Thursday, July 12, 2012

PAS & Pelacur Takbir

Punah sakan semenjak PAS ambil Anwar & Ambiga sebagai imam

Tolak bilal dan khatib, diluar solat, orang Melayu jarang bertakbir dengan nyaring.  Rata-ratanya orang Melayu bertakbir nyaring dua kali setahun.  Itu pun kalau ke masjid atau surau untuk solat sunat Raya Puasa dan Raya Haji.

Bagi ramai orang Melayu laungan takbir - 'Allahu Akhbar' - adalah lencana identiti PAS.  Dan jika diperhatikan, penyokong PAS amnya rasakan 'takbir' adalah monopoli parti mereka.  Orang Islam lain, khususnya penyokong UMNO, tidak layak bertakbir.  Seolah-olah kalau orang Islam lain mahu bertakbir, mesti ada kebenaran PAS.

Sebagai adat, PAS gunakan takbir sebagai tanda sokongan dan sebagai tanda seru (exclaimation mark) semasa ceramah.  Cara penggunaannya begini:
  •  Jika penceramah katakan sesuatu yang bernas, ada hadhirin akan jerit 'takbir' (bukan Allahu Akhbar) tanda setuju.
  • Selesai ayat penceramah memperihal hina serta caci pemimpin UMNO, akan ada yang jerit 'takbir'.
  • Penceramah buat lawak atau kelakar, akan ada yang jerit 'takbir'.

Amnya PAS guna 'takbir' sebagai ganti tepuk tangan, kerana bagi orang PAS, tepuk tangan itu tidak Islamik.

Dalam perkembangan terbaru, ada pelacur yang laungkan takbir bila diserbu pegawai penguatkuasa.  Nampaknya seperti dengan penyokong PAS yang lain, pelacur tersebut menyangka laungan 'Allahu Akhbar' adalah kata kod (code word) untuk halau hantu, penyokong UMNO dan segala penguatkuasa undang-undang yang lain. [Klik di sini untuk laporan lengkap]

Wednesday, July 11, 2012

Insurgensi: Hari Ini Pedang Samurai, Esok Pengebom Bunuh Diri?

PM Najib terdedah kepada tindakan jahat musuh
Senario.  Insiden amuk di perkarangan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin, Julai 9 mempunyai semua ramuan untuk melayakkannya di cap sebagai tindakan insurgensi.

Cubaan sepasangan pengamuk itu walau bagaimana pun telah dipatahkan oleh pengawal bersenjata yang tidak teragak-agak untuk melaksanakan tugas.  Petugas keselamatan hari itu tidak berkerja dengan santun dan pasif untuk manfaat kamera Aljazera atau BBC seperti kalau mereka bertugas semasa perhimpunan BERSIH 3.0.

Hari ini diketahui bahawa ada sekurang-kurangnya tiga orang lain terlibat dalam plot tersebut.  Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah pasangan berani mati itu hanya baru berkenalan untuk tempoh satu minggu. [Klik di sini untuk contoh berita]

Dalam kejadian itu, pengamuk menggunakan pedang samurai.  Itu Isnin lepas.  Tetapi apakah yang menghalang puak-puak subversif yang menjadi dalang insiden tersebut untuk bertindak lebih berani di masa hadapan? Apa kata kalau di lain kali mereka menggunakan pengebom bunuh diri (suicide bomber)?


Konteks insiden.  Kejadian berlaku semasa populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tahap tertinggi.


Takrif.   Insurgensi (insurgency):  Satu gerakan terancang bertujuan menggulingkan sebuah kerajaan yang dibentuk secara sah melalui kaedah subversif dan konflik bersenjata.

Subversyen (subversion):  Satu usaha yang sistematik untuk menjatuhkan atau melemahkan sistem kerajaan atau politik oleh orang-orang yang bekerja secara rahsia dari dalam.


Pengalaman lepas.  Pada Mei 21, 1991 Rajiv Ghandi bekas Perdana Menteri India telah dibunuh oleh seorang perempuan pengebom bunuh diri yang menyangkut bom yang digubah seperti sekalungan bunga ke leher Rajiv.  [Klik di sini untuk contoh laporan]


Apakah PDRM dan Risik Tentera sudah bersedia untuk kemungkinan seperti itu?

Tuesday, July 10, 2012

Subversif Dalam Negara Simptom Serangan Musuh Luar?


Mungkinkah penjenayah ragut kebelakangan ini bertindak mengikut skrip?  Yang mana mereka sebenarnya diupah untuk bertindak ganas?  Ganas yang diupah seperti perusuh “baju merah darah ikan” semasa demonstrasi BERSIH 3.0 dulu?  Siapa yang mengupah?  Musuh dari luar, atau pengkhianat dalam negara?  Atau gabungan musuh luar dengan talibarut dari dalam?

Perhatikan senario berikut.

Dalam tempoh seminggu dua ini banyak berita jenayah yang “tidak masuk akal” telah dilapor.  Maksudnya “jenayah biasa” yang dilakukan dengan modus operandi (MO) “luar biasa.”  Jenayah jalanan yang dinaik taraf jadi jenayah ganas membunuh.  Jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan “komuniti penjenayah” kebelakangan ini.

Rakyat Malaysia dah lali dengan ragut atau samun.  Bila disebut “peragut” umum secara otomatik boleh nampak profil penjenayah dalam mata hati.  Penagih dadah.  Lazimnya lelaki Melayu, dalam lingkungan umur 16-35 tahun. Jenayah dilakukan dari motosikal.  Jenayah dilakukan sendirian atau berpasangan. Jenayah adalah sekadar cari modal untuk lepaskan gian ("rindu") dadah.
 
