Monday, October 20, 2008

Pak Lah: Cencaru Makan Petang?

The return of Pak Lah! Pak Lah kembali! Yakni kembali ke persada utama dari hampir-hampir dikambus di pusara politik. Mustahil? Tidak semestinya.

Renung sejenak sejarah kerjaya politik Pak Lah dan pembaca akan dapati bahawa nasib politik Pak Lah lazimnya akan berpusing 180 darjah, dari gelap menjadi cerah di penghujung sesuatu episod.

Dari aspek ini nasib politik Pak Lah adalah tidak ubah seperti cencaru yang bertabiat makan petang setelah berlapar sepanjang hari.

Begitulah Pak Lah. Beliau boleh mengharungi sengsara politik buat satu tempoh yang panjang, sanggup menerima ‘deraan’ dalam proses itu, tetapi di hujung hari boleh muncul sebagai pemenang besar, yang kemudiannya 'makan' pun besar.

Di suatu ketika dalam sejarah UMNO Pak Lah pernah berpihak dengan Tengku Razaleigh untuk menentang Tun Dr Mahathir, tetapi pada saat yang sesuai beliau boleh berpaling tadah untuk menyertai kem Tun Dr Mahathir.

Di zaman kegemilangan Anwar Ibrahim dulu, Pak Lah sanggup memainkan peranan underdog, berkelana menjadi Menteri Luar yang tiada pengaruh di kalangan grassroot UMNO. Pernah dipanggil mesra dengan nama kod 'ikan kering' oleh pengikut-pengikut Anwar. Namun akhirnya, beliau dinamakan sebagai pengganti Tun Dr Mahathir.

Persis nasib hero tipikal filem Hindustan! Hero kalah dulu. Di penghujung filem hero menang dan dapat kahwin dengan heroin.

Suasana nasib Pak Lah dewasa ini adalah tidak banyak beza dengan episod-episod getir yang dia pernah alami. Rancangan peralihan kuasanya nampak seperti sudah berkecai. Dan sebahagian besar UMNO kini nampaknya berkomplot untuk menjatuhkannya. Malah untuk tempoh sehari dua ini, Najib Razak sudah membayangi kerusi Perdana Menteri dan nampak jelas sebagai pengganti.

Tetapi pembaca harus ingat, walaupun Najib dan Muhyiddin sudah mendapat cukup pencalunan untuk melayakkan diri bertanding kerusi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, sehingga kini masih lagi ada sekitar 130 bahagian UMNO yang belum bersidang!

Antara hari ini dan pertengahan November (tarikh akhir persidangan UMNO bahagian) banyak perkara yang menakjubkan boleh berlaku.

Cuba selami ikhtisar (overview) perkembangan berita sehubungan Najib.

Tiba-tiba kaedah pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi satu skandal terbuka. Perbicaraan kes fitnah/hasut Raja Petra Kamarudin telah memanas dengan fakta-fakta baru tentang tragedi kematian Altantunya mula timbul.

Yang mana rumus semua cerita ini -- baik yang tersiar umum mahupun yang digossipkan di kalangan elit politik -- ialah Najib bakal dicantas, bakal kempunan menduduki kerusi Presiden UMNO.

Tetapi lebih dari cerita seputar Najib, berita yang lagi mengejutkan ialah Pak Lah sendiri sudah mula tunjuk garang. Bertindak di luar karektor, beliau telah membidas Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin. Nyata ini satu perkembangan baru!

Diberi perkembangan ini, adalah tidak mustahil jika dalam tempoh sehari dua lagi, ada satu-dua bahagian UMNO yang mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden! Diikuti oleh satu reaksi berantai bahagian-bahagian lain mencalonkan Pak Lah ke jawatan yang sama.

Yang mana bila ditanya tentang perkembangan itu, Pak Lah pun akan membuat kenyataan … saya sebenarnya sudah tidak mahu bertanding, tetapi grassroot yang mahukan saya bertandingsaya tidak mahu kecewakan hasrat mereka ...

Dan saya fikir tuan/puan pun tidaklah terlalu kecewa dengan prospek Pak Lah kekal menjadi perdana menteri untuk beberapa tahun yang akan datang!

Ya lah, apa tidaknya, harga petrol pun dah diturunkan. Pak Lah dah 'reform,' kan?

Friday, October 10, 2008

Objektif Pendidikan dan Masa Depan Politik Negara – II

(Sila rujuk Bahagian I untuk memahami konteks perbincangan di bahagian ini)

Tujuan penulisan setakat ini ialah memberi pembaca satu gambaran bebas-nilai tentang jenis mental skills – kepandaian mental -- yang boleh (sepatutnya) dibentuk (diajar) oleh sesuatu sistem pendidikan.

Kefahaman ini penting kerana dalam bahagian-bahagian yang berikut saya akan membuat beberapa tuduhan berat tentang kebolehan saf kepimpinan yang ada kini, baik yang ada di pihak UMNO-BN mahupun di pihak PAS-Pakatan Rakyat, untuk meneraju, mencorak dan mengurus negara dimasa depan.

Hanya bila pembaca memahami konsep pendidikan yang ada dalam kepala saya barulah pembaca akan nampak dari arah mana saya datang dengan kritikkan saya, dan ke arah mana saya ingin tuju.

Sebelum kita pergi lebih jauh izin saya ingatkan bahawa keupayaan seseorang manusia mempelajari jenis-jenis mental skills yang diklasifikasikan mengikut Bloom Taxonomy adalah tertakluk kepada batasan/ketidak upayaan/kelebihan semulajadi untuk belajar yang dianugerahkan Ilahi.

Sebagai contoh, ada sesetengah dari kita yang tidak bernasib baik dilahirkan dengan sindrom dyslexia (Melayu panggil ‘buta huruf') di mana ketidak upayaan ini akan menghalang seseorang itu dari mengenal huruf, langsung tidak akan pandai membaca, yang berikutnya membawa 101 konsekuensi dan implikasi kepada individu tersebut.

Perlu diketahui bahawa sindrom dyslexia tidak menghalang seseorang itu dari mengenal rajah, gambar, lukisan atau belajar skill lain-lain yang tidak melibatkan huruf.

Setahu saya, hingga ke tahun 2000, sistem pendidikan Malaysia masih belum lagi mengiktiraf kewujudan sindrom ini.

Oleh itu sekolah tidak akan cuba mengdiagnos seseorang murid yang 'lemah' itu sebagai berkemungkinan mengidap dyslexia, sebaliknya secara otomatik akan melonggokkan murid tersebut ke dalam kelas-kelas ‘bebal’ sementara menunggu masa untuk murid itu tercicir dari sistem persekolahan, paling lewat selepas PMR.

Dari hal bakat semulajadi, saya tidak fikir saya perlu berpanjang lebar kerana kita semua ada mengenali individu yang ‘tidak payah belajar’ atau 'pandai sendiri' tetapi hebat menganalisis, menggubah, mencipta dsb.

Juga, izin saya ingatkan pembaca bahawa kita tidak boleh pandang remeh keupayaan/skill kelas ‘rendah’ dalam Bloom Taxonomy kerana sebagai contoh, tidak ramai dari kita yang mampu menghafal dengan baik.

Malah kalaulah keupayaan menghafal itu mudah dipelajari, sudah tentunya ada berlambak hafiz dan hafizah serta muhadissin dalam dunia Islam. Tetapi faktanya tidak begitu. Saya ambil diri saya sebagai contoh, sudah lebih dari 10 tahun cuba menghafal al-Quran, tetapi sehingga hari ini masih lagi di takuk permulaan juga.

Rajah di atas ialah gambaran skop aplikasi Bloom Taxonomy. Maksudnya pengajaran sesuatu mental skill itu tidaklah terbatas kepada menekankan penghafalan buku teks dan jenis soalan peperiksaan sahaja.

Sesuatu skill itu boleh diasah melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, skill untuk menilai boleh diasah melalui diskusi kelompok (group discussion) atau menggalakkan debat antara pelajar, baik semasa sessi kelas atau sebagai aktiviti kokurikulum yang diberi markah.

