Showing posts with label Pilihan raya kecil. Show all posts
Showing posts with label Pilihan raya kecil. Show all posts

Friday, August 29, 2008

Aku & Permatang Pauh (2): Ke Mana Hilang 569 Undi UMNO-BN?


Kalau diikutkan rekod prestasi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, tidaklah menjadi sesuatu yang sukar bagi beliau mendapat majoriti 20,000 undi dalam apa-apa pilihan raya.

Ini kerana kali akhir beliau bertanding di situ dalam tahun 1995, beliau berjaya memukat majoriti 23,515 undi. Sebab itulah ada pihak yang memperlekehkan kemenangan beliau dengan majoriti 15,671 undi – penambahan 857 undi berbanding dengan majoriti 13,388 yang diperolehi oleh Wan Azizah isterinya semasa PRU-12 dulu.

Dan seperti biasa dengan karisma Anwar, apa juga tindakan yang dilihat menyentuh “aura keunggulan” beliau akan mengundang reaksi bengkeng dari penyokong.

Tetapi begitulah adanya, Anwar yang sepatutnya dapat memperbaiki rekod Wan Azizah dengan penambahan 6,600 cuma dapat menokok 857 undi sahaja.

Apa sudah jadi? Karisma Anwar sudah sedikit luntur? Atau pukauan Dolah Badawi ke atas pengundi masih tebal? Atau jentera dan strategi kempen Pakatan Rakyat tidaklah sehebat yang di-mistik-kan?

Apapun sebabnya, itu semua tidak menghairahkan saya.

Saya melihat semua itu dari kacamata proses matematik. Bagi saya apa yang berlaku adalah tidak lebih dari satu proses logical incrementalism. Di mana kadar perbedaan – the rate of change – kadar pertambahan benci terhadap Regim Dolah Badawi telah mula menurun dan hampir bertemu satu titik minima semulajadi dalam geraf keseluruhan.

Sebaliknya apa yang boleh menaikkan “sheikh” saya ialah natijah bagaimana penyokong setia UMNO-BN bertindak bila diasak realiti kejelikkan parti politik yang mereka sokong. Khususnya kejelikkan cara UMNO-BN itu berkempen.

Sebenarnya angka 857 undi tambahan bagi Pakatan Rakyat kali ini bukanlah satu jumlah yang besar berbanding 1,426 undi atau 8% yang UMNO-BN hilang berbanding angka sokongan semasa PRU ke-12.

  • Ke mana perginya undi-undi tersebut? Yang jelas 857 undi telah menyeberang ke pihak Pakatan Rakyat. Selebihnya ke mana perginya baki 569 undi (1,426 – 857)?

  • Sehubungan, satu andaian yang saksama tentang apa yang terjadi kepada baki 569 undi ialah sebanyak 184 penyokong UMNO-BN telah tidak keluar mengundi!

  • Seterusnya apa jadi kepada baki 385 undi (569 – 184) lagi? Besar kemungkinan undi-undi inilah yang menjadi komponen terbesar 447 undi yang rosak.

Wow! Satu penemuan yang menginsafkan. Rupa-rupanya jiwa penyokong UMNO-BN adalah persis jiwa penyokong PAS Kelantan. Mereka boleh benci dengan calon, boleh benci dengan rekod khidmat parti keseluruhannya – seperti apa yang berlaku di Kelantan dalam tahun 2004 semasa PRU ke-11 – tapi bagi sebahagian besar dari penyokong setia, sekali-kali mereka tidak akan pangkah parti lawan.

Ya, berontak mereka tetap berontak. Cuma cara mereka berontak adalah lebih seni. Mereka tidak keluar mengundi, mereka rosakan kertas undi.

Andaikan pengamatan saya tepat, apakah pendekatan psaikologi yang harus diambil untuk memastikan ketidak-puasanhati penyokong UMNO-BN itu diterjemahkan secara lebih konstruktif, khususnya mengambil bentuk memangkah calon-calon Pakatan Rakyat?

Aku & Permatang Pauh (1): Salah Sangka Kepada Jangka


Dalam penulisan Mustahil Anwar Dapat Majoriti 15,000 Undi? saya telah membuat jangkaan Anwar Ibrahim akan menang dengan majoriti 20,000 undi. Namun realitinya Anwar cuma menang dengan majoriti 15,671 undi -- maksudnya saya telah buat silap, terlebih anggar, pada darjah 22%.

Diakui saya membuat jangkaan dari jauh. Kerana sewaktu dengan tempoh kempen, isteri saya masih lagi dalam pantang, dan kurang sopan jika saya keluar ‘makan angin’ di waktu itu, maka saya terpaksa ikuti perkembangan pilihan raya kecil Permatang Pauh dari Kota Bharu. Mengikuti dari membaca komen dan lapuran internet, dari mendengar lapuran “lintas langsung” atau sms dari kawan-kawan yang berkesempatan berada di tapak untuk turut serta berkempen atau menjalankan kerja-kerja lain yang berkaitan.

Apapun alasannya saya tidak sepatutnya silap ke tahap 22%.

Pengalaman harian saya menunjukan kebencian terhadap Regim Dolah Badawi adalah menyeluruh, malah merebak menjangkiti penyokong-penyokong setia UMNO-BN yang sanggup memberi peluang kedua (second chance) kepada Dolah semasa PRU ke-12 dulu. Yang mana ramai di kalangan mereka kini menyesal sakan berbuat demikian setelah melihat telatah Dolah yang degil tidak mahu akui kesilapan. Malah bebal tidak mahu iktiraf wujud masalah dalam batang tubuh UMNO-BN.

Dalam konteks itu jangkaan saya, 1 dalam 5 atau 20% dari saki baki penyokong UMNO-BN semasa PRU ke-12 dulu akan berpaling tadah adalah satu sangkaan yang agak saksama. Yang mana jika itu berlaku Anwar sepatutnya mendapat majoriti sekitar 20,000 undi.

Malah sangkaan saya bukanlah dibuat semata-mata di alam khayalan. Ia sebenarnya mempunyai benih di alam nyata, berpasak pada fakta sejarah – kali terakhir Anwar bertanding di Permatang Pauh dalam tahun 1995, beliau menang dengan majoriti 23,515 undi.

What went wrong? Or is it that I am getting old hence not getting any sharper? I suppose forecasting has become like what golf or sex has become of me – I am not getting any better it seems.

Monday, August 25, 2008

Tanah Jerlus Di Jalan Bellamy* -- Majoriti Anwar 42,000 Undi

Suspens? Hingga menggigit jari? Ya, saya pun begitu. Terlalu banyak berita dari Permatang Pauh dalam internet dan yang melimpah masuk ka inbox handphone. Hampir semuanya pendapat dan luahan harapan, luahan kekhuatiran, spekulasi atau luahan fear of the unknown.

Kepada apa kita harus bersandar untuk menyaring berita?

Kalau dalam budaya pengajian sekular, kita sandarkan pertimbangan kepada bukti empirik. Namun sayang di Malaysia kita jarang ketemu bukti empirik – bukti sumpah lahanat atau sumpah berkanun kos RM4/= berlambak.

