah rasmi PAS, maka kenyataan TG Nik Aziz itu telah di’gelapkan’.

Malah lebih teruk dari itu, fraksi UMNO dalam PAS juga telah ‘mengugut’ kakitangan Harakah yang menyiarkan kenyataan itu dalam blog mereka.

Tu dia pembaca budiman. Kita rakyat yang pro-pembangkang marahkan UMNO bila laman web pro-pembangkang dipintas. Kita marahkan UMNO kerana menyekat siaran berita mengenai pembangkang melalui akhbar arus perdana serta setesyen televisyen dan radio milek negara. Kita sakit hati bila berita tentang pembangkang atau pemimpinnya diputar belitkan.

Dan langsung tidak terlintas pada imajinasi terliar kita yang politikus pembangkang, khususnya dari PAS, pun boleh bersifat persis UMNO bila merasakan kepentingan mereka diancam kebenaran. ‘Kecewa’ atau ‘marah’ adalah perkataan paling lemah untuk membayangkan perasaan hati kita.

Di sini saya perturunkan kenyataan akhbar TG Nik Aziz bertajuk ‘Rakyat Terengganu Salah Pilih Pesuruhjaya' yang telah digelapkan oleh kawanan Mustafa Ali. Kenyataan ini boleh juga dibaca di sini dan di sini.

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

Sunday, September 14, 2008

KEMAS KINI (1): Pemberontakan UMNO Bermula

  • Pertama, ahli UMNO naik emosional melihat nasib zalim yang menimpa Ahmad kerana menuturkan satu ratib sakti yang telah diulang sebut entah berapa jutaan kali dalam sejarah UMNO oleh pemimpin besar dan kecil, berganti generasi.
  • Kedua, ahli UMNO naik emosional melihat Pak Lah melakukan khianat, menghukum anak bangsanya sendiri, demi memuaskan hati dan tuntutan bangsa lain.

Najib Rela Memberontak Dalam Paksa

Dunia mentertawakan kemampuan kerajaan Pak Lah Tiga Beranak membenteras kebangkitan rakyat. Justeru, apa yang Najib atau Muhyiddin harus takutkan? Lawan sajalah. Kot ditahan di bawah ISA sekali pun, paling lama tidak sampai 24 jam. Tidak percaya? Tanya Tan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily.

Kelmarin akhbar internet The Malaysian Insider telah menghebahkan maklumat sulit berikut.

Najib's predicament

Kuala Lumpur, Sept 13 Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is in a dilemma.

If he does not break with the two-year transition plan and move to oust Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, he risks having his dirty linen hung out in public by Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sources told the Malaysian Insider that the ultimatum was given to Najib by the former prime minister at a recent meeting.' In Perlis yesterday, Datuk Mukhriz Mahathir said his father had told Najib to "go against Abdullah or expect to be finished off".

Najib has reason to be concerned. He served under Dr Mahathir for more than two decades and the latter was privy to all his secrets.

Mukhriz memberitahu bapanya Tun Dr Mahathir telah memberi kata dua kepada Najib – lawan Pak Lah atau bersedia ditamatkan riwayat politik.

Tanpa perlu banyak fikir umum dapat menangkap implikasi ugutan tersebut: Najib yang berkhidmat lebih dari dua dekad di bawah Mahathir pastinya mempunyai terlalu banyak onar sulit yang Mahathir telah jilidkan, walaupun mungkin tiada satu dari onar-onar itu yang setanding sensasinya dengan ‘misteri Altantunya.'

Dibuatnya sungguh Tun Dr Mahathir itu tegar meletupkan sedozen-dua rahsia Najib, khususnya rahsia 'pendidikan kokurikulum' Rosmah, Malaysia ini akan menjadi neraka politik dan sosial buat Najib.

Dengan pendedahan The Malaysian Insider itu maka terjawablah dua soalan besar yang membingungkan ramai pemerhati politik Malaysia, termasuk Tuan Guru Nik Aziz.

  • Pertama, persoalan mengapa Tun Dr Mahathir ingin menganggotai semula UMNO. Jawapannya untuk menghalalkan pergerakan bebas beliau di kalangan ahli UMNO di musim pemilihan peringkat bahagian di bulan Oktober kelak.

  • Kedua, kemusykilan mengapa dengan segala beban begasi moral angkara sendiri dan punca Rosmah yang dipikul, Najib sanggup kelihatan derhaka kepada Pak Lah.

Malah sehubungan persoalan kedua, dalam penulisan bertajuk Pemberontakan UMNO Bermula saya merumuskan betapa saya takjub membaca komen TPM Najib tentang ‘pelan peralihan kuasa UMNO’ yang mana sebelum ini, ditolak tepi 3 juta ahli UMNO, hanya Pak Lah dan dia saja yang boleh tentukan.

Berita seputar keangkuhan, dan sikap menjadikan jawatan dalam UMNO itu laksana harta peninggalan emak bapak penyandang boleh di amati dari tajuk-tajuk berita berikut (dari arkib Utusan Malaysia).

Dan sememangnya pun perkara ini tidak disenangi orang-orang besar UMNO. Mendedahkan rahsia di sebalik pelan Pak Lah memanjangkan hayat politiknya, Rais Yatim telah dipetik memperihalkan:

… Rais berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Muhyiddin itu kerana perkara itu pernah dibangkitkan dalam permukiman UMNO Jun lalu.

''Semasa permukiman tempoh hari, saya mewakili kumpulan yang dipengerusikan Muhyiddin yang menyuarakan supaya peralihan kuasa dilakukan pada Disember ini.

''Tapi akhirnya pandangan itu dirombak dan disisipkan dengan perundingan antara dua pemimpin (Abdullah dan Najib)," katanya.

Pendedahan Rais itu boleh dianggap sebagai sepak mula yang merasmikan bulan Ramadhan tahun ini sebagai bermulanya musim melondeh rahsia UMNO yang di bawah tenyehan Pak Lah.

Saturday, September 13, 2008

Husam Musa Sahkan: Pengkhianat Aspirasi Rakyat Dalam PAS Sokong Pak Lah

Ehemm. Nampaknya saya tidak keseorangan dalam membuat beberapa rumusan tentang pola percaturan politik negara – khususnya yang melibatkan kelompok Melayu-Islam. Terdapat juga rupanya pengamal politik liga super-nasional yang sampai kepada rumusan-rumusan yang selari dan senada dengan saya, except that he says it better.

Amati buah fikiran Dato’ Haji Husam Musa, Naib Presiden PAS, merangkap Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Kerajaan Negeri Kelantan, tentang percaturan-percaturan UMNO yang semahunya ingin melibatkan PAS.

Artikel asal YB Dato' Husam bertujuk Lumba Lari Politik Malaysia (Apa-apa berkenaan dengan PAS - hanya sekadar hipotesis) terdapat di sini.

Friday, September 12, 2008

Lumba Lari Politik Malaysia (Apa-apa berkenaan dengan PAS - hanya sekadar hipotesis)

Politik Malaysia dalam perlumbaan - menjatuhkan Abdullah atau menyambung hayatnya.

Abdullah menghadapi dua serangan serentak : dalam UMNO dan di luar.

Anwar menetapkan September atau mana-mana tarikh terdekat untuk bukan sahaja Abdullah dijatuhkan tetapi juga seluruh kerajaannya bertukar. Lagi dekat Anwar menghampiri matlamat ini, lagi pantas dua kumpulan lain berlari menuju garis penamat. Satu, kumpulan dalam UMNO yang melihat jika sesuatu tidak dilakukan, Anwar besar kemungkinan menjadi orang paling awal mencapai garis penamat. Abdullah tewas, Anwar berjaya.

Untuk mengelakkan kerajaan BN tumbang, Abdullah mesti diturunkan secepat mungkin. Muhyidin, hari ini, (10 September) sudah pun membuat kenyataan di Singapura, bahawa Abdullah perlu berundur lebih awal dari yang ditetapkan, Jun 2010.

Hari yang sama, Mustapa Ali, membuat kenyataan di Terengganu, menolak kemungkinan Anwar akan berjaya, dalam apa yang dilihat sebagai langkah awal ke arah melumpuhkan gerakan menurunkan Abdullah.

Selain September, Oktober dan Disember adalah garis-garis penamat untuk lumba lari dalam politik negara kita. Oktober adalah bulan mesyuarat Agung UMNO akan diadakan di mana pencalonan jawatan tertinggi UMNO akan berlangsung. Disember adalah mesyuarat Agung Pemilihan UMNO.

Tengku Razaleigh sudah mengumumkan beliau bersedia menentang Abdullah untuk jawatan Presiden UMNO. Halangan utama beliau ialah sistem kuota yang ditetapkan sejak zaman Mahathir lagi, yang memberi kelebihan kepada pemegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada.

Kiranya bola yang disepak oleh Muhyidin hari ini bergolek kencang, Abdullah paling lewat akan berundur Disember ini. Mahathir yang secara sukarela keluar dari UMNO atas protes ke atas Abdullah, kini dipelawa oleh Muhyidin untuk memasuki semula UMNO.