Saya diberitahu sahabat handai yang pernah belajar di Amerika Syarikat bahawa ada di kalangan pensyarah mereka yang terkenal dengan sikap ‘devil’s advocate’ – peguam syaitan – yang mengajar dengan cara melagakan pelajar supaya menegakkan hujjah masing-masing berhubung sesuatu isu atau poin yang berkaitan subjek yang sedang dipelajari.

Jika itulah antara kaedah ‘bukan konvensional’ yang digunakan untuk mengasah sesuatu mental skill yang dihajati, maka tidak hairanlah jika bos/majikan/penyelia sering mendapati ‘mutu’ pekerja lulusan universiti seberang laut itu lebih ‘baik’ berbanding pekerja lulusan universiti tempatan.

… bersambung.

Pasca Pak Lah: Masihkah Bernilai Kabal Mustafa Ali-Haji Hadi Untuk UMNO?

Semuanya takdir Ilahi. Dalam tempoh terdekat UMNO akan melupakan Pak Lah, dan Dewan ‘Hendon’ di PWTC akan dinamakan semula (kepada Dewan ‘Rosmah’?).

Langsung membawa kita kepada persoalan yang menarik: apakah UMNO yang bakal dipimpin Najib (mungkin juga Ku Li) masih kepingin untuk berpakat dengan PAS?

Dan korollarinya, apakah nasib yang bakal menimpa geng Mustafa Ali-Haji Hadi dalam PAS?

Di kemuncak musim hangat isu muzakarah/muqabalah UMNO-PAS dua-tiga bulan dulu, Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS, yang dianggap dari kelas ‘ulamak’ telah berbohong besar bila beliau menjustifikasikan ‘rundingan dalam gelap’ yang dia lakukan atas nama PAS dengan Pak Lah telah mendapat restu Majlis Syura PAS.

Kendati, hingga hari ini Nasharuddin atau lain-lain ahli cabal (sebut ‘ka~bal’, maksudnya kumpulan sulit) Mustafa Ali masih tidak dapat menjawab keraguan yang dibangkitkan oleh ramai ahli PAS, seperti yang di serlahkan oleh blogger ‘Tulang Besi’ dalam blognya Malaysian Waves tentang apa yang dipanggil ‘persetujuan’ Majlis Syura PAS.

  • Mengapa Pengerusi Majlis Syura PAS Pusat, Tok Guru Nik Aziz, tidak mengetahui tentang keputusan ini?
  • Mengapa Minit Mesyuarat Syura yang didalam memberi arahan kepada beliau TIDAK PERNAH DIBENTANG dalam mesyuarat AJK PAS Pusat?
  • Yang kita dengar, termasuklah dari ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS Pusat, hanyalah wujudnya arahan dari Syura. Malangnya, tiada satu “DOKUMEN” baik dalam bentuk minit mesyuarat ataupun surat yang ditanda tangani oleh Pengerusi Majlis Syura wujud bagi membuktikan wujudnya arahan tersebut.
  • Malahan yang wujud hanyalah surat dari Pengerusi Majlis Syura mengarahkan pemberhentian SEMUA tindakan bermuzakarah dengan UMNO. Tapi, muzakarah masih diteruskan oleh fraksi UMNO walaupun terdapat surat arahan.
  • Mengapa Mustafa Ali dipilih sebagai mewakili PAS? Jika benar hendak berdakwah dengan UMNO, seeloknya PAS diwakili oleh Ustaz Ahmad Awang ataupun Ustaz Hashim Jasin?
  • Apa pun keputusan Syura, ianya mesti dibahas dan dihalusi di Mesyuarat AJK PAS Pusat kerana AJK PAS Pusat mewakili KESELURUHAN AHLI PAS.
  • Sepatutnya Syura tiada kuasa untuk membuat keputusan dalam hal ini kecuali hanya untuk memastikan tindakan ini sesuai atau tidak dengan Syariee?

Punyalah setia dan desperate ‘kabal Mustafa Ali’ atau apa yang dipanggil fraksi ‘UMNO dalam PAS’ kepada Pak Lah, hingga bila penjelasan mereka diragui, mereka cuba memusing balik kesalahan kepada orang lain, sampai ke tahap mirip ‘mengkafirkan’ ahli yang enggan menerima penjelasan keanak-anakan mereka.

Walhal, ahli PAS dan UMNO amnya pun tahu bahawa kabal Mustafa Ali tidak peduli, tidak ambil ‘pot’ pun tentang perpaduan Melayu/Islam, tetapi sebenarnya mengejar kerusi menteri dan lain-lain ganjaran duniawi yang Pak Lah janjikan sebagai upah jika berjaya mengheret PAS yang dibelenggu dan dicucuk hidung ke lutut beliau.

Dan semuanya takdir Ilahi. Kerana wujudnya 'Kumpulan Erdogan' dalam PAS yang berjaya menghalang plot Mustafa Ali menjadikan PAS sebagai ufti kepada Pak Lah, maka Pak Lah telah kehilangan peluang satu pasak besar -- yakni berjaya menyatukan Melayu/Islam, menyatukan PAS/UMNO -- untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam UMNO.

Suatu hari kelak, sejarah pasti akan merakamkan betapa berterima kasihnya orang Melayu kepada Kumpulan Erdogan kerana berjaya mencantas tempoh penguasaan Pak Lah Ejen Singapura ke atas Malaysia.

Wednesday, October 08, 2008

Oops ... Maaf, Silap Teka -- Pak Lah Memang Bersara

Diakui saya silap. Pak Lah telah umumkan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO.
Abdullah tidak pertahan jawatan Presiden
08/10/2008 5:28pm
KUALA LUMPUR 8 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.
Tekaan saya dalam artikel Bertanding Juga Pak Lah Akhirnya terbukti meleset. Ya lah, apa tidaknya, sejak mula pegang jawatan Perdana Menteri, Pak Lah telah acap kali cakap tidak serupa bikin. Itulah sebabnya saya tercenderong untuk memihak dengan pendapat ramai atau 'maklumat kelas satu' yang berlawanan dengan apa yang Pak Lah cakap atau isyaratkan.

Sehubungan, saya teka Datuk Ron orang kuat UMNO Bahagian Parit Sulong, Johor, pun akan menotakan ralat di atas kesilapan yang dibuat dalam artikelnya di blog Kuda Kepang.

Sebelum mengakhiri kalam, izin saya ingatkan pembaca untuk notakan bahawa 24 jam dalam politik adalah tempoh yang terlalu lama. Dalam tempoh ini macam-macam boleh berlaku. Apatah lagi tempoh empat atau lima bulan. It is as good as eternity.

Bertanding Juga Pak Lah Akhirnya

Datuk Ron orang kuat UMNO Bahagian Parit Sulong, Johor, mengesahkan Pak Lah akan mempertahankan jawatannya dalam UMNO. Sila baca butiran dan plot drama ini di blog Kuda Kepang.

Mengejutkan? Tidaklah sangat. Kerana dua-tiga hari sebelum ini pun tuan/puan sebenarnya telah mencapai kata sepakat akan outcome (kesudahan kisah) ini.

Tinjauan pendapat yang berada di kolum kanan blog telah diklik, dijeling, sebanyak 3,268 kali. Tetapi hanya 27 pelawat (0.8%, tidak sampai 1% pun) yang sudi mengambil bahagian. Tidak kisahlah kadar kesudian mengambil bahagian yang rendah, kerana bagi saya yang berpandukan petua-petua sains persampelan, darjah ralat (kesilapan) tentang rumusan yang bakal dibuat berdasarkan 27 responden ialah disekitar (+/-) 20%.

Bagi saya hasilnya jelas: 67% (dalam julat 47% hingga 87%) dari pemerhati perkembangan politik Malaysia meramalkan Pak Lah akan bertanding. Soal apa maklumat, apa kaedah penilaian, apa wahyu yang membuatkan seorang itu sampai ke rumusan tersebut, itu cerita lain. Yang pentingnya, rumusan majoriti – Pak lah bertanding!

Samada Pak Lah bertanding tanpa regu, bertanding dengan Najib sebagai regu, atau bertanding dengan regu yang belum dinamakan, itu semua bertanding namanya.

