Saturday, July 07, 2007

Metaforikanya: Nasib Melayu Tanpa DEB



Mengikut webmaster laman yang menghoskan klip video ini, ianya telah ditonton sejumlah 5.2 juta kali. Sayang, proses muat turun klip 3.15 minit memakan masa agak lambat, tetapi percayalah, penantian tuan/puan adalah berbaloi. Klip asal boleh di tonton di sini [1].

Secara metaforika-nya* pemangsaan yang digambarkan dalam video ini boleh berlaku kepada kelompok anak cucu Melayu-Islam Malaysia dalam tempoh terdekat jika tuan/puan sebagai datuk nenek mereka tidak bertindak mulai sekarang, khususnya dalam pilihan raya ke 12 kelak, untuk memastikan masa depan mereka terjamin.


Nota: Perkataan "metaforika" asalnya dari perkataan Inggeris "metaphorical" dari kata dasar "metaphor" yang bermaksud "ibarat" atau "perumpamaan." [2]

Thursday, July 05, 2007

Altantuya: Bukan Bodek, Cuma "Tumpang Tui” Penemuan Raja Petra

Imbasan ialah bukti empirik tambahan menyokong kewujudan insan yang dilapurkan Raja Petra sebagai pemilik kenderaan misteri bernombor CAC 1883 [1].

Upfront, awal-awal lagi saya kena berterus terang bahawa saya bukanlah seorang pembodek. Maksudnya, bukanlah saya langsung tidak membodek atau tidak pernah membodek; bodek, bukan tidak bodek, cuma terlalu jarang saya berbuat begitu. Apatah lagi kalau membodek orang-orang dari kelas bangsawan, itu saya cukup alergik.

Maka itu jika hari ini saya dilihat mengenegahkan pemikiran Raja Petra, bukanlah bererti saya cuba membodek hamba Allah tersebut; sekadar meng-amin-kan perkara yang betul.

Tetapi saya akui, bahawa di zaman-zaman jahiliyah dulu, saya kerap jugalah bertindak mirip membodek, tapi tidak setotoknya membodek, sebaliknya “membedek.”

Tidak silap saya, dalam bahasa Inggeris perkataan semaksud dengan membedek ialah “romancing” [2] seperti dalam wayang “Romancing the Stone.” [3] Dan bila disebut “romancing” maka lelaki (sebaya saya) umumnya akan faham bahawa perkataan itu mengisyaratkan perbuatan membedek harta karun yang berada di tanah tigasegi, lazimnya milek seorang perempuan.

Bermudek dari kata bodek, singgah pula di frasa “tumpang tui.” Amati ejaannya “t-u-i” dan bukan ‘t-i-u.” (Tiu adalah satu perkataan lain pula yang membawa satu maksud yang “ganas”).

Di Kelantan, frasa “tumpang tui” lazimnya digunakan di gelanggang judi, di mana seorang itu tidak berjudi secara langsung, tetapi bertaruh secara tidak langsung melalui salah seorang peserta “sukan.” [4] Sebagai contoh, jika penjudi utama bertaruh RM1/=, si-penumpang tui akan tenggek 10 sen di atas pertaruhan itu.

Hari ini saya menumpang tui satu penemuan empirik yang dipaparkan dalam penulisan terkini Raja Petra Kamarudin [5]. Dalam penulisan tersebut Raja Petra mempertikaikan satu aspek lakunan “mati akal” pihak PDRM yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya bekas penyedap Razak Baginda [6]. Aspek itu merujuk kepada keterangan saksi utama akan wujudnya sebuah kenderaan Suzuki Vitara bernombor CAC 1883 dan lelaki bertopi hijau yang didakwa memunggah Altantuya pada malam kejadian.

Pasukan penyiasat dikhabarkan tidak dapat mengesan pemilik kenderaan tersebut, yang mana perkhabaran ini telah menimbulkan rasa murka yang teramat-amat dalam hati Raja Petra langsung (agaknya) bertandang beliau ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendapatkan maklumat. Sergah Raja Petra kepada PDRM -- nah ko, ini maklumat Vitara tersebut, pergi ler siasat!

Sehubungan kisah ini, Rudin X di zaman jahilyahnya dulu pernahlah untuk satu tempoh yang singkat menjadi semirip “batman” [7] atau khadam (itu ejaannya, sebutan-nya “khodam”) kepada salah seorang PCK pencen (Pengarah Cawangan Khas PDRM). Dalam episode itu keraplah Rudin X melopong mendengar cerita-cerita PCK pencen tersebut akan bagaimana bijaksana-nya pasukan yang beliau ketuai menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dan menyelesaikan kes-kes jenayah yang penuh bermisteri.