Masuknya Mahathir untuk apa? Menjatuhkan Abdullah dari dalam dengan membantu Ku Li untuk menentang Abdullah. Lazimnya MT UMNOlah yang akan memutuskan permohonan memasuki UMNO. Jika Abdullah tahu bahawa Mahathir masuk untuk menjatuhkan beliau, beliau sepatutnya menyekat kemasukan itu. Namun, jika ia tetap diteruskan, bermakna Abdullah sudah tidak dapat menguasai MT UMNO lagi dan ini petanda awal Abdullah sedang menggelunsur turun, tidak lebih dari Disember. Sungguhpun Abdullah dan Najib sudah pun memeterai persetujuan bahawa pelan pengunduran Abdullah adalah Jun 2010, pelan itu nampaknya sudah mula tercabar.

Pelan tersebut berjaya mematikan langkah Najib sebagai potensi pencabar terdekat Abdullah. Tapi kini, pemain baru muncul iaitu Muhyidin. Sekalipun tidak jelas apa pos yang beliau sendiri akan tandingi, namun kenyataan se orang Naib Presiden kanan supaya Abdullah berundur lebih awal, akan mengubah corak permainan. Ia tidak mudah dilupuskan begitu saja.

Keputusan Permatang Pauh dan kontraversi Ahmad Ismail adalah perkembangan baru yang mewajarkan penilain semula dibuat ke atas pelan peralihan kuasa 2010. Anutan umum dalam dan luar UMNO adalah bahawa kunci UMNO untuk kekal relevan dalam menerajui kerajaan ialah Abdullah digantikan dengan segera. Daya kepimpinannya amatlah lemah dan beliau gagal meningkatkan keupayaannya mengendalikan negara sekalipun selepas tamparan hebat Mac 2008. Bahkan perkembangan sejurus selepas pilihanraya memperlihatkan dengan lebih jelas ketidakupayaan beliau.

Kemaraan Khairy dengan gaya rambonya, terakhir, di Permatang Pauh, sekali lagi mengingatkan masyarakat Malaysia penguasaan politik tiga beranak ala Abdullah yang tidak disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Langkah membuta tuli menaikkan harga minyak sebegitu besar telah meninggalkan kesan yang parah dalam dada rakyat.

Adakah Abdullah kecundang? Tidak semestinya. Jika UMNO bahagian kekal paralais, isyarat yang dihantar oleh Muhyidin tidak akan bersambut. Penguasaan mekanisma kuasa melalui sistem kuota mungkin mengekalkan Abdullah dipuncak kuasa sekalipun beliau nyata amat lemah dan tidak lagi popular.

Apa kesannya? Tekanan untuk mengubah UMNO melalui mekanisma di luar UMNO akan lebih rancak dan kuat selepas Disember.

Muhyidin, dan juga Ku Li, sudah tentu akan bekerja kuat untuk mendapatkan cukup pencalonan. Itu pun tujuan Muhyidin membuat jolokan terbaru ini. Untuk membangkitkan kesedaran UMNO Bahagian-bahagian. Memang Muhyidin telah mendapat imej pemimpin yang serious untuk melakukan pemulihan UMNO. Ku Li muncul sebagai pilihan selepas Najib tidak lagi dapat bergerak. Najib kini seumpama jin yang perkasa tetapi telah dibotolkan oleh pawang. Jika mereka berjaya mendapat pencalonan lebih besar, Oktober/November sudah pun cukup untuk garis penamat Abdullah boleh ditumbangkan atau tidak diketahui.

Jika Ku Li dan Muhyidin bakal menggantikan Abdullah dan Najib serentak, senario politik selanjutnya memerlukan perhitungan baru.

Jika keduanya gagal, adakah Abdullah akan membiarkan Muhyidin begitu saja?

Muhyidin mempunyai satu lagi pilihan - bersama Anwar selepas Disember.

Jika itu berlaku, potensi untuk menumbangkan kerajaan Abdullah selepas Disember masih terbuka, jika ia gagal dilakukan sebelum itu.

Di sinilah PAS diperlukan oleh Abdullah. Menyambung hayat politik beliau.

Samada PAS bersetuju atau tidak menjadi terompah kayu Abdullah, belum berbangkit. Dalam perbincangan ini, ia adalah hipotesis semata-mata.

Bilakah tarikh Abdullah lebih seronok untuk PAS menyatakan kesediaannya untuk bersama Abdullah? Tentulah sebelum Oktober. Jika PAS sanggup berbuat demikian sebelum Oktober, UMNO bahagian-bahagian mungkin menganggap itu satu kesempatan baru. Mereka mungkin mencalonkan semula Abdullah dan cadangan Muhyidin akan menikam beliau sendiri selepas ini. Abdullah kekal dipuncak walaupun lembik. Najib juga, dengan segala masalah yang menghantuinya. Tapi mungkin untuk sementara. Jika Najib akhirnya akan gugur, siapakah Naib Presiden yang nanti terpilih dalam pemilihan dan kemudiannya bergerak menggantikan Najib? Biarlah masa menjawabnya tetapi tentunya bukan Muhyidin.

Relakah PAS berketuakan seorang pemimpin lemah seperti Abdullah? Pemimpin PAS lah yang perlu menjawabnya.

Jika ini berlaku, Abdullah berjaya mencapai dua matlamat sekali gus. Mengukuhkan semula kedudukannya dalam UMNO dan Kerajaan dan menumpaskan pelan Anwar. Sekali imbas, itulah natijah positifnya.

Adakah PAS bersedia berbuat demikian? Katakan PAS bersedia. PAS menyertai kerajaan Abdullah sebelum Oktober. Ia adalah satu lumba lari, telah kita sebutkan tadi. Date linenya berkisar September dan Oktober. Satu dari cara untuk memudahkan PAS menerima cadangan bersama Abdullah,ialah ISA.

Dalam konteks ini, kenyataan pemimpin tertentu tadi perlu diperhitungkan.

Namun, siapakah yang boleh menjamin dinamisma politik Malaysia terhenti setakat itu?

Adakah Muhyidin dan Ku Li yang kita andaikan tewas itu akan berdiam diri selepas pelan perubahan menerusi UMNO ternyata tertutup? Jika mereka bergabung dengan Anwar selepas Disember, bagaimana kedudukan kerajaan Abdullah-PAS?

Adakah semua ahli Parlimen PAS akan menyertai kerajaan Abdullah-PAS atau setengahnya kekal dengan gagasan Pakatan Rakyat? Berapa yang kekal dan berapa yang beralih? Perlu diingat bahawa Muktamar PAS yang terkini meluluskan usul sebulat suara untuk memperkasakan Pakatan Rakyat. Majlis Syura PAS, seperti disebut oleh anggotanya, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dalam temuramah bersama Harakah, tidak mengizinkan kerajaan campuran bersama UMNO.

Jika yang kekal dengan Pakatan Rakyat adalah separuh, tidakkah nanti kumpulan UMNO yang akan bergabung dengan Anwar boleh mencukupi apa yang hilang? Adakah Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang kini bersetuju bersama Anwar akan lebih ghairah bersama Anwar dengan adanya PAS dalam BN? Adakah desas desus bahawa MCA juga secara senyap-senyap memperhitungkan untuk keluar dari BN dan akan menyebabkan Kerajaan Abdullah-PAS tidak dapat bertahan lama?

Jika peluang Muhyidin untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri ada bersama Anwar dan tidak melalui UMNO, apa yang menghalang Muhyidin bersama orangnya untuk menyertai Anwar?

Jika Anwar sudah mempunyai 30 Ahli Parlimen BN untuk menyeberang, Anwar hanya perlukan Muhyidin membawa sekitar sebelas orang sahaja lagi untuk menggantikan separuh ahli Parlimen PAS yang menyertai Abdullah. Bahkan sebahagian dari separuh itu boleh balik semula ke pangkuan Pakatan Rakyat.

Jika dinamisma-dinamisma ini mengambil tempat, kerajaan Abdullah-PAS akan menjadi yang terpendek dalam sejarah.

Saya tak mau parti saya berakhir menjadi Pembangkang bersama Abdullah! Janganlah kerana Abdullah, kita mempersiakan harapan jutaan rakyat Malaysia untuk satu peluang perubahan politik Malaysia.

Sekalipun ada mana-mana pihak teringin merapatkan PAS dengan Abdullah, tunggulah langit menjadi lebih cerah. Selepas Monsoon Timur Laut berlalu, Insya Allah langit politik Malaysia akan menjadi lebih terang.....

Posted by faqir putih at 8:41 AM

Kepada penyokong UMNO dan pemerhati lain (khususnya tuan-puan yang kerap bertandang ke blog ini dari Washington) notakan bahawa jumud dan lain-lain imej stereotaip akan PAS itu tidaklah homogeneous. Kan?

Abdullah Badawi Ada Terbilangnya: Mengkucar Kacirkan PAS!

Barokah dan hasil perjuangan Islam itu terzahir pada jawatan kabinet dan Kompressor, Brabus?

Perkembangan terbaru dalam UMNO membayangkan cengkaman Pak Lah ke atas UMNO sudah mula mengelincir. Hanya adat dan adab -- pertimbangan budaya -- massa UMNO saja yang kini memanjangkan nyawa ikan Pak lah sebagai despot parti politik itu.