Langsung membawa kita kepada acara kedua dalam pesta ini – adakah Muhyiddin Yassin akan mengambil sikap ‘do or die’ (buat atau mati) dengan menawarkan diri bertanding jawatan presiden UMNO sekiranya Najib enggan (takut) dilihat melawan penghulu?

Tuesday, October 07, 2008

Memo Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim – (II)

Sambung … Per: Bukan Masanya Untuk Patah Hati

Duta, Bukan Syuhada

10. Tabik saya kepada peranan duta muhibah yang Datuk Seri mainkan.

10.1. Menjadi jambatan silaturahmi di antara PAS dan DAP, yang kalau tidak kerana kebijaksanaan Datuk Seri, mustahil mereka dapat duduk semeja, apatah lagi berkompromi (… touch wood) dua parti politik yang prinsip perjuangan masing-masing adalah terpisah dua khutub.

10.2. Juga saya (sederhana) kagum melihat kebolehan Datuk Seri menjadi ‘juru bahasa’ kepada dua entiti (PAS dan DAP) yang laksana ayam dengan itek bezanya, dengan masing-masing berbangga akan bahasa politik tersendiri, hingga dapat mereka berkomunikasi ke tahap boleh mencapai kata sepakat dalam beberapa hal penting.

11. Diplomasi, diplomasi juga. Tetapi pada hemat saya, peranan duta antara dua ideologi yang Datuk Seri mainkan sejak dua tahun kebelakangan ini tidak semestinya merangkumi peranan Datuk Seri menjadi seorang martyr.

11.1. Mengorbankan nyawa politik Datuk Seri sendiri demi menjaga keharmonian hubungan antara parti politik bukanlah satu opsyen, pilihan, yang bijak.

11.2. Dan sebelum sampai ke titik itu, perbuatan membisu memendam rasa – internalizing failures not of your doing – bukanlah satu keputusan yang waras sepenuhnya. Kerana dengan berbuat demikian, persepsi kredibiliti Datuk Seri di mata hati masyarakat yang menaruh harapan akan menggelincir deras.

12. Hingga hari ini penyokong tertanya-tanya mengapa Gerakan September 16 gagal menjadi kenyataan. Kemudian itu di tunda pula keberlangsungannya kepada September 24; pun, masih juga tidak menjadi. Ini membuakkan rasa kecewa di dalam dada penyokong yang berharap.

Berkongsilah Dengan Dunia Apa Masalahnya

13. Kegagalan menepati dateline atau mencapai milestone (tanda kemajuan) sesuatu projek bukanlah perkara-perkara yang menghairankan saya. Tetapi apa yang menghairankan saya ialah kegagalan Datuk Seri menjelaskan kepada rakyat -- baik secara langsung, mahupun secara proksi, hatta secara drama diplomasi -- mengapa hingga hari ini Pakatan Rakyat masih belum berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan.

13.1. Jika rancangan terbantut kerana Pak Lah telah membuang negara (buat sementara) 33 ahli parlimen Barisan Nasional yang bakal memeluk Pakatan Rakyat – beritahulah begitu. Berterus teranglah dengan rakyat. Kerana bukan semua penyokong punyai kepintaran untuk menangkap implikasi dari aksi-aksi seni sebegitu.

13.2. Sebaliknya, jika kehadiran fizikal 33 ahli parlimen Barisan Nasional itu hanyalah satu formaliti sunat, memadai dengan dokumen penyataan hasrat yang mereka tanda tangani secara individu, tetapi hakikatnya PAS dan/atau DAP yang menjadi batu penghalang (atas apa juga alasan dan songel mereka) -- maka katakanlah begitu. Beritahulah apa sebenarnya berlaku.

13.3. Sehubungan, izin saya ulang apa yang saya bilang sebelum ini -- tiada ertinya Datuk Seri mengorbankan kredibiliti politik Datuk Seri demi menjaga air muka Haji Hadi Awang (topeng Mustafa Ali) dan/atau Lim Kit Siang.

14. Ingat Datuk Seri, rukun akidah teratas utilitarianisme, yakni falsafah politik yang Datuk Seri sedang cuba realisasikan kini mengatakan – the want of the many outweight the needs of the few. Hajat majoriti itu mendahului kepentingan segelintir.

15. Maka itu silalah Datuk Seri persetankan Haji Hadi, Kit Siang, Karpal Singh atau sesiapa juga yang menjadi penghalang kepada kelunasan aspirasi rakyat.

… bersambung.

Monday, October 06, 2008

Objektif Pendidikan dan Masa Depan Politik Negara -- I

Jangkaan saya, topik hari ini akan membuat pembaca yang pernah melalui latihan di maktab-maktab perguruan mencemuh – eleh, you are out of your league (kamu berada di luar liga/bidang kamu).

Yang mana diakui kelayakkan saya untuk membincangkan topik sebesar ini adalah sekelumit; setakat pernah jadi guru sementara untuk beberapa bulan di sebuah sekolah menengah swasta -- Kelantan English School (KES) -- sekitar 30 tahun dulu.

Selain itu, dalam tempoh 20 tahun kebelakangan, adalah juga sekali sekala saya ambil alih peranan 'tutor' kepada anak-anak saya menyiapkan tugasan sekolah (rendah) mereka apabila isteri saya tidak berkelapangan untuk menolong.

Tetapi memandangkan pendidikan dan politik adalah topik-topik ruji yang dibincangkan oleh tukang-tukang gunting dan pemandu teksi dengan bunyinya begitu berwibawa, maka saya taksir saya pun layak untuk mengupas permasalahan ini, dari perspektif saya.

Model Objektif Pendidikan

Subjek yang saya ingin ajak pembaca fikirkan bersama hari ini ialah -- objektif pendidikan formal. Maksud saya di sini ialah, secara naiwatu, secara terancang, secara usaha menjurus, apakah sebenarnya yang ingin dibentuk, yang ingin dihasilkan oleh sesuatu sistem pendidikan formal, khususnya sistem persekolahan negara, bermula dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat universiti?

Sehubungan, izin saya merujuk Bloom’s taxonomy, yakni model yang paling mudah difahami, popular diseluruh dunia, paling kerap digunakan untuk menghuraikan, dan dijadikan landasan serta tanda aras untuk memastikan pencapaian objektif pendidikan.

Sebermula, Bloom’s taxonomy adalah satu teori yang membincangkan tiga objektif umum pendidikan:

  • cognitive (pembentukan minda/otak – perolehan ilmu),
  • psychomotor (pembentukan otot dan saraf), dan
  • affective (pembentukan konsep kawalan diri dan perhubungan antara manusia – pembentukan sikap).

Sepengamatan saya (dan saya mungkin silap) Bloom’s taxonomy ini sebenarnya adalah satu falsafah pendidikan, satu perspektif makro yang menyeluruh tentang objektif pendidikan, tetapi malangnya dari segi kefahaman dan amalan, teori ini telah di-mikro-kan kepada satu sifir yang digunakan secara mekanikal.

Objektif Pendidikan Minda Mengikut Bloom Taxonomy

Walaupun model ini mempunyai tiga komponen besar, dari segi amalan, penekanan hanya diberi kepada aspek kognitif.

Secara mudahnya, hiraki objektif pendidikan kognitif/minda mengikut Bloom, bermula dari peringkat yang paling bawah, menghafal, bawa kepada skill (kebolehan) paling tinggi iaitu mencipta, adalah seperti berikut:

  • Hafal
  • Faham
  • Aplikasi (Guna)
  • Analisis
  • Menilai
  • Cipta

Imbasan di bawah mengambarkan titik mula huraian maksud rumusan saya sebelum ini, bahawa Bloom taxonomy itu dalam amalannya telah disifirkan.

Ingatkah lagi pembaca betapa di zaman persekolahan dulu, di dalam kertas peperiksaan atau tugasan, bertemu soalan yang mengandungi perkataan “definasikan,” “huraikan,” “bandingkan,” “bezakan” atau seumpamanya?

Perkataan-perkataan seumpama itu sebenarnya adalah kata kunci atau isyarat untuk menunjukan di tahap mana – penghafalan, kefahaman, analisis dsb., -- sesuatu soalan itu berada.

