Saturday, April 26, 2008

Wah … Tengku Razaleigh, Sire, You Made My Day!

I don’t think Dolah Badawi has a clue as to how far respect can go, and what it can cause people to do.

Sebelum ini saya telah menyuarakan pandangan sinis tentang rancangan Bebudak Tingkat 4 yang dikepalai Kamalludin Abdullah, yakni barisan penasihat Dolah Badawi, untuk menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) satu suruhanjaya.

Maka itu diakui sebagai rakyat kerdil, saya tidak dapat tidak terkembang juga lubang hidung (malah rongga-rongga lain) bila pendapat saya di”amin”kan oleh seorang manusia dari kelas pemimpin besar negara.

Sehubungan, Tengku Razaleigh Hamzah telah dipetik meluahkan pendapat berikut:

… tidak bersetuju dengan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini berkenaan penstruktur semula Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah yang mana katanya, Suruhanjaya ini juga akan melapurkan terus kepada Perdana Menteri ... Suruhanjaya ini juga akan balik kepada asal yang mana tidak mampu menjalankan tugas dengan telus dan adil tanpa mengira kedudukan orang yang bersalah. Beliau menyarankan supaya Suruhanjaya ini melapurkan terus kepada Parlimen demi untuk menentukan keberkesanan setiap tindakan.

Bagi saya, kian hari kian jelas Bebudak Tingkat 4 penasihat Dolah Badawi masih terlalu tohor dari segi intelek. Balik-balik mereka masih lagi percaya rakyat boleh ditipu dengan slogan dan tindakan kosmetik. Maka itu mereka arahkan Dolah Badawi tuturkan rancangan cetek akal mereka, yang sebaik saja diucapkan, “ditembak” kiri kanan oleh rakyat jelata.

Selain dari fiasco cadangan meng-suruhanjaya-kan BPR, contoh kecetekkan fikrah (mentality) Bebudak Tingkat 4 adalah terlalu banyak. Antara yang ketara ialah nasihat yang membuat Dolah Badawi tidak mengisi jawatan Setiausaha Parlimen – lapis selepas timbalan menteri -- untuk kabinet musim ini.

Mengapa jadi begitu? Idea dan keputusan itu mungkin berpunca dengan salah seorang Bebudak Tingkat 4 itu terbaca atau bertemu istilah downsizing government (mengecilkan kerajaan) dan dalam minda tahap tadika mereka, terbayang satu gambar sebuah kerajaan yang tidak mempunyai ramai menteri/pegawai.

Seperti kanak-kanak yang hendakkan gula-gula, coklat, dalam kedai di seberang jalan yang sibuk, mereka sudah tidak pedulikan kiri atau kanan lagi, yang penting, gula-gula mesti diperolehi.

Langsung mereka terpa, redah, tidak fikir bahawa dengan tidak mengisi 20 atau 30 jawatan Setiausaha Parlimen, mereka telah mencipta 20-30 musuh dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berhajatkan dan sepatutnya menyandang jawatan tersebut. Atau paling tidaknya mengurangkan kejituaan, kepaduan sokongan terhadap Dolah pada jumlah yang sama.

Dek kerana Bebudak Tingkat 4 merasakan diri mereka terlalu pandai -- pandai tahap pandir --mereka telah menyebabkan Dolah musnahkan satu tradisi politik yang telah wujud selama 50 tahun. Serentak itu mereka telah berjaya timbulkan syak waham dan zhan dalam kepala pendokong Barisan Nasional -- apa kejadahnya upah kesetiaan dan bermatian untuk parti?

Sekarang tuan/puan pembaca boleh faham mengapa Anwar Ibrahim nampak begitu yakin bahawa ada 20-30 orang Ahli Parlimen BN akan menyeberang ke Pakatan Rakyat?

Thursday, April 24, 2008

Anda & Anwar Ibrahim Sebagai Pilot

Dalam kehangatan saat itu, in the heat of the moment, di musim kempen pilihanraya lepas, tuan/puan pembaca budiman boleh dimaafkan kerana telah menggantung operasi intetelek, akal, tuan/puan. You allowed your thinking faculty to go on vacation.

Di kala itu tuan/puan sudah tidak fikir lagi akan konteks dan implikasi perbuatan tuan /puan. Tuan/puan telah dirasuk benci terhadap segala perbuatan dan niat Khairy Menantu Dolah dalam tempoh tiga tahun sebelumnya, dan di rasuk benci kepada Dolah Badawi yang begitu lemah dan Barisan Nasional yang diwakilinya.

Sekali imbas nampak macam satu persefahaman telah dicapai untuk memberi Dolah Badawi tempoh bernafas sebagai Perdana Menteri selama 3 tahun.