Itu satu gambar. Tetapi dalam gambar yang lain pula pengaruh Pak Lah jelas sedang mengukuh!

Dalam gambar itu, Pak Lah kelihatan cukup berjaya memecah belahkan solidariti PAS melalui ejen utamannya Mustafa Ali dan lain-lain anggota kawanan yang dikenali sebagai ‘Kumpulan PASUMNO.’

Ironis sekali. Sungguh mempesonakan.

Pak Lah boleh gagal sebegitu teruk mengurus ekonomi negara hingga habis memberontak segmen usahawan negara (etnik Cina) di peti-peti undi PRU ke-12. Pak Lah kecundang sakan mengawal partinya sendiri dan Barisan Nasional. Pak Lah lemau hancai bancai menangani dasar luar negara; malah boleh diberi markah gagal ‘F’ untuk semua bidang kenegaraan – tetapi Pak Lah begitu gemilang dalam menjahanamkan perpaduan Islam-Melayu dalam PAS.

Darihal gambar atau senario semirip, mungkin hanya, budi Subky Latif saja yang menjadi saksi bisu akan darjah kepunahan akal yang pernah diperagakan di lorong-lorong kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur di suatu ketika dalam tahun-tahun awal 1970han dulu. Dan betapa berbiuh mulut al-Marhum Dato’ Asri membaca ayat-ayat mujarrobat demi memastikan satu upacara angkat sumpah Setiausaha Parlimen tidak menggelepar menjadi gawat. Betapa al-Marhum Tun Razak menjeling sangsi.

Langsung membawa saya kepada teka teki yang saya dapati membuntukan.

Apakah aura yang dilihat di wajah Pak Lah oleh pemimpin-pemimpin Islam-Melayu dari Kumpulan PASUMNO justeru menjadikan mereka bertindak dan berfikir laksana khayal terhidu asap, ganja reput berkulat?

Apakah Kumpulan PASUMNO sudah berfikir panjang, membayangkan senario UMNO dan BN setelah Pak Lah pergi membawa diri ke Australia? Apakah dalam senario itu Kumpulan PASUMNO bayangkan kehadiran mereka duduk semeja dalam Barisan Nasional itu direstui dengan lapang dada oleh kumpulan dalam UMNO yang bakal mengambil alih dari Pak Lah?

Friday, September 12, 2008

Pemberontakan UMNO Bermula

Pak Lah terkejut disuruh bersara oleh ahli kabinetnya sendiri. Kita semua terkejut dan upset Raja Petra dikenakan ISA. Tetapi Syed Hamid sudah beri lebih dari cukup amaran dua minggu lepas. Raja Petra punyai banyak peluang untuk "rehat & rawat" sekejap di luar negara, ala-Lim Kim Sai semasa Operasi Lallang dulu. Raja Petra boleh ke Australia, Taiwan, atau ke umrah dsb. Namun dia pilih untuk tidak berbuat demikian. Saya yakin yang Raja Petra yakin bahawa sepupu sepipinya dari beberapa istana Tanah Melayu akan memastikan penahanannya itu selesa.

Utusan Malaysia

Abdullah terkejut

Oleh HAMDEN RAMLI dan HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 11 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui pada 2010.

Perdana Menteri menegaskan, tarikh peralihan itu bukan sahaja dipersetujui oleh Kabinet tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

mSTAR

Ku Li: Tiada peralihan kuasa dalam Perlembagaan Umno
12-09-2008 03:13:56 PM

MUAR: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau tidak mahu mempersoalkan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menganggap peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 2010 terlalu lama.

Darihal kritikan Tengku Razaleigh, itu saya tidak hairan kerana selama ini pun umum tahu perseteruan yang wujud di antara Ku Li dan Pak Lah. Tetapi apa yang saya dapati ajaib ialah suara Ku Li kini dijulang media arus perdana.

Utusan Malaysia

Muhyiddin sedia hadapi risiko

12/09/2008 12:00pm

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya dan sanggup berhadapan risiko berhubung kenyataannya bahawa proses peralihan kuasa perlu disegerakan.

Beliau berkata, kenyataannya itu adalah pandangan ikhlas yang berasaskan kepada pendapat umum.

‘Penderhakaan’ Muhyiddin pun memang mudah dijangka kerana riak-riak ke arah itu sudah memecah sejak tiga-empat bulan lepas.

Utusan Malaysia

Bahagian tentukan pelan peralihan kuasa PM, TPM

12/09/2008 12:00pm

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat bahagian UMNO, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi mengatasi segalanya, apa yang buat saya ‘terkejut badak’ hari ini ialah kesanggupan dan keberanian Najib keluar dari kepompong sarung Rosmah untuk tumpang semangkuk dalam korus UMNO menyalak Pak Lah.

Sefaham saya, statmen Najib yang bunyinya penuh santun lagi gemalai itu sebenarnya membawa mesej -- jawatan dan kedudukan dalam UMNO atau mana-mana parti politik itu bukanlah sesuatu milek datuk nenek penyandang, tidak sepatutnya penyandang mempunyai ilusi sebegitu, dan sekali-kali janganlah pula hendak diwariskan ikut suka hati.

Terlintas juga dikepala saya -- ada apa dengan Najib hari ini, hingga sebegitu berani? Dua tiga minit juga saya tafakurkan. Dan jawapannya terapung datang -- Najib kini sedar bahawa lama-lama diselubungi kelambu penakut itu pun sebenarnya melemaskan lagi hanyir.

KEMAS KINI (1): PAS Terengganu Keluar Baris

Darihal pemimpin khianat UMNO bukanlah pemegang monopoli francais ini. Dalam PAS pun terselit juga tiga empat spesis khianat.

Diakui saya hanya seorang blogger liga kampung.

Namun, dalam pada itu pun, dalam tempoh dua tahun ber-blogging, terlalu acap saya terima “maklumat dalaman,” banyaknya melalui e-mail dan sering melalui sms.

Dulu pada peringkat awal saya terima mesej-mesej seperti yang difotokan di atas, saya jarang ambil apa-apa tindakan, sebaliknya abaikan, atau kadang-kadang jika mesej berbunyi terlalu ‘bergetah’ saya kongsi maklumat tersebut dengan sahabat-sahabat rapat.

Hinggalah satu hari seorang kolonel pencen yang sepanjang kerjayanya berkhidmat dengan Kor Risik memberi saya beberapa petua untuk menilai maklumat. Ringkasnya, selepas itu saya memberi gred kepada semua maklumat ‘pelesit tanpa tuan’ yang saya terima.

Tazkirah Ramadan. “khianat”, pd 8hb Sept 08, Pa Ali n TG Hadi flight sama ke KL, Tak Hadir mesy P.Rakyat tapi jumpa P… utk apa?, jangan tipu Rakyat Malaysia. Sebarkan

Contohnya, untuk maklumat di atas, saya berikan gred ‘A’.

Mengapa begitu liberal saya memberi gred, atau dalam kata lain, saya percaya kesohihan maklumat tersebut tanpa waswas? Jawabnya cukup mudah.

Antara lain, saya telah pun mengesyakki sesuatu tidak kena bila berita tentang mesyuarat Pakatan Rakyat minggu lepas tidak menyebut kehadiran Haji Hadi Presiden PAS.

Diberi sebegitu ketat UMNO ‘mengepung’ Haji Hadi melalui Mustafa Ali, pembaca boleh menjangka sesuatu ‘kejutan’ seputar kekuda PAS terhadap Pakatan Rakyat akan meledak pada September 14, yakni hari Jawatan Kuasa PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat.

Selamat meneka dan selamat bersahur.

Thursday, September 11, 2008

PAS Terengganu Keluar Baris Demi Abdullah Badawi & UMNO-nya?

Hujah penubuhan kerajaan baru pada September 16 (atau tarikh lain yang terdekat) oleh Anwar Ibrahim adalah mustahil, tidak boleh berlaku kerana parlimen tidak bersidang adalah karut!

Ini kerana mengikut Artikel 40a, Kurungan (2), sub-kurungan (a), Perlembagaan Malaysia, kuasa melantik seorang perdana menteri itu adalah semata-mata di atas perkenan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia DiPertuan Agong.

Article 40a

40a.

(2) The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say –

    • (a) the appointment of a Prime Minister;

Seterusnya kriteria yang ditetapkan oleh Perlembagaan bagi DYMM Agong memilih seorang Perdana Menteri bukanlah takluk kepada hari apa, atau musim mana, sebaliknya tertakluk kepada kausa yang beri oleh Artikel 43, Kurungan (2), sub-kurungan (a) yang berbunyi.