Sebagai contoh, pembaca yang pernah melalui peperiksaan MCE (Malaysian Certificate of Education – SPM dekad 1970han) mungkin masih lagi boleh ingat kertas peperiksaan yang mengandungi soalan berbunyi “Compare and contrast between …” Soalan seumpama ini mengisyaratkan (kepada pemeriksa luar khususnya) bahawa pelajar yang berjaya menjawab sememang pun telah diajar, dan sudah pun tahu (pandai) menganalisis. Itu pada teorinya.

Dan sebelum pun kertas peperiksaan diluluskan untuk kegunaan, skema seperti di atas akan digunakan oleh guru/pensyarah penyelia (guru kanan, guru besar, ketua kajian, dekan dsb.,) untuk menilai samada sesuatu kertas peperiksaan yang dicadangkan itu menepati kriteria yang ditetapkan.

Sebagai contoh, sesetengah kolej/universiti swasta mungkin mensyaratkan bagi sesuatu jabatan/fakulti itu, jenis-jenis soalan peperiksaan hujung semester mestilah mengikut skema: 10% Hafal; 20% Kefahaman; 30% Aplikasi; dan 40% Analisis. Itu pada teorinya.

Antara Langit Teori dan Bumi Praktis

Pada teorinya banyak benda yang patut dan mesti berlaku. Guru/pensyarah sepatutnya mempunyai pelan mengajar; mengajar ikut pelan; mewujudkan aktiviti pembelajaran ikut pelan; dan menyediakan soalan periksa yang mencerminkan pelan. Yang mana pelan itu sendiri menzahirkan niat pengajar (atau dasar pendidikan) untuk membolehkan murid pandai 'apa.'

Pandai setakat tahu, yakni sudah hafal? Pandai hingga boleh faham dan boleh aplikasi ilmu? Pandai hingga tahu menganalisis sesuatu masalah berkaitan dengan menggunakan ilmu yang ada? Dan seterusnya.

Namun pada praktisnya saya tidak fikir perkara ini berlaku – khususnya dengan pengajaran di peringkat kolej/universiti. Sebab setahu saya, sehinggalah dekad 1990han, secara formalnya, pensyarah kolej/universiti tidak pernah diajar untuk mengajar.

Andaian besar tentang pensyarah umumnya ialah mereka boleh/tahu mengajar. Ya, memang mereka semua punyai kelulusan tinggi dalam bidang masing-masing, itu kita tidak nafi, tetapi hakikatnya adakah mereka berkebolehan untuk menyebarluas (impart) ilmu yang mereka ada?

Menjadikan situasi ini tidak ubah seperti mengandaikan bahawa ‘wahyu’ dan skill mengajar (bersyarah) itu datang secara semulajadi dengan jawatan yang disandang.

Tidak dinafikan sesetengah institusi ada mempunyai program dalaman untuk kakitangan akademik belajar sambil mengajar/kerja. Tetapi sebagaimana umum boleh agak, kelaziman dengan sifat sesuatu program/kursus dalaman itu adalah lebih menjurus kepada santai sambil ‘holiday.’ Maka itu keberkesanan program dalaman ini adalah diragukan.

Kesan Ke atas Anak Cucu Kita

Rumusnya? Jika bermulanya kilang (institusi pendidikan) itu sendiri tidak punyai satu objektif jelas tentang mutu produk (graduan) yang hendak dikeluarkan, tambah pula operator pengeluaran (guru/pensyarah) pula tidak sebegitu terlatih, maka adakah menjadi satu kehairanan jika mutu produk (graduan) sistem pendidikan kita itu tidak boleh dibanggakan?

Antara sebab-sebab lain, kepincangan pada aspek objektif dan perlaksanaan objektif pendidikan inilah yang menjadi punca mengapa Malaysia kini mempunyai jumlah siswazah menganggur yang besar.

Oleh itu, jangankan kata negara terlintas di peringkat dasar untuk mengeksport hasil sistem pendidikan kita (seperti mana berlaku dengan India), majikan tempatan sendiri pun sudah cukup susah hati – rata-ratanya graduan dewasa ini tidak punyai kemahiran mental peringkat tinggi.

Sebagai pekerja, graduan sistem pendidikan kita lazimnya taat dan patuh ikut perintah, boleh sangatlah untuk buat kerja-kerja rutin. Tetapi dari segi kebolehan analisis, daya sintesis, kebolehan mencipta – yang mana sepatutnya mereka miliki semua skill/kebolehan ini – bab ini mereka hancur.

Langsung membawa kita kepada komplen majikan/bos/penyelia yang kita terlalu kerap dengar tentang graduan kita – tulis surat pun tak reti!

Bersambung.

Sunday, October 05, 2008

Insiden September 23, 2008: Dijamin Sejarah Akan Kutuk PAS

Pra- dan apatah lagi pasca- PRU ke-12 telah menyaksikan rakyat Malaysia pelbagai kaum menaruh harapan tinggi terhadap PAS. Harapannya banyak lagi berbagai, tetapi amnya dapat dirumus bahawa rakyat berharap PAS:

(i) sebagai pengganti peranan UMNO dalam negara dapat menjadi komponen yang berwibawa dalam ‘Pakatan’ Rakyat, dan

(ii) membawa satu kelainan yang menyegarkan, dapat menghidupkan ideal-ideal tinggi kemanusian dalam pentadbiran dan politik negara, kerana PAS itu dikatakan mendokong ajaran Islam yang syumul (lengkap lagi menyeluruh).

Malangnya rakyat yang terlalu ingin menyaksikan perubahan dalam pentadbiran negara telah meletakkan harapan ditempat yang salah. Menuang harapan ke wadah yang bocor.

Seperti diketahui umum, keengganan Haji Hadi Presiden PAS menanda tangani dokumen perjanjian pembentukkan kerajaan pusat dengan PKR dan DAP pada 23 hb September (seminggu sebelum Aidil Fitri) lepas, telah memusnahkan harapan rakyat untuk keluar dengan pantas dari kebuntuan sosio-politik yang mencengkam negara kini.

Sekaligus itu, keengganan Haji Hadi membayangkan terlalu banyak perkara yang pincang lagi tempang dengan saf kepimpinan PAS.

Untuk semua tujuan praktis, rancangan penubuhan kerajaan pusat Pakatan Rakyat yang telah ditunda dari September 16, kepada September, 24 telah gagal kerana pada sidang tertutup tiga pemimpin -- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Haji Hadi Awang dan Anwar Ibrahim -- di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Haji Hadi bukan setakat enggan berkerjasama, sebaliknya datang dengan minda tertutup.

Lebih buruk dari tu, Haji Hadi datang melakunkan watak ‘spy leman’ (penyuluh) UMNO.

Sepatutnya diperjumpaan itu Haji Hadi mendalami dan fine tune, menala halus road map penubuhan kerajaan pusat ‘Pakatan’ Rakyat; sebaliknya, beliau lebih menyungguh untuk dapatkan senarai 33 wakil parlimen Barisan Nasional yang telah bersetuju menyertai ‘Pakatan’ Rakyat.

Dan saya bersetuju sakan dengan layanan kelas tinggi yang Anwar Ibrahim gunakan untuk menepis permintaan bertubi-tubi Haji Hadi untuk memperolehi salinan senarai keramat itu.

Menoleh kepada YB Saifudin Nasution yang turut hadhir, Anwar yang tersenyum berbisik “Din … minta senarai.”


Menatap senarai yang diunjuk, dengan rentak yang sengaja dilambatkan untuk meningkatkan suspens, Anwar bacakan nama teratas “... Si Polan.”


Sambil tersenyum, mata Anwar mencari mata Haji Hadi. Direnungnya mata itu untuk beberapa detik. Mata milek empunya yang tidak begitu tinggi IQ-nya. Mata milek empunya yang masuk ke bilek mesyuarat dengan hati tidak senang, tidak redha, kerana Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz telah tidak melayan permintaannya supaya dibenarkan Dato’ Halim Ismail bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan turut hadhir sebagai ‘pengeras semangat.’


