Thursday, May 22, 2008

Linearity Pemikiran Politik Orang Melayu

PKR mungkin baca mereka ada 31 kerusi parlimen. Tetapi PKR harus sedar bahawa sebilangan besar dari kerusi parlimen mereka adalah bersumberkan (a) PAS yang bersetuju memberi laluan, dan (b) usaha dan titik peluh jentera PAS -- di sesetengah kawasan yang PKR menangi, PKR tiada ahli yang cukup pun untuk buat satu cawangan!

Ramai penganalisis politik merumuskan Anwar Ibrahim akan jadi perdana menteri Malaysia bila 30+ wakil parlimen Barisan Nasional lompat menyertai “Pakatan Rakyat.”

Semudah itu kah kira-kiranya?

Ya, memanglah semudah itu jika andaian bijak pandai politik tentang PAS itu boleh bertahan. Yakni andaian PAS akan berpuas hati jadi “pak turut” kepada nafsu keperdana menterian prima donna PKR itu.

Apa kata jika PAS enggan ikut serta dalam mimpi keperdana menterian Anwar Ibrahim? Tidak terkecuali sahabat akrab Anwar seperti Kamaruddin Jaafar itu Setiausaha Agung PAS, atau Hassan Ali diktator kecil di Selangor itu nampaknya setakat ini mampu mendunggukan dan memperlekehkan PAS Selangor.

Politik Malaysia boleh bergolak semahunya. Watak-watak “besar” itu dan ini dari parti apa boleh lompat ke arah mana yang mereka suka, tetapi pengundi Malaysia harus sedar bahawa impian mereka untuk melihat satu kepimpinan baru, mahu lihat Malaysia dengan orde baru, semuanya bergantung kepada kesediaan PAS untuk “turut bermain” dengan percaturan DAP dan PKR.

Apa? Pembaca ingat orang PAS tidak tahu buat pertimbangan materialisme tentang di mana letaknya PAS parti mereka, dan diri mereka sendiri dalam kerajaan baru kelak? Jika itu sangkaan pembaca, maka cadang saya – get real, wake up, and smell the teh tarik.

Anwar mungkin yakini Haji Hadi Awang itu sudah dalam poketnya, dihujung jari. Tetapi pembaca harus ingat kedudukan Haji Hadi dalam PAS bukanlah berpaksikan cengkaman – kuasa memberi habuan atau menghukum --, tetapi lebih bergantung kepada hormat ahli kepada seniority beliau (orang lama) dalam parti. Sehubungan ini, amati bahawa “hormat” adalah satu komoditi yang cukup senang terlucut dari genggaman.

Seterusnya, memandangkan Anwar sudah janjikan kerusi Timbalan Perdana Menteri kepada tokoh dari Sabah atau Sarawak, apa yang buat pembaca fikir DAP boleh pasrah dengan kedudukan Karpal Singh sebagai Menteri Kebudayaan dan Pelancungan? Atau Lim Kit Siang di kerusi Menteri Alam Sekitar?

Think! PAS and DAP are not the only two quantum variables in the premiership equation. Kan?

Bak Kata Supir Taksi Asal Indon -- Tun Dr Mahathir Silap Besar …

Membership has its privileges (Keahliaan ada keistimewaannya)

Ketika itu, saya berada di dalam sebuah teksi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Sheraton Subang Jaya, bila rakan seperjalanan, Dr Rosli Al-Amin Pegawai Khas yang baru bagi Exco Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan mengunjukkan talipon bimbitnya …

Dr Mahathir keluar UMNO” bisik SMS yang terpapar pada skrin talipon. Hoax (tipu) agaknya ni” komen spontan saya merujuk kepada mesej.

