Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, May 31, 2007

Kes Lina Joy: Soalnya Sikap Terhadap Melayu

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Teramat Arif Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif kerana menyelesaikan kemelut “Lina Joy” dengan sungguh bijaksana dan penuh sopan santun bangsa Melayu [1].

Saya belum lagi berkesempatan membaca keputusan asal sepenuhnya, cuma mengikuti lapuran akhbar dan komentar blog [2] akan keputusan yang dibuat. Namun itu sudah cukup membuat saya amat terharu bila membaca betapa Yang Teramat Arif (YTA) dan Yang Arif (YA) telah mempamirkan satu contoh sukar ditandingi, akan keheningan minda dan keupayaan menganalisis bebas emosi akan isu-isu yang dibicarakan.

Bagi saya, tanpa menyebut sepatah ayat, YTA dan YA telah mengajak rakyat, khususnya orang Melayu menilai isu Lina Joy dari sudut:

  • Pendokong dan agents provocateur [3] di belakang Lina Joy [4] telah bertindak melalui saluran yang salah, dan

  • Meletakan Mahkamah Syariah pada martabatnya yang wajar.

Amati bahawa Jabatan Pendaftaran Negara telah akur dan bersetuju menukar nama “Azlina binti Jailani” kepada “Lina Joy” kerana pemohon telah mengemukakan permohonan yang sah -- yakni kesaksian dan pengesahan mahkamah sivil akan hakikat Azlina mahu dipanggil Lina Joy.

Amati bahawa hal-hal pengesahan tukar nama adalah dalam bidang kuasa mahkamah sivil.

Menukar nama adalah hak asasi semua manusia, termasuk Lina Joy. Begitu juga dengan hak menukar ugama. Sesiapa pun boleh dan berhak menukar ugama mereka. Tiada siapa yang boleh menghalang. Malah Allah pun tidak menghalang. Bab kesan perbuatan tersebut, itu soal lain. Pokoknya Allah tidak pernah menghalang.

Tetapi.

Tetapi di Malaysia sebuah negara yang berdaulat, seperti dengan hak mengsohihkan dan mewartakan penukaran nama itu adalah hak mahkamah; hak mengsohihkan dan mewartakan perbuatan menukar ugama adalah hak mahkamah -- hak Mahkamah Syariah.

Kes Lina Joy tidak sepatutnya menjadi sensasi negara dan menarik perhatian serong dunia terhadap undang-undang dan penghakiman tentang Islam di Malaysia, sekiranya Lina Joy dan agen-agen provokator di belakangnya mempunyai hormat sebesar zarrah, sebesar tungau, terhadap PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan Mahkamah Syariah.

Pengesahan murtad atau pun santunnya di panggil “penukaran ugama” Lina Joy sepatutnya diselesaikan di saluran Mahkamah Syariah. Sebaliknya Lina Joy dan sekutunya enggan berbuat demikian dalam saluran Mahkamah Syariah, tetapi berkeras untuk mengesahkan hasrat itu dalam saluran Mahkamah Sivil yang jelas tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara ini.

Yang dalam berbuat demikian Lina Joy dan sekutunya mempamerkan hati perut yang menghina Mahkamah Syariah. Yang sekaligus dengan itu menghina Perlembagaan.

Bagi saya kes Lina Joy bukanlah soal ugama atau hak asasi manusia. Kes Lina Joy ialah soal sikap. Soal sikap Melayu yang sudah tidak lagi merasa dirinya Melayu serta sahabat handai barunya yang dari kalangan bukan Melayu terhadap Melayu dan segala institusi Melayu.

Sikap bukan Melayu yang memandang rendah akan segala-gala tentang Melayu. Hatta apa juga sebutan tentang Melayu dalam kontrak sosial yang di panggil PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Dan sikap Melayu yang tersangat toleran dengan semua penghinaan itu.


Epilog: Semasa menadah kitab di pondok dulu, saya ada jugalah terbaca sebiji dua kitab-kitab statistik dan kebarangkalian. Khususnya kebarangkalian. Malah seingatan saya, hampir lapan tahun saya menadah kita-kitab tersebut. Yang mana ekoran itu telah mewarnai kefahaman saya, bahawa setiap fenomena yang wujud dalam alam maya ini, fenomena seperti perkahwinan atau perceraian, adalah takluk hukum statistiks dan kebarangkalian. Lalu di sini saya mengucapkan kepada Lina Joy agar hukum statistik dan kebarangkalian berada di pihak, dan menyebelahi puan. May the parameters, the alphas, betas and gammas be with you.

Thursday, April 26, 2007

N11 Ijok: Nafi Isbat UMNO (Islam Hadhari) Terbongkar Jua

Mengikut cerita para X-Jahiliyahs, yakni orang-orang yang sudah meninggalkan fasa jahiliah hidup mereka, dalam pengajian tasawuf teknikal, frasa atau kalimah syahadah “Laa ilaha illallah – Tiada Sembahan (Tuhan) Melainkan Allah” adalah dikenali dengan berbagai nama. Antaranya, kalimah ini dipanggil “nafi isbat.”

Istilah “nafi isbat” timbul bila kalimah syahadah dianalisis di peringkat komponen lafaz.

Komponen pertama syahadah ialah “nafi” atau penafian, penidakkan: Laa ilaha -- Tiada Sembahan (Tuhan). Maksudnya di sini, penyebut ungkapan membuat satu ikrar penafian secara total, menafikan bahawa wujudnya Sembahan atau Tuhan; dan seterusnya dalam nafas yang sama menyebut: Illallah -- Melainkan (Kecuali, Hanya) Allah.

Komponen Illallah ini adalah ikrar penegasan atau cakap bersungguh mempercayai bahawa hanya yang dikata, yang disebut itu, yakni Allah, yang wujud. Dalam bahasa Arab, penegasan ini – Illallah – di panggil “isbat”

Dalam konteks yang lain pula, istilah “nafi isbat” adalah merujuk kepada satu bentuk amalan, praktis, satu teknik berzikir, atau melafazkan syahadah mengikut “melodi” atau rentak pernafasan yang tertentu.

Seterusnya, berbalik kepada gambar di atas, jelas terbukti oleh sepanduk kempen karya Pemuda UMNO Bahagian Machang bahawa penganut UMNO (juga penganut penganut ugama sesat Islam Hadhari) adalah orang-orang yang sudah punah akidah politik mereka.