Cuba kita imbas kembali apa bukti empirik yang ada.

Salah satu implikasi, walaupun agak totok yang dapat dibuat dari penemuan-penemuan empirik tersebut ialah “karat biru,” sokongan tegar, di kalangan saki baki penyokong UMNO-BN semasa PRU-12 dulu kini sudah tinggal 11% atau pun paling tinggi 26%.

Maksudnya jika kita jadikan 16,950 orang -- yakni jumlah pengundi UMNO-BN di Permatang Pauh semasa PRU-12 sebagai asas perkiraan, kita akan dapati saki baki penyokong UMNO-BN di Permatang Pauh kini hanya tinggal sekitar 1,800 hingga 4,400 orang sahaja.

  • Di samping penemuan kajian Merdeka Center, pengamatan sepintas lalu (dalam slanga pengajian metodologi kajian di panggil “eye ball test”) mendapati kehadhiran ceramah Pakatan Rakyat berbanding UMNO-BN ialah dalam nisbah 25:1.

Sebagai contoh, wartawan Harakah semalam mendapati kehadhiran sekitar 500 orang di ceramah Dr Hatta Ramli di Seberang Jaya, berbanding kehadhiran 20 orang di ceramah UMNO-BN yang dijalankan pada waktu yang sama di tempat yang terpisah jaraknya hanya 50 meter.

Nisbah ini membayangkan saki baki penyokong UMNO-BN di Permatang Pauh hanya tinggal lagi sekitar 4% sahaja. (Anggaran ini pun tidak boleh di “pooh-pooh”kan begitu saja kerana pengamatan semalam menunjukan hampir semua bilek gerakan UMNO dari negeri-negeri lain sudah pun ditinggalkan kosong. Fenomena ini tidak akan berlaku sekiranya petugas tidak menjangka satu kekalahan besar).

Seperti simulasi sebelum ini, jalan cerita jadual di atas adalah seperti berikut. Bermula dengan undi majoriti yang Wan Azizah perolehi dalam PRU-12 dulu, di andaikan:

(a) tiada pengundi baru didaftarkan,

(b) tiada tambahan pengundi pasif keluar mengundi,

(c) penyokong Pakatan Rakyat semuanya masih setia,

(d) semua undi UMNO-BN yang lari diberikan kepada Anwar, dan

(e) peratus keluar mengundi kekal 81%.

Diberi andaian di atas, sebagai contoh, jika dikatakan saki baki penyokong UMNO-BN sekarang hanya tinggal 11% lagi, maka adalah wajar dirumus paling banyak undi calon UMNO-BN mampu perolehi ialah 1,865. Jika itu sememang berlaku, maka majoriti Anwar ialah 43,559 undi. Itu satu senario.

Kerana kita mempunyai 3 senario saki baki penyokong UMNO-BN yang berbeza, maka untuk menjurus kepada satu pertimbangan saksama, kita harus ambil purata dari ketiga-tiga senario. Dan puratanya ialah Anwar mendapat majoriti sekitar 42,500 undi.

Satu rumusan yang keterlaluan? Sama-samalah kita saksikan kesudahannya esok.

*Nota: Jalan Bellamy, Kuala Lumpur ialah di mana letaknya kediaman peribadi Abdullah Ahmad (Badawi)

KEMASKINI: Darihal Mengundang Bala Lewat Sumpah Lahanat

Agaknya niat drama sumpah laknat Saiful ialah meledakkan karisma Anwar Ibrahim. Sebaliknya reputasi UMNO & Barisan Nasional yang termusnah. Agar episod ini menjadi pengajaran bagi semua strategis dan pemikir politik Melayu-Islam hingga ke hari kiamat.

Darihal sumpah Saiful, terdahulu saya telah rumuskan seperti berikut:

Sehubungan, apakah Saiful dan bapanya yang nampak bersikap lebih sudu dari kuah itu masih lagi menunggu dipanah petir? Sebelum mereka mengakui fakta bahawa mereka telah berdusta!

Dan nampak gayanya, bala yang diundang kini telah datang satu demi satu silih berganti. Kalau saksi terpenting upacara tersebut telah tebarkan keraguan, di mana Saiful dan abahnya kini sorokkan muka?

Sunday, August 24, 2008

Mustahil Anwar Dapat Majoriti 15,000 Undi?

Sebelum menulis selanjutnya, saya mohon maaf kepada pembaca berugama Hindu jika tulisan saya kali ini menyinggung perasaan. Saya tidak berniat menghina tuan/puan atau ugama tuan/puan, sekadar meminjam istilah dari budaya tuan/puan dan menggunanya dalam konteks kefahaman marhaen akan istilah tersebut.

Ada pun kemudian dari itu.

Bagi saya, UMNO adalah satu perkumpulan manusia pariah yang bercita-cita menjadi bangsawan. Sebaliknya PAS adalah parti politik untuk elit yang ingin merasa jadi marhaen.

Segala kaki busuk masyarakat, segala haprak masyarakat menganggotai UMNO demi mengejar kekayaan, pangkat dan darjat – menjadi bangsawan. Ada masalah dengan polis? Masuk UMNO dan sertailah PEKIDA. Ada masalah dengan bank? Masuk UMNO dan sertailah Dewan Perniagaan Melayu. Hanya melalui UMNO seorang penjaga get keretapi berjiwa samseng, kaki pukul, mampu menjadi hartawan sambil bermegah dengan darjah kebesaran.

Dan hanya UMNO meraikan dan menggalakkan si-rendah IQ membeli ijazah dan bermegah dengan PhD palsu. Malah melantik pemegang- pemegang ijazah palsu ini menerajui think tank dan lain-lain istitusi ilmu yang ditaja lumayan dengan dana negara.

Yang mana, “hasil kajian,” pendapat dan pemikiran dari “institusi- institusi” inilah yang dijadikan input dalam ucapan pembesar UMNO, malah dijadikan dasar negara, hatta strategi UMNO berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimana pula dengan PAS?

PAS adalah sebuah wadah bagi intelligensia masyarakat merasai tawadho’ (humility). Parti di mana segala pensyarah, artis, doktor, jurutera, pakar fizik nuklear dan lain-lain profesional duduk bersimpuh bergaul dengan pemandu teksi, penarik beca, nelayan tua, si-postmaster pencen, si-penjual air tebu, air soya, si-penjual ayam dan segala marhaen lain.

Panjang bebelan, nampak! Ya, satu mukaddimah yang tersangat perlu untuk membingkaikan idea yang hendak diketengahkan.

Untuk memahami apa yang sedang dan bakal berlaku di Permatang Pauh pada tanggal 26 Ogos kelak, pembaca perlu tahu apa yang telah berlaku kepada UMNO-BN pada PRU-12 yang lalu.

Keputusan PRU-12 untuk Pulau Pinang menunjukan UMNO-BN telah hilang sebanyak 156,095 undi atau mengalami kemerosotan sokongan 26% berbanding yang diperolehi dalam tahun 2004 untuk PRU-11.