Article 43

(2) The Cabinet shall be appointed as follows, that is to say -

    • (a) the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House; and

Maksud jelas yang menerkam bila Artikel 40(a) dan 43 dibaca bersama ialah: DYMM Agung boleh lantik ahli parlimen mana yang Tuanku berkenan, yang dalam pertimbangan Tuanku si-polan itu mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Yang mana implikasi praktis Artikel 40(a) dan 43 dalam konteks polemik panas dewasa ini – samada Anwar Ibrahim mampu merealisasikan objektif ‘September 16’ – adalah tersangat mudah: DYMM Agong pada bila-bila masa boleh melantik Anwar Ibrahim (hatta orang lain) sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Tuanku dapati Dolah Badawi itu sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Tidak terkecuali apa juga pendapat UMNO yang dibawah tenyehan Dolah Badawi, atau Mustafa Ali jurucakapnya dalam PAS.

Langsung membawa saya ke poin kedua tentang isu hari ini.

Di manakah batas gunapakai ungkapan “bercakap atas kapasiti peribadi” bagi seorang pemimpin? Khususnya bagi seorang pemimpin parti politik?

Adakah dengan menggunakan frasa itu sebagai pelapik bagi pendapatnya yang bercanggah dengan pendirian rasmi parti, pemimpin itu merasakan dia telah menghormati displin parti?

Utusan Malaysia

Kerajaan baru mungkin tidak berlaku

KUALA TERENGGANU 10 Sept. – Penubuhan kerajaan baru oleh pakatan pembangkang pada 16 September ini seperti yang digembar-gemburkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin berlaku.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pengamatannya sebagai pengamal dan penganalisis politik, beliau secara peribadi membuat kesimpulan bahawa tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada tarikh itu berikutan kekangan faktor teknikal dan politik.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, Pakatan Rakyat memerlukan PAS. Dan hari ini jelas tesis ini bukan laku setakat memperihalkan survival Pakatan Rakyat, tetapi sama penting dalam skema kelangsungan hayat politik Abdullah Badawi dalam UMNO.

Makrifahnya Abdullah dan UMNOnya sudah diasak hingga ke penjuru. Demikian itu dalam meronta mendapatkan ruang bernafas (dan mengalih pandangan) segala aset dan senjata sulit yang ada digunakan. Maka berkokoklah Mustafa Ali.

Tetapi dalam cuba menolong Abdullah menyakinkan Malaysia dan mata dunia bahawa kedudukan Abdullah masih padu, ejen UMNO dalam PAS ini lupa bahawa keupayaan inteleknya agak terbatas.

Mustafa Ali yang semasa mudanya pernah mengidap ‘nervous breakdown’ (gila sungguh atau gila buat-buat, tidak dapat ditentukan) setelah parti menugaskan beliau berdebat dengan Kassim Ahmad (pengasas gerakan anti hadith Malaysia), sepatutnya tidak bercakap hal-hal teknikal yang perlukan penggunaan intelek.

Tambah pula bercakap songsang tentang isu yang sudah diputuskan dalam muktamar – yakni referandum ahli dan penyokong PAS – baru baru ini.

Muktamar merumuskan PAS akan melakukan segalanya untuk memperkasakan, menjayakan, Pakatan Rakyat. Maka itu apakah halnya dengan Mustafa Ali yang bercakap derhaka kepada suara keramat itu?

Wednesday, September 10, 2008

KEMAS KINI: UMNO & Dogeng Kehakiman Adil

Seperti yang dijangka, Majlis Tertinggi UMNO yang di bawah tenyehan ibu jari Abdullah Ahmad Badawi telah mengenakan hukuman 'mati politik' ke atas Ahmad Ismail tanpa due process (tatacara keadilan yang wajar).

mSTAR

Ahmad Ismail digantung keahlian Umno 3 tahun

10-09-2008 07:36:24 PM

Oleh SA'ODAH ELIAS

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian dalam parti selama tiga tahun berkuat kuasa serta merta.

Perdana Menteri, , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat hari ini berpendapat kenyataan dan tindakan Ahmad yang menimbulkan keresahan dan bantahan daripada partiparti komponen Barisan Nasional (BN) adalah serius.

Dan seperti yang dicadangkan, kepimpinan rasional dan grassroot UMNO hari ini juga telah menyuarakan kemarahan dan rasa muak mereka terhadap Abdullah Ahmad Badawi.

Malaysiakini

Muhyiddin wants PM to quit earlier

Sep 10, 08 5:52pm

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi should transfer power to his deputy Najib Abdul Razak before the agreed 2010 deadline, International Trade and Industry Minister Muhyiddin Yassin said today.

Tahap kemarahan UMNO terhadap Abdullah boleh diamati dari gesaan berikut yang dibuat tanpa menyebut, tetapi jelas merujuk kepada dua lapuran rasuah yang telah dilempar terhadap Dolah.

mSTAR

Veteran Umno cadang parti pecat anggota terlibat rasuah politik

10-09-2008 01:47:10 PM

ALOR STAR: Seorang veteran Umno mencadangkan agar parti itu memecat mana-mana anggotanya yang terlibat dalam rasuah politik tanpa mengira kedudukan mereka.

"Kalau orang sudah dapat penyakit barah, bahagian yang dijangkiti perlu dibuang terus, tidak boleh simpan lagi.

"Kalau dalam Umno, ahli yang terlibat dengan politik wang perlu dipecat, tidak kira apa pangkat mereka," kata Tan Sri Khalid Abdullah.

Diberi perkembangan sebegini, dan 'reaksi tanah runtuh' yang bakal menyusul, agaknya berapa banyak wang akan Dolah terpaksa belanjakan untuk memastikan majlis rumah terbuka sempena hari raya yang beliau adakan didatangi ‘penyokong’ Melayu? Bab penyokong dari kalangan ahli Gerakan itu kita boleh bayang akan melimpah ruah.

UMNO & Dogeng Kehakiman Adil Episod Minggu Ini

Karya di atas oleh kartunis tersohor Afrika, Jonathan Shapiro, telah mencetuskan kontroversi besar di Afrika Selatan minggu ini. Kartun menggambarkan ketua parti African Nasional Congress yang pernah dituduh merogol dalam tahun 2006 bakal memperkosa sistem kehakiman negara tersebut.

Beritanya, hari ini Majlis Tertinggi UMNO yang di bawah tenyehan ibu jari Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk menentukan hukuman, ya, baca pelan-pelan, h-u-k-u-m-a-n, ke atas Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang yang didakwa melalui media Cina khususnya, sebagai telah mengungkapkan sloka-sloka rasis yang mengguris perasaan terutamanya Koh Tsu Koon, pemangku presiden Gerakan, parti komponen yang dikatakan sedang mempertimbangkan langkah keluar saf dari Barisan Nasional.

Kita tidak perlu ada akal sebijak saintis roket untuk mengagak bahawa Dolah akan korbankan Ahmad. In pandering to incredibly arrogant Chinese sensitivities Ahmad mungkin dipecat dari UMNO tanpa siasatan dalaman dan perakuan apa-apa jawatan kuasa displin, kerana Dolah sedang terlalu takut akan kehilangan lagi banyak undi kaum bukan-Melayu.

Sedarlah Dolah, dalam keadaan kaum bukan-Melayu melihat tuan hamba sudah tidak punyai pasak, tiada locus standi di kalangan grassroot bangsa tuan hamba sendiri, mereka akan meragam bersikap beri-betis-hendakkan-paha.

Selagi tuan hamba tidak turun dari tampok kuasa selagi itu tuan hamba akan diasak dengan pelbagai tuntutan yang bukan-bukan dari bangsa asalnya pendatang ke Malaysia.

Waspadalah parti Gerakan kini sedang pasang mod 'retak tunggu belah,' tengah selongkar cari pasal untuk keluar dari Barisan Nasional atas sekelumit ‘silap’ UMNO. Jika petang ini Gerakan tidak jumpa sebab, subuh besok mungkin mereka akan jumpa.

Maka itu, cadangan saya seorang Melayu-Islam: apa kata jika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini di”terbalik kot” – jadikan mesyuarat ini medan untuk baling usul tidak percaya ke muka Dolah?

Urutan insiden ini seperti dilapur Utusan Malaysia adalah lebih kurang berikut:


  • September, 10

Mahu Ahmad Ismail dipecat

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memecat Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail daripada UMNO ekoran kenyataan terbarunya.

Pemimpin BN puas hati

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini berpuas hati dengan hasil perbincangan yang diadakan pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) berhubung Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera.

Gerakan tunggu keputusan MT UMNO

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Parti Gerakan akan menunggu bentuk tindakan yang bakal diambil oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO terhadap Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

Nasib Ahmad ditentukan hari ini

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Nasib Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail akan ditentukan dalam satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.


  • September, 9

Ahmad Ismail jumpa PM di Putrajaya

PUTRAJAYA 9 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tiba di pejabat Perdana Menteri di sini pukul 12.50 tengah hari ini untuk mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Gerakan putuskan hubungan dengan UMNO P. Pinang

PULAU PINANG 8 Sept. - Gerakan Pulau Pinang membuat keputusan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang berkuat kuasa serta-merta berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbau perkauman.


  • September, 8

Ahmad diminta perjelas lagi

UMNO. Ahmad diminta perjelas lagi. Oleh HABIBAH OMAR. PULAU PINANG 7 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail supaya membuat penjelasan sekali lagi berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Proses undang-undang perlu dilaksana

SUNGAI BULOH 7 Sept. - Gerakan mahu polis menyiasat kes Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dengan tegas dan adil.Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menegaskan.