“Nafi isbat politik” mereka melambangkan bahawa sudah tiada ruang rasionaliti dalam kepercayaan mereka terhadap UMNO-BN. Hatta jika UMNO-BN mencalunkan seketul najis sekalipun, mereka tetap akan pangkah juga.

Nota: Selain dari gambar tajuk, gambar-gambar lain dalam post ini adalah fitnah hasil kerjatangan Sheih Kickdefella.

Tuesday, April 03, 2007

Bila Tiung & Kakatua Bercakap Tentang Islam

Maka terbacalah saya berita tentang pakar terkini Islam Hadhari [1], [2], [3].

Mengikut cakap dalam pasaran, jawatan “pensyarah tamu” di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesetengah Melayu warga Singapura, adalah tidak lebih dari satu lantikan belas ehsan [4], [5]. Memberi ruang kepada si-polan terlibat menyambung punca pencarian, satu ruang bernafas, sanktuari (sanctuary) bagi masalah dalam pasaran kerja di Singapura. Dalam satu segi, jawatan itu adalah satu tempoh percubaan bagi Fakulti dan/atau Pendaftar menilai kesesuaian si-polan untuk perlantikan yang lebih panjang, termasuk pelantikan tetap. Lama atau kejap tempoh “bulan madu” itu pula membayangkan 1,001 kisah.

Perlantikan “consultant,” “director,” “country/regional expert” dalam banyak syarikat multi-national (MNC), malah banyak lagi nama jawatan berglamer, sebenarnya adalah lantikan sementara. Lazimnya diperbaharui dari tahun ke setahun. Bergantung kepada kesesuaian personaliti dan/atau kegunaan sipenyandang kepada organisasi. Maksudnya, selagi sipenyandang ingin bertahan lama dengan gaji yang dibayar, haruslah dia menunjukan kesetiaan yang total kepada falsafah dan dasar majikan. Kalau dipinjam frasa Tun Mahathir, penyadang jawatan mesti bersikap – mana titah patek junjung. Manakala darihal kebanyakan MNC pula, semua adalah instrumen pelaksana dasar luar Zionist-Amerika [6], [7], [8]. Hanya darjah keterlibatan dan sejauh mana mereka menjaguhi adalah berbeza.

Persamaan jawatan-jawatan tersebut adalah jawatan bergelar “Business Development Director/Advisor” yang diberi oleh kebanyakan syarikat Cina Malaysia kepada Melayu, khususnya yang pencen dari jawatan khidmat awam. Selagi penyandang jawatan boleh bawa masuk bisnes, selagi itu dia ada nilai ekonomi. Begitu juga dengan jawatan “Customer Relations Executive” atau “Marketing Executive” yang disandang oleh ramai anak perempuan Melayu yang berkerja dengan syarikat Cina. Adalah tidak lebih dari jawatan “inang” atau “pramuria” bagi kerja-kerja menjulap pegawai-pegawai kerajaan atau rakan kongsi dari luar negara. Kerjanya mirip GRO (Guest Relations Officer), kalau tidak pun memang GRO. Yakni, kerja gundek sementara.

Ketamadunan Malaysia, kalau dibandingkan dengan banyak negara menjajah seperti Britain, German, Perancis, Jepun atau Amerika Syarikat, adalah baru setahun jagung. Maka itu di negara kita belum lagi wujud satu konsep di mana sesuatu organisasi atau institusi itu membawa satu pengertian atau melambangkan apa-apa yang khusus. Kita sebenarnya masih lagi mencari arah dan dalam hal ini nampaknya semakin keliru dan mundur.

Sebagai contoh, di negara menjajah, kemasukan ke sesebuah universiti atau institusi pengajian itu sendiri melambangkan latarbelakang status sosio-ekonomi [9], kelas sosial [10], status atau jenis kerjaya penyandang [11], [12], [13]. Maka itu nama seperti Harvard [14], Imperial College [15], Cambridge [16] semuanya membawa lambang, atau lencana tahap ke-elitan pelajar yang diterima masuk.

Begitu juga nama seperti Turfs [17], London School of African dan Oriental Studies, Kennedy School of Government melambang latarbelakang kerjaya atau arah kerjaya penuntut. Juga sebagai contoh, “Sarratt” ialah kata kod kepada nama sekolah lanjutan perisikan bagi pengintip merangkap diplomat Britain [18], [19]. Begitu juga ada sekolah-sekolah di Amerikat Syarikat yang mempunyai fungsi yang sama.

Seperti yang dapat diamati dari novel-novel John le Carre [20], seorang perisik pencen Britain, liku-liku kerjaya seorang perisk itu, khususnya jika bertujuaan mempersiapkan watak itu untuk suatu misi yang penting adalah pelbagai dan “un-sangka-rable.” Kadang-kadang mengambil masa bertahun [21]. Semuanya demi membolehkan watak itu diterima tanpa was-was semasa melaksanakan misinya kelak.

Setakat nak buat kenyataan akhbar bahawa Islam Hadhari itu penting demi menafikan Islam itu ganas [22], [23] [24], [25]. Apalah yang dibiarkan kawan tu "berkelana" lama sangat? Kerana setakat statmen itu, yang bagi saya, nyata satu kekafiran ber-IQ rendah -- ramai lagi lulusan Timur Tengah yang dahagakan kerja boleh buat dengan lebih menyakinkan. Isy, isy, ijazah berjela tidak lebih kerana berkeupayaan tiung dan kakatua. Falsafah surah-surah “4-Qul” pun tak faham lagi, sudah menjadi pakar islam dia [26].

Monday, April 02, 2007

Nawaitu Suaka Politik & Nasib Islam Hadhari

Pletfom pemfitnah Malaysia, yakni internet, kini sedang rancak mengkhabar-anginkan bahawa Dolah sudah membeli sebuah(?) rumah di Australia [1], [2], [3]. Saya tidak bercadang mempertikaikan kesohihan gosip ini, kerana saya tahu dari rekod trak yang lepas-lepas, gosip ini akan terbukti benar dalam tempoh terdekat. Selepas, sebagaimana biasa, Dolah membuat penafian keras, kalau tidak pun cubaan membelit [4], [5] .

Darihal mempersiapkan rumah di Australia ini, dua perkara terlintas di kepala saya.

