Showing posts with label Alam sekitar. Show all posts
Showing posts with label Alam sekitar. Show all posts

Thursday, April 26, 2007

Ijok: Bakal Termusnahlah Satu Anugerah Tuhan Yang Unik

Kelip-kelip (firefly) adalah satu makhluk yang dapat mencetuskan seribu imaginasi dan mitos [1]. Kita orang Malaysia sepatutnya merasa bangga dengan kewujudan makhluk ini di negara kita, khususnya di kawasan Ijok dan seluruh Kuala Selangor kerana kita mileki apa yang orang negara lain menganggap satu ketakjuban [2].

Namun sayang, fenomena unik anugerah Tuhan ini akan musnah tidak lama lagi kerana kegilaan UMNO-BN "membangunkan" kawasan ini jika mereka dibiarkan menang dalam PRK ini dan PRU seterusnya. Maka itu, dan demi keindahan alam ini, warga Ijok dan seluruh Kuala Selangor sebagai khalifah Tuhan di bumi ini mestilah memastikan UMNO-BN itu kalah -- kini, besok dan untuk selama-lamanya.

Nota: Kampong Kuantan adalah sebuah mukim yang terkeluar tidak sampai dua sentimeter dari peta kawasan DUN Ijok. Apapun, papan tanda tajaan TNB akan fenomena kelip-kelip ini boleh dilihat di merata tempat dalam DUN Ijok, bahkan dalam pekan Ijok.

Saturday, April 07, 2007

Isu Lojing: Bila Orang Baik-baik Belajar Belawok (Berbohong)

Visual di atas ialah gambar satelit kawasan Cameron Highlands di Pahang. Perhatikan contrast warna dalam gambar. Gradation [perbezaan cerah gelap sesuatu warna yang sama] warna hijau membayang tahap berapa banyak pokok telah ditebang di permukaan bumi. Warna putih-kelabu membayangkan bahawa kawasan tersebut telah gondol tiada berpokok lagi. Tapi apa pula dengan tompok-tompok merah, kuning dan coklat dalam gambar di atas. Adahkah perbezan warna membayangkan bahawa bukan setakat pokok telah digondolkan, malah bumi juga telah dijentolakkan, ditarah, mungkin untuk dilanskapkan laksana Hong Kong. Mengapa pembesar UMNO tidak menjadikan pemerkosaan alam sekitar Cameron Highlands satu isu penyelamat akidah Islam Hadhari [1]?

Bila kita berkhutbah tentang alam sekitar, yang mana subjek ini adalah salah satu dari rukun teras Islam Hadhari, sebenarnya, adalah tidak sah rukun khutbah jika kita tidak sebut tentang Cameron Highlands. Sehubungan ini, adalah digesa barisan pembesar UMNO Kelantan, yang mana Kelantan adalah tanah tumpah darah mereka, supaya berhenti dari mencaci nista diri sendiri [2]. Ludah ke langit tidak ke mana jatuhnya geriyok (kahak), kalau tidak ke muka sendiri [3].

Visual di atas dan yang berikutnya adalah perbandingan muka bumi kawasan Lojing yang digegak gumpitakan itu dengan Cameron Highlands Pahang yang disepikan seribu bahasa. (Mengapa, takut kena tulah Tengku Wong, ya?) Pembaca digalakkan menyaksikan sendiri visual-visual asal hasutan dan pembohongan pembangkang ini dari Google Earth [4]. Garisan putih dalam gambar membayangkan sempadan negeri. Manakala garis kuning membayangkan jalan raya.

Maka itu saya bertanya pembaca -- kemarukkah saya jika bertanya: Ada apa dengan mu UMNO Kelantan?

Friday, April 06, 2007

Isu Lojing: Kata Dulang Paku Serpih

Umph. Umph. Ummmmph. Sudah pun dijangka, UMNO Kelantan mempunyai agenda tersembunyi dalam menjadikan Lojing sebagai isu [1]. Nyata sekali dalam hal ini, kepentingan UMNO Kelantan di Lojing tergugat kerana -- ikut cakap khabar angin -- kemungkinan besar tanah yang dikurniakan kepada KADA [2] akan ditarik balik oleh Kerajaan Negeri kerana aktiviti pertanian di tapak itu telah mengkhianati alam sekitar [3].