Ke mana perginya sokongan tersebut?

Mudah sekali jawapannya -- penyokong UMNO-BN telah lari ke Pakatan Rakyat, di mana untuk PRU-12 sokongan telah melonjak sebanyak 250,677 undi atau peningkatan sokongan 64% berbanding tahun 2004.

UMNO-BN hilang 156,095 undi, Pakatan Rakyat dapat tambahan 250,677 undi, dan kalau diandaikan semua 156,095 undi UMNO-BN yang lari itu telah diberi kepada Pakatan Rakyat, wajar ditanya mana datang limpahan 94,583 (250,677 – 156,095) undi lagi untuk PR?

Pun jawapannya mudah.

94,583 undi itu datang dari hampir semua pengundi muda, atau warga tua yang baru pertama kali daftar mengundi, serta semua “pengundi pasif,” maksudnya warga negeri yang selama ini telah didaftarkan tetapi tidak ambil pusing untuk keluar membuang undi. Dan sekali-sekali pengundi pasif ini keluar mengundi – mereka pangkah DAP, PKR atau PAS tetapi sama sekali tidak UMNO-BN.

Huh, yakin benar Rudin X dengan rumusannya, khususnya tentang pengundi pasif!

Ya, saya yakin kerana peratus keluar mengundi di Pulau Pinang dalam tahun 2008 meningkat 8% kepada 81% dari 73% dalam tahun 2004. Maksudnya 53,789 warga yang selama ini tidak ambil pusing – pasif -- tentang hal-hal politik telah bertindak keluar membuang undi, memangkah parti-parti komponen PR, demi mendajjalkan Pak Lah dan UMNO-BNnya.

Dan itu semua berlaku sebelum Pak Lah berbohong tentang kenaikkan harga petrol dan rakyat seluruh negara dihimpit inflasi mendadak.

Kini rakyat, baik penyokong atau penentang, telah tahu dengan maha jelas hati budi Pak Lah. Tak kanlah dalam keadaan sebegitu pun, 1 dalam 10 penyokong “karat biru” masih belum berani menukar selera? 1 dalam 5 penyokong totok UMNO-BN masih belum berani menyeberang untuk menyokong parti-parti yang bersekutu dengan PAS?

Jadual di atas adalah satu simulasi menunjukan majoriti yang Anwar Ibrahim bakal perolehi jika hanya sekian peratus (X%) penyokong UMNO-BN lari menyokong Anwar.

Jalan cerita jadual adalah seperti berikut. Bermula dengan undi majoriti yang Wan Azizah perolehi dalam PRU-12 dulu, di andaikan:

(a) tiada pengundi baru didaftarkan,

(b) tiada tambahan pengundi pasif keluar mengundi,

(c) penyokong Pakatan Rakyat semuanya masih setia,

(d) semua undi UMNO-BN yang lari diberikan kepada Anwar, dan

(e) peratus keluar mengundi kekal 81%.

Diberi andaian di atas, katakanlah 1 dalam 20 penyokong UMNO-BN, atau 5% dari 16,950 ahlul “karat biru” berubah hati -- Anwar sudah boleh dapat majoriti 15,083 undi! Ya, Anwar hanya perlukan 848 orang UMNO-BN terpukau dengan karismanya untuk meng-tong-sampahkan perkiraan Arif Shah.

Mustahil sangatkah 1 dalam 20, atau 1 dalam 10, bahkan 1 dalam 5 penyokong UMNO-BN berpaling tadah diberi segala perkembangan negatif ekonomi dan pertualangan politik yang berlaku dalam tempoh 4 bulan selepas PRU-12?

Di samping itu ingat – trend kemorosotan undi UMNO-BN di Pulau Pinang ialah 26%!

Ya, rakyat mungkin simpati dengan dubur Saiful yang mungkin bernanah akibat diliwat Anwar, tetapi saya jangka rakyat lebih prihatinkan tangisan berpanjangan anak-anak mereka yang kehabisan susu. Kerana mereka tidak mampu harga susu yang melambung. Dubur Saiful mungkin sengasara untuk seketika, tapi inflasi tajaan Pak Lah membuat semua rakyat sengsara berpanjangan.

Maka itu saya yakin rakyat akan persetankan sumpah dan dubur Saiful. Rakyat boleh beri simpati, tetapi yang lebih penting, sepengamatan saya, rakyat mahukan harapan. Melalui Anwar mereka merasakan ada harapan, dengan Pak Lah mereka tahu gelap masa depan (kecuali untuk Khairy dan Kamaluddin).

Kerana itu saya jangka 1 dalam 5 atau 20% peratus penyokong UMNO-BN di Permatang Pauh akan berpaling tadah menyokong Anwar. Yang mana dengan itu akan memberi Anwar majoriti 20,000 undi dalam pilihan raya kecil ini.

Saturday, August 23, 2008

Terpaksa Turunkan Harga Petrol? Tu Lah, Ikut Lagi Telunjuk Menantu

Dah terlewat sebenarnya. Momentum kebencian rakyat semakin membukit.

Alhamdulillah, mulai hari ini harga petrol turun 15 sen. Umum percaya tindakan Pak Lah mengarahkan penurunan ini ada hubungkait dengan asakan Anwar Ibrahim dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh. Apa juga alasan Pak Lah berbuat demikian, saya tidak mahu tahu.

Sebaliknya apa yang saya mahu ialah rakyat tahu bahawa sengsara kita menanggung inflasi dalam tempoh dua bulan lepas ekoran kenaikkan mendadak harga petrol adalah kerana salah menantu Pak Lah. Bukan kecil anak punya sengsara, tetapi sengsara mengharung inflasi terburuk dalam tempoh 26 tahun kebelakangan ini.

Kita rakyat sengsara kerana Khairy menantu Pak Lah mempunyai kefahaman cetek yang tidak realistik serta songsang tentang falsafah ekonomi pasaran bebas dan peranan subsidi dalam skema itu. That smart ass has got an unrealistic, shallow and a convoluted understanding of the free market philosophy and the role of subsidy therein. Apa yang jelas menantu Pak Lah mempunyai satu kebencian tidak rasional tentang subsidi.

Walhasil, pengurusan ekonomi Malaysia kini lintang pukang.

Pengurusan harga petrol sebagai contoh. Khairy bencikan "subsidi am" petrol, maka Pak Lah pun demi menjaga hati menantu arahkan "subsidi am" ditarik balik. Kesannya harga petrol naik mendadak. Tetapi dalam pada itu cuak juga Pak Lah akan libas balik rakyat, maka subsidi langsung dalam bentuk tunai diberi kepada pemilik kenderaan. Tidakkah komedi jadinya kesemua itu? Tangan kanan tarik subsidi, tangan kiri hulur subsidi. Itu satu bab.

Dalam bab yang lain pula, dengan mengambil perspektif yang menyeluruh, ramai pakar ekonomi dan ahli politik berpendapat mereka boleh mengawal-urus harga petrol dalam negara dengan lebih bijak, lebih cakna kebajikan pengguna.