Mangsa akan dikasari, ditendang, ditolak, malah boleh juga diseret, dan/atau dihentak dengan topi keledar jika melawan.  Jika jenayah berlaku semasa mangsa menonggang motorsikal, kemungkinan besar mangsa akan mengalami kecederaan, kerap parah, adakala hingga meragut nyawa.

Namun dalam tempoh 20 tahun sejak jenayah ragut menjadi ciri lanskap kehidupan di Malaysia, tidak pernah dilapor mangsa ragut dengan sengaja dilibas dengan senjata atau ditikam.  Kecuali kebelakangan ini. Perbuatan ragut sudah jadi semirip kes sengaja nak bunuh.  [Klik di sini untuk contoh berita].


Kelmarin Julai 9, sepasang “pengamuk” telah ditembak polis dalam kejadian cuba menyerang pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.  [Klik di sini untuk contoh berita].  Kejadian ini anih kerana berlaku tanpa apa-apa amaran, di saat populariti Perdana Menteri berada di kemuncak. 

Pengamuk yang mati dalam kejadian dilapor adalah seorang blogger.  Sehubungan ini apa yang nampak ialah satu “kebetulan janggal” di mana blog allayarham dimulakan seputar waktu berlakunya BERSIH 3.0.

Perhatikan kejadian jenayah ganas ini mendahului dan menyusuli sidang akhbar Wan Azizah yang mahukan PDRM menghentikan risikan kea atas aktiviti suami beliau.  Sebaliknya Wan Azizah mahu PDRM tumpukan usaha kepada basmi jenayah. [Klik di sini untuk contoh berita].

Notakan aktiviti subversif adalah satu cara musuh asing menyerang sesebuah negara tanpa perlu melibatkan tentera.  (Contohnya, Singapura yang tidak berani perang terbuka dengan Malaysia tetapi mahu lihat Malaysia “tak senang” boleh saja upah penjenayah lakukan kacau bilau dalam negeri.  Hanya perlu tiga empat orang pegawai kedutaan untuk jadi ko-ordinator.  DAP tentu tepuk tangan riang dalam diam!).

Di awal “perang saudara” Syria, demonstrasi ganas oleh lepasan pusat pengajian tinggi yang menganggur tiba-tiba meletus di seluruh negara.  Kini diketahui demonstrasi ganas tersebut telah di-orkestra-kan dan ditaja oleh kuasa NATO yang mahu lakukan “perubahan regim” di Syria.

Sudahkah Cawangan Khas tinjau sudut ini?

Saturday, June 30, 2012

Hudud PAS: Retorik Pancing Undi Yang Membelah Ummah


Selama 20 tahun “hudud” menjadi tagline atau cogan kata PAS yang ampuh untuk memecah belahkan kesepaduan umat Islam Malaysia. 

Perpecahan berlaku bila sesetengah penganut Islam merasakan mereka wajib menyokong PAS yang menjaja “hudud” kerana parti itu dilihat mahu melaksanakan hukum Islam, sedangkan menegakkan syiar Islam itu wajib.

Propaganda seputar “hudud” telah membolehkan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan hingga sekarang, dan di Terengganu, janji melaksanakan hudud telah membolehkan PAS memerintah selama empat tahun. 

Lencana “hudud” juga telah membolehkan PAS mendabik dada bahawa parti politik itu bukan lahir semata-mata untuk merebut kuasa politik, tetapi ia berperanan memikul tanggung jawab khalifah Allah di muka bumi iaitu "mendirikan agama dan mentadbir dunia dengannya”.  Begitulah murninya bunyi jalan cerita PAS.

Thursday, June 28, 2012

Musang Dilantik Penjaga Ayam (Ronnie Liu Bakal Menteri Hal Ehwal Melayu)

Tidak mustahil jika Pakatan Rakyat menang PRU ke-13 kelak, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mewujudkan satu kementerian baru -- Kementerian Hal Ehwal Melayu Serta Lain2 Pribumi.  Dan diberi corak pemikiran Anwar kebelakangan ini, tidak mustahil dia melantik Ronnie Liu yang penuh benci dan dendam kesumat terhadap bangsa Melayu dan Islam sebagai menteri menjaga portfolio itu.

Pelantikan musang menjaga ayam itu tidak semustahil yang kita sangka.  Hari ini Israel telah melantik  Rabbi Shmuel Eliyahu, manusia paling rasis di muka bumi ini sebagai ketua Persatuan Palang/Bulan Sabit Merah Israel. [Klik untuk berita lengkap]

Rekod  Rabbi Shmuel Eliyahu boleh diamati dari laporan Jerusalem Post, pada Mei 30, 2007, di mana Eliyahu dipetik menyokong "pengeboman permaidani” (carpet bombing) kawasan umum dari mana roket2 Kassam dilancarkan, tanpa mengira kos nyawa rakyat Palestin."  Eliyahu dipetik berkata bahawa "jika mereka tidak berhenti selepas kami membunuh 100, maka kita harus membunuh seribu." dan, "jika mereka tidak berhenti selepas 1000, kita perlu membunuh 10,000. Jika mereka masih tidak berhenti, kita mesti bunuh 100,000, walaupun 1 jutaApa yang diperlukan untuk membuat mereka berhenti."

Sempoi saja cara Israel menyelesaikan masalah Palestin.  Begitukah caranya nanti DAP menyelesaikan masalah Melayu bila mereka menang PRU ke-13 kelak?