Untuk memahami isu ini, pembaca perlu ketahui bahawa Ketua Perhubungan UMNO Kelantan adalah juga Pengerusi KADA [4], [5], [6]. Dan terbaru watak yang sama telah juga dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Negeri yang “mengawalselia” Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP) [7], [8], menggantikan Mustapha Mohamed [9].

Tahniah di atas perlantikan. Cuma kini nampak sangat gambar UMNO Kelantan adalah terlalu pincang – sudah tiada lagi “check and balance.”

Ketua Perhubungan UMNO Kelantan = Pengerusi KADA = Pengerusi JPP.

Hanya seorang wali mampu mengawal nafsu serakah bila hampir segala kuasa politik dan ekonomi negeri tertumpu ditangan dia seorang [10]. Tetapi adakah Ketua Perhubungan UMNO Kelantan itu seorang wali? Soalan ini, saya kira pembaca adalah lagi arief akan jawapannya [11].

Berbalik kepada cerita KADA, sayang sungguh, agensi kerajaan pusat yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan petani (Melayu-Islam) Kelantan nampaknya sudah berlaku curang. Lagi selesa menyusukan kera di hutan. Yakni, tanah pertanian prima Lojing itu telah disewakan kepada pengusaha sayur bukan Melayu dari Cameron Highlands. Apa, melayu-Islam tidak tahu tanam sayur?

Isy, isy. Balik-balik modus operandi yang sama [12]. Kalau tidak Ooi [13], Wong [14]. Kalau tidak pun segala Tan, Gan, Teo atau seumpamanya. Khianati kepentingan Melayu-Islam miskin, tidak boleh tidak, mesti guna bangsa bukan Melayu.

Persoalan saya, bagaimana hasil sewa/pajak tanah KADA di Lojing diperakaunkan? Masuk ke akaun KADA semua hasilnya, atau ada ketirisan di mana-mana?

Thursday, April 05, 2007

Isu Lojing: Faktanya Rakus Sekali



Mengapa UMNO Kelantan menepuk air di dulang? Apa ada di Lojing? Tidak cukupkah dengan projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai berharga RM1 bilion? (Kroni siapa yang dapat?) Masih belum kenyangkah dengan projek lebuhraya baru Bachok-Kota Bharu RM400 juta? (Kroninya?)

Sesungguhnya, ada apa dengan mu UMNO Kelantan?

Wednesday, April 04, 2007

Isu Lojing: Ada Apa Dengan UMNO?



Mengapa begitu marah sekali UMNO dengan Istana Kelantan? Apa yang tidak kena? Terkecewa kerana "seseorang" (atau sekumpulan orang) telah tidak diperkenankan darjah kebesaran di hari keputeraan DYMM Al Sultan Kelantan baru-baru ini? Hinggakan YB Datuk Husam Musa telah diajak melawati tapak tersebut dengan helikopter -- pada hari majlis kebesaran berlangsung?

Atau mungkin tanah KADA yang berdekatan dengan tapak istana baru telah "terganggu gugat"?

Ya, UMNO Kelantan, ada apa dengan mu sebenarnya?

Friday, January 19, 2007

KEMASKINI: Pasca Banjir: Kemusnahan Ekonomi Johor

Kelmarin (Januari 17, 2007) dalam komentar saya bertajuk Pasca Banjir: Kemusnahan Ekonomi Johor saya telah membangkitkan persoalan berikut:

Berapa puluh ribu hektar kelapa sawit telah musnah? Berapa puluh ribu ekar kebun getah peneroka Felda yang musnah? Apa pula dengan lain-lain tanaman? Semuanya pokok-pokok tanaman yang digenang air (frasa Kelantan, carok air) akan mati. Berapa tahun pula untuk pulih? Berapa ratus ribu haiwan ternak telah musnah? Ayam? Kambing? Lembu? Lain-lain ternakan?

Berapa bilion ringgit nilai kemusnahan ini semua? Berapa belas tahun diperlukan untuk memulihkan keadaan? Bayangkan dislokasi struktur ekonomi dan masyarakat Johor!