Tetapi dalam bab ini pun saya tidak mahu tahu apa pendekatan dan teknik yang mereka akan gunakan.

(Dan sememangnya pun, hingga hari ini tiada seorang pun dari kalangan yang mengaku boleh turunkan harga petrol jika mentadbir negara telah mendedahkan “resepi” bagaimana harga boleh diturunkan ke tahap yang memuaskan hati rakyat. Tengku Razaleigh tidak beritahu, dan Awar Ibrahim pun tidak beritahu.)

Apa yang saya mahu, ialah melihat harga petrol dalam negara turun ke paras RM2.00/liter sebelum tanggal 31 Disember. Apakah ekspektasi saya itu tidak realistik? Bahkan sebalik!

Dari memerhatikan pergerakan harga minyak mentah dunia (bukan setakat dari geraf-geraf yang dipamerkan di sini) saya menjangka harganya akan stabil dan berlegar dalam julat US$80 hingga US$90 dalam tempoh 6 hingga 12 bulan lagi. Di tahap itu harga petrol di Malaysia sepatutnya berada dalam julat RM1.80/liter hingga RM2.05/liter.

Satu ekspektasi yang rasional? A rational expectation? Ya. Satu lagi subjek dalam ekonomi yang Khairy nampaknya tidak begitu cerap.

Friday, August 22, 2008

Darihal Mengundang Bala Lewat Sumpah Lahanat

Bagi ramai penganut Islam di Malaysia gambar mental yang dikaitkan dengan perkataan ‘bala’ ialah satu malapetaka – khususnya bencana alam -- yang menimpa seseorang atau sesuatu komuniti ekoran berbuat satu dosa besar. Dipanah petir atau ditelan bumi jerlus adalah gambar mental yang paling kerap muncul bila seorang penganut Islam itu membayangkan ‘bala.’

Komuniti dilanda ribut taufan, kampung halaman digegarkan gempa bumi atau dilanda tsunami akan dianggap telah ditimpa bala. Begitu jika individu atau komuniti itu diserang wabak penyakit jelik seperti seperti taun, typhoid dan seumpamanya.

Ringkasnya sesuatu kecelakaan yang menimpa individu atau komuniti itu akan dianggap bala sekiranya kejadian itu menepati tiga ujian:

(a) datangnya langsung tidak diduga,

(b) magnitude kecelakaan itu tersangat besar jika dibandingkan entiti yang ditimpa, dan

(c) kesannya ke atas entiti yang ditimpa bala itu kekal selama-lamanya.

Agaknya itulah bayangan ‘bala’ yang bermain dalam otak Mohd Saiful Bukhari Azlan bila dia bersumpah mubahalah (sumpah laknat) bahawa pelir Anwar Ibrahim telah menerobosi duburnya.

Namun sayang, ulamak-ulamak yang dikatakan telah menasihati Saiful telah lupa memperingati Saiful bahawa Tuhan di depan mana dia bersumpah itu bersifat Quddus – Maha Suci.

Yakni mutlak suci, mutlak bersih dan semestinya bersalahan dengan apa yang disangka atau boleh difantasikan manusia tentang sifatNya, kehendakNya, perbuatanNya dan apatah lagi hakikiNya. Konstan alam ini mempunyai pelbagai aplikasi dan falsafah praktis. Sebagai satu contoh, mudah cakap, usahlah hendak diteka tindakan Allah. Semestinya tekaan manusia akan salah.

Disebabkan kealpaan tentang konstan alam ini (dan besarnya kerana kesempitan ilmu), maka Saiful dan ulamak-ulamak di belakangnya telah tidak dapat menduga bentuk bala yang bakal menimpa Saiful sekiranya bersumpah dusta.

Maka itu Saiful dan ulamak-ulamak yang menyokongnya telah gagal menafsir fakta sebilangan besar audiens Melayu-Islam mempertikaikan sumpahnya itu, sebenarnya, adalah satu bala besar.

Konsekuensi tindakan Saiful itu telah dizahirkan melalui kehadiran 100,000+ rakyat Malaysia meraikan Anwar Ibrahim di hari dia dinamakan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh. Walhal pada malam sebelumnya, dalam tempoh tidak sampai 24 jam, mereka semua telah menyaksikan sendiri “pertuduhan suci” yang Saiful buat bersaksikan, bersandarkan, dan yang dipulangkan kepada Allah.

Yang mana episod ini semua – dengan nama dan gambar watak-watak yang melakunkan dan mendalanginya -- telah terpahat dalam lembaran sejarah bangsa Melayu-Islam hingga ke hari kiamat.

Sehubungan, apakah Saiful dan bapanya yang nampak bersikap lebih sudu dari kuah itu masih lagi menunggu dipanah petir? Sebelum mereka mengakui fakta bahawa mereka telah berdusta!

Wednesday, May 02, 2007

Kepada Semua Aktivis Muda Yang Menyentuh & Disentuh Ijok

Masih tidak dapat lupakan Ijok? Ahhhh. Begitulah kehidupan ini. Bak kata perpatah kuno China (mungkin dari aliran mistik Tao Te Ching [1]) yang popular di Barat -- bila murid bersedia, guru akan muncul. When the student is ready, the teacher will appear [2], [3].

Bila kita sudah bersedia, kemenangan akan muncul.

Percayalah, Pak Chik sudah rasa apa yang kamu orang sedang rasa. Dan percayalah, luka pertama itu adalah yang paling menyakitkan. Pak Chik pun belajar melalui jalan payah, bahawa politik (cinta, perkahwinan, perniagaan dsb.) itu adalah lebih dari satu permainan. Yang kita memang bermain untuk menang, tetapi kita masih kalah juga.

Jangan putus asa. Nikmatilah clip video lagu ini, dan amati senikata. Jutaan insan telah mendapat kelegaan mendengarnya.

Nota: Saya akan cuti dari berblogging untuk beberapa hari demi memberi perhatian kepada hal-hal yang sudah banyak terabai. Jumpa lagi dalam sedikit hari.

Tuesday, May 01, 2007

Dan Pemenang Gusti Ijok Ialah …

Nun di Melaka, langit masih lagi menyahut seruan saya. Terkini ia menepuk pula perkampungan Portugis [1], selepas menepuk Putrajaya [2].

Ya, ya, saya tahu tuan/puan tidak datang ke blog saya untuk membaca cerita bertepuknya langit dan bumi, tetapi kerana ingin tahu pandangan sinis siapa pemenang sebenar pilihan raya kecil (PRK) Ijok. Maka itu saya minta maaf kerana melencung sedikit.

Dengan ini saya umukan: pemenang sebenar “gusti” Ijok ialah Najib dan Khir Toyo.

Ijok ialah medan di mana Abdullah dan Menantunya ingin saksikan kerjaya politik Najib-Khir disembelih [3], [4], [5], [6]. Tetapi sayang apa yang terjadi adalah tidak seperti dirancang.