Anwar kembali kepada senarai lalu dibacanya lagi “... Si Polanah.” Dan sekali lagi matanya mencari mata Haji Hadi.


“Cukup … cukup” seakan menjerit bunyinya Tuan Guru Nik Aziz yang tiba-tiba mencelah kerana tidak tertahan lagi melihat adegan Anwar memperbudak-budakkan Haji Hadi. “Tidak perlu baca habis … ini bukan isu … isunya setuju atau tidak setuju!”

Begitulah khabar yang digossip hangat di sesetengah rumah terbuka hari raya tahun ini di Kota Bharu, Kelantan, tentang klimaks perjumpaan September, 23.

Saturday, October 04, 2008

Memo Kepada DS Anwar Ibrahim – (I)

Tarikh: Oktober 4, 2008

Kepada: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Daripada: Rudin X - Blogger Kampungan

Per: Bukan Masanya Untuk Patah Hati

Izin saya meneka perasaan Datuk Seri dewasa ini dan sekaligus itu mengingatkan bahawa sejak dari ketika pertama Datuk Seri muncul di pentas politik; Malaysia dan dunia tidak pernah mengenali Datuk Seri sebagai insan yang mempunyai sikap mudah ‘give up’ atau patah hati.

2. Lebih-lebih lagi sekarang bukanlah masanya untuk Datuk Seri melayan perasaan itu (jika pun ada).

2.1. Kerana yang sebenarnya, jika Datuk Seri jujur kepada diri sendiri, Datuk Seri akan akui bahawa tiada siapa -- baik UMNO/BN, baik komponen ‘Pakatan’ Rakyat (‘PR’), hatta rakyat, malah Datuk Seri sendiri -- menjangka untuk menang besar dalam PRU ke-12.

2.2. Apatah terfikir bahawa 33 Ahli Parlimen UMNO/BN akan (telah) memberi komitmen untuk menyertai ‘PR’ dalam meraikan kemenangan itu.

2.3. Ya, saya tahu Datuk Seri dan pasukan pemikir strategi pilihan raya PKR sudah lakukan entah berapa ribu pusingan simulasi pola keputusan PRU ke-12 dalam ratusan senario sokongan, tetapi itu semua di peringkat inteleknya, di peringkat ‘horay-horay’ yang tidak tertasydik dihati.

3. Mudahnya, dan izin saya ulang cakap – kita semua tidak bersedia, dan Datuk Seri sendiri pun tidak bersedia; baik dari segi emosi mahupun fikirah untuk menangani kemenangan ini.

4. Jujurnya, saya dapati Datuk Seri bertindak seolah-olah terperangkap dalam satu pola ‘berfikir sambil berjalan,’ thinking and planning, make that reacting to events as and when they unfold, thinking on the run. Dan saya tidak fikir Datuk Seri punyai satu road-map, satu peta perjalanan yang jelas untuk menangani situasi kini dan yang mendatang.

5. Sebaliknya apa yang saya nampak ialah PKR sendiri sampai hari ini masih belum punyai satu ideologi politik dan falsafah perjuangan yang konkrit, yang sudah ditarbiyahkan secara meluas, yang difahami ahli-ahli khususnya, dan penyokong amnya. Setakat ini apa yang saya nampak adalah dua perkara yang saya tidak setuju.

5.1. Datuk Seri pidatokan teras ideologi dan agenda pemerintahan PKR (‘PR’), sambil Datuk Seri mengamati ekspektasi dan apakah jalan cerita yang boleh diterima sebilangan besar penyokong (rakyat).

5.2. Di masa yang sama penyokong (rakyat) suarakan ekspektasi mereka, serentak itu mengamati apa yang Datuk Seri telah ‘amin-kan’ tentang ekspektasi mereka. Dengan setiap ekspektasi mencari dan menguji batas penerimaan Datuk Seri.

6. Keadaan ini mesti dihentikan. Datuk Seri boleh gunakan ramai penjawat dan aktivis PKR (dan ‘PR’) yang kini dalam keadaan selasa lagi empuk untuk compile satu kitab rasmi dasar perjuangan parti atau lain-lain dokumentasi/penerbitan rasmi PKR (dan ‘PR’).

6.1. Kerana setakat ini, sepengamatan saya, apa yang rakyat dan dunia tahu tentang PKR atau ‘PR’ banyaknya adalah dalam bentuk cebisan maklumat di sana sini, bertebaran di alam maya, dalam internet, dalam bentuk petikan akhbar atau penulisan blog itu dan ini. Tiada apa yang rasmi lagi tersusun. Metaforanya al-Quran yang masih dalam bentuk rakaman pada pelepah kurma dan kulit unta atau kambing.

6.2. Datuk Seri, notwithstanding your past experience, you, your party and ‘PR’ have to act like a government in order to show the world that you are ready to govern. In this regard, at the very least you could begin with the official party publications.

7. Maka itu tidak hairanlah jika kita dapati semua stakeholders dalam ‘Pakatan Rakyat’ – pemengang kepentingan – pun tidak bersedia untuk mentadbir negara.

8. PAS jelas tidak bersedia langsung. Malah tidak pernah disediakan, kerana selama ini PAS sebenarnya adalah satu wayang kulit yang kalau tidak didalangi JPM Research, didalangi Risik Tentera, atau Biro Tata Negara, atau pun secara klasiknya, didalangi Cawangan Khas. Semua itu maksudnya PAS dibonekakan dek UMNO.

8.1. Dibonekakan untuk memeriahkan, mengimarohkan, gambar suasana politik Malaysia kepada pemerhati luar. Bahawa demokrasi di Malaysia punyai pembangkang yang vibrant -- yang hakikatnya selama ini, PAS hanyalah melakunkan peranan antagonis politik di pinggiran. Of which neither the party itself, nor the world expects anything substantive to come out of PAS’ sound and fury.

8.2. Agaknya tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Haji Hadi, Nasharuddin, Mustafa Ali dan jiwa-jiwa dalam orde itu mestinya dibuang keluar dari menerajui PAS, sebelum parti ini boleh dijadikan rakan kongsi mentadbir negara.

8.3. Yang mana korollari (corollary) kepada statemen di atas ialah -- saf kepimpinan PAS di seluruh negara mestilah di-reformasi-kan secukupnya sebelum parti ini boleh dibawa ketengah.

… bersambung.

Thursday, October 02, 2008

Pekan Tenda Amerika Syarikat

Sewaktu dunia sedang dikagetkan oleh usaha kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menyelamatkan Wall Street (gantinama bagi industri kewangan AS) dari kebankrapan dengan meluluskan usul bantuan US$700 billion, BBC melaporkan pekan-pekan tenda (tent cities) telah pun muncul akibat runtuhnya industri gadaian rumah kediaman (mortgage industry) di AS.

Menjadikan tenda sebagai ‘rumah’ di pekan-pekan tenda adalah alternatif terbaik bagi pemilik-pemilik rumah yang telah dihalau keluar, dengan rumah dirampas oleh pihak bank ekoran kegagalan mereka membayar ansuran bulanan. Alternatif satu lagi ialah merempat dijalanan (homeless).

Punca utama fenomena ini ialah kemelesetan ekonomi AS (yang faktanya cuba disorok) akibat negara itu menanggung kos perang terhadap Islam (juga dipanggil ‘perang terhadap keganasan’) yang sudah berlarutan hampir enam tahun di Iraq dan Afghanistantanpa tanda-tanda mencapai kemenangan.

Dayusnya Pak Lah: Sanggup di Hina di Hari Baik Bulan Baik

Begitulah nasib jika satu kuasa politik itu dilihat longlai dan sememangnya pun begitu. Hinggakan di hari baik bulan baik, di saat semangat muhibah sepatutnya berada di tahap tertinggi, sewaktu majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri, pun, Pak Lah sebagai tuan rumah sanggup mereka hina dengan mengadakan demonstrasi.

Ke tahap itulah kurang ajarnya puak Hindraf yang telah mengambil kesempatan suasana rumah terbuka Perdana Menteri untuk menunjuk perasaan, membantah penahanan pemimpin mereka di bawah ISA. Seolah-olah sudah tiada masa lain yang lagi sesuai untuk tunjuk perasaan.