Ya, saya akui persoalan di atas adalah menggusarkan, mencemaskan, khususnya bagi pembaca yang mempunyai kepentingan emosi/material di Johor. Walaupun mengganggu emosi, itulah isu yang kita semua kena sama-sama fikirkan jalan penyelesaiannya.

Ya, saya juga faham, bahawa pendapat dan ujuran seorang blogger pro-PAS tidak mempunyai merit. Saya juga boleh terima hakikat bahawa pendapat seorang Melayu tentang apa juga isu ekonomi, kewangan dan statistiks adalah kerdil nilainya dari pendapat seorang bukan Melayu tentang isu-isu yang sama.

Malah saya tidak hairan dengan hal-hal begitu atau ambil peduli pun, kerana setahu saya kecenderongan mendiskriminasi daya fikir Melayu yang dilakukan oleh Melayu ke atas sesama Melayu adalah satu piawai. Satu perbuatan lumrah yang tidak terbatas kepada daya fikir.

Hinggalah, mengikut cerita borak kosong sesetengah kenalan yang masih lagi hanyut dalam alam jahiliyah, di serata Malaysia, harga GRO (pelacur) Melayu berbanding pelacur bukan-Melayu pun di-diskriminasikan. Untuk jenis layanan yang sama (maaf saya tidak tahu perincian bab ini), umur yang sebaya, tahap kecantikan yang lebih kurang, harga khidmat seorang pelacur Melayu adalah sekurang-kurangnya RM50 lebih murah berbanding seorang pelacur bangsa China-Malaysia. Wallah hu’allam betul begitu atau tidak.

Imbasan berita di atas adalah dari The New Straits Time. Berita yang dimainkan memetik pendapat pengkaji Alliance Bank (sebuah bank yang dikaitkan dengan MCA) yang menaksir kerugian akibat banjir Johor berada di sekitar RM2.4 bilion.

Pendapat saya tentang rumusan tinjauan ekonomi Alliance Bank ialah pemikiran mereka masih terlalu naif lagi cetek. Anggaran kerosakan yang mereka buat hanyalah berdasarkan apa yang nampak di depan mata mereka di masa ini. Kiranya mereka masih lagi buta tentang hakikat kerosakan harta pertanian.

Pendapat MBA atau akauntan bukan-Melayu adalah apa yang selalunya dijulang atau dibanggakan oleh pembesar Melayu, khususnya dari kalangan orang politik dan mereka-mereka yang memegang darjah kebesaran. Bangang macam mana pun idea bukan-Melayu, pasti akan di-amin-kan.

Yang mana kalau dikaitkan dengan anggaran Alliance Bank, adalah terlalu jelas bahawa pengkaji-pengkaji bukan-Melayu di sana telah tidak dapat membayangkan bahawa kerosakan sektor pertanian akibat banjir tidak semuanya berlaku sekelip mata.

Memanglah tanaman atau haiwan ternak yang dihanyutkan arus deras nampak rosaknya. Tetapi tanaman yang ditenggelami air selama dua atau tiga minggu lazimnya akan mati perlahan-lahan setelah air surut. Memang ladang kelapa sawit, getah, atau kebun buah-buahan yang ditenggelami banjir tidak mati serta merta pokok-pokoknya. Tetapi sebulan dua selepas banjir, kesan “mati beragan” akan dapat dilihat dengan jelas. Kalau tidak mati pun pokok, ianya akan “sakit” dari segi penghasilan.

Tekaan saya ialah industri tanaman betik, orkid, pandan dan bunga kantan yang Johor bangga-banggakan selama ini telah pun musnah akibat banjir besar ini. Dan kalau nak diperkatakan tempoh pulih, sebagai contoh, pokok bunga kantan perlukan masa hampir dua tahun untuk betul-betul mula berhasil.

Itu baru aspek kecil sektor pertanian. Belum lagi diambil kira kerosakan kepada sektor kilang dan peruncitan. Bayangkan darjah kerosakan kepada jentera pembuatan kilang-kilang dan stok barangan, baik yang dalam proses pembikinan, separa siap, atau pun stok barangan runcit. Yang mana umum tahu betapa sentitifnya barangan elektronik dengan kerosakan punca air.