Setelah rekod Najib dan Khir dijadikan isu hidup mati perjuangan Parti Keadilan Rakyat, dengan reputasi Najib-Khir diganyang habis-habisan, keputusan gusti menunjukan Najib-Khir masih punyai jentera setia [7], [8], [9]. Kempen UMNO-BN yang dikepalai Najib-Khir bukan saja menang, malah menang dengan peningkatan undi serta majoriti [10], [11].

Bagi Abdullah yang mengidamkan ufuk pertanda ketidak berkesanan Najib-Khir, yang sekaligus menandakan ketiada gunaan badut-badut itu kepada parti, keputusan gusti Ijok agaknya amatlah mengecewakan [12]. Keputusan Ijok tidak boleh dijadikan sebab kukuh untuk membuang mereka.

Mengapa saya sampai hati melabelkan PRK Ijok sebagai satu gusti? Jawapannya mudah.

Sama dengan perlawanan gusti tipikal yang ditayang di televisyen, unsur ganas adalah ramuan utama. Di Ijok, sejak dari mula loceng perlawanan dibunyikan (hari penamaan calun), sepanjang perjalanan kempen, hinggalah ke loceng penamat (hari membuang undi) berita adegan ganas di mainkan tanpa henti [13], [14], [15], [16].

Lagi? (Cewah, cewah, bertanya laksana seorang SB pencen yang ingin menghidupkan semula saat-saat rasa berkuasa yang teramat-amat di zaman berkhidmat).

Ganasnya menakutkan. Hampok sana, hentak sini. Tetapi tiada yang cedera (kecuali di Ijok, semuanya aktivis PAS, musuh sengoti UMNO). Dan lebih dari itu, turn of events, liku-liku drama kadang-kadang tidak terduga. Yang kena lanyak teruk akhirnya menang. Yang tangkas dan pantas tiba-tiba tidak boleh bangun kena body slam.

Nobat kemenangan UMNO-BN diikuti pula keesokan harinya dengan laungan berita keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bahawa Anwar Ibrahim tidak akan diterima masuk semula ke dalam UMNO untuk selama-lamanya [17].

Aik? Sejak bila pula kemasukan semula Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menjadi isu menggelegak negara hingga perlu dibincangkan di peringkat MT UMNO? Ribut tiada, taufan pun tidak, tiba-tiba MT UMNO sanggup membuang masa tiga jam untuk membincangkan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO! Apa maksud ini semua [18]?

Adakah usul Anwar Ibrahim itu dibawa ke MT UMNO kerana beliau telah pun lulus segala ujian dan syarat di Ijok yang ditetapkan oleh Abdullah dan Menantunya? (The poor soul was made to jump through all those hoops. But to what end?). Dan persoalan yang juga teramat menarik sehubungan ini ialah; siapa di dalam MT yang begitu berani melawan arus dengan membawa usul? Seseorang dari barisan “hangguk dan geleng”? Abdullah sendiri?

Pathetic sekali [19]. Mencaci sudah. Berjoget sudah [20]. Tersasul pun sudah [21], [22]. Skrip dituruti dengan patuh. Namun kempunan jua. Hujan tak jadi. Habuan yang diharap dicantas orang.

Moral cerita? Setialah pada yang menyayang. Jujurlah kepada lidah sendiri. Jangan perkudakan yang berharap. Kerana sebaliknya, balasan datang sepantas masaknya mee segera.

Monday, April 30, 2007

PRK DUN Ijok di mata Rudin X

Dalam tempoh 24 jam selepas keputusan PRK diumumkan, saya dapati sakan analisis bernas, kokokkan bongkak dan rintihan pilu yang telah dibuat tentang mengapa PKR kalah atau kenapa UMNO-BN menang.

Namun saya masih tetap dengan hipotesis awal saya (sejak belum ditiup wisel pertandingan pun) bahawa keputusan pilihan raya di Malaysia – umum atau kecil – sebenarnya bergantung besar kepada:

  • keupayaan parti bertanding mencatur penyokong (supporter/voter mobilization), dan
  • darjah persekongkolan SPR dengan UMNO-BN di sesuatu kawasan yang dipertandingkan.

Malah darihal SPR, kalau tuan/puan amati, terciptanya blog ini pun sebenarnya didorong oleh rasa ingin membincangkan atau mengutarakan aspek-aspek “janggal” perjalanan SPR yang difikir menjejaskan mutu demokrasi di negara kita.

Berbalik kepada Ijok, jika tuan/puan perasan, sejak awal lagi saya telah pun mengkiaskan (hint) kepada mereka-mereka yang terlibat secara langsung dengan PRK ini bahawa logistik adalah faktor penentu kalah-menang PRK ini. Logistik, maksudnya paling tidak menyelesaikan isu-isu berikut:

  • Siapa pengundi.
  • Di mana pengundi.
  • Dari arah mana pengundi akan datang.
  • Bagaimana, dengan kenderaan apa pengundi akan sampai.
  • Di mana pengundi ditempatkan, makan minum serta penginapan mereka.
  • Imbuhan penat lelah pengundi yang datang.
  • Kaedah sampai ke tempat untuk berkempen.

Malah segala apa juga yang bersangkutan dengan logistik pengundi. Dan segala-galanya bermula dengan daftar pemilih dan kerja cula.

Rumus saya tentang PRK ini ialah Keadilan menang tipis dari segi pengundi bermastautin, tetapi kalah besar dari segi pengundi dari luar. Segala pemikiran saya tentang Ijok adalah berpunca dan dirumus dalam jadual di atas.

Sila klik di sini untuk membaca analisis saya yang agak panjang tentang keputusan PRK Ijok. Pembaca juga boleh e-mail saya untuk mendapatkan analisis ini dalam versi “pdf” atau fail MSWord (doc).


Nota: Di peringkat peribadi saya cukup berpuashati dengan outcome doa saya sehubungan Ijok. Saya seru langit dan bumi bertepuk menterpenyekkan UMNO-BN, tetapi cuma siling dewan Kementerian Pembangunan Usahawan di Putrajaya saja yang runtuh. Kira orait sakan lah tu.

Friday, April 27, 2007

Ijok: Ku Seru Langit & Bumi Bertepuk. Terpenyeklah Engkau Wahai UMNO-BN Angkuh

Ayuh kita semak fakta-fakta yang kita semua tahu telah dimainkan dalam kempen PRK Ijok.

  • Najib dituduh oleh pelbagai pihak sebagai mempunyai peranan dalam kemalangan jiwa yang menimpa Altantuya seorang peraih manisan asal Mongolia. Najib juga dituduh terpalit rasuah dalam hal pembelian kapal selam (yang Malaysia tidak perlukan pun) dan pesawat pejuang (yang kini tidak boleh terbang kerana dahagakan spare parts).

Najib bela dirinya dan cuba tangkis tuduhan dengan mengkaitkan Dolah sebagai Perdana Menteri dan Menterian Kewangan tahu akan perincian kedua-dua kes. Tetapi penafian Najib disambut Dolah, sepi, bisu, seribu bahasa.