  • Belum apa-apa lagi, Dolah dan Keluarga Bahagianya sudah bercadang untuk mencari perlindungan politik atau suaka politik. Kata Inggeris, political asylum [6]. Belum apa-apa lagi sudah bersiap untuk lari. Begitu tidak yakinkah Dolah dan barisan penasihatnya bahawa UMNO pimpinan Dolah akan menang besar dalam PRU ke 12 kelak? Atau mungkin Dolah dan Menantunya sudah tidak yakin bahawa mereka boleh bertahan dalam UMNO itu sendiri. Yang mana sejurus tersingkirnya mereka dari tampuk kuasa, mereka akan dilayan laksana anggota kasta terbawah masyarakat Hindu kuno, yakni, pariah [7].

  • Kasihan jiran-jiran baru Dolah di Australia, kerana nilai hartanah mereka akan merudum ekoran kemasukan Dolah sebagi jiran. Ya lah, apa tidaknya, suasana damai taman perumahan ekslusif mereka mungkin akan berserabut dan bergetar dengan segala macam demonstrasi atau bantahan dari pihak-pihak yang menjejaki Dolah atau Menantunya kerana inginkan mereka diadili. Kalau tidak itu pun, rumah Dolah tentunya akan sentiasa dikunjungi pelawat dari kalangan penganut Islam Hadhari yang datang untuk solat berjemaah atau sekadar mencari barokah wal syafaah. Sekurang-kurangnya satu sudut rumah akan dijadikan surau demi melepas ketagihan Dolah menjadi imam. Dan pembaca boleh bayangkanlah betapa Australia itu alergik dengan Islam [8].

Nawaitu Dolah menghabiskan sebahagian besar masa depan beliau, sisa-sisa hidup, di Australia sekaligus membawa implikasi berat terhadap masa depan Islam Hadhari [9]. Apakah nasib ugama itu, yang mana di negara lain ianya dipanggil dengan nama – Islam Liberal [10], [11]? Mampukah Islam bentuk ini yang pertama dicadangkan oleh The Rand Corporation sebuah think tank kafir yang berpengkalan di Amerika Syarikat bertahan di Malaysia [12]? Apa akan jadi kepada segala khalifah-khalifah atau wakil mursyid Islam Hadhari di Malaysia [contoh: 13]?

Sebagai seorang Islam tradisional yang kalau nak dipanggil, orthodoks, pun, saya tidak marah; saya akui tidak tahu jawapan persoalan-persoalan di atas. Tetapi apa yang saya tahu ialah janji Allah dan hukum Nya akan tetap terlaksana jua [14]. Mungkin di zaman ini atau di musim ini kita tidak faham dengan tepat apa yang Allah wahyukan. Mungkin untuk satu tempoh yang panjang, berkurun lamanya, daya fikir manusia tidak dapat menduga apa yang Allah maksudkan sebenarnya. Contoh mudah, cerita Al-Quran tentang "langit" yang mana kata ini boleh diertikan dari pelbagai sudut, termasuk konteks modern -- atmosfera [15], [16], [17].

Langsung membuat ramai menyangka bahawa kenyataan dan perkhabaran dari Allah itu tidak lebih satu dogeng. Semata-mata karya-karya cakap pindah, ulang sebut mitos-mitos sezaman Muhammad s.a.w. Mencerminkan mindset Arab purba. Lantas memerlukan hadhari. Memerlukan tafsiran yang serasi dengan nafsu hegemoni puak Zionist-Amerika ke atas dunia. Namun, saya yakin di tahap setiap molekul kewujudan saya, bahawa dalam alir masa, seperti yang Allah janjikan, setiap kebathilan dan segala niat buruk itu akan tertonggeng jua – terhumban jauh, sampai mungkin ke Australia.

Sunday, January 14, 2007

Jelingan Sepintas Lalu (2): Otak UMNO, Otak PAS

Johor adalah satu kenangan manis bagi saya. Isteri pertama saya adalah warga Johor.

Pun begitu dengan masjid lama Taman Pelangi, Johor Bahru, membawa 101 kenangan. Betapa buat kali pertama saya memaksa diri, membuang rasa malu yang tebal, membawa (arwah) bapa mentua saya masuk ke dua-tiga pejabat korporat di Kuala Lumpur untuk mengutip derma demi membangunkan masjid tersebut.

Dapat duit tidak banyak pun, tetapi apa yang buat saya rasa mempunyai sumbangan kepada dunia ialah bila rekabentuk dinding masjid akhirnya bertukar kepada “cermin nako.” Idea dinding sebegitu tercetus di suatu perbincangan orang tua-tua Taman Pelangi di rumah bapa mentua saya, bagaimana hendak menyiapkan masjid sedangkan dana tidak cukup.

Oleh kerana idea dinding “cermin nako” adalah suatu pekara yang susah hendak dibayangkan ketika itu, maka saya pun dengan penuh rasa gembira telah membawa bapa mentua saya dan seorang sahabatnya ke Damansara Utama untuk melihat sendiri contoh masjid (Masjid Mujahidin) berdindingkan “cermin nako.”

(Cerita bab fitnah dan tuduhan penyelewengan dana setelah masjid itu siap dengan dinding cermin nako yang tidak boleh diterima oleh sebilangan besar anak kariah, itu pun satu cerita yang panjang juga. Mungkin kalau ada masa dan situasi yang sesuai, akan saya ceritakan apa yang berlaku hampir 20+ tahun dulu, versi saya).

Anak sulong saya yang ketika itu berusia dua tahun merasa kali pertama masuk rumah ibadah, di masjid itu, ketika kali pertama solat Adil Fitri diadakan di masjid itu. Dan bertolak dari penglibatan dengan masjid itulah maka timbul satu rasa tidak “puas” dalam diri saya untuk terlibat dengan pembinanan/pembaikian masjid/surau.

Rasa keterpanggilan yang muncul bersama naiknya masjid lama Taman Pelangi telah membawa saya ke kampung-kampung yang tiada tercatit dalam peta di Sumatra Utara (dalam tahun-tahun dunia belum lagi kenal perkataan “tsunami”) dan Pattani di Selatan Thailand. Yang mana hinggalah dua tahun lepas, saya dapat siapkan satu masjid di kampung saya, di mana penglibatan saya ialah dari A sampai Z. Dari menagih “wang ehsan,” kepada paku “side rail,” sampai kepada pasang mangkuk jamban, dan kini secara berkala berus mangkuk jamban. Masih saya rasakan banyak lagi pembinaan masjid/surau yang saya boleh libatkan diri.

