Friday, July 13, 2012

Bila Pandir Menyamar Pakar Ekonomi

Jawapan kelas pariah bunting kutip botol dari seorang Menteri Besar

Satu perkara yang kita orang Melayu kena akui ialah masyarakat kita kian dibanjiri "conman" -- penipu.  Bukan setakat tipu kecilan seperti tipu "gores dan menang" tetapi tipu kelas mega.

Orang bisnes tipu darjah kebesaran (datuk bisnes kad).  Artis jahil yang mana niat mandi junub pun entah-entah lintang pukang lagi, tipu pandai ugama langsung jadi penceramah negara Islam.  Penerima manfaat Dasar Ekonomi Baru dapat pinjaman mudah juta-juta ringgit menyamar pakar ekonomi.  Macam macam tipu.

Tetapi yang paling mengerikan ialah bila penipu-penipu ini masuk pilihan raya jadi calon, kita undi mereka, dan seterusnya izin mereka jadi pentadbir negara.

Jawapan Khalid Ibrahim yang dibelakangi, kononnya, pakar ekonomi Anwar Ibrahim, tentang peranan kerajaan negeri dalam hal menyediakan perumahan mampu milik, adalah contoh klasik tipu yang layaknya dihukum potong kemaluan.  [Klik di sini untuk laporan lengkap].

Selain dari hak memilik gaya melempias nafsu syahwat, perumahan mampu milik adalah hak asasi manusia yang di ikhtiraf dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.  [Klik di sini untuk maklumat lanjut].  Yang mana akses kepada perumahan mampu milik juga adalah sebahagian besar dari keadilan sosial.

Padan muka pengundi Selangor.  Seburuk-buruk UMNO yang dilabel rasuah, perumahan rakyat adalah antara agenda utama perjuangan.  Tetapi semanis dan seindah idealisme keadilan yang PKR perjuangankan, kepentingan Cina DAP yang baru nak belajar jadi kapitalis juga yang didepankan.

Bab ini pengundi Melayu Selangor kena ingat bahawa hutan sudah tiada di Selangor.  Sudah tiada tempat untuk kamu orang nak lari!  Kamu sekarang mungkin dah "lepas" kerana dah ada rumah sendiri (yang mampu dibeli dek usaha UMNO yang kamu label korup) di taman-taman "saujana impian".  Tapi apa pula dengan nasib anak cucu serta menantu kamu?  Semua nak longgok di rumah kamu yang satu itu?