Implikasi? Menang atau kalah UMNO-BN besok dalam PRK ini, kerjaya politik Najib nyata telah tersembelih di Ijok. Bakal lenyap duri dalam daging yang selama ini menusuk Dolah.

  • Khir Toyo pun tidak kurang diserang dengan pelbagai tuduhan rasuah.Yang mana, tiada satu pun yang cuba ditangkis atau diperjelaskan.Persepsi pengundi Ijok dan Malaysia terhadap Khir Toyo?Bab ini saya tahu tuan/puan lagi arief.

Tetapi yang jelas akan berlaku, Khir Toyo akan dipersalahkan secukup rasa, malah hingga ke azali, jika keputusan untuk UMNO-BN besok kurang satu undi berbanding PRU 2004. Dan jika UMNO-BN kalah besok? Saya jangka dia diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan kerusi MB Selangor.

Najib adalah lipas dalam pinggan nasi Dolah, manakala Khir Toyo adalah gajah didepan mata cita-cita, nafsu untuk membolot dalam jiwa Kamaluddin anak Dolah yang cuba direalisasikan melalui iparnya Khairy.

Kalau benar sekalipun besok UMNO-BN kalah dalam PRK ini, tiada apa yang akan berlaku kepada parti itu dari segi hakisan kuasa atau kekayaan. Sebesar zarrah pun tidak akan kurang.

Lupakan penilaian “moral.” Kerana tidak guna kita berbicara tentang moral, kerana perkataan ini sudah lama dinyah buang dari perbendaharaan kata (vocabulary) UMNO-BN.

  • Rumusnya? Esok, jika UMNO-BN menang, Najib dan Khir jadi arang. Dan jika kalah UMNO-BN, Najib dan Khir jadi abu.

Apakah pilihan bagi gandingan Najib-Khir dalam senario itu? Cukup mudah. Persiapkan “Pelan B” atau “jalan keluar” atau “payung terjun” sebelum dihumban keluar dari hiraki kekuasaan UMNO-BN.

Apakah “Pelan B” itu? Berjemaah dengan PAS adalah jalan keluar bagi Najib dan Khir.

PAS bersedia menjadi penyelamat. Seperti mana PAS telah menjadi penyelamat kepada Anwar Ibrahim di kala diterajang keluar dari UMNO.

Najib-Khir tahu akan nasib yang bakal menimpa mereka. Maka itu adalah afdhol jika besok Dolah dan Gengnya dimalukan habis-habisan. Arah saja jentera tuan-tuan berpaling tadah malam ini.

Kemudian itu datanglah ke dakapan PAS. Come onto PAS as you are.

Thursday, April 26, 2007

Ijok: Bakal Termusnahlah Satu Anugerah Tuhan Yang Unik

Kelip-kelip (firefly) adalah satu makhluk yang dapat mencetuskan seribu imaginasi dan mitos [1]. Kita orang Malaysia sepatutnya merasa bangga dengan kewujudan makhluk ini di negara kita, khususnya di kawasan Ijok dan seluruh Kuala Selangor kerana kita mileki apa yang orang negara lain menganggap satu ketakjuban [2].

Namun sayang, fenomena unik anugerah Tuhan ini akan musnah tidak lama lagi kerana kegilaan UMNO-BN "membangunkan" kawasan ini jika mereka dibiarkan menang dalam PRK ini dan PRU seterusnya. Maka itu, dan demi keindahan alam ini, warga Ijok dan seluruh Kuala Selangor sebagai khalifah Tuhan di bumi ini mestilah memastikan UMNO-BN itu kalah -- kini, besok dan untuk selama-lamanya.

Nota: Kampong Kuantan adalah sebuah mukim yang terkeluar tidak sampai dua sentimeter dari peta kawasan DUN Ijok. Apapun, papan tanda tajaan TNB akan fenomena kelip-kelip ini boleh dilihat di merata tempat dalam DUN Ijok, bahkan dalam pekan Ijok.

Ijok: UMNO-BN Yang Mabuk Pembangunan


Amati dengan tenang gambar di atas dan tuan/puan akan perasan bahawa UMNO-BN sebenarnya sudah tak tahu nak buat apa untuk tawan hati pengundi Ijok. Dan sekaligus amati juga pembaziran yang berlaku kerana UMNO-BN itu sendiri kabur, malah tidak faham apa itu sebenarnya "pembangunan" yang menjadi laungan kempen mereka.

Kerana itulah habis jalan, lebuh dan denai, tidak kira dalam apa keadaannya nak diturap. Tidak cukup jalan, bahu jalan pun jadi. Tidak kah memperagakan jiwa yang sedang gelabah namanya itu?

Ijok: Kemenangan UMNO-BN Untuk Siapa?


Laksana itik berenang di air mati kehausan [1], laksana lembu dibela dalam ladang kelapa sawit, tulang kerangka berserongeh juga. Begitulah adanya nasib rumpun Melayu di Ijok selama ini. Yang bagi UMNO-BN adalah makhluk-makhluk yang tiadalah nilainya sebagaimana sangat, selain untuk nganga di setiap musim pilihan raya.

N11 Ijok: Pihak Yang Bakal Menang Itu Mubin (Jelas)

Tuan/puan pembaca yang saya hormati dinasihatkan jangan percaya apa yang saya cakap di sini.

Tuan/puan ambil telefon tu, dan hubungi sendiri markas gerakan PAS/PKR Ijok. Tanya sendiri, betul atau tidak talian talipon ke markas telah di potong. Harfiahnya dawai telefon dikerat, dicuri buang. Depa panjat tiang telefon dan potong dawai. Pasang pagi, petang hilang. Pasang petang, malam sikit kerat. Semata-mata kerana UMNO-BN tidak mahu petugas di markas dapat berhubung dengan dunia luar, khususnya mendapat input dari aktivis pembangkang di internet.

Kerana itu pihak kita terpaksa menggunakan peralatan satelit seperti gambar di atas untuk membolehkan saf petugas mendapatkan maklumat dan hujah bernas dari tuan/puan di internet untuk disebarluaskan ke pengundi Ijok.

Kiranya tuan/puan kini semuanya dah jadi “terroris intelektual” dari segi ideologi dan pemikiran yang tersangat digeruni UMNO-BN [1]. Aaaamin!

N11 Ijok: Nafi Isbat UMNO (Islam Hadhari) Terbongkar Jua

Mengikut cerita para X-Jahiliyahs, yakni orang-orang yang sudah meninggalkan fasa jahiliah hidup mereka, dalam pengajian tasawuf teknikal, frasa atau kalimah syahadah “Laa ilaha illallah – Tiada Sembahan (Tuhan) Melainkan Allah” adalah dikenali dengan berbagai nama. Antaranya, kalimah ini dipanggil “nafi isbat.”

Istilah “nafi isbat” timbul bila kalimah syahadah dianalisis di peringkat komponen lafaz.

