Thursday, July 05, 2007

Altantuya: Bukan Bodek, Cuma "Tumpang Tui” Penemuan Raja Petra

Imbasan ialah bukti empirik tambahan menyokong kewujudan insan yang dilapurkan Raja Petra sebagai pemilik kenderaan misteri bernombor CAC 1883 [1].

Upfront, awal-awal lagi saya kena berterus terang bahawa saya bukanlah seorang pembodek. Maksudnya, bukanlah saya langsung tidak membodek atau tidak pernah membodek; bodek, bukan tidak bodek, cuma terlalu jarang saya berbuat begitu. Apatah lagi kalau membodek orang-orang dari kelas bangsawan, itu saya cukup alergik.

Maka itu jika hari ini saya dilihat mengenegahkan pemikiran Raja Petra, bukanlah bererti saya cuba membodek hamba Allah tersebut; sekadar meng-amin-kan perkara yang betul.

Tetapi saya akui, bahawa di zaman-zaman jahiliyah dulu, saya kerap jugalah bertindak mirip membodek, tapi tidak setotoknya membodek, sebaliknya “membedek.”

Tidak silap saya, dalam bahasa Inggeris perkataan semaksud dengan membedek ialah “romancing” [2] seperti dalam wayang “Romancing the Stone.” [3] Dan bila disebut “romancing” maka lelaki (sebaya saya) umumnya akan faham bahawa perkataan itu mengisyaratkan perbuatan membedek harta karun yang berada di tanah tigasegi, lazimnya milek seorang perempuan.

Bermudek dari kata bodek, singgah pula di frasa “tumpang tui.” Amati ejaannya “t-u-i” dan bukan ‘t-i-u.” (Tiu adalah satu perkataan lain pula yang membawa satu maksud yang “ganas”).

Di Kelantan, frasa “tumpang tui” lazimnya digunakan di gelanggang judi, di mana seorang itu tidak berjudi secara langsung, tetapi bertaruh secara tidak langsung melalui salah seorang peserta “sukan.” [4] Sebagai contoh, jika penjudi utama bertaruh RM1/=, si-penumpang tui akan tenggek 10 sen di atas pertaruhan itu.

Hari ini saya menumpang tui satu penemuan empirik yang dipaparkan dalam penulisan terkini Raja Petra Kamarudin [5]. Dalam penulisan tersebut Raja Petra mempertikaikan satu aspek lakunan “mati akal” pihak PDRM yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya bekas penyedap Razak Baginda [6]. Aspek itu merujuk kepada keterangan saksi utama akan wujudnya sebuah kenderaan Suzuki Vitara bernombor CAC 1883 dan lelaki bertopi hijau yang didakwa memunggah Altantuya pada malam kejadian.

Pasukan penyiasat dikhabarkan tidak dapat mengesan pemilik kenderaan tersebut, yang mana perkhabaran ini telah menimbulkan rasa murka yang teramat-amat dalam hati Raja Petra langsung (agaknya) bertandang beliau ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendapatkan maklumat. Sergah Raja Petra kepada PDRM -- nah ko, ini maklumat Vitara tersebut, pergi ler siasat!

Sehubungan kisah ini, Rudin X di zaman jahilyahnya dulu pernahlah untuk satu tempoh yang singkat menjadi semirip “batman” [7] atau khadam (itu ejaannya, sebutan-nya “khodam”) kepada salah seorang PCK pencen (Pengarah Cawangan Khas PDRM). Dalam episode itu keraplah Rudin X melopong mendengar cerita-cerita PCK pencen tersebut akan bagaimana bijaksana-nya pasukan yang beliau ketuai menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dan menyelesaikan kes-kes jenayah yang penuh bermisteri.

Gambar berjodol "Sub Rosa" ini adalah sekadar hiasan.

Tetapi kini, bila terbaca cerita-cerita “kebebalan” pihak polis dalam menjalankan tugas mereka, terasa seperti kahak meleleh ke kerongkong. Itu impresi pertama. Tetapi bila difikirkan sejenak, saya kagum akan tahap ketaatan pasukan polis akan sesuatu arahan, hingga (dalam penilaian saya) mereka sanggup mengkhianati conscience (suara hati) sendiri.

Agaknya itulah titik perbezaan saya dengan mereka. Ketaatan. Jurang yang membolehkan sesetengah dari mereka kini memiliki harta berjuta, dan Rudin X mematuk blog mencari eskapisme [8] dalam dunia siber.

1 comment:

Anonymous said...

apa dia wahai rudin maksud escapism. Bukankah rudin telah jauh merantau, nak escape mana lagi kalu tidak mengalami 'kenaikan' dan 'penurunan' dgn dibimbing oleh 'pembimbing". Takkan nak ditinggalkan apa yg telah diakujanji. Kenaikan pd ahadiah dan penurunan pd wahidiah, lihatlah warna2 pd alam insanul kamil.