  • September, 7

Kenyataan disalah lapor - PM

TASEK GELUGOR 6 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail telah melahirkan rasa kesal yang amat sangat ekoran kenyataannya yang menjadi kontroversi selepas sebuah akhbar tersalah lapor mengenainya.

Sokongan kepada Ahmad Ismail bukan cerminkan dasar UMNO

PEKAN 6 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan 13 Ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang yang menyokong Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang enggan meminta maaf.

Siasatan kes Datuk Ahmad Ismail ikut prosedur biasa, kata Timbalan Ketua Polis Negara

RANTAU PANJANG 7 Sept — Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menasihati semua pihak supaya tidak membuat pelbagai spekulasi mengenai kes Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera.


  • September, 6

Pemuda MCA Perak gesa kepimpinan parti pertimbangkan keluar daripada BN

IPOH 6 Sept. Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya para pemimpin UMNO.


  • September, 5.

Saya tidak akan minta maaf - Ahmad Ismail

PULAU PINANG 4 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tetap berpegang teguh dengan pendiriannya tidak akan meminta maaf walaupun diminta pelbagai pihak berbuat demikian termasuk oleh Perdana Menteri.

Ahmad Ismail tidak perlu minta maaf

PULAU PINANG 5 Sept. – Semua 13 UMNO Bahagian di Pulau Pinang bersetuju dengan pendirian Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa beliau tidak perlu minta maaf atas kenyataan yang dibuatnya.


  • September, 4.

MCA hargai mohon maaf UMNO

UMNO,MCA. MCA hargai mohon maaf UMNO. NILAI 3 Sept. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menghargai tindakan UMNO meminta maaf berhubung kenyataan berbau perkauman oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Polis ambil keterangan Ahmad minggu ini

PULAU PINANG 3 Sept. - Polis akan mengambil keterangan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina, minggu ini.


  • September, 3.

UMNO minta maaf kenyataan Ahmad – TPM

KUALA LUMPUR 2 Sept. – UMNO hari ini memohon maaf atas kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lepas.


  • September, 2.

Minta henti desakan

KOTA BAHARU 1 Sept - UMNO Kelantan hari ini meminta Gerakan berhenti mendesak supaya tindakan diambil terhadap Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail berhubung satu kenyataan yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

DAP buat laporan polis terhadap Ahmad

PETALING JAYA 1 Sept. - Pemimpin DAP Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap kaum Cina.


  • September, 1.

Gerakan mahu tindakan diambil ke atas Ahmad

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini mahu tindakan diambil ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Tuesday, September 09, 2008

KEMASKINI: Jawapan UMNO Kepada Kemaraan Anwar

Penyatuan faksyen-faksyen dalam UMNO yang anti-Abdullah Badawi nampaknya berjalan lancar. Sohih kini semangat "perdamaian" telah mendakapi Muhyiddin Yassin, karektor yang di suatu ketika dulu tidak begitu serasi dengan Tun Mahathir.

Diberi perkembangan bergabungnya dua faksyen besar dalam UMNO ini, persoalannya kini bukan lagi mengambil bentuk 'bilakah Abdullah Badawi akan digulingkan?' Sebaliknya, persoalannya telah menjadi -- 'apakah hukuman terhadap Abdullah selepas digulingkan?'

Selepas 4 bulan, Mahathir mahu kembali ke pangkuan Umno
09-09-2008 03:50:18 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan semasa.

Ketika mendedahkan perkara itu di sini pagi ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyididn Yassin berkata, Dr. Mahathir sendiri memberitahu beliau akan hasratnya untuk kembali ke Umno bagi membolehkannya memberikan pandangan dalam usaha mengukuhkan semula Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan pelbagai perkembangan tidak menggembirakan sejak akhir-akhir ini.
...
Selengkapnya di mSTAR Online.

Jawapan UMNO Kepada Kemaraan Anwar: Triniti* Mahathir-Tengku Razaleigh-Muhyiddin?


Terdahulu saya pernah tuduh Tun Mahathir itu membuat silap besar, bertindak emosional, bila beliau isytihar keluar UMNO.

Jika berita-berita yang berlegar kini terbukti benar – bahawa Tun Mahathir telah rujuk kepada UMNO – maka tepatlah bacaan sepintas lalu saya akan pertimbangan Tun Mahathir di ketika itu.

Lebih-lebih lagi jika alasan Tun Mahathir menganggotai semula UMNO ialah untuk membolehkan beliau menggembelingkan faksyennya yang sebelum ini bertebaran, supaya dapat bergabung secara efektif dengan faksyen-faksyen Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin, dalam usaha melakukan tolakan terakhir menumbangkan regim Abdullah Ahmad Badawi.

Di sudut yang lain pula, saya takjub melihat darjah Abdullah itu tidak rasional.

Jika selama ini Abdullah berkeras pertahankan jawatan demi membolehkan menantunya Khairy mengukuhkan kedudukan dalam UMNO supaya dalam tempoh terdekat boleh mempusakai kerusi Perdana Menteri Malaysia; kini nampaknya raison d’etre (sebab yang menjustifikasi kewujudan) itu pun sudah musnah.

Imej kesesuaian Khairy untuk jawatan tinggi dalam UMNO, apatah lagi jawatan menerajui negara, adalah begitu buruk hinggakan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dia idamkan selama ini pun, Khairy sudah tidak berani bertanding.

Sebaliknya Adnan Yaakob menteri besar Pahang yang dilihat sebagai “projek sulung” dan anak didik politik Abdullah telah diwakil-wali bertanding.

Dikepung perkembangan:

  • parti-parti komponen Barisan Nasional sedang memberontak,
  • Anwar sedang mengasak, dan
  • UMNO itu sendiri bergolak sudah jelak menjulang,

tidak kah masanya sudah tiba untuk Abdullah Tiga Beranak pertimbangkan dengan tenang nasihat Matthias Chang pakar rujuk Tun Mahathir: retire gracefully even with his ill-gotten gains? Pencen secara terhormat dengan membawa pergi segala harta haram yang diperolehi.

*Nota: Maksud perkataan ‘triniti’ ialah ‘tiga dalam satu.’

Hubungan Ras: Ketuanan Melayu Pernah DiSanjung – II

Waspadalah akan racun-racun yang disalut madu. Ungkapan indah (contohnya “Bangsa Malaysia”) tidak semestinya mempunyai erti yang murni mahupun praktikal.

Di suatu ketika, bukan setakat kaum India sahaja yang tahu mengenang budi dan berterima kasih.

Malah sebahagian besar dari kaum Cina yang tiada sebab untuk merendah diri kerana mempunyai kelebihan ekonomi absolut sejak awal pun turut mendokong sikap serupa.

Hinggakan negarawan sezaman dengan Tun Sambanthan, Tun Tan Siew Sin yang memimpin kaum Cina pernah bangun menempelak sikap kurang ajar segelintir kaumnya terhadap bangsa Melayu, khususnya sikap angkuh melampau puak sayap kiri yang dikepalai Lee Kuan Yew melalui PAP (serta parti-parti proksi lain).

Paparan asal di Forum MyKMU.net

Tun Tan Siew Sin pernah mengingatkan faksyen Cina yang tidak tahu mengenang budi itu bahawa kerana sifat murah hati orang Melayu, maka undang-undang kerakyatan telah dilonggarkan sebegitu rupa.

Hinggakan dalam tempoh 12 bulan sejak diisytiharkan kemerdekaan, 90% dari etnik Cina yang ada di Malaya ketika itu – yang British tidak pernah terlintas untuk beri kerakyataan dalam tempoh 100 tahun mereka menjajah -- telah mendapat kerakyataan instant!

Bangsa Melayu yang telah bermurah hati kepada semua kaum pendatang ketika itu tidak meminta ufti dan apa-apa balasan khusus yang keterlaluan. Bangsa Melayu hanya minta fakta kedudukkan mereka sebagai tuan rumah mutlak di suatu ketika – pemilik asal bumi ini -- diiktiraf. Itu sahaja yang datuk nenek orang Melayu mahu.

Yang mana hasrat semua itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa ekonomi yang berbunyi – aku hanya minta dirizabkan secebis kecil dari apa yang ada dalam dulang besar ekonomi negara. Yang bahagian lain tu kamu pulun dan balunlah secukup rasa.

Menoleh ke belakang, jauh sudah nampaknya perjalanan kita sebagai satu negara.

Bermula dari titik di mana pengorbanan besar bangsa Melayu untuk membolehkan terbentuknnya Malaysia pernah diiktiraf dan disanjung – kini kita di titik warga etnik pendatang sudah begitu besar kepala dan bongkak hinggakan pantang disebut, terus melenting rasa terhina, jika diingatkan asal usul mereka.

Namun sayang, ada juga Melayu yang boleh bersimpati dengan sensitiviti itu.

(Tidak tahulah samada simpati itu sejatinya ikhlas, atau sekadar khidmat bibir supaya mood mangsa tidak terkuak demi memanjangkan agenda melurutkan seluar dalam itu.)