Nampaknya, sudah tiada lagi istilah ‘gencatan senjata’ dalam perbendaharaan kata musuh-musuh Pak Lah. (Mengalah sikap Arab kafir di zaman jahiliyah pra-Islam)

Kalau di zaman Tengku Abdul Rahman perdana menteri pertama dulu, apa juga kelakuan biadap oleh puak-puak yang baru dapat kewarga negaraan akan di maafkan – tak paa – kerana andaian Tengku ialah mereka pendatang baru, masih belum faham sensitiviti budaya Melayu. Dan Tengku paksa orang Melayu lain bersikap seperti dia.

Tetapi kini sudah 50 tahun jadi warga negara pun masih belum faham sensitiviti kaum? Atau Hindraf sengaja ingin tunjuk besar kepala?

Sehubungan, izin saya bertanya bos-bos PEKIDA kumpulan ‘jagoan tengik’ belaan Pak Lah – apakah kamu orang mahu biarkan saja kepala dan air muka bos kamu dipijak-pijak? Tak kan untuk bertindak dalam hal sebegitu pun kamu orang nak kena tunggu arahan? Nak tunggu dilonggok dengan peruntukan baru nak bergerak? Pathetic sungguh kamu semua.

Ok-lah, saya setuju ada banyak lagi masa sesuai untuk PEKIDA bertindak balas. Untuk turut raikan budaya baru Malaysia. Kamu boleh pilih saja isu (jelmakan, jika tiada) dan pilih di rumah terbuka pemimpin mana (Samy Velloo ada, Terasa Kok ada dsb.,), untuk perayaan hari mulia apa -- Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali, Vesak, majlis perkahwinan dsb., -- untuk kamu berdemonstrasi.

Tapi, kan, saya tidak jangka kamu semua punyai telor untuk itu semua.

Nota: Amati akhbar tidak berani laporkan insiden ini, demi nak jaga hati entah siapa!

Peluru Berpandu Baru Singapura

Rosoboronexport, syarikat pengeksport senjata kerajaan Russia dipetik melaporkan akan mengeksport peluru berpandu taktikal permukaan-ke-permukaan (surface-to-surface) jenis Iskander-E (SS-26 Stone) ke Singapura.

Peluru berpandu ketepatan tinggi ini mempunyai jarak maksima 280 km (170 batu) atau bersamaan jarak Singapura-Kuala Lumpur. Senjata canggih ini dilengkapi dengan keupayaan teknologi ‘halimunan’ (stealth technology) membuat penerbangannya tidak boleh dikesan radar.

Iran dan Syria dikatakan memiliki peluru berpandu jenis ini dalam pelbagai versi –khususnya versi berkeupayaan menghantar kepala perang (warhead) nuklear – langsung menyebabkan musuh-musuh mereka teragak-agak untuk menyerang.

Menurut Rosoboronexport lagi, Malaysia pun ada menyimpan minat terhadap peluru berpandu ini.

Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Hijrah 1429

dari saya
Rudin X
serta Keluarga

Buang Kerja: Notis Tiga Bulan

Pak Lah ... Pak Lah ... tak kesian, nak kesian ... tapi kalau kesian, lain pulak jadinya ...

Penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke bulan Mac 2009 – tiga bulan – selepas tarikh asalnya dijadualkan pada pertengahan bulan Disember 2008, bolehlah dilihat sebagai ‘tempoh ehsan’ kepada karektor-karektor yang bakal dipelantingkan keluar dari jawatan-jawatan tinggi dalam UMNO.

Tempoh ehsan tiga bulan bagi kaki tangan yang diberhentikan kerja adalah satu amalan rutin bagi badan-badan korporat di seluruh dunia. Ganti kepada notis tiga bulan ialah majikan membayar gaji tiga bulan dengan kaki tangan diberhentikan serta merta.

Sangkanya Panas Hingga Ke Petang

Sebelum ‘pemberontakan senyap’ yang berlaku dalam tempoh seminggu-dua kebelakangan ini di kalangan pasukan pengurusan, saya tidak jangka ada pihak yang terfikir -- termasuklah Pak Lah dan Menantunya sendiri -- bahawa pemegang pemegang saham (koperasi) UMNO (Bhd) akan mengambil sikap tegar, sanggup membuang Pak Lah dari jawatan ketua eksekutif yang disandangnya. Ini kerana tidak lama sebelum ini Majlis Tertinggi UMNO telah pun bersetuju menyambung kontrak perkhidmatan Pak Lah selama dua tahun ke tahun 2010.

Seperti gelagat biasa yang Pak Lah tunjukan dalam tempoh lima tahun menerajui Malaysia, dalam banyak isu kepentingan masyarakat, bila ditanya wartawan Pak Lah akan berlakun bagak dan tinggi, mahu tunjuk dia punyai kawalan mutlak ke atas isu. Tidak terkecuali kali ini.

Bila ditanya wartawan samada beliau akan mengundur diri secara aman lagi sukarela, Pak Lah jawab bahawa hanya dia yang boleh tentukan kemungkinan itu. Jawapan itu adalah cukup tidak cerdik (seperti biasa).

Gelecek Yang Tidak Menjadi

Saya merumuskan sebegini setelah mengambil kira bahawa hajat sebenar Pak Lah di pagi Jumaat September 26 (kelmarin) ialah supaya MT UMNO bersetuju untuk menangguhkan bukan setakat PAU, tetapi sekaligus Mesyuarat Perwakilan 191 Bahagian UMNO yang dijadualkan berlangsung dari Oktober 9 hingga November 9, 2008. Yang malangnya bagi Pak Lah, rintihan yang ini telah tidak dilayan oleh Najib Tun Razak dan lain-lain ahli MT yang berpengaruh.

Bolehkah Pak Lah dapat 14 pencalonan dari Kelantan? 13 dari Pulau Pinang?

Saya berpendapat pemilihan presiden, timbalan, naib, dan ahli-ahli MT yang menjadi kemuncak PAU kali ini adalah tidak lebih dari buah cherry merah dan icing di atas kek. 90% dari (ramuan) keputusan sebenar akan dibuat (digaul, dibancuh) dan diumumkan semasa Mesyuarat Perwakilan 191 Bahagian UMNO. Hakikat ini akan boleh dilihat jelas dari pola pencalonan yang diputuskan.

Tipu Diri Sendiri?

Justeru, tarikh PAU itu boleh dianjak sesuka hati, anjaklah semahunya, tetapi keputusan sebenar siapa presiden, timbalan, naib dan ahli majlis tertinggi UMNO akan terpahat pada tengah malam November 9, 2008.

Mana-mana penyandang jawatan yang menawarkan diri bertanding tetapi gagal mendapatkan kuota pencalonan yang mencukupi, bolehlah menganggap diri mereka sudah dijatuhkan hukuman mati (kerjaya politik).

Bermula dari tarikh itu, hinggalah ke tarikh PAU, mereka-mereka itu adalah tidak ubah seperti bangkai berjalan. Lagi lambat dikebumikan, lagi membusuklah bangkai itu di hidung masyarakat. Semulajadinya akan dihina masyarakat, tanpa mengira jawatan dalam kerajaan.

Melayu Bangsa Pemaaf, Bangsa Pengamuk

Kedegilan Pak Lah tidak mahu merendah diri dan mengaku kalah secara terbuka, sebaliknya berdolak dalih tentang tarikh perletakan jawatan, malah keengganan beliau berterus terang samada mahu pertahankan jawatan atau sebaliknya, hanya akan melipat gandakan marah dan azam grass root (akar umbi) UMNO untuk menyingkir beliau di peringkat pencalonan.

Jika sebelum ini ada 30-40 bahagian yang mungkin ‘masuk hati’ dengan ‘aura dan kemurahan hati’ Pak Lah, sikap berdolak dalih yang beliau pamerkan mungkin boleh menyebabkan sokongan itu terhakis ke tahap 15-20 bahagian saja.

