Friday, April 27, 2007

Ijok: Ku Seru Langit & Bumi Bertepuk. Terpenyeklah Engkau Wahai UMNO-BN Angkuh

Ayuh kita semak fakta-fakta yang kita semua tahu telah dimainkan dalam kempen PRK Ijok.

  • Najib dituduh oleh pelbagai pihak sebagai mempunyai peranan dalam kemalangan jiwa yang menimpa Altantuya seorang peraih manisan asal Mongolia. Najib juga dituduh terpalit rasuah dalam hal pembelian kapal selam (yang Malaysia tidak perlukan pun) dan pesawat pejuang (yang kini tidak boleh terbang kerana dahagakan spare parts).

Najib bela dirinya dan cuba tangkis tuduhan dengan mengkaitkan Dolah sebagai Perdana Menteri dan Menterian Kewangan tahu akan perincian kedua-dua kes. Tetapi penafian Najib disambut Dolah, sepi, bisu, seribu bahasa.

Implikasi? Menang atau kalah UMNO-BN besok dalam PRK ini, kerjaya politik Najib nyata telah tersembelih di Ijok. Bakal lenyap duri dalam daging yang selama ini menusuk Dolah.

  • Khir Toyo pun tidak kurang diserang dengan pelbagai tuduhan rasuah.Yang mana, tiada satu pun yang cuba ditangkis atau diperjelaskan.Persepsi pengundi Ijok dan Malaysia terhadap Khir Toyo?Bab ini saya tahu tuan/puan lagi arief.

Tetapi yang jelas akan berlaku, Khir Toyo akan dipersalahkan secukup rasa, malah hingga ke azali, jika keputusan untuk UMNO-BN besok kurang satu undi berbanding PRU 2004. Dan jika UMNO-BN kalah besok? Saya jangka dia diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan kerusi MB Selangor.

Najib adalah lipas dalam pinggan nasi Dolah, manakala Khir Toyo adalah gajah didepan mata cita-cita, nafsu untuk membolot dalam jiwa Kamaluddin anak Dolah yang cuba direalisasikan melalui iparnya Khairy.

Kalau benar sekalipun besok UMNO-BN kalah dalam PRK ini, tiada apa yang akan berlaku kepada parti itu dari segi hakisan kuasa atau kekayaan. Sebesar zarrah pun tidak akan kurang.

Lupakan penilaian “moral.” Kerana tidak guna kita berbicara tentang moral, kerana perkataan ini sudah lama dinyah buang dari perbendaharaan kata (vocabulary) UMNO-BN.

  • Rumusnya? Esok, jika UMNO-BN menang, Najib dan Khir jadi arang. Dan jika kalah UMNO-BN, Najib dan Khir jadi abu.

Apakah pilihan bagi gandingan Najib-Khir dalam senario itu? Cukup mudah. Persiapkan “Pelan B” atau “jalan keluar” atau “payung terjun” sebelum dihumban keluar dari hiraki kekuasaan UMNO-BN.

Apakah “Pelan B” itu? Berjemaah dengan PAS adalah jalan keluar bagi Najib dan Khir.

PAS bersedia menjadi penyelamat. Seperti mana PAS telah menjadi penyelamat kepada Anwar Ibrahim di kala diterajang keluar dari UMNO.

Najib-Khir tahu akan nasib yang bakal menimpa mereka. Maka itu adalah afdhol jika besok Dolah dan Gengnya dimalukan habis-habisan. Arah saja jentera tuan-tuan berpaling tadah malam ini.

Kemudian itu datanglah ke dakapan PAS. Come onto PAS as you are.

1 comment:

Anonymous said...

PENGAKUAN DS Najib bahawa TS Khalid, "...dalam hati dan jiwa masih UMNO.." membawa 'erti' pertandingan di Ijok sebenar-benarnya ialah antara UMNO dan MIC.

Apa yang Najib katakan ialah 'sokmo' Khalid tetap UMNO walaupun 'rogo'nya PKR.

Aduiiii duiii Najib buang jer penulis skrip ucapan ko tu... dier saja nak bikin ko 'tersepit.'