Tetapi yang saya yakin, dalam menggunakan frasa “akar umbi” jurucakap/jurufikir regim Abdullah Ahmad itu tidak menghubungkaitkan frasa tersebut dengan rakyat jelata, khususnya orang Melayu. (Sejak bila pula Melayu menjadi satu faktor pertimbangan regim Abdullah? Ketahui dek Lee Kuan Yew kelak, kalau tengah menikmati “bak kut teh” tercekik malaun tu?)
Apa sudah jadi dengan menantu Abdullah Ahmad? Berubah fikiran bunyinya. Cek pendahuluan komisyen penjualan sudah “tendang”?
Shahdan pagi ini banyaklah sangkaan saya disahkan. Bahawa pemimpin UMNO itu adalah tidak lebih dari penyanyi korus. Bos kata “alif” maka semuanya akan nyanyi serentak, senada, “alif.”
Langsung diterbitkanlah berita bahawa Muhyiddin Yassin pun bertempik dari
Pun begitulah dengan Shahril Abdul Samad, seorang lagi pemimpin UMNO dari Johor, turut menggesa cadangan gabung Utusan-NSTP patut dikaji semula. (Nak kena tunjuklah orang Johor tu garang-garang belaka, setelah separuh negeri mereka dibiarkan tergadai kepada Singapura).
Ya, saya pasti, seperti juga saya, tuan/puan pembaca pun tertunggu-tunggu komen dan “pendirian” dari Wanita dan Puteri UMNO tentang perkara ini. (Walaupun kita semua sudah boleh agak isi cerita yang mereka akan dendangkan, tetapi lenggok dan lenggang cerita yang kita bakal baca itu yang membuat penantian tidak menjadi satu seksaan).
Sehubungan berita yang telah dan belum disiarkan, persoalan saya cukup mudah – mengapalah pemimpin UMNO baru nak berkokok tentang isu ini? Khususnya Pemuda UMNO yang mendakwa diri mereka “wira Melayu.” Mengapa tidak bising semasa tercium plot hina ini? Atau semua berprotes secara terbuka selepas cadangan ini disajikan di mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini?
Mengapa terjadi begini? Mengapa tiada “pre-council” (pra-mesyuarat) terlebih dahulu di kalangan pembesar UMNO tentang cadangan ini? Mengapa hingga kecuh sebegini, langsung menjadi tontonan lucu kepada dunia, bahawa Melayu kini sudah celaru otak kolektif kepimpinannya.
Usahlah
Digari dengan gari keemasan. Digari dalam ertikata dicandukan kepada kemewahan, pangkat, dan darjah. Digari dengan projek tanpa tender dan subsidi. Digari dengan hutang bank. Sesetengah pula digari dengan ugutan dakwaan atas salahlaku undang-undang.
Lantaran hari ini kita orang Melayu dapati bahawa agenda Melayu sudah tercampak jauh entah ke mana. Dan dalam pada itu pun, sebilangan besar kita orang Melayu masih lagi memangkah UMNO dan konco-konconya di setiap pilihanraya.
No comments:
Post a Comment