Ya, ya, saya tahu tuan/puan tidak datang ke blog saya untuk membaca cerita bertepuknya langit dan bumi, tetapi kerana ingin tahu pandangan sinis siapa pemenang sebenar pilihan raya kecil (PRK) Ijok. Maka itu saya minta maaf kerana melencung sedikit.
Dengan ini saya umukan: pemenang sebenar “gusti” Ijok ialah Najib dan Khir Toyo.
Ijok ialah
Setelah rekod Najib dan Khir dijadikan isu hidup mati perjuangan Parti Keadilan Rakyat, dengan reputasi Najib-Khir diganyang habis-habisan, keputusan gusti menunjukan Najib-Khir masih punyai jentera setia [7], [8], [9]. Kempen UMNO-BN yang dikepalai Najib-Khir bukan saja menang, malah menang dengan peningkatan undi serta majoriti [10], [11].
Bagi Abdullah yang mengidamkan ufuk pertanda ketidak berkesanan Najib-Khir, yang sekaligus menandakan ketiada gunaan badut-badut itu kepada parti, keputusan gusti Ijok agaknya amatlah mengecewakan [12]. Keputusan Ijok tidak boleh dijadikan sebab kukuh untuk membuang mereka.
Mengapa saya sampai hati melabelkan PRK Ijok sebagai satu gusti? Jawapannya mudah.
Sama dengan perlawanan gusti tipikal yang ditayang di televisyen, unsur ganas adalah ramuan utama. Di Ijok, sejak dari mula loceng perlawanan dibunyikan (hari penamaan calun), sepanjang perjalanan kempen, hinggalah ke loceng penamat (hari membuang undi) berita adegan ganas di mainkan tanpa henti [13], [14], [15], [16].
Lagi? (Cewah, cewah, bertanya laksana seorang SB pencen yang ingin menghidupkan semula saat-saat rasa berkuasa yang teramat-amat di zaman berkhidmat).
Ganasnya menakutkan. Hampok sana, hentak sini. Tetapi tiada yang cedera (kecuali di Ijok, semuanya aktivis PAS, musuh sengoti UMNO). Dan lebih dari itu, turn of events, liku-liku drama kadang-kadang tidak terduga. Yang kena lanyak teruk akhirnya menang. Yang tangkas dan pantas tiba-tiba tidak boleh bangun kena body slam.Nobat kemenangan UMNO-BN diikuti pula keesokan harinya dengan laungan berita keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bahawa Anwar Ibrahim tidak akan diterima masuk semula ke dalam UMNO untuk selama-lamanya [17].
Aik? Sejak bila pula kemasukan semula Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menjadi isu menggelegak negara hingga perlu dibincangkan di peringkat MT UMNO? Ribut tiada, taufan pun tidak, tiba-tiba MT UMNO sanggup membuang masa tiga jam untuk membincangkan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO! Apa maksud ini semua [18]?
Adakah usul Anwar Ibrahim itu dibawa ke MT UMNO kerana beliau telah pun lulus segala ujian dan syarat di Ijok yang ditetapkan oleh Abdullah dan Menantunya? (The poor soul was made to jump through all those hoops. But to what end?). Dan persoalan yang juga teramat menarik sehubungan ini ialah; siapa di dalam MT yang begitu berani melawan arus dengan membawa usul? Seseorang dari barisan “hangguk dan geleng”? Abdullah sendiri?
Pathetic sekali [19]. Mencaci sudah. Berjoget sudah [20]. Tersasul pun sudah [21], [22]. Skrip dituruti dengan patuh. Namun kempunan jua. Hujan tak jadi. Habuan yang diharap dicantas orang.
Moral cerita? Setialah pada yang menyayang. Jujurlah kepada lidah sendiri. Jangan
No comments:
Post a Comment