Itu kesan Johor ke atas saya.

Sebab itulah di saat Johor dilanda bencana saya rasa terguris bila terbaca berita-berita seumpama ini.

Perlis Hantar Tenaga Penggerak Meskipun Pembangkang Boikot P/raya

KANGAR, 11 Jan (Bernama) -- Umno Perlis tetap menghantar tenaga penggerak ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Talam di Pahang meskipun PAS dan Keadilan membuat keputusan memulaukan pilihan raya kecil di situ 28 Jan ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Che Sulaiman Shafie, berkata lebih 400 tenaga penggerak akan berlepas dalam tempoh terdekat ini.


Umno Selangor Hantar Jentera Pilihan Raya Ke Batu Talam

SHAH ALAM, 10 Jan (Bernama) -- Umno Selangor akan menghantar seramai 2,000 hingga 4,000 anggotanya sebagai jentera penggerak menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Pahang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata kesemua anggota tersebut akan ke Batu Talam selepas sahaja penamaan calon berlangsung pada 16 Jan ini.


Wanita Umno Bantu Jentera BN Hadapi Pilihan Raya Batu Talam

DUNGUN, 9 Jan (Bernama) -- Pergerakan Wanita Umno bersiap sedia menggerakkan anggotanya di seluruh negara bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Batu Talam pada 28 Jan ini.

Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Wanita Umno dari semua bahagian di seluruh negara secara sukarela ingin ke kawasan Batu Talam untuk memberi perkhidmatan bagi membantu jentera parti.

Perasaan yang bangkit dalam hati saya ialah UMNO nampaknya tidak langsung mempedulikan nasib manusia, nasib sesama Melayu, sesama seagama yang dilanda kesusahan. UMNO sanggup menggerakkan ribuan ahli dan penyokong untuk mempertahankan satu kerusi Dewan Undangan Negeri – tetapi UMNO tidak langsung mempunyai hati perut untuk menggerakkan 10 sukarelawan tujuan membantu mangsa banjir di Johor.

Jelas untuk diri saya, UMNO lagi mementingkan maruah politik yang sekelumit itu dari menzahirkan peri kemanusian. Mementingkan ego politik sendiri dari jiwa manusia lain.

Berbanding pula dengan PAS yang tidak pun mendapat tempat dalam hati orang-orang Johor. Betapa untuk sekian lama ini PAS dihina dan dicemuh di Johor, betapa itulah pula PAS cuba menyumbang bakti.

Bagi saya disinilah letaknya beza otak pemimpin UMNO dengan pemimpin PAS – tamaddun dan hati budi. Dalam-dalam kehangatan ber-retorik dan berpolitik, PAS masih lagi punyai rasa keinsanan dan punyai masa untuk insan lain.

Thursday, December 07, 2006

Aurat Wanita, Urat & Disfungsi Ereksi

Dalam banyak hal, saya kira “luas” adalah satu keadaan jirim, ruang, yang sangat dihajati. Namun saya percaya bahawa dalam sesetengah hal pula, “sempit” adalah satu kewujudan yang mahal lagi diburu.

Bertolak dari pengamatan di atas yang tiada kena mengena dengan tajuk ini, saya amati bahawa aurat wanita sudah menjadi satu isu global.

Dunia barat, atau mungkin lebih tepatnya negara-negara blok Judeo-Christian yang dikepalai Amerika Syarikat nampaknya begitu menentang konsep menutup aurat wanita, hingga ada negara yang telah menggubal undang-undang mengharamkan perbuatan menutup aurat “ala-Islam.”

Mengapa jadi begitu, hingga isu ini terbawa-bawa ke Malaysia yang terlalu hingar selama ini melaungkan bahawa ianya sebuah “negara Islam.” Lebih aneh lagi, bila ada pembesar negara Islam yang menjadi pendepan, jurucakap, kepada blok menentang aurat wanita ditutup.

Langsung membuat ramai yang merasakan dirinya Islam, semakin keliru dengan fabrikasi (fabrication) yang dipanggil “Islam“ Hadhari. Yang mana Islam versi ini sedang giat diajar disekolah-sekolah rendah – Islam tanpa Muhammad dengan 10 rukunnya.

Dalam polemik aurat ini, saya amat bersimpati dengan tugas

Nabi Muhammad s.a.w. dan dilema yang mungkin pernah Baginda Rasulullah lalui. Nak diceritakan lebih-lebih tentang hubungkait reaksi kaum lelaki akan visual bahagian dan bentuk tubuh kaum perempuan, takut pula dianggap terlalu condescending, memandang rendah akan keupayaan intelek manusia segajat. Kalau tidak pun memberi mesej yang tidak tepat tentang sifat semulajadi kaum lelaki.

(Saya bayangkan) Langsung untuk memudahkan cerita, Rasulullah meminta jasa baik kaum wanita Muslim supaya menutup aurat.

Mungkin logik yang membawahi saranan tersebut adalah mudah – aurat terbuka, urat berdiri – pada masa dan tempat yang sesuai.

Berterusan mendedahkan aurat, hingga berkeras dan memberontak untuk berbuat demikian ada banyak padahnya kepada kedua-dua kaum. Kaum lelaki yang “terdera” minda dan jiwanya sepanjang hari, itu satu padah.

Tetapi padah yang kedua ialah kepada kaum wanita – mereka juga teraniaya kerana bila kaum lelaki kalih, dan terbius dengan aurat wanita, tindakbalas dan prestasi yang diidamkan tidak akan kesampaian.

Maka itu tidak hairan kalau di Malaysia, lelaki terpaksa mencari jalan untuk mengembalikan, malah membolehkan reaksi terhadap wanita, yang sepatutnya terjadi secara semulajadi dan tanpa apa-apa bantuan luaran.

Lihat saja betapa luasnya permintaan, malah jeritan batin kaum lelaki, disegenap ceruk negara, yang terpaksa mencari penawar pada setiap kesempatan yang boleh. Kalau tidak ke doktor atau dukun, “ubat segara” di warung-warung kopi, pun boleh dianggap satu rahmat.

Sebaliknya perhatikan bahawa di negeri-negeri di mana penjagaan aurat wanita itu ditekankan, di Kelantan umpamanya, disfungi ereksi bukanlah satu masalah. Kebolehrangsangan tidak menjadi isu, tetapi lelaki lebih menumpukan kepada perkiraan substantif, seperti saiz keperwiraan.

