Ketika itu, saya berada di dalam sebuah teksi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Sheraton Subang Jaya, bila rakan seperjalanan, Dr Rosli Al-Amin Pegawai Khas yang baru bagi Exco Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan mengunjukkan talipon bimbitnya …
“Dr Mahathir keluar UMNO” bisik SMS yang terpapar pada skrin talipon. “Hoax (tipu) agaknya ni” komen spontan saya merujuk kepada mesej.
Bermula dengan komen itu suasana dalam teksi tiba-tiba menjadi ceria lagi mesra. Pemandu teksi yang sebelum itu begitu payah membuka mulut, tanya sepatah jawab sepatah, tiba-tiba bagaikan “naik syeikh” mencelah dan mula mendominasi perbualan. Dengan begitu lincir menghidupkan watak sejagat stereotaip pemandu teksi dan tukang gunting tentang apa juga permasalahan politik – pendapat mereka sajalah yang layak dibawa ke Bangsa-bangsa Bersatu.
Dan bagi pemandu teksi itu pula, dengan terlupa dia akan peranan menyamarnya, terzahirlah pelat pekat pertuturannya yang dengan jelas memperihalkan asalnya dari
Tu dia. Warga
Apa juga pertimbangan dalam percaturan Tun Dr Mahathir kali ini, saya rumus beliau sudah buat silap besar.
Seperti yang dibuktikan berita di atas, perkataan “UMNO” itu sendiri adalah satu sebutan agung, yang tidak perlu diratib pun, sekali sebut saja sudah cukup untuk membawa syafaat dunia, baik dalam apa keadaan sekali pun – hatta dalam berdepan dengan kemungkinan dihinggapi tali gantung. Itu belum lagi diseru nama mana-mana ketua bahagian atau naib presiden.
Dan Dr Mahathir buang segala privileges itu untuk apa?
2 comments:
Untuk kepentingan diri dan menjatuhkan Abdullah. SUpaya semua rahsia2 tidak terbongkar habis oleh Pak Lah. Untuk membuktikan yang tiada PM lain yang akan boleh jadi lebih hebat dari dia. Untuk menyimpangkan dari isu video Lingam. Untuk kepentingan keluarga dan rakan2 ekonomi beliau. Banyak lagi.
Semuanya untuk kepentingan UMNO kah? Kita semua kenal siapa itu Tun Mahathir yang sebenar.
Tindakannya betul..Dia memikirkan kepentingan semua..bukan sahaja untuk diri nya malah untuk bangsa dan juga negara..pernah ker sebelum ni kita dengar Hindraff sewaktu pemerintahan beliau..pernah ker kita dengar bahasa inggeris di utamakan semasa pemerintahan beliau..memang kita akui beliau seorang yang licik..seorang yang mempunyai sejuta satu rahsia,tapi pernah tak kita terfikir sewaktu pemerintahan beliau negeri kita tak jatuh ke tangan pembangkang..hidup aman..selesa..minyak pon tak naik macam sekarang sedangkan kita merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak..cuba la fikirkannya..tindakannya untuk keluar parti bukan untuk kepentingan dirinya sahaja..dia cuba mempertahankan bangsa kita dari di jajah..mahukah kita semua hidup dalam peperangan seperti negara2 jiran kita atau nak kita hidup merempat di negara sendiri...renungkan lah..seseorang yang pernah buat silap tal semestinya akan berterusan membuat silap manakala orang yang tak pernah buat silap tu la yang berisiko untuk melakukan kesilapan..
Post a Comment