Ramai penganalisis politik merumuskan Anwar Ibrahim akan jadi perdana menteri
Semudah itu kah kira-kiranya?
Ya, memanglah semudah itu jika andaian bijak pandai politik tentang PAS itu boleh bertahan. Yakni andaian PAS akan berpuas hati jadi “pak turut” kepada nafsu keperdana menterian prima donna PKR itu.
Apa kata jika PAS enggan ikut serta dalam mimpi keperdana menterian Anwar Ibrahim? Tidak terkecuali sahabat akrab Anwar seperti Kamaruddin Jaafar itu Setiausaha Agung PAS, atau Hassan Ali diktator kecil di Selangor itu nampaknya setakat ini mampu mendunggukan dan memperlekehkan PAS Selangor.
Politik
Apa? Pembaca ingat orang PAS tidak tahu buat pertimbangan materialisme tentang di mana letaknya PAS parti mereka, dan diri mereka sendiri dalam kerajaan baru kelak? Jika itu sangkaan pembaca, maka cadang saya – get real, wake up, and smell the teh tarik.
Anwar mungkin yakini Haji Hadi Awang itu sudah dalam poketnya, dihujung jari. Tetapi pembaca harus ingat kedudukan Haji Hadi dalam PAS bukanlah berpaksikan cengkaman – kuasa memberi habuan atau menghukum --, tetapi lebih bergantung kepada hormat ahli kepada seniority beliau (orang lama) dalam parti. Sehubungan ini, amati bahawa “hormat” adalah satu komoditi yang cukup senang terlucut dari genggaman.
Seterusnya, memandangkan Anwar sudah janjikan kerusi Timbalan Perdana Menteri kepada tokoh dari Sabah atau
Think! PAS and DAP are not the only two quantum variables in the premiership equation.