Wednesday, December 06, 2006

Kubu Melayu (Islam) Terakhir: Grid Kehidupan

Shahdan maka tersebutlah kisah akhbar The Star tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri Kelantan kerana melaksanakan kod pakaian wanita, yang dalam pemikiran tukang hasut di belakang The Star – adalah terlalu ketat.

MPKB: Cover up or else

By C.A. ZULKIFLE and IAN MCINTYRE

KOTA BARU: Women working in retail outlets and restaurants in Kelantan have been warned to mind their dressing or be prepared to face a fine.

The Kota Baru Municipal Council (MPKB) has announced that it would “no longer tolerate indecent dressing” by women, both Muslim and non-Muslim.

Public relations officer Mohd Azman Daham said that under local council by-laws women who “dressed sexily or indecently” could be fined up to RM500.

… seterusnya di The Star.

Maka sebagai alternatif, Star telah mempamerkan satu kod pakaian yang sesuai di zaman Hadhari ini.

Piawai pakaian wanita yang mana yang lebih sopan? Lebih menyejuk mata? Terpulanglah kepada citarasa pembaca untuk menilai.

Cuma, satu perkara yang saya ingin ingatkan, bahawa tudung, selubung, se’bar (slanga Kelantan bermaksud, penutup) adalah seumpama kod genetik, sudah turun temurun begitu penerimaannya. Sehubungan ini saya tidak nampak perbuatan menutup aurat itu pernah menjadi halangan dalam hal-hal kegiatan ekonomi.

Kadang-kadang, bagi sesetengah isu saya dapati payah memahami jiwa pengkritik dari luar Kelantan tentang Kelantan. Rakyat Kelantan telah memilih sebuah kerajaan yang menjanjikan perlaksanaan syariat Islam.

Dan kalau dikatakan bahawa kod pakaian wanita itu adalah di antara butiran syariat yang mudah untuk dilaksanakan, maka rata-ratanya rakyat menerima perlaksanaan itu. Kerana itu, dan kerajaan yang melaksanakannya adalah pilihan kami. Pilihan secara sedar.

Langsung saya bertanya – kawe ketik demo ko? (slanga Kelantan bermaksud – saya gigit awak kah?)

Tuesday, November 21, 2006

Dasar Media Mencipta Azhar Mansor Serta Perbezaan Antara Perempuan Melayu Dengan Perempuan Bangsa Lain

Subuh tadi, sejurus meraut muka selepas salam kedua, hati saya tergerak untuk mengambil risiko. Ya lah, bukannya macam sejak blog ini dimulakan saya tidak mengambil risiko -- saya tahu saya mengambil risiko. Tetapi kali ini saya beranikan diri untuk memperkatakan pendapat saya dalam isu gender (isu jantina).

Risiko yang saya hadapi ialah didoakan dek sekian ramai umat perempuan penghuni bumi Tanah Melayu, bangsa Melayu khususnya, agar Tuhan “mengajar” saya. Namun, seperti juga (mungkin) dengan Mukhriz Mahathir, saya timbangkan saya mesti jujur kepada suara hati saya, jujur kepada perkiraan intelek (yang tidak seberapa) saya.

(Berserta risiko saya membosankan pembaca kerana menulis satu komentar yang panjang untuk mengeksplikasikan [explication] sudut pandangan saya).

Tidak seperti isu politik, isu gender tidak mempunyai garis pemisah jelas dari segi puak penyokong, atau siapa yang akan “terkena.”

Merujuk bangsa Melayu, batas dan garis pemisah keterkenaan isu politik ialah penyokong PAS atau UMNO. Terpukulkah Abdullah & Menantunya Sdn. Bhd., dalam berpolemik dengan Tun Dr Mahathir dan penyokong senyap beliau. Itulah batas sejauh mana pembincang akan dipersalahkan atau dikutuk.

Tetapi bila menyentuh isu gender, pembincang akan dinilai bukan saja oleh kaum perempuan, tua dan mudanya, tetapi juga mungkin akan menyinggung lelaki yang punyai ibu, isteri, anak, adik, kakak, sanak saudara, dan handai taulan perempuan. Inilah magnitud (magnitude) risiko yang saya sedang ambil.

“Sex sells.” Seks melariskan. Itulah mentera hikmat di kalangan pengamal bisnes iklan khususnya, dan pengamal media amnya. Yang ralatnya bagi segmen profesional ini, diberi norma masyarakat Timur, pengiklan dan pengamal media sepanjang masanya meniti garis di antara gelojak hasrat ingin laris dan menjaga kesopanan serta susila.

Sehubungan ini, pada hemat saya, lebih dari pihak lain, pengamal media, khususnya bekas editor akhbar; Kadir Jasin, Johan Jaafar, Zainudin Maidin, contohnya, adalah terlalu bersalah.

Dalam tempuh sedekad lepas, akhbar yang pernah mereka terajui telah berjaya mentransfomasikan masyarakat Melayu kepada satu yang terlalu hipokrit, tetapi obses (ketagihan) dengan seks.

Akhbar Melayu adalah terlalu silu untuk membincangkan seks secara faktual dan objektif. Namun editor akhbar adalah terlalu peka bahawa seks melariskan. Langsung, akhbar mencari jalan memaparkan seks -- tidak seks secara objektif, tapi seks secara sensasi. Maka saban hari akhbar menghidangkan pembaca dengan cerita rogol. Membicarakan seks secara sipi.

“Rodok golok” adalah kata asal kepada kata singkat “rogol” yang kini kita semua fahami sebagai seks paksa. Dan inilah cerita (yang dijulang sebagai berita) yang kuat membentuk sikap masyarakat Melayu. Yang daya kesan ceritanya adalah jauh lagi mendalam dari Islam Hadhari yang kini sedang ditekan masuk ke tembolok umat Islam Tanah Melayu.

Selain dari pelaris, akhbar Melayu yang juga menjadi lidah rasmi UMNO adalah bersalah kerana menggunakan cerita rogol sebagai satu sudut untuk mempotretkan PAS sebagai parti manusia biasa, bukan parti manusia berugama. Malah parti manusia-manusia jahat lagi bernafsu buas.