Si Kudung Yang Tamakkan Cincin

Ini kerana dan lebih-lebih lagi, sebagai satu-satunya manusia dalam negara yang ada kuasa mutlak untuk mengarahkan bagaimana RM440 billion rizab antarabangsa Malaysia itu digunakan – atau dalam kata lain lelaki paling berkuasa di kalangan 26 juta umat Malaysia -- apa juga jawapan yang teragak-agak, mambau dan tidak tegas yang keluar dari mulut Pak Lah adalah cerminan kepada hakikat impotensi -- mati pucuk -- zahir dan batin yang tidak boleh diubati lagi.

ps/

Mengikut jadual UMNO, sepak mula mensyuarat perwakilan bahagian akan dibuat oleh UMNO Bahagian Tenggara, Johor (10 Oktober). Pak Lah tidak boleh terlalu yakin Hishamuddin Tun Hussein selaku ketua bahagian akan dapat mencalonkan beliau sebagai presiden. Dan kalau dicalonkan sekalipun, Pak Lah tidak boleh mengharapkan pencalonan itu menjadi momentum dan petunjuk kepada bahagian-bahagian lain. Ini kerana, selepas Tenggara, UMNO Bahagian Pagoh yang diketuai Muhyiddin Yassin akan bermesyuarat (12 Oktober). Keputusan mensyuarat yang ini mungkin akan menjadi momentum …

Thursday, September 25, 2008

Harga Petrol: Muka Seposen Regim Pak Lah

Kadang-kadang saya ragu akan kelayakan pakar-pakar ekonomi Malaysia sekarang. Nampak sangat macam mereka tidak mahir dengan istilah dan konsep asas ekonomi seperti prices are 'sticky downward' -- harga barangan melekit nak turun. Fenomena ini adalah cerminan sifat manusia; siapakah yang rela diturunkan untung (gaji) selepas mengecap kenaikkan? Kenaikkan harga barangan adalah persis metafora jin ifrit mata satu yang dilepaskan dari botol. Sekali terlepas sukar hendak kembali semula ke tempat asal. Maka itu ada baiknya jika kerajaan selepas ini ambil iktibar dari episod ini dan jangan pandai-pandai buat eksperimentasi bingai dengan kenaikkan harga barangan. Kesannya menyesal tak sudah. Dalam banyak hal insentif kewangan adalah tidak mencukupi untuk mengawal gelagat manusia. Tindakan undang-undang adalah mandatori.

Penurunan sepuluh (10) sen harga petrol yang berkuat kuasa hari ini, dicampur dengan penurunan 15 sen semasa kemuncak kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu, menjadikan jumlah ‘besar’ penurunan harga petrol hingga kini 25 sen.

Sekali imbas penurunan ini nampak masih lagi short, atau kurang 53 sen berbanding kenaikkan 78 sen dipertengahan tahun.

Justeru, sebagai rakyat kita rasakan kita mesti tuntut regim Pak Lah supaya mengembalikan baki yang selebihnya (53 sen) supaya harga petrol kembali ke paras asal RM1.92 seliter.

Tetapi sebelum pembaca menyingsing lengan baju, izin saya ingatkan bahawa pertimbangan dalam hal turun-naik harga runcit petrol dalam negara adalah tidak semudah ‘regim Pak lah akan akur bila didesak’.

Sebermula, penurunan 25 sen yang kita ‘nikmati’ kini sebenarnya sudah pun lebih satu (1) sen dari jumlah subsidi 24 sen seliter yang diberi kerajaan Barisan Nasional sejak zaman antah berantah lagi. (Baiknya hati Pak Lah, kan? Di tambahnya pula subsidi pada kadar satu sen).

Berasaskan fakta ini maka secara tersirat Khairy si-Menantu, petualang yang beria-ia mahukan penghapusan subsidi petrol, sebenarnya telah menempelak rakyat Malaysia – kamu beruk-beruk sudah tidak boleh tuntut apa-apa subsidi lagi, aku dah arah Pak Mertua aku kembalikan subsidi petrol seperti sedia kala. Apa korang mahu lagi?

Dan bila muka depan akhbar menyiarkan hujah itu dalam tempoh dua-tiga hari yang mendatang, kita semua pun akan terkedu, tergigit lidah.

Terlumpuhlah tindakan kita? Tidak semestinya. Sebaliknya kita rakyat patut tuntut supaya satu suruhan jaya di raja dibentuk untuk menentukan secara telus kaedah bagaimana regim Pak Lah menetapkan harga runcit petrol.

Ini kerana dari meneliti penjelasan masa lepas yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (rujuk di sini), saya dapati wujud satu ‘kejanggalan’ besar tentang kos bahan mentah (minyak mentah?).

Sebagai contoh, regim Pak Lah mendakwa kos bahan (minyak) mentah untuk tahun 2005 ialah 164.21 sen seliter. Yang mana kos ini bila di convert, ditukar kepada harga setong minyak mentah adalah bersamaan dengan kos US$69.61.

Ini nyata satu kejanggalan besar kerana harga purata minyak mentah dunia untuk tahun 2005 ialah US$50.04 setong. Perbezaan 39%.

Kejanggalan ini boleh ditafsirkan dari dua sudut.

  • Pertama, pegawai-pegawai JPM adalah terlalu pasif mempercayai 100% apa juga harga yang diberikan oleh syarikat-syarikat minyak. Atau dalam kata lain, darihal harga minyak mentah, kerajaan telah kena tipu.

  • Kedua, kerajaan sebenarnya tidak kena tipu, sebaliknya menipu. Maksud saya ialah kerajaan hanya berdrama kononnya tidak mengenakan cukai jualan, malah sebaliknya memberi pula subsidi ke atas setiap liter petrol yang dijual; walhal realitinya kerajaan siang-siang sudah rembat cukai minyak yang tinggi, kalau tidak pun telah berkongsi untung dengan syarikat minyak di tahap transaksi/manipulasi harga minyak mentah.

Objektiknya saya tidak boleh agak apa sebenarnya regim Pak Lah buat dengan harga minyak mentah yang dijadikan asas perkiraan harga runcit petrol. Dari segi sentimen, kecenderongan saya ialah menuduh regim Pak Lah menipu.

Mungkin penyudah yang saksama bagi merungkai misteri ini ialah melalui penubuhan sebuah suruhan jaya di raja mengkaji kaedah yang kini digunapakai dan memperakukan kaedah yang seeloknya untuk menentukan harga runcit petrol.

ps.

A simple simulation of the theoretical price given prevailing exchange rate, world crude oil price, refinery and retailing charges adjusted for inflation at the rate of 9% over those of 2005, suggest that without sales tax, petrol should retail at RM2.53 per liter. A cash subsidy or that in-kind of 8.5 sen is required to support the retail price of RM2.45 per liter. I wonder who is paying and who is receiving. But as usual I don’t think Pak Lak’s regime can tell things straight even if they were in the right, and worse yet if they are unsure.

Wednesday, September 24, 2008

Pemilihan Kepimpinan: Antara UMNO & Amerika Syarikat

Jika tidak pun iradat Tuhan, suara rakyat adalah suara keramat. Suara rakyat kini bersama Muhyiddin.

Dari segi zat (substance) dan pendekatan, manfaatnya mungkin besar jika puak-puak yang bertarung dalam pemilihan UMNO 2008 belajar dan mengambil iktibar dari proses dan mesej pilihan raya presiden Amerikat Syarikat (AS) 2008.

Politik AS Penuh Mesej Tersirat

Lumba merebut kerusi presiden AS – tampuk kuasa dunia -- antara parti Democrat dengan parti Republican tahun ini telah menyaksikan penampilan calon-calon yang berwarna warni; baik dari segi sejarah hidup peribadi, progresi kerjaya politik, mahupun keunikan karektor dan falsafah.

Parti Democrat mempertaruhkan gandingan Barack Obama (calon presiden) dan Joseph Biden (calon naib presiden); manakala parti Republican memperjudikan John McCain (calon presiden) dan Sarah Palin (naib presiden).

Perlumbaan ke kerusi presiden AS kali ini menonjolkan satu aspek yang menakjubkan. Buat pertama kalinya dalam sejarah AS seorang kulit hitam telah berjaya menjadi calon presiden -- yakni berjaya melepasi tembok prejudis dan sentimen perkauman tebal di kalangan puak kulit putih yang menjadi penduduk majoriti AS.