Sunday, September 07, 2008

Hubungan Ras: Ketuanan Melayu Pernah DiSanjung – I

Memang menjadi satu rahsia terbuka nilai pelacur Melayu itu lebih rendah dari pelacur bangsa lain. Mengikut cerita sahabat-sahabat yang arif, dulu-dulu hakikat ini cuma dituturkan oleh ‘broker ayam’. Kini nampaknya sudah tidak perlu dibisikkan lagi. Sila klik untuk memahami konteks asal gambar.

Pagi tadi, semasa dalam perjalanan pulang dari menghantar anak-anak ke sekolah, dengan tidak semena-mena saya telah digigit ulat keingintahuan intelektual (bitten by the intellectual curiousity bug).

Oh … sudah terlalu lama saya tidak digigit ulat jenis ini. Itulah dia pembaca budiman, hari ini saya dirasuk rasa ingin mengertikan keadaan semasa dalam negara tentang hubungan ras (kaum).

Maka hari ini saya hayunkan langkah pertama memulakan satu pengembaraan siber merentasi kesasteraan. Dan adalah menjadi azam saya untuk berkongsi pengalaman itu.


1. Takrif hubungan ras.

… the term … includes all the relations which exist between members of different ethnic and genetic groups which are capable of provoking race conflict and race consciousness, or of determing the relative status of racial groups of which a community is composed …

Robert Ezra Park

… terma ini … merangkumi semua hubungan yang wujud antara ahli kumpulan etnik dan genetik yang berbeza yang mampu membangkitkan konflik kaum dan semangat perkauman (kesedaran kaum), atau hubungan yang menentukan aras status kumpulan-kumpulan kaum yang membentuk sesuatu masyarakat …

Saya pilih takrif ini kerana ia menjustifikasikan kekuda saya bahawa bangsa Melayu tidak perlu malu digelar rasis (racist), malah sebaliknya patut berbangga.

Ini kerana habuan yang kita lepaskan bila malu atau takut bertindak rasis ialah kehilangan perlindungan ekonomi untuk bangsa Melayu.

Yang mana perlindungan ini hanya terhasil selagi bangsa Melayu menduduki tangga teratas hiraki masyarakat berbilang kaum.


2. Disuatu ketika jasa bangsa Melayu pernah dikenang.

Sumber imbasan skrin adalah Forum MyKMU.net

Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC pernah mengingatkan kaumnya sendiri bahawa mereka tidak diterima di Sri Lanka atau di Burma. Mengingatkan bagaimana mereka dinafikan kerakyatan di Sri Lanka. Bagaimana diBurma mereka dihalau.

Dalam nafas yang sama Tun Sambanthan juga mengingatkan bangsa Cina bahawa kaum mereka tidak direstui di Thailand, di Vietnam dan di Kamphuchea.

Kata Tun Sambanthan, hanya kepimpinan Melayu yang sanggup menganggap kaum-kaum pendatang sebagai ikhwan, sebagai saudara, sanggup memberi mereka peluang hidup dinegara ini, dan memberi mereka segala ruang untuk menjadi warga.

Namun hari ini, sayang, pemimpin Melayu sendiri merasa malu bila kita cuba kenangkan betapa kita orang Melayu sebagai tuan empunya bumi yang bertuah ini -- kerana kita juga orang Islam – pernah mendokong nilai dan budi yang tinggi tanpa tolok banding.

Bersambung.

Sesudah PRU Ke-13: Pembayang Nasib PKR

I. Flashback

Ingat lagi banjir yang melanda Johor pada tahun 2006? Betapa Dolah menghilang diri hilang dari tapak aksi? Bersantai dia di Venezuela dan memeriahkan pembukaan warung nasi kandar sanak saudara di Australia?

Ingat betapa sakit hati kita rakyat dibuatnya; memerhatikan gelagat dan songgel pemimpin yang tidak prihatin?

Berpunca di situ agaknya, serta rancangan Dolah menjual Johor kepada Singapura dalam pakej yang dipanggil ‘Wilayah Pembangunan Iskandar,’ keputusan PRU ke-12 untuk negeri Johor telah mencatit rekod undi rosak sebanyak 321,885 undi.

II. Khalid Ibrahim

Alasan Khalid tidak melawat sekitar 1,000 keluarga mangsa ribut di Kapar, Kelang ialah kerana beliau tidak mahu bazir masa serta wang. Apatah pula dia punyai deretan pembantu yang boleh bereskan tugasan remeh itu. Bravo! Bertuah rakyat Selangor dapat seorang Menteri Besar yang petah lagi pragmatis.

Penaakulan ekonomi Khalid ternyata hebat. Malah telah mencetus satu dimensi baru dalam pemikiran ekonomi – dimensi nilai ringgit kedukaan dan simpati. Tidak terkejut saya jika Universiti Industri Selangor (Unisel) kelak menerokai secara serius akan sub-bidang baru ekonomi ini.

III. Gwo-Burne Loh

Ahli Parlimen Kelana Jaya ini adalah antara manusia paling instrumental dalam skema pendakian Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri Malaysia. Kerana rakaman video anak muda ini sampai ke tangan Anwar, institusi kehakiman Malaysia telah digegarkan oleh skandal “pita Lingam.”

Dalam berterima kasih kerana membekalkan bahan bakar menyemarakkan agendanya, Anwar telah menitahkan supaya anak bujang ini dicalonkan ahli parlimen PKR. Bersimbung titah dengan sentimen massa ketika itu menyebelahi PKR –Gwo-Burne Loh menang.

Seperti ramai anak muda sekular sebaya beliau, peluang menonton persembahan bintang pop taraf dunia seperti Avril Lavigne adalah suatu godaan yang teramat sukar untuk tidak dituruti. Justeru itu belajarlah dia akan hakikat seorang politikus – bungkuskan motif kepentingan diri mu itu dengan cakap-cakap idealisme yang lebih besar serta murni.

Dalam kes Gwo-Burne Loh, tidak cukup dengan kehadiran polis dari hampir semua cawangan memantau konsert tersebut, dia menyatakan keterpaksaan menjadi saksi konsert Avril Lavigne untuk memastikan tiada kacau bilau berlaku. Justeru dia mewakilkan kehadirannya di mesyuarat Persatuan Penduduk Subang Jaya yang kebetulan diadakan pada waktu yang sama.

Sekali lagi – Bravo dan Syabas buat PKR. Wakil-wakil rakyat kamu orang memang pelajar-pelajar cerdas. Fast learners. Sebelum kamu orang, wakil-wakil rakyat Barisan Nasional pun rata-ratanya begitu juga.

Pasca September 16: Habis Madu Se-PAS DiBuang?


Berita terkini – Pesta September 16 telah ditunda ke tanggal 17.

Memerhati dari Kelantan, saya dapati pemerhati politik negara kini rata-ratanya sedang dipengaruhi mass hysteria – histeria massa -- sedang dihanyutkan arus memuja ekspektasi masa depan negara yang diterajui Anwar Ibrahim.

Di satu sudut yang lain, saya dapati UMNO terkedu, terkincit dalam ketakutan menghadapi prospek kehilangan kuasa.

Gambaran ini paling ironis kerana saya yakin UMNO pun tahu bahawa penawar kepada situasi yang digalas kini adalah cukup mudah: gulingkan Dolah Badawi!

Habis cerita. Kemudian buka bab baru pada lembaran baru.

Memangnya semudah itu, kerana rakyat bukannya menolak UMNO secara total, rakyat cuma jelak dan tidak mahu Dolah dikepala UMNO. Dan batang tubuh UMNO pun tahu hakikat ini.

Tetapi sayang, kerana kita bukan orang UMNO, maka kita terpaksa bersabar menonton gambar UMNO yang enggan bertindak – UMNO yang selesa dalam pasrah menerima pancungan yang mendatang.

Pasca September 16 – Bagaimana rupa dasar luar Malaysia terhadap Singapura? Terbatalkah Wilyah Pembangunan Iskandar, Johor?

Dalam perkembangan yang lain, bijak pandai politik yang lantang dewasa ini tidak sedar akan batu asas, foundasi, kepada pletfom yang membolehkan mereka menyalak UMNO.

PAS adalah batu asas itu. PAS adalah talian hayat Anwar sebelum, semasa, dan selepas PRU ke-12; hatta di Permatang Pauh.

Strategi Dolah untuk mengekang pengaruh Anwar dalam politik negara memang tepat -- nafikan Anwar pengkalan pengaruh di kalangan grassroot Melayu-Islam. Cuma perlaksanaan strategi tidak menjadi. Atas alasan “perpaduan Melayu-islam” Dolah mengumpan PAS bergabung dengan UMNO.

Namun malang bagi Dolah, PAS berpecah dua disaat tergenting dalam karier politik dia. Kumpulan “Anwarista-Erdogan dalam PAS” telah berjaya menyekat jarum ejen-ejen harapan Dolah -- kumpulan “UMNO dalam PAS.” Jika sebaliknya, di Permatang Pauh Anwar mungkin sudah mengingau di siang hari.