Lantaran cerita pak haji, ustadz, lebai, imam, khatib, bilal, tok siak, guru al Quran yang dituduh merogol akan di letakan di muka-muka depan. Dengan harapan massa Melayu akan menghubungkaitkan secara tidak sedar; "pengamal ugama" dengan PAS, PAS dengan jenayah seks.

Dan gambar mental inilah yang berada dalam kepala Azhar Mansor bila dia mencabar pemberita yang memintanya bersyahadat. Dalam kepala Azhar Mansur, murtad itu tidak jahat. Tetapi rogol itu jahat. Lalu Azhar mengherdik pemberita supaya membandingkan dia dengan perogol.

Sebelum pembaca silap faham, dengan tegas saya katakan bahawa saya tiada simpati sebesar zarrah pun dengan siapa juga yang dituduh merogol kanak-kanak. Saya juga teramat benci kepada siapa juga yang dituduh merogol beramai-ramai. Merogol prempuan cacat. Tetapi saya kadang-kadang merasa simpati kepada tertuduh rogol dari kalangan tunang (yang tidak jadi nikah), teman lelaki, atau kenalan.

Izin saya tanya: berapa ramai di antara kita lelaki yang tidak pernah meletakan sebelah kaki ke dalam penjara jika diambil kira perlakuan dalam konteks (sekular) menjalin hubungan lelaki perempuan. Dalam konteks bercinta, berkasih, atau bertunang. Paling tidak, ramai di kalangan lelaki yang ada semerdekanya kini layak dituduh pernah mencabul kehormatan.

Namun, sebenarnya apa yang membolehkan kita membaca blog ini dari pejabat kita, rumah kita, atau kamar nyaman di kelab-kelab kita, ialah semata-mata ehsan perempuan terhadap lelaki.

Tidak pernah “terusik,” “terpegang,” “teraba,” “terjamah”dan “teramas.”? Tidak pernah? Jangan temberang. Ya, memang diakui ramai lelaki Muslim yang tidak pernah berbuat demikian dalam konteks hubungan gender bukan muhrim, tetapi bak kata arwah P. Ramlee -- terlalu jarang, jarang.

Itu semua perlakuan rutin yang sebenarnya melayakkan seorang lelaki dituduh mencabul. Dan seterusnya jika dilapurkan dan disabit kesalahan, boleh dihukum penjara. Dan risiko inilah yang dhadapi setiap lelaki Melayu dalam perhubungan antara gender. Bermula dari umur remaja.

Ramai yang mungkin tidak setuju dengan ganasnya, jika saya katakan bahawa seks bagi lelaki dan perempuan itu adalah dua komoditi yang berbeza nilainya.

Bagi lelaki permintaan akan seks adalah kerana nilai hakikinya. Sebaliknya bagi perempuan, penawaran seks ialah kerana nilai manupulatif-nya. Jelas satu rajah keluk permintaan dan penawaran yang tidak sempurna. Sentiasanya dalam keadaan ketidaksetaraan (state of disequilibrium).

Hari ini akhbar The Star melapurkan seorang wanita India telah mengheret, membawa saman malu ke atas bekas teman lelakinya di mahkamah kerana si-lelaki telah tidak menikahinya selepas si-perempuan membekalkan seks sebanyak 31 kali dalam tempuh empat tahun.

Alasan perempuan dalam membawa saman. “Saya ditipu. Saya malu dan mengalami keresahan jiwa.” Maka dia mahu mahkamah menghukum ganti rugi dari pihak lelaki.

Woman sues former lover for not marrying her

By CHRISTINA KOH

IPOH: She claimed that she had sex with him 31 times on the belief that they were in love and would marry.

She denied having any ill intention when she recorded the date and place of each sexual encounter from 1998 to 2001.

I had a sexual relationship with him because I loved him. I thought our relationship was special,” said legal clerk S. Nagamah, 38, who is suing her ex-boyfriend R. Punnosamy, 40, for not marrying her.

Nagamah, who claims to have suffered shame and mental anguish, is asking for aggravated damages, exemplary damages, costs and compensation for assault.

Cross-examined by Punnosamy’s lawyer, Abdul Malik Matjudi, Nagamah disagreed that she kept the records of their sexual encounters to prevent him from “running away from me.”

”He deceived me,” she said, adding that Punnosamy had given no sign or warning during their four-year relationship that he would fail to keep his promise.

She testified that Punnosamy had slapped her when he went to her office on July 11, 2002, forcing her to seek outpatient treatment.

During re-examination by lawyer S. Muthuveeran, Nagamah said in the Indian community, it is believed that a couple would not have a perfect marriage if the girl had lost her virginity beforehand.

“By right, a woman is to tell her would-be husband about her background before marriage. I turned down two other marriage proposals for this reason,” she said.

Punnosamy, a legal office administrator, said they were never a couple and that she was “only a friend.”

He denied that he had promised to marry her, saying it was always Nagamah who contacted him and asked him out.

Punnosamy, who had earlier denied in his testimony that he had slept with Nagamah, admitted that he had sexual relations with her “more than 20 times” but only because she had wanted it.

I accept her as a friend, nothing else. I never said that I loved her or arranged any engagement ceremony,” he added.

He admitted that he slapped Nagamah because she had threatened his fiancée at a tuition centre in Teluk Intan.

Judicial Commissioner Mohd Azman Husin fixed Feb 6 for decision.

Sentimen pertama yang menerpa saya bila membaca berita ini – nasib baik kes ini melibatkan bangsa India. Kalau Melayu, sudah lama si-jantan kena tuduh merogol. Maka si-jantan akan merasa penampar, penumbuk dan penendang gratis dalam lokap polis, yang dihadiahkan oleh (mungkin) sesama kenalan selokap, kalau tidak pun oleh pengawai penyiasat.

Pengajaran yang saya dapat dari berita di atas adalah mudah. Bangsa lain akan bertungkus lumus atas daya sendiri, sanggup melabur dalam bentuk kos guaman, demi mendapatkan imbuhan ekonomi. Melayu sebaliknya akan melonggokkan masalah mereka ke meja-meja “datuk balai” kalau tidak pun sebising yang boleh di salah satu sessi Perhimpunan Agung UMNO.

Mungkin sikap yang kita sedang saksikan ini adalah salah satu dari kesan negatif Dasar Ekonomi Baru ke atas orang Melayu, perempuan khususnya.