Bermula dengan komen itu suasana dalam teksi tiba-tiba menjadi ceria lagi mesra. Pemandu teksi yang sebelum itu begitu payah membuka mulut, tanya sepatah jawab sepatah, tiba-tiba bagaikan “naik syeikh” mencelah dan mula mendominasi perbualan. Dengan begitu lincir menghidupkan watak sejagat stereotaip pemandu teksi dan tukang gunting tentang apa juga permasalahan politik – pendapat mereka sajalah yang layak dibawa ke Bangsa-bangsa Bersatu.

Dan bagi pemandu teksi itu pula, dengan terlupa dia akan peranan menyamarnya, terzahirlah pelat pekat pertuturannya yang dengan jelas memperihalkan asalnya dari Indonesia. Bahkan asal Indonesia laksana baru turun tongkang pagi tadi.

Tu dia. Warga Indonesia baru turun tongkang pun tahu akan “fadhilat” besar keanggotaan UMNO! Dah tu tanpa kekkok menjurus sifat semulajadi kedua, bagaikan “amoi” dari Cina makan kuaci, Dr Mahathir “bakar” kad keahliaan UMNO nya? Sungguh sukar masuk akal, kan?

Apa juga pertimbangan dalam percaturan Tun Dr Mahathir kali ini, saya rumus beliau sudah buat silap besar.

Seperti yang dibuktikan berita di atas, perkataan “UMNO” itu sendiri adalah satu sebutan agung, yang tidak perlu diratib pun, sekali sebut saja sudah cukup untuk membawa syafaat dunia, baik dalam apa keadaan sekali pun – hatta dalam berdepan dengan kemungkinan dihinggapi tali gantung. Itu belum lagi diseru nama mana-mana ketua bahagian atau naib presiden.

Dan Dr Mahathir buang segala privileges itu untuk apa?

Thursday, May 08, 2008

“Perang” Tambang Kapal Terbang: Siapa Bakal Tengadah – MAS atau AirAsia?

Gambar sekadar menceriakan artikel, permandangan satu one-off event, dan tidak mencerminkan kelaziman pramugari AirAsia bila kepenatan.

“Price war” atau “perang harga” adalah satu fenomena ekonomi yang rutin, khususnya dalam sebuah ekonomi pasaran bebas yang sihat.

Prasyarat untuk berlakunya perang harga ialah wujudnya entiti-entiti komersil yang hampir sama saiz (dipanggil oligopoli), yang bersaing menawarkan barangan atau khidmat yang sama kepada pengguna.

Kesan perang harga? Ada beberapa kesan, tetapi apa yang penting bagi kita marhaen ialah peningkatan kebajikan pengguna (consumer welfare) dalam dua dimensi: affordability (boleh mampu) dan availability (boleh diperolehi).

Lawan kepada peningkatan kebajikan pengguna ialah penurunan kebajikan di mana berlakunya krisis “tidak mampu dan tidak kedapatan” bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Perbandingan tambang menunjukan AirAsia tidak mampu menandingi tawaran “gila” MAS. Pembaca digalakkan membuat perbandingan sendiri untuk puaskan hati tambang syarikat mana yang lagi murah. Selagi tuan/puan tidak masukan nombor kad kredit, segala pertanyaan tambang melalui internet adalah gratis (percuma).

Contoh fenomena “affordability and availability crisis” ialah kes ketiadaan minyak masak yang berlaku beberapa bulan lepas, di mana, walaupun anda mampu membeli, barangnya tiada dijual, dan bagi sesetengah pengguna pula, kalau pun terjumpa minyak masak, harganya tidak termampu beli.

Sehubungan krisis ekonomi ini, harapan ikhlas saya ialah ianya tidak berlaku di Malaysia dalam jangka hayat saya kepada barangan makanan seperti beras atau keperluan asas lain seperti petrol atau gas masak. (Kendati, dalam berharap saya juga realistic yakni pasrah, bahawa kepastian krisis ekonomi bentuk ini berlaku di Malaysia adalah cerah selagi Dolah Badawi dan Anak Beranaknya dibiarkan mentadbir urus negara).