Tidak kiralah apa juga langkah dan bantuan yang kerajaan negeri/pusat akan ambil dalam memupuk pemulihan sektor pertanian. Asalkan Dollah & Menantunya tidak pamerkan kecacatan daya fikir yang Dollah peragakan semasa Imam Hadhari itu ditugaskan menangani kemelut industri babi di Bukit Pelanduk yang musnah akibat wabak J.E.

Dari kacamata ramai Melayu yang masih ingat peristiwa itu, Dollah adalah terlalu bermurah hati dengan pengusaha babi darihal pampasan, tetapi di masa yang lain pula tidak dapat tunjukan kepemurahan yang setanding kepada penternak Melayu bila wabak kuku dan mulut menyerang lembu dan kerbau.

Mungkin dalam tempoh sehari dua ini, setelah ditempelak sakan oleh Thailand, Singapura pun ada tergerak hati untuk memberi sedikit kepekaan tentang agenda Melayu di Malaysia. Lantas dapat membisikkan secuit dua nasihat yang agak pro-Melayu ke telinga Dollah dan Menantunya.

Monday, December 25, 2006

Nota Mental Selama 3 Hari: Satelit & Pokok Kapal Terbang

Alhamdulillah, Kelantan tidak jadi banjir. (Hanya TV3 yang kemaruk hendakkan Kelantan banjir).

Malah cuaca sebenar dalam tempuh tiga hari lepas adalah tidak sampai 10% dari apa yang diramalkan berpandu data satelit. Maka peristiwa ini menjadi satu pengajaran moral bagi saya – teknologi dan ilmu modern dan canggih tidak semestinya betul dan tepat. Sememangnya tiada apa yang dapat menduga Ilmu Allah. Menambahkan lagi keyakinan saya akan pesanan Rasulullah, bahawa doa itu mampu merubah “takdir.”

Sebenarnya, sebelum saya membuat posting ramalan banjir Jumaat (Disember, 23) lepas, saya telah pun pusing keliling kawasan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Buat kerja bodoh (resmi saya lah tu), tinjau samada pokok kapal terbang yang banyak di situ berbunga atau tidak. Dan memang banyak pun yang sudah mengeluarkan bunga! Cuma pokok derdap saja yang saya tidak berjumpa.

Pokok kapal terbang dan pokok derdap adalah dua “satelit cuaca” orang tua-tua Kelantan. Zaman tiada akses kepada internet dan data satelit cuaca dulu, berbunga atau tidak kedua-dua pokok ini adalah pertanda banjir.

Kalau pokok-pokok ini berbunga, maka kemungkinan besar, banjir tidak akan berlaku, waima keadaan hujan dan angin menyelubungi. Sebaliknya, cuaca panas terik sekalipun, kalau pokok-pokok ini tidak berbunga di bulan November dan Disember, maka kemungkinan besarnya, banjir akan berlaku,

Itu pedoman orang tua-tua. Yang mana selama ini, kebetulannya tepat. Malah saya ada seorang kawan yang telah belanja sakan tahun lepas kerana menang bertaruh samada jadi banjir atau tidak. (Maaf ya, saya tidak suka bertaruh -- haram hukumnya. Namun, orang memberi kita merasa. Fakta diketahui hanya selepas kenyang).

Selain dari menjadi satelit ramalan banjir, pokok kapal terbang juga kerap digunakan oleh orang tua-tua dulu sebagai ubat luka dan gatal. Sehingga titik ini, saya kira pembaca mungkin telah mendapat gambaran bahawa saya sedang mempromosi sains dan seni “bomohologi” dan “dukunologi.”

Ya, saya akui saya memang gemar dan minat akan petua dan pedoman Melayu lama. Tetapi hingga ke satu tahap saja. Bab petua ubat-ubatan dari herba dan pokok tempatan saya tidak berapa setuju. Sebabnya mudah, kerana saya dapati, tidak seperti sains Ayurvedic, preskripsi ubatan Melayu jarang memberitahu secara tepat bahagian pokok yang mustajab, dos, dan cara penyediaan ubat. Bab ini, tuan/puan kajilah sendiri.

Kembali kepada tajuk, sekali lagi saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana Kelantan tidak banjir tahun ini.