Komponen pertama syahadah ialah “nafi” atau penafian, penidakkan: Laa ilaha -- Tiada Sembahan (Tuhan). Maksudnya di sini, penyebut ungkapan membuat satu ikrar penafian secara total, menafikan bahawa wujudnya Sembahan atau Tuhan; dan seterusnya dalam nafas yang sama menyebut: Illallah -- Melainkan (Kecuali, Hanya) Allah.

Komponen Illallah ini adalah ikrar penegasan atau cakap bersungguh mempercayai bahawa hanya yang dikata, yang disebut itu, yakni Allah, yang wujud. Dalam bahasa Arab, penegasan ini – Illallah – di panggil “isbat”

Dalam konteks yang lain pula, istilah “nafi isbat” adalah merujuk kepada satu bentuk amalan, praktis, satu teknik berzikir, atau melafazkan syahadah mengikut “melodi” atau rentak pernafasan yang tertentu.

Seterusnya, berbalik kepada gambar di atas, jelas terbukti oleh sepanduk kempen karya Pemuda UMNO Bahagian Machang bahawa penganut UMNO (juga penganut penganut ugama sesat Islam Hadhari) adalah orang-orang yang sudah punah akidah politik mereka.

“Nafi isbat politik” mereka melambangkan bahawa sudah tiada ruang rasionaliti dalam kepercayaan mereka terhadap UMNO-BN. Hatta jika UMNO-BN mencalunkan seketul najis sekalipun, mereka tetap akan pangkah juga.

Nota: Selain dari gambar tajuk, gambar-gambar lain dalam post ini adalah fitnah hasil kerjatangan Sheih Kickdefella.

Monday, April 23, 2007

Demi Tuhan dan Masa Depan Negara Bersatulah Pelacur-pelacur Lembah Kelang

Seperti yang tuan/puan ketahui, antara hobi saya ialah membaca puisi. Jika sebelum ini saya memaparkan satu karya Robert Frost, bersesuaian dengan musim ini (agaknya), izin saya paparkan satu sajak hasil W. S. Rendra [1], antara penyajak dunia yang saya kagumi.

Tekaan saya, tajuk posting kali ini, dan sekaligus sajak berikut ini mungkin tidak cocok dengan selera ramai pembaca. Tetapi percayalah, sajak ini pernah di suatu ketika dulu berjaya memberi satu kefahaman kepada saya, apa itu yang berlegar dalam kepala Hassan Al Banna [2], [3] ketika beliau mendekati pelacur-pelacur Kahirah untuk berdakwah. Dan ke satu tahap, membuat saya mengerti apa itu tuntutan dan maksud … a sense of mission.

Tukar perkataan "revolusi" dalam sajak kepada "pembangunan" dan tuan/puan akan nampak jelas apa yang saya maksudkan.

Kepada adik-adik saya GRO-GRO Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Kelang, apa kata untuk pusingan ini saudari-saudari sepakat untuk uzur syarie. Cutilah sehari dua untuk ziarahi orang tua, adik-adik dan kampung halaman.

Boikot gerombolan jantan-jantan UMNO dari seluruh negara yang datang berkempen di Ijok.

BERSATULAH PELACUR-PELACUR KOTA JAKARTA

Pelacur-pelacur kota Jakarta
dan kelas tinggi dan kelas rendah
telah diganyang
telah dihm-biru
mereka kecut keder
terhina dan tersipu-sipu.

Sesalkan mana yang mesti kau sesalkan.
Tapi jangan kau klewat putus asa.
Dan kau relakan dirimu dibikin korban

Wahai, pelacur-pelacur kota Jakarta.
Sekarang bangkitlah.
Sanggul kembali rambutmu.
Kerna setelah menyesal
datanglah kini giliranmu
bukan untuk membela diri melulu
tapi untuk lancarkan serangan.

Kema:
Sesalkan mana yang mesti kau sesalkan
tapi jangan kau rela dibikin korban.

Sarinah.
Katakan kepada mereka
bagaimana kau dipanggil ke kantor mentri
bagaimana ia bicara panjang lebar kepadamu
tentang perjuangan nusa bangsa
dan tiba-tiba tanpa ujung pangkal
ia sebut kau inspirasi revolusi
sambil ia buka kutangmu.

Dan kau, Dasima.
Kabarkan kepada rakyat
bagaimana para pemimpin revolusi
secara bergiliran memelukmu
bicara tentang kemakmuran rakyat dan api revolusi
sambil celanya basah
dan tubuhnya lernes
terkapai disampingmu
ototnya keburu tak berdaya.

Politisi dan pegawai tinggi
Adalah caluk yang rapi.
Kongres-kongres dan koperensi
tak pernah berjalan tanpa kalian.
Kalian tak pernah bisa bilang … “tidak”
lantaran kelaparan yang menakutkan
kemiskinan yang mengekang
dan sudah lama sia-sia cari kerja.
Ijazah sekolah tanpa guna.

Para kepala jawatan
akan membuka kesempatan
kalau kau membuka paha.
Sedang di luar pemerintahan
perusahaan-perusahaan macet
lapangan kerja tak ada.

Revolusi para pemimpin
adalah revolusi dewa-dewa.
Mereka berjuang untuk surga
dan tidak untuk bumi.
Revolusi dewa-dewa
tak pernah menghasilkan
lebih banyak lapangan kerja
bagi rakyatnya.
Kalian adalah sebahagian kaum penganggur
yang mereka ciptakan.

Nmun
Sesalkan mana yang mesti kau sesalkan
tapi jangan kau klewat putus asa
dan kau rela dibikin korban.

Pelacur-pelacur kota Jakarta.
Berhentilah tersipu-sipu.
Ketika kubaca di koran
bagaimana badut-badut menggayang kalian
menuduh kalian sumber bencana negara
aku jadi murka.


-- W.S. Rendra [4]

.

Sunday, April 22, 2007

Woittt ... PAS Pasir Puteh: Janji Kita?



Tiada maklum balas pun.

Video clip di atas hanyalah sekadar hiburan selingan. Semoga menjana satu flash back ke zaman tuan-tuan muda-muda dulu. Dan bagi saya pula ia membangkitkan nostalgia, tersangkut di Moscow di suatu musim salji di zaman saya hingusan.

Salaam adanya.

Saturday, April 21, 2007

Psst .. PAS Penang: Ijok Itu Beting Maro!

Sorri Geng, tengah banyak kerja, tak sempat nak kemaskini data. Hatta tengok data sampai juling. Langsung peta DUN pun pinjam dari Jeff Ooi yang pinjam dari MalaysiaKini.

Tidak terkecuali semua itu, tidak usah dirisaukan sangat, kerana nampak gaya pun, tidak banyak yang berubah. Kecuali mungkin SPR sudah gugurkan dari daftar pemilih semua nama yang tidak mempunyai nombor kad pengenalan baru. Kiranya SPR punyai telor lah kebelakangan ini. Selain itu Batang Berjuntai Bestari telah dipecah sempadan jadi Utara dan Selatan. Walaupun telah dipecahkan, sekali imbas, senarai pemilih masih tidak terlalu berubah.