Tetapi bagi saya fenomena itu tidaklah sepenting persamaan mesej tersirat yang dihantar oleh kedua-dua parti melalui gandingan calon yang dilagakan.

  • Ketengahkan/raikan kepentingan minoriti

Dalam kes parti Democrat, pencalonan Barack Obama adalah kemuncak isyarat bahawa masyarakat AS yang sejak tertubuhnya negara itu didominasi budaya kulit putih (juga dipanggil dominasi budaya WASP – White Anglo Saxon Protestant) kini telah berjaya mengatasi prejudis kolektif mereka dengan sanggup menerima seorang kulit hitam sebagai kepala negara.

Di masa yang sama, parti Republican dengan menawarkan Sarah Palin juga telah mengisyaratkan bahawa budaya WASP telah berjaya memecahkan belenggu pemikiran yang selama ini tidak meletak status perempuan setaraf dengan lelaki, apatah boleh menerima perempuan sebagai ketua.

  • Gandingan dua generasi – pengalaman dan tenaga

Satu ciri menarik tentang gandingan calon kedua-dua parti ialah, tidak kira parti mana yang menang, kemungkinan besarnya salah seorang dari gandingan akan mati dalam jawatan. Ini kerana kedua-dua parti telah mempertaruhkan pasangan calon yang mempunyai jarak umur yang ketara.

Joseph Biden (lahir 1942) calon naib presiden parti Democrat kini berumur 66 tahun berbanding dengan calon presiden Barack Obama (lahir 1961) yang berumur 47 tahun.

Untuk parti Republican, calon presiden John McCain (lahir 1936) kini berumur 72 tahun, berbanding Sarah Palin (lahir 1964) calon naib presiden yang berumur 44 tahun.

Idealisme Dalam Politik AS

Jarak umur pasangan calon adalah satu aspek yang ketara. Tetapi apa yang lagi halus dan subliminal ialah isyarat dari kedua-dua parti Republican dan Demokrat bahawa mereka menawarkan pengundi gabungan daya tenaga muda dengan pengalaman dan kematangana combination of youth, experience and wisdom. Yang mana kombinasi ini adalah salah satu dari kedahagaan umat manusia sejak anak-anak Adam a.s., – mahu muda, kuat, sihat, tahan lama, banyak duit, dan sekaligus dengan itu; banyak pengalaman, matang dan seumpamanya.

Jika parti-parti politik AS boleh bermain dengan idealisma dan apa yang manusia kepingin, saya tidak nampak sebab mengapa puak UMNO yang menentang regim Pak Lah tidak boleh berbuat serupa.

Yang Jelas Tentang Politik UMNO

Dewasa ini jelas dan bukan lagi andaian kabur di serambi masjid selepas tarawih, bahawa tidak boleh tidak, dalam menawarkan dirinya sebagai presiden UMNO, Pak Lah akan berganding dengan Najib sebagai calon timbalan presiden.

Percaturan ini ialah untuk memastikan Pak Lah dapat pencalonan yang cukup untuk bertanding, dan Khairy si-Menantu mempunyai harapan untuk bersaing dalam pemilihan Pemuda UMNO.

Ya, saya tahu pendapat saya ini tidak senada dengan hasrat sebilangan besar rakyat Malaysia dan khususnya orang-orang UMNO yang ingin melihat gandingan Najib sebagai presiden dengan Muhyiddin sebagai timbalan presiden.

Tetapi bagi saya, perbuatan Najib mencabar Pak Lah adalah satu kemustahilan.

Kerana setahu saya, mengikut apa yang digossipkan sejak tahun 2005 lagi, yakni setahun sebelum kes Altantunya si-Mongolia meletup, Khairy si-Menantu telah pun memeras ugut kesetiaan Najib dengan mengemukakan bukti kepada beberapa kes silap-tadbir Najib.

Najib Korban Pertembungan Dalaman UMNO

Kini Najib tersepit dan tercekik. Telan mati emak – kerana Khairy sudah ugut. Luah mati bapa – kerana Tun Mahathir juga pun ugut, akan mendedahkan pekung Najib jika enggan menari rentak yang dikehendaki.

Dalam kes ini, pilihan terbaik Najib ialah untuk menarik diri dari politik Malaysia keseluruhannya. Kaya dah kaya, harta makan tidak habis untuk tiga-empat generasi. Apa lagi yang mahu?

Maka tinggallah Muhyiddin dengan akar umbi UMNO yang tidak mahukan Pak Lah yang pada masa yang sama nampak disorganise, tidak tersusun jurus penentangan-nya.  Nampak masih meraba taktik dan strategi.

Model Politik AS Untuk UMNO

Jalan keluar dari kebuntuan ini ialah dengan meniru pendekatan politik AS. Untuk musim ini, Muhyiddin ambil dulu Tengku Razaleigh sebagai calon presiden UMNO dengan dia sendiri sebagai timbalan.  Untuk menjayakan strategi ini UMNO harus berani runtuhkan apa juga tembok prejudis yang wujud terhadap Ku Li.  (Jika parti-parti politik AS boleh atasi prejudis mereka, saya tidak nampak sebab mengapa UMNO tidak boleh berbuat serupa.  Semuanya soal hati dan azam.) 

Bentuklah satu tim bersama Mukhriz di sayap Pemuda UMNO dan promosikan satu jenama perjuangan, katakan: Idealisme, Tenaga Muda dan Kematangan. Yang mana Idealisme ialah kata kod bagi Mukhriz: Tenaga Muda = Muhyiddin; dan Kematangan = Ku Li.

Insya Allah, gandingan Ku Li-Muhyiddin-Mukhriz akan dapat menumpaskan apa juga tim kerepot yang Pak Lah, Khairy dan Annuar Musa SiPenyamun PPRT boleh gembeling.

Jika berkelapangan sila rujuk penulisan yang berkaitan dengan tajuk ini.

Tuesday, September 23, 2008

KEMAS KINI (1): Dua Pilihan Untuk Pak Lah

Dari Utusan Malaysia. Apa yang tidak gila tentang Pak Lah & Kerajaan Tiga Beranaknya?

Dalam penulisan bertajuk Dua Pilihan Untuk Pak Lah -- Anwar atau Najib saya telah membuat saranan berikut:

Anwar adalah pilihan terbaik untuk Pak Lah. Berdamailah dengan Anwar dan yakinilah hati budi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya mereka yang dari PAS.

Saranan adalah tidak lebih dari satu reaksi spontan – penaakulan dua minit -- terhadap sms yang berterebangan masuk ke inbox talipon saya sejurus tamatnya mesyuarat MT UMNO pada petang September 18.

Maka itu sederhana terkejutlah saya bila terbaca berita berikut dari mStar.

Selasa September 23, 2008

Pak Lah nafi sudah ada pertemuan dengan Pakatan

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sehingga kini tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Pakatan Rakyat dengan pihaknya bagi membincangkan masa depan politik dan pembentukan kerajaan baru oleh pembangkang.

"Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang-orang Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi 2008 yang kedua di sini.

Seperti biasa dengan hampir semua penafian atau pengesahan akhbar Pak Lah, pembaca boleh yakini bahawa perkara sebaliknya adalah benar.

Berita pembinaan jambatan antara regim Pak Lah dengan Pakatan Rakyat ini bukan saja telah menimbulkan reaksi keras dari barisan penentang Pak Lah dalam UMNO, tetapi telah menarik perhatian positif dunia luar (Rujuk 1; Rujuk 2).

Secara sipi Tengku Razaleigh telah membentak perkembangan ini dengan komen berikut:

Ku Li attacks Abdullah-Najib pact, it 'fools no one'

Sep 23, 08 5:41pm

Former finance minister Tengku Razaleigh Hamzah today attacked Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi for insisting on going through with the power transition pact made with his deputy, Najib Abdul Razak.

Dalam perkembangan selari, Anwar Ibrahim telah pun masuk menghadap pucuk kepimpinan PAS untuk mejelaskan keadaan. Berita tersebut boleh dibaca di sini dan di sini.

Sudilah kiranya membaca penulisan yang berkaitan dengan tajuk ini.