Apapun perhatikan dengan teliti di mana punca dan sumber pengaruh Anwar:

  • Ada masalah untuk menyakinkan pengundi Melayu-Islam akan kesesuaian memimpin Malaysia setelah meng-karaoke-kan lagu-lagu Malaysian Malaysia gubahan DAP? Muktamar PAS menjadi pembesar suara “memperbetulkan” cerita.

  • Ada masalah dengan sumpah laknat? Nik Aziz, Haji Hadi dan Haron Din jadi benteng penolak bala, jadi tukang pembentang hukum dan nas.

Lapangkan dada dan minda, tarik nafas panjang dan hembus perlahan-lahan, pejamkan mata dan imbas kembali semua tajuk berita besar dalam tempoh dua tiga minggu lepas. Cuba kenangkan berapa kali Lim Kit Siang atau Karpal Singh telah membuat statemen media yang meng-amin-kan tindakan atau kedudukan Anwar?

Saturday, September 06, 2008

Ego Tahap Dewa: Dolah Tak Mahu Lepas – Anwar Mahu Jawatan

I. Darihal Dolah

Ingat lagi “insiden ketuk ketampi”? Dolah bergegas menghantar Noh Omar pergi minta maaf dengan kerajaan Negara China kerana kononnya Polis Malaysia telah memalukan seorang perempuan warga China semasa dalam tahanan! Penyudah insiden, mangsa yang disangka warga China itu rupanya bohsia Melayu dari Pahang. Dalam kes itu bangsa Melayu malu bertimpa tindih, dua kali.

Pertamanya malu kerana dapat pemimpin latah tolol bertindak tanpa usul periksa, selah-olah dalam keadaan terbaik sekalipun, sepanjangnya bersikap hilang punca.

Keduanya malu kerana melondehkan kepada dunia betapa Melayu bangsa teras negara ini, penduduk majoriti selesa di bumi yang sama jadi, begitu takut, ber-inferiority complex tahap melukut kepada public opinion bangsa lain senegara, apatah lagi negara luar.

Krisis mini terkini ialah seputar “lidah asid” Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera. Belum lagi diadakan siasatan dalaman, hatta lepaskan dulu ditangga batuk usaha pura-pura mencari fakta, Dolah sudah arah Ahmad tidak mengulangi “kesalahan.”

Tetapi apa yang sungguh menakjubkan tentang insiden ini ialah perbuatan Najib – bagi pihak dirinya dan Rosmah, serta bagi pihak Ahmad dan UMNO -- minta maaf kepada kelompok-kelompok yang kononnya tersinggung.

Khususnya mengambil iktibar dari “insiden ketuk ketampi,” dan amnya dari pengalaman berpemimpinkan Dolah Kerajaan Tiga Beranak selama lima tahun, rakyat sudah boleh jangka (boleh hidu semirip keupayaan mengesan bau asap rokok di siang hari bulan puasa) bahawa kebiolan adalah intipati teknik UMNO mengurus krisis.

Penyimpul insiden -- rupa-rupanya Ahmad Ismail tidak salah! Sebaliknya akhbar Cina yang sudah “gasingkan” cerita.

Mana Dolah dan Najib mahu letak muka? Krisis sekelumit begitu pun tidak terkawal. Kebolehan dan kreativiti menangani masalah nampak setaraf “Satpam” Nepal. Apatah lagi membendung krisis besar seperti coup de tat sesudah tarawih”? Sampaikan DYMM Agung pun sudah bertanya khabar. (Klik di sini untuk spekulasi menarik tentang sebab musabab).

Dah-dah lah tu Dolah. Turun lah.

II. Darihal Anwar

Setahu saya, sehingga hari ini Anwar Ibrahim secara rasmi masih belum lagi menganggotai Parti Keadilan Rakyat. Atau dalam kata lain, sejak dibuang dari UMNO 10 tahun lalu hingga pagi 10 hari lagi menjelang September 16, Anwar masih belum lagi isi borang keahlian PKR.

Penyokong mungkin melihat Anwar itu logos PKR– penjelmaan idealisme PKR itu sendiri: tetapi hakikatnya kedudukan Anwar Ibrahim dalam PKR adalah saling tidak tumpah status Ibrahim Ali dalam PAS; kedua-dua menang bertanding pilihan raya atas tiket parti pembangkang tanpa jadi ahli parti. Ibrahim tidak pernah masuk PAS. Dan Anwar pun tidak pernah masuk PKR.

Mengapa begitu? Dalam kes Ibrahim, adalah satu rahsia terbuka dia masih mengasihi UMNO. Tetapi apa pula gerangannya dengan Anwar dan UMNO?

Thursday, September 04, 2008

Kadar Fitrah 2008: Dalil UMNO Tidak Layak Mentadbir Islam

Sila tunjukan di mana silap perkiraan saya.

Kadar fitrah tahun ini akan membuat ramai ketua keluarga Islam dibanyak negeri terngadah. Di Sabah umpamanya, kadar fitrah untuk seorang ialah RM7.70.

Pada kadar ini, bagi sebuah keluarga dengan lima anak dalam tanggungan, campur suami dan isteri jadi tujuh kesemuanya, jumlah fitrah yang wajib dibayar ialah RM53.90.

Mungkin RM53.90 adalah satu jumlah yang termampu bagi seorang kakitangan kerajaan. Tetapi saya tidak fikir jumlah ini boleh diterima dengan senang hati oleh umat Islam dari kalangan perkerja kilang, petani, nelayan, peniaga kecil dan amnya mereka-mereka yang berkerja sendiri.

Bukan setakat di Sabah, bahkan sentimen ini akan dirasai di seluruh negara, terkecuali mungkin di Selangor.

Darihal kenaikkan mendadak kadar fitrah tahun ini, tiga perkara songsang perlu dihalusi dan ditengkeng.

Pertama, harga beras di Malaysia amnya rosak – atau dalam slanga ekonomi dipanggil “herot” -- tidak mencerminkan harga beras semasa dunia kerana UMNO telah menjadikan industri peruncitan beras negara satu kartel yang tidak sihat.

Di puncak kesongsangan ekonomi ini ialah lesen monopoli perdagangan beras yang diberikan kepada BERNAS, sebuah syarikat swasta yang diketahui umum milik dan dikawal oleh proksi-proksi Tun Daim Zainuddin.

Kedua, pembuat dasar di majlis-majlis ugama negeri nampaknya telah tidak mengambil kira harga beras sejak awal tahun, sebaliknya menetapkan kadar fitrah berpandukan, memfokus kepada harga beras dalam tempoh dua-tiga bulan yang terdekat sahaja.

Sehubungan, amati bahawa harga beras dunia hanya mula melonjak, mula dispekulasikan, pada bulan April (satu fenomena jangka pendek) tetapi kini spekulasi itu telah pun reda.

Diberi keadaan itu, tiada salahnya jika harga purata beras untuk satu tempoh kebelakang, katakan, satu tahun sejak bulan Ramadhan tahun lepas diguna sebagai harga tanda aras menetapkan kadar fitrah.

Sekaligus dengan itu jika pegawai-pegawai ugama kita mempunyai hanya sedikit keprihatinan, mereka tentu saja boleh menentukan jenis dan harga beras yang menjadi makanan ruji bagi 75% umat Islam. Maka tidaklah mereka jadikan jenis dan mutu beras yang mereka konsumpsi hasil mereka makan gaji welfare sebagai pegawai kerajaan itu benchmark untuk marhaen lain. Amati tidak ramai orang mampu makan beras Jasmin, beras wangi, beras Siam cap Arnab Mas dan seumpamanya.

Ketiga, lapuran akhbar membayangkan wujud semacam satu “kegembiraan” di kalangan pegawai-pegawai ugama negeri akan prospek jabatan mereka mengutip hasil fitrah yang berlipat ganda tahun ini – purata lonjakkan 52% untuk seluruh negara. (Macamlah selama ini rekod mereka menguruskan wang zakat fitrah itu tersangat efisyen dan berkesan.)

Sedarilah wahai pegawai-pegawai ugama negeri bahawa fitrah itu sebenarnya adalah satu poll tax – “cukai kewujudan” yang tidak punyai ruang lari cukai! Janganlah pula dalam hal-hal ibadat ini pun kamu orang mendapat “geli” dan bersyahwat hendak mendera. Cukuplah berfe-el demikian dalam hal-hal tangkapan khalwat dan memeras ugut pasangan khalwat.

Tetapi di atas segala dan semua ini, izin saya tanya apa peranan JAKIM yang dipimpin UMNO -- tak kan satu perkeliling membincangkan isu kepentingan awam sehubungan ibadat semudah ini pun tidak boleh dihasilkan?

Macam mana Selangor boleh kekalkan kadar fitrah pada tahap “mesra umat” sedangkan negeri-negeri lain berebut-rebut menaikkannya? Langsung tiada garis panduan untuk menetapkan kadar fitrah, JAKIM?

‘Peristiwa’ September 16 – Melayu Bakal Menang Sorak

Satu Malaysia mungkin sudah termimpi, sudah boleh nampak jelas dalam mata minda akan ‘era baru’ yang bakal terbit dengan matahari subuh September 16, 2008.

Ya, dan saya pun boleh bayang betapa gegak gumpitanya sorak yang akan menyambut hari itu. Hari rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menang sorak kerana Anwar Ibrahim akan dinobatkan sebagai perdana menteri.