Hangpa kena pastikan keseluruhan undi swing 30% ke arah PKR jika nak menang sekitar 288 undi. Bawah dari itu, hangpa panjat belakang bebudak PKR supaya hentak habis-habisan empat (4) peti undi yang mereka menangi dulu.

Saya congak, swing 30% bukanlah susah sangat untuk dicapai – Faktor Dolah 10% + Faktor Mahathir 10% + Faktor DSAI 5% + Faktor Najib 5%, kira cukup makan. Tetapi untuk pasak-kan kesan segala faktor-faktor tersebut, hangpa kena pastikan hangpa hunjamkan 10% Faktor Beting Maro. Ini pemangkin mustajab. (Najib pun tahu Ijok bukan Lunas).

Hangpa nak tunjuk kerja keras kalu, sila tubi peti undi Simpang Ijok, Sungai Darah dan Batang Berjuntai Bestari Selatan. Lain-lain dari itu, kalau boleh, mantulkan tangkal Si Menantu Dolah. Dah tu, jangan lupa mandramkan segala pusat membuang undi.

Salaam adanya. (Cakap lebih-lebih pun tak guna. Yang nampak itu, Bulan. Hangpa lagi arief).

Friday, April 20, 2007

Tentang DUN N11-Ijok: Sedikit Ole-ole Dari Kelantan

Selepas memahami graphik statistik di atas, saya janji, pembaca akan faham mengapa UMNO-BN kini tersangat takut dengan pilihan raya kecil N-11 Ijok.

Perkara pertama yang pembaca kena faham tentang statistik di atas ialah angka-angka (a) majoriti rasmi dan (b) majoriti sebenar, yang terhasil dalam pilihan raya umum (PRU) 1999 (ke 10) dan 2004 (ke 11).

  • “Majoriti rasmi” adalah merujuk kepada angka jumlah lebihan undi yang UMNO-BN dapat, seperti diumumkan SPR melalui media arus perdana. Bagaimana angka ini diperolehi? Jawabnya mudah. Ianya adalah hasil undi UMNO-BN dapat, tolak undi DAP/PKR dapat. Contoh, dalam tahun 1999, UMNO-BN dapat majoriti 3,166 undi (6,567 – 3,401 = 3,166).

Adakah angka “majoriti rasmi” melambangkan sentimen sebenar sokongan warga DUN Ijok terhadap UMNO? Jawabnya – tidak!

Ini kerana dalam setiap PRU, ada satu pesaing bebas (parti bebas) turut serta. Dan faktor ini, kita mesti ambil kira dalam menilai sekuat mana cengkaman pengaruh UMNO-BN di Ijok.

  • “Majoriti sebenar” ialah angka yang kita dapat jika kita tolak jumlah undi semua pembangkang (arus perdana + bebas) dari undi yang diperolehi UMNO-BN. Contoh, dalam tahun 1999 dulu, majoriti UMNO-BN yang sebenar ialah hanya 1,921 undi, dan bukan 3,166! (6,567 – 3,401 – 1,245 = 1,921).

Sehubungan ini, perhatikan bahawa dalam kedua-dua PRU, ada seorang calun bebas berbangsa Melayu telah masuk bertanding. Dalam tahun 1999 calun tersebut ialah Mohd Yusof Abdul Rahim [1], manakala dalam tahun 2004 calunnya ialah Mohamed Shariff Nagoorkani [2].

Tak nak tanya mengapa setiap PRU mesti ada satu calun bebas Melayu masuk bertanding? Ahhh … nak dapat natijah kepada perincian bab ini, tuan/puan kena baca ulasan Sang Kelembai [3], [4]. Sang Kelambai orang UMNO (buat sementara ini Dolah pecat keahlian dia), tambah pula dia orang Selangor. Maka dia lagi arief bab cerita dalaman.

Dan bagi saya orang PAS yang memerhati Ijok dari jauh (belum turun lagi sebab tengah bergenuak dengan kerja yang semacam tak mahu siap-siap), kehadhiran calun bebas bangsa Melayu adalah berpunca dari salah satu atau gabungan sebab berikut.

  • Rumpun Melayu Ijok selama ini memang rasa terhina dan tidak puas hati kerana mereka dipaksa memangkah calun bukan Melayu, walhal majoriti warga Ijok adalah dari rumpun Melayu [5].
  • Pergeseran dalaman UMNO Kuala Selangor adalah sebegitu dasyat, hinggakan mereka sanggup sabotaj parti sendiri dengan cara menaja calun bebas dalam PRU sebagai tanda protes.
  • Sememangnya selama ini wakil rakyat bukan Melayu telah mengkhianati kepentingan rumpun Melayu Ijok yang telah berkorban, sanggup memberi mereka laluan atas nama “demokrasi campuran” palsu yang didokong UMNO.

Apapun sebabnya terjadi fenomena calun bebas, ayuh kita ke hakikat kedua yang dibawa statistik.

  • Perhatikan bahawa undi UMNO-BN telah menurun sebanyak 1,354 dalam tahun 2004, berbanding 1999.

Soalan: ke mana pergi 1,354 penyokong UMNO-BN dalam tahun 2004?

Jawapan mudah ialah 1,354 penyokong UMNO-BN telah memboikot PRU 2004, yakni telah tidak keluar mengundi, atas sebab-sebab yang belum sampai ke pengetahuan kita. Walaupun jawapan ini mempunyai intuitive appeal, saya secara peribadi merasakan bahawa itu bukanlah jawapan sepenuhnya.

Saya syak, sebahagian dari angka itu telah “dieksport” ke DUN lain, seperti ke DUN Khir Toyo atau ke DUN yang pernah diwakili Hassan Ali (Sungai Burong) untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO-BN di sana.

Kalau mereka betul telah dieksport, baguslah [6]. Kerana kini sudah terlambat untuk membawa mereka pulang, dalam ertikata memasukan kembali nama mereka ke dalam daftar pemilih Ijok. Lainlah, kalau SPR masih lagi ingin bermain dan berlaku curang.

  • Fakta seterusnya ialah peningkatan 163 undi yang diperolehi pembangkang. Selanjutnya, amati bahawa jumlah undi rosak pun menurun!

Kita rumus maklumat yang kita fahami setakat ini dan superimpose kefahaman ini dengan perkembangan terkini.

  • Implikasi ketiadaan calun bebas kali ini ialah undi pembangkang kini sepadu.
  • Hajat terpendam Melayu Ijok kini terlunas. Pembangkang menawarkan calun Melayu yang berwibawa. Malah terlalu berwibawa. Lantaran wayang "momok" lama -- arnakisme wal huru hara -- mesti dipertontonkan [7].
  • Tanpa faktor Dolah, menantu Dolah, anak jantan Dolah, faktor Mahathir, dan dogeng Altantuya, sokongan terhadap UMNO-BN di Ijok selama ini sudah menurun pun.

Diberi rumusan di atas, apakah firasat tuan/puan akan keputusan PRK ini? Atau kini faham mengapa terjadinya "kekecuhan" di hari penamaan calun?