Semuanya memerlukan bantuan dan subsidi, malah menjadi bebanan kerajaan untuk menyelesaikan apa juga masalah yang melanda. Baik masalah massa seperti ekonomi dan pendidikan, hinggalah masalah malu dan resah jiwa individu yang berpunca dari sendiri silap congak (yang mana boleh diubati dengan imbalan wang ringgit).

Tidak setuju dengan pendapat saya? Sila pertikaikan.

Tuesday, November 14, 2006

Mampukah Abdullah A. Bardawi Bertahan? Jawapannya Banyak Bergantung Pada SPR

Bagi anda pelayar siber, usahlah dimimpi bahawa gambar atau penulisan internet yang bersifat “negatif” akan dapat menjatuhkan mana-mana politikus atau selebriti Malaysia. Berpandukan sejarah pergolakan masyarakat, khususnya pergolakan politik sejak 1997, pendedahan internet tentang apa juga khilaf sulit seseorang politikus atau selebriti sebenarnya tidak membawa banyak kesan di alam nyata.

Di zaman Reformasi dulu, di alam siber, Tun Dr Mahathir dimaki hamun 24 jam sehari, 7 hari semingu, 365 hari setahun. Namun beliau tetap kekal mentadbir Malaysia hingga ke suatu tarikh yang beliau sendiri pilih, yang beliau sendiri rasa sesuai untuk bersara. Begitu juga dengan nasib dua tiga orang artis muda. Gambar-gambar disaat intim disimbah ke dada siber, namun populariti mereka kalis pendedahan, malah makin menebal, bertambah popular ekoran pendedahan.

Seperti dengan negarawan yang beliau gantikan, Abdullah A. Bardawi kini diserang hebat melalui internet. Serangan dibuat bukan sahaja terus kepada beliau, malah secara tidak langsung melalui menantu beliau. Begitu hebat serangan hinggakan pemerhati politik asing pun sudah berkeyakinan untuk membuat telahan akan nasib politik beliau. Tubian serangan siber adalah sebegitu rupa hinggakan Abdullah Bardawi terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bermaksud untuk pertahankan kedudukan waima sehebat manapun dikritik.

Ramai berpendapat tempo dan irama perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung adalah pembayang samada Abdullah A. Bardawi mampu bertahan sehingga PRU 12 dan selepas itu. Saya walau bagaimanapun mempunyai pendapat yang berbeza.

Penguasaan Presiden UMNO ke atas ahlinya adalah mutlak lagi total. Ya, mungkin ada secalit dua rungutan dan rajukan kecil di sana sini, tapi rata-ratanya sokongkan ahli UMNO terhadap Abdullah A. Bardawi adalah padu.

Kesepaduan UMNO dalam berfikir selari (groupthink), itu satu faset (facet). Tetapi sebenarnya faset yang mengizinkan monopoli UMNO dalam politik negara ialah kesediaan SPR untuk bersekongkol.

Gambar di bawah ialah screen shot satu halaman yang dipilih secara rawak dari Rang Daftar Pemilih Tambahan Untuk Suku Pertama tahun 2006 bagi Kelantan. Halaman yang dipaparkan adalah tipikal dalam ertikata menunjukan perincian perubahan dalam daftar pemilih. Kebetulannya, saya terjumpa daftar bagi Unit Peti Undi (UPU) Larat, dalam DUN N17 Salor, Parlimen P24 Kubang Kerian, Kelantan.

Izin saya menarik perhatian pembaca kepada dua perkara besar dalam halaman ini:

  • Penandaan Pemotongan – Tiada Rekod di JPN
  • Penandaan Pemotongan – Masuk Polis


Sebelum tuan/puan membaca selanjutnya, izin saya tegaskan di sini bahawa apa juga yang saya bincangkan selepas ini adalah semata-mata dalam konteks menyerlahkan konsep, dan sebesar zarrah pun saya tidak berniat untuk mengaibkan nama-nama yang tersenarai sebagai Bilangan 33 dan 34.

Penandaan Pemotongan – Tiada Rekod di JPN

Apa yang menghairankan tentang perkara ini ialah SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah dua jabatan kerajaan yang sebahagian besarnya telah dikomputerkan sejak tahun-tahun lewat 80han lagi. Persoalannya kini ialah mengapa hanya dalam tahun 2006 baru SPR bertemu nama pemilih yang tidak wujud dalam rekod JPN? Sejak bila nama tersebut terdaftar? Adakah nama-nama sebegini yang dimaksudkan dengan “pengundi hantu”?

Dan lagi, sebelum penemuan ini, sudah berapa kali “pengundi” dengan nama dan kad pengenalan ini keluar mengundi? (Tidak pernah? Berani bersumpah dalam mahkamah?) Amnya, dalam kes sebegini apa kepastian dan jaminan yang berani SPR beri?

Penandaan Pemotongan – Masuk Polis

Isu pengkomputeran, itu satu perkara. Tetapi isu kedua yang lebih besar ialah bagaimana seorang anggota polis, yang lazimnya sebelum lagi tamat latihan pun telah diberikan kad pengenalan baru (kad kuasa) menggantikan kad pengenalan awam, boleh tersenarai sebagai pemilih dengan kad pengenalan lama.

Sehubungan ini timbul soalan cepumas: penama mengundi dengan menggunakan kad pengenalan mana? Kad pengenalan awam atau kad kuasa polis? (Kalau jawabnya ialah kad pengenalan awam, maka sekaligus ini bermakna pengundi ada dua kad pengenalan!).

Bolehkah SPR memberi jaminan bahawa selama pemilih terdaftar dengan kad pengenalan awam, penama hanya mengundi sekali sahaja dalam setiap pilihraya? Dan tidak mengundi di UPU X dengan kad pengenalan awam, tetapi dalam waktu yang lain pula telah mengundi di “peti undi POS Y” dengan menggunakan kad kuasa polis?

Respon rutin UMNO dan SPR bilamana soalan sebegini dibangkitkan ialah menggonjengkan (meremehkan sambil menghina) parti-parti pembangkang. Lazimnya menuduh parti pembangkang berhisteria untuk menutup kelemahan. Dan malangnya ramai pula pengundi yang bersependapat dengan UMNO dan SPR.

Tetapi percayalah, kepincangan daftar pemilih seperti inilah (yang diperbetulkan dikit demi sedikit, seolah-olah penyu bunting naik bertelur), jika ianya disalahgunakan, yang boleh memenangkan parti yang SPR sokong. Atau membuat tokoh tertentu nampak begitu popular.