Berbalik pada tajuk, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) minggu lepas telah pun mulakan “serangan” dengan menawarkan 1.3 juta tiket tambang RM0 (kosong ringgit). Tawaran ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana dalam tempoh 2 hari MAS melaporkan sejumlah 900,000 tiket telah dijual.

Jangan hanya rumus pendapat berpandukan iklan syarikat penerbangan.

Kiranya, ada otak jugalah lembaga pengarah dan jemaah pengurus MAS yang ada kini. Sangka saya untuk satu tempoh yang lama, kerusi-kerusi tersebut diduduki tunggul-tunggul kayu yang cuma berminat untuk (a) “tenggek” pramugari “pantas”, dan/atau (b) “tapau” (bungkus bawa balek) arak kelas Chivas Regal atau Dom Perignon bila dapat peluang terbang percuma business class.

Ekoran tindakan pemasaran MAS itu, Tony Fernandez pemilik AirAsia -- tidak seperti biasa -- sudah bunyi tak mampu bercakap petah lagi bijak bila ditanya wartawan tentang rancangan tindak balas AirAsia.

Sama-samalah kita nikmati proses dan penyudah perang harga ini.

Wednesday, May 07, 2008

Kes Raja Petra Menghasut: Seperti Biasa Ramai Yang Tersasar Poin Sebenar

Tidak ternafi lagi ramai bersimpati dan menyebelahi Raja Petra Kamaruddin dalam pusingan ‘perjuangan’ beliau kali ini.

Tetapi lebih dari itu, dengan keengganannya membayar wang ikat jamin, sebaliknya sanggup ke penjara menunggu hari perbicaraan, Raja Petra telah membuktikan beliau sememangnya wajar menerima lencana, pingatDarjah Wira Blogger Tertinggi, yang membawa gelaran “Wira Paduka Bangang -- Bloody Fool of the Day.”

As to why I am calling Raja Petra a ‘bloody fool’ (something that I think his wife would passionately agree) is of course the subject matter for another day’s scandalizing.

Tapi fahamkah pembaca mengapa kali ini Regim Dolah Badawi bersusah payah mendakwa Raja Petra? Bersungguh sungguh mahu menghantar Raja Petra ke penjara?

Kerana artikelnya Let’s send the Altantuya murderers to hell? Sebab dalam penulisan tersebut Raja Petra telah mengkaitkan bukan setakat Najib Razak, bahkan isterinya Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya?

Bang! Akak, oi! Itu cerita basi. Satu stanza penglipur lara yang telah diulang cerita entah berapa puluh ribu kali dalam internet, dan diulang umpat entah berapa juta kali di majlis mana, medan mana, manusia Malaysia berkumpul.

Kalau betul begitu, mengapa dimurkai sesangat akan artikel Raja Petra yang terbaru? Jawapan cukup mudah.

Rumour has it, and it remains just that, a rumour, is that all this ‘evidence’ has been given to Abdullah Ahmad Badawi. Okay, maybe Abdullah is using this information to keep Najib in line -- which appears to be working seeing that he is constantly licking Abdullah’s hand. But this is not about politics and should not be dealt as such. This is about the Prime Minister of Malaysia withholding crucial evidence in a murder trial. Abdullah is an accessory to murder and burying evidence that will affect the outcome of the trial and interfere in seeing justice done renders Abdullah as guilty as those currently on trial and those who also should be on trial but are not.

Raja Petra telah membawa sudut pandangan, dimensi baru kepada kes ini. Dia telah menuduh Dolah Badawi menyembunyikan fakta kes! Yang mana perbuatan ini, jika terbukti benar, adalah satu jenayah besar di sisi undang-undang. Maka itu Dolah Badawi rasakan wajar menuduh Raja Petra menghasut.

But then of course, I strongly believe that Raja Petra is not without his legally valid justifications. Thus the circus begins …