Selain itu apa lagi yang patut saya pestakan? Pengukuhan kuasa Melayu dalam pentadbiran negara? Pengukuhan kuasa Islam dalam pentadbiran negara? Tentunya tidak.

Kita mungkin berjaya tendang keluar gabungan bangsat Dolah Badawi, Anak Jantannya, Menantunya, Kalimullah dan Vincent Lim dari tampuk kuasa, dari Tingkat 4, tapi sebenarnya secara metafora, kita sekadar berjaya melompat keluar dari kawah, untuk tergolek masuk ke dalam api.

Jika benar terjadi 30 ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak menyeberang masuk ke Pakatan Rakyat, secara otomatik kuasa Melayu dan sekaligus dengannya aspirasi Islam dalam pentadbiran negara akan terhakis.

Sehubungan dengan lompatan yang dinanti ini, senario paling asas yang boleh dibayangkan ialah setiap negeri menyumbangkan 15 ahli parlimen.

Diberi taburan bangsa (ugama) ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak, adalah berpatutan untuk dibayangkan kumpulan yang melompat itu datang dengan komposisi berikut: 11 Melayu (Islam), 6 China dan 13 Lain-lain bangsa (semuanya Kristian).

Apa yang bakal terhasil dari lompatan ‘Kumpulan 30’ ini ialah Pakatan Rakyat mempunyai 112 ahli parlimen berbanding Barisan Nasional dengan 110 – yakni Pakatan Rakyat mendahului dengan majoriti dua kerusi!

Tetapi masalahnya bukan pada majoriti dua kerusi.

Sebaliknya “ibu segala masalah” yang bakal menghantui pentadbiran Anwar Ibrahim terletak kepada peratusan kuasa Melayu-Islam dalam skema kuasa keseluruhan.

Dalam skema baru yang bakal terhasil, suara Melayu-Islam cuma berada di tahap 48%, malah mungkin lagi kurang dari itu. Diberi formula ini, bila-bila masa aspirasi Melayu-Islam boleh di over rule, diketepikan, dibenamkan.

Saya tidak jangka Anwar Ibrahim akan berjaya, hatta dapat bertahan lama meniti buih politik kenegaraan sebegini. (Khabarnya Anwar Ibrahim pun sedar tahap akut – acute -- akan realiti ini)

Hakikat manusia itu mudah. Kita boleh terima banyak benda secara intelek, terima di peringkat akal. Tetapi untuk benda yang sama dari segi emosi, kita langsung tidak boleh terima.

Contoh mudah adalah hantu. Di peringkat intelek, di peringkat akal kita mungkin tidak percayakan hantu. Tetapi cuba kita tercampak ke tengah jirat di tepi hutan di tengah malam. Emosi kita akan memberontak mendesak kita supaya meyakini bahawa ada hantu sedang mengawasi kita.

Begitu juga dengan status dan layanan selesa sebagai Melayu-Islam yang dikecapi selama ini. Orang Melayu-Islam masih lagi belum terantuk.

Tuesday, September 02, 2008

Bajet 2009 (Bahagian 3b): Ubatnya Lagi Teruk Dari Penyakit

Dipetik dari MalaysiaKini -- Kesimpulan masalah seputar subsidi petrol yang pernah dibuat oleh Datin Seri Wan Azizah Ismail ketika menjadi Ketua Pembangkang.

Mesej yang saya cuba sampaikan di bahagian sebelum ini ialah Malaysia sebenarnya melimpah ruah kayanya.

Namun sayang, dalam mengurus kekayaan itu, kita telah bersikap persis imej stereotaip Arab Badui padang pasir – seronok dapat “duit fee” kita sudah tidak tanya samada habuan yang kita terima itu wajar, munasabah, patut boleh dapat lebih lagi, atau macam mana.

Bunyi subsidi sana sini, sebenarnya entah siapa yang disubsidi.

Kita sudah tidak tanya itu semua. Asalkan ada duit masuk, kita happy. Dan setentunya kita tidak pernah rasa perlu mengambil berat untuk mengurus hasil jualannya ke tahap optimum.

Itu satu bab.

Dalam bab yang lain pula, punca inflasi yang sedang berlaku kini ialah kenaikkan mengejut harga petrol. Di mana kenaikkan mengejut ini berlaku kerana Dolah Badawi telah arah tarik balik subsidi petrol yang didakwa bernilai sekitar RM46 bilion/setahun.


  • Angka Subsidi Berbaur Tahyul

Frasa “subsidi petrol” itu sendiri mengundang 101 keraguan bila disebut.

Masalah besar sehubungannya ialah – tiada siapa tahu berapa jumlah sebenarnya! Melibatkan berapa bilion ringgit setahun sebenarnya? RM7 bilion? RM10 bilion? RM19 bilion? RM46 bilion? Berapa?

Sehubungan ini nampak sangat Kerajaan Tiga Beranak Dolah Badawi telah bertindak berpandukan f-a-n-t-a-s-i. (Syukur, Ya Tuhan, Malaysia bukan negara kuasa nuklear!).

Jumlah subsidi, itu satu hal.

Hal kedua, saya ragu sangat-sangat samada angka-angka yang dikaitkan dengannya betul-betul dibayar. Maksud saya, samada betul duit telah mengalir keluar dari poket. Kalau setakat main silap mata perakaunan campur-tolak angka, maka itu bukan subsidi namanya.

Sedutan penjelasan yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Analogi kepada maksud saya di sini ialah nilai hantaran yang disebut bila seorang lelaki masuk meminang. Bakal bapa mertua kata “hantaran sebenarnya RM30,000 tapi aku bagi kamu subsidi. Aku tolak kos makan minum anak aku dari kecil sampai besar RM20,000. Tolak RM5,000 ‘susut nilai’ sebab tunang pertama anak aku dulu dah usung ke hulu ke hilir selama dua tahun. Kamu bawa hantaran RM5,000, cukup.”

Sehubungan anekdot di atas perhatikan bahawa segala ketentuan tentang harga asal, ketentuan tentang kos sara hidup, dan susut nilai, adalah bergantung kepada ilham dan fantasi satu pihak.

Begitu juga dengan item-item yang dimasukan ke dalam perkiraan harga runcit petrol. Hanya satu pihak (kerajaan) yang mendefinasikan apa item yang hendak di campur, dan kemudian hendak di tolak. Dalam bab ini, kalau setakat nak jadi pembangkang yang lantang, kita boleh pertikaikan setiap angka yang diletak.

Kononnya, bajet gila-gila untuk tahun 2009 yang Dolah Badawi tawarkan adalah bertujuan mengatasi kesan inflasi yang sedang berlaku. Hingga terpaksa menanggung belanja mengurus ke tahap RM154 bilion – melonjak RM25.4 berbanding tahun 2008!

Itulah dia tuan/puan pembaca budiman. Yang dikatakan “masalah” subsidi petrol hanyalah berjumlah sekitar RM10-15 bilion/tahun. Angka ini pun entah-entah hanya angka perakaunan atas kertas yang tidak melibatkan alirtunai.

Tapi yang aneh, Dolah dan Menantunya tidak mahu selesaikan apa juga masalah berbangkit dengan memberi semula subsidi tersebut. Sebaliknya Dolah sanggup gali lubang yang lagi besar, berbelanja RM25.4 untuk menyelesaikan masalah yang sepatutnya boleh lenyap dengan keluar duit hanya RM10-15 bilion.

Di mana kewarasan dalam situasi ini?

Kita rumus apa masalah negara akibat mendokong Kerajaan Dolah Badawi Tiga Beranak.

  • Negara dilanda inflasi kerana harga petrol naik mendadak.

  • Harga petrol naik kerana Dolah Badawi buat keputusan mansuh “subsidi petrol” yang dia dakwa kerajaan tiba-tiba tidak mampu tanggung.

  • Masalah dengan dakwaan “tidak mampu terus tanggung subsidi” ialah jumlah sebenar subsidi petrol adalah kabur. Tiada satu pihak berotorti di negara ini yang boleh jelaskan jumlah subsidi yang setepatnya.

  • Implikasi di sini ialah Dolah Badawi, Anak & Menantunya buat keputusan melibatkan kepentingan negara dan kesejahteraan awam atas premis, pertimbangan, yang tidak tentu hujung pangkal.

  • Di masa yang sama hasil jualan minyak mentah negara nampaknya berbeza, jauh lebih rendah, dari hasil yang sepatutnya jika dijual pada harga semasa minyak mentah dunia.

Jika kerajaan Malaysia boleh mengamanahkan Petronas untuk amalkan kontrak hadapan di mana harga transaksinya semestinya jauh lebih rendah dari harga semasa -- forward contract – dengan pelanggan asing, mengapa kerajaan tidak menjadikan dasar supaya Petronas dan rakan carigali-nya menjual minyak mentah secara forward contract kepada kilang-kilang penapis tempatan?

Sengaja tidak dibuat begitu kerana ada pertimbangan lain? (Ya lah, pengalaman kebas duit rakyat Iraq and got away with it pun dah ada, kan?