Apa? UMNO selama ini tidak pernah menyalahgunakan kuasa?

Monday, November 06, 2006

FTA: Melayu Kuala Kangsar Mendokong Pengkhianat Negara!

Tun Dr Mahathir cuba membetulkan kesilapan -- terlalu banyak kesilapan maha besar yang telah dilakukan oleh Pentadbiran Abdullah dalam tempoh tiga tahun lepas, tetapi sebagai balasan dia telah ditempelak oleh UMNO. Tun Dr Mahathir membangkitkan isu AP, yang mana pengeluaran dokumen ini adalah di bawah kawalan ketat Datuk Seri Paduka Rafidah Aziz, tetapi sebagai balasan beliau diperbudak-budakan. Itulah nasib Tun Dr Mahathir mutakhir ini.

Memang Tun Dr Mahathir tidak menimbulkan isu FTA. Sebaliknya isu ini dilontar ke perhatian massa Melayu oleh Datuk Seri Ibrahim Ali. Oleh kerana orang Melayu terlalu menilai wajah posman dari kandungan warkah yang disampaikan, maka kita tidak pandang isu itu sebagai serius.

FTA adalah kata singkat kepada frasa Inggeris “Free Trade Agreement” yang bermaksud “Perjanjian Perdagangan Bebas.”

Terbaru Malaysia sedang merundingkan satu FTA dengan Amerikat Syarikat, yang mana rundingan telah ditangguh secara tergesa. Punca penangguhan adalah kerana segelintir rakyat Malaysia telah tercium kelemahan (ketidakikhlasan?) Pentabiran Abdullah dalam mewakili kepentingan negara dirundingan tersebut, langsung menuntut Pentadbiran Abdullah mendedahkan butir-butir rundingan.

Tidak dapat dipastikan pihak mana yang telah berpeluh tapak tangan sambil menggelabah, Amerika Syarikat atau Pentadbiran Abdullah, tetapi apa yang nyata, kali ini sebuah negara asing telah tidak dapat memperbodohkan rakyat Malaysia semudah dan sepantas yang telah dibuat oleh Jepun terdahulu dari ini.

The ministers from both nations "shared the view that the (FTA) will contribute toward enhancing the cross-border flow of goods, services and capital between Japan and Malaysia...enable both countries to make the most of their economic complementarity."

For example, Kuala Lumpur will remove tariffs on finished passenger cars with engine displacements above 2000 cc by 2010 and smaller vehicles by 2015. It will also immediately abolish tariffs for completely knocked down auto parts for Japanese carmakers assembling vehicles in Malaysia.

For farm products, Tokyo will immediately eliminate tariffs on Malaysian imports of tropical fruits like mangoes, mangosteens, durians, papayas and rambutans.

Dalam rundingan FTA dengan Jepun yang dikepalai oleh Datuk Seri Rafidah Aziz, Malaysia telah bersetuju untuk membukakan pasaran kereta Malaysia seluas-luasnya kepada pengeluar kereta Jepun. Sebagai balasan, Jepun telah bersetuju untuk membuka pasarannya kepada produk pertanian Malaysia, seperti mangga, manggis, durian, betik dan rambutan.

Kedangkalan FTA Malaysia-Jepun itu adalah terlalu lut sinar jika anda boleh bayangkan pertimbangan ekonomi dalam situasi ini.

Andaikan sebuah kereta Honda Accord tanpa cukai bernilai RM50,000. Berapa banyak manggis, malah berapa kontena buah manggis diperlukan untuk mencapai nilai RM50,000? Katakan dua kontena manggis diperlukan. Cuba bayangkan pula berapa banyak dusun, malah berapa ekar dusun diperlukan untuk mengeluarkan manggis sebanyak dua kontena? Sehubungan ini, cuba bayangkan berapa luas tanah diperlukan untuk menanam manggis atau buahan lain supaya hasilnya menyamai nilai satu kontena kereta Honda dari Jepun? Tanah seluas daerah Ulu Langat? Atau seluas negeri Perlis?

Dah tu, tak kan semua tanah di Malaysia nak ditanam manggis dan rambuta supaya imbangan dagangan kita dengan Jepun berada ditahap yang rasional? Tak kan kita orang Melayu tidak perlukan tanah kubur? Tak perlukan padang atau kawasan lapang untuk anak cucu kita bermain? Cucu-cucu Rafidah Aziz mungkin tidak perlukan Malaysia sebagai tempat bermain, tetapi adakah sebilangan besar dari kita mampu menghantar anak cucu kita ke Australia atau England untuk membesar?

Dalam kes kedangkalan yang sekaligus mengkhianati kepentingan ekonomi negara ini, kita patut salahkan 28,391 orang pengundi dalam kawasan Parlimen P67 Kuala Kangsar kerana telah menghantar Datuk Seri Rafidah Aziz ke parlimen. Bayangkan, 28,391 orang atau tidak sampai 0.01% dari 27 juta rakyat Malaysia menentukan nasib kepentingan ekonomi negara.

Jadual di atas ialah ciri asas demografi pengundi di Sabah. Purata jumlah pengundi dalam sesuatu kawasan parlimen Ssabah ialah 30,758 orang. Kita boleh faham pertimbangan geografi serta taburan penduduk yang menterpaksakan bilangan pengundi yang kecil dalam sesuatu kawasan parlimen Sabah. Utamanya kerana satu-satu kawasan parlimen di Sabah itu adalah mungkin lagi luas dari kawasan seluruh negeri Melaka di campur dengan Negri Sembilan. Itu belum ambil kira rangkaian jalan raya yang ada.

Tetapi di Semenanjung, di Perak dengan rangkaian lebuh raya yang baik lagi selesa, apakah pertimbangan yang mendorong SPR menetapkan bahwa Rafidah Aziz hanya perlu bertanya khabar kebajikan 28,391 orang pengundi? Satu jumlah yang lagi kecil dari purata pengundi dalam kawasan parlimen Sabah! Apa yang istimewa tentang Rafidah Aziz maka kerja beliau sebagai wakil rakyat semestinya dipermudahkan?

Begitu memukaukah Rafidah Aziz di zaman muda beliau dulu?


(Nota: Rudin X puji daya kreatif “ketaq” seorang forumer di MYKMU.NET dan berterima kasih di atas “kebenaran” menggunakan gambar di atas.)