Gambar berjodol "Sub Rosa" ini adalah sekadar hiasan.

Tetapi kini, bila terbaca cerita-cerita “kebebalan” pihak polis dalam menjalankan tugas mereka, terasa seperti kahak meleleh ke kerongkong. Itu impresi pertama. Tetapi bila difikirkan sejenak, saya kagum akan tahap ketaatan pasukan polis akan sesuatu arahan, hingga (dalam penilaian saya) mereka sanggup mengkhianati conscience (suara hati) sendiri.

Agaknya itulah titik perbezaan saya dengan mereka. Ketaatan. Jurang yang membolehkan sesetengah dari mereka kini memiliki harta berjuta, dan Rudin X mematuk blog mencari eskapisme [8] dalam dunia siber.

Sunday, July 01, 2007

Memahami Pakatan Dolah-Lee Kuan Yew (1): Pengantar Ulasan

Gambar ialah peta WPI diterbalikkan. Amati bentuk sebenarnya kawasan cadangan WPI adalah tidak ubah rangka sebilah keris tersarung yang menikam ke ulu jantung bumi Semenanjung Tanah Melayu. Amati bentuk pulau Singapura laksana ulu keris dengan garis pesisir Selat Tebrau laksana pangkal sarung keris.

Arakian dengan bertitahnya Maharaja Lee Kuan Yew seperti yang dilapurkan semalam [1], maka seakan dilanda taufan adanya respons [2] di kalangan pemerhati projek South Johore Economic Region (SJER) [3]. Yang mana kerana nama SJER seolah-olah membayangkan satu keterlupaan akan hakikat budaya Melayu di mana hampir setiap negeri ada raja, dan dalam percubaan meredakan kemurkaan Istana Johor [4], maka projek ini kemudiannya dipanggil Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) [5].

Namun, nama WPI ini pun tidak kena. Agaknya tidak serasi dengan selera the real brain, otak sebenarnya di belakang WPI – yakni Lee Kuan Yew Maharaja wal Menteri Sang Bentara Guru Singapura, maka kebelakangan ini projek ini disebut pula sebagai Iskandar Development Region (IDR) [6].

Nama ini yang bunyinya sikit ada “kelas antarabangsa,” pun gamaknya adalah satu nama interim, nama sementara. Percayalah, lambat laun, nama sebenar projek ini akan timbul -- North Bank Singapore Occupied Territory Tebing Utara (Selat Tebrau) Jajahan Takluk Singapura. Dan agaknya bila media antarabangsa sudah biasa dengan tanah jajahan ini, namanya akan di singkatkan pula kepada “North Bank” atau Tebing Utara.

Amacam? Agak-agak nama Tebing Utara (Jajahan Takluk Singapura) ada bunyi semelodi dengan Tebing Barat (West Bank) di Palestin [7]?

Gambar ialah sebilah keris “Bugis-Riau Luk 9 Batu Lapak Gembol”. Sila klik link ini untuk keterangan lanjut. Amati bentuk keris dengan lakaran peta WPi di atas.


Berbalik kepada titah Maharaja Lee Kuan Yew, setelah dibaca berulang kali, dan dimeditasi mencari kias yang tersembunyi, maka saya telah mencapai rumus bahawa kias itu terkandung dalam ayat-ayat berikut:

Tetapi untuk memahami apa kaitan atau keselariannya antara IDR di Johor dengan Shenzhen di China, dalam posting-posting yang berikut saya akan memperihalkan perkara berikut:

  • Sejarah penjualan Pulau Pinang oleh Istana kedah.
  • Sejarah penaklukan Hong Kong oleh British.
  • Keselarian ciri geografis (khususnya kedapatan “buffer zone”) antara Pulau Pinang dan Hong Kong.
  • Sejarah penyerahan kembali Hong Kong kepada kerajaan China.
  • Wilayah Pembangunan Shenzhen sebagai satu langkah Deng Xiaoping (bekas Perdana Menteri China) mengintegrasi Hong Kong ke dalam lanskap daulah dan budaya China.

Oleh kerana menulis blog bukanlah pekerjaan tetap saya, maka saya harap tuan/puan pembaca yang saya hormati dapat bersabar menunggu saya membentangkan penaakulan. Tidak terkecuali saranan, saya taksir sesetengah dari pembaca sudah pun mendapat satu “wawasan” akan perancangan sebenar dan nawaitu di belakang SJER @ WPI @ IDR.