Lantaran, tuan/puan sudah tidak pertimbangkan dan pedulikan apa yang di sajikan sebagai alternatif -- baik dari segi janji atau calon. Maka itu tuan/puan pangkah untuk menghantar calon seperti Loh Gwo Burne ke parlimen. Langsung tidak terlintas dibenak tuan/puan bahawa calon-calon yang Parti Keadilan Rakyat ketengahkan seperti itulah yang bakal menjadi barisan kepimpinan alternatif yang di kepalai Anwar Ibrahim.

Cuba tuan/puan tanya diri sendiri dan jawab secara jujur: besar manakah jasa Gwo Burne kepada perjuangan pakatan alternatif Malaysia, berbanding dengan pengorbanan peribadi yang tuan/puan lakukan di atas nama romantika – keadilan? Pengorbanan hampir 10 tahun. Hampir satu dekad.

Dari spesis yang sama dengan Dolah Badawi. Spesis ‘flip flop’. Kelmarin kata akan rampas kuasa selepas tiga tahun. Hari ini kata akan buat sebelum akhir September 2008. Can’t make up his mind it seems.

Berapa ramai dari pembaca budiman yang telah ditukar ke kawasan pendalaman? Telah terlepas peluang naik pangkat? Telah kena cold storage? Telah kena belasah dengan FRU, telah menghirup gas pemedih mata? Telah terpaksa berhenti kerja?

Berapa ramai yang telah bersusah payah menghidupkan cawangan-cawangan partai Keadilan? Mengeluarkan wang ringgit dari poket sendiri demi menghidupkan partai Keadilan di kejiranan anda? Dan hasilnya?

Di mana dan siapa anda kini dalam skema perjuangan PKR?

Dalam kebosanan menunggu di layan Lingam, Gwo Burne telah bermain kamera video talipon bimbitnya. Untuk ‘titik peluh’ itu dia telah dibalas, rewarded, sebagai calon PKR dan bintangnya cerah dia telah terhantar ke parlimen.

Bagaimana dengan diri anda? Apa balasan kepada titik peluh dan jerih pedih yang anda lalui demi romantika yang didendangkan PKR?

I don’t mean to demonise Gwo Burne. Saya tidak bermaksud untuk memomokkan Gwo Burne. Rezeki dia, apa yang hendak didengkikan.

Tetapi saya terpaksa menyeret nama Gwo Burne hari ini demi menyerlahkan satu kepincangan serius dalam PKR -- partai ini ketandusan ahli.

Di Selangor hakikat ini begitu ketara, bila sudah hampir dua bulan berjaya menjadi kerajaan negeri, Khalid Ibrahim tidak boleh cari 1,000 ahli dan penyokong untuk gantikan segala jawatan ketua kampong, segala ahli JKKK, segala ahli majlis daerah yang kini disandang oleh orang-orang UMNO dan penyokong-penyokong BN yang lain.

Atau, PKR sememangnya punyai ramai penyokong dan ahli, tetapi Anwar Ibrahim merasakan tuan/puan semua masih belum layak untuk ditawarkan jawatan serendah ketua kampong atau JKKK? Maka Khalid Ibrahim tidak fikir tuan/puan semua layak.

If that be the case, then it is high time you invest in a handphone with good photography and video capabilities. Catch Anwar in action if you can. Photograph his new house for a start.

Tuesday, April 22, 2008

Mengintai Masa Depan Barisan Nasional

Tuan/puan pembaca budiman tidak perlu bersahabat dengan makhluk dari kelas jin atau iblis yang mungkin boleh mencuri tinjau kandungan “luh mahfuz” (buku catitan untung nasib setiap makhluk dan kejadian) untuk mengagak apa yang akan berlaku pada Barisan Nasional dalam tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang.

Untuk tujuan itu tuan/puan cuma perlu mempunyai satu gambaran mental (makrifah) yang jelas akan konstruk (idea) yang dipanggil “Barisan Nasional.”

Hakikinya Barisan Nasional itu adalah tidak lebih dari satu bangku berkaki tiga. UMNO yang kini berkeceramuk dan bercelaru selama ini didokong oleh tiga parti utama MCA, MIC dan Gerakan.

Eh, tak kan tiga tiang seri sahaja yang mendokong UMNO? Bukankah Barisan Nasional mempunyai banyak lagi parti-parti komponen? Ya, satu soalan yang wajar, dan jawapannya mudah – parti-parti selain dari MCA, MIC dan Gerakan adalah tidak lebih dari parti-parti “nyamuk” (khususnya dari Sabah dan Sarawak) yang tumpang berteduh di bawah bayangan UMNO.

Lerai UMNO, secara sendirinya Barisan Nasional itu lerai. MCA, MIC dan Gerakan secara otomatis akan berselerak membawa nasib masing-masing. Dan Barisan Nasional itu akan pincang, malah rebah, jika salah satu dari parti pendokong utama UMNO itu patah atau ranap.

Nah, you! Kini setiap satu dari tiang-tiang utama Barisan Nasional sedang bermasalah besar. Malah dunia pun tahu bahawa UMNO itu sendiri sudah disalak dan diherdik secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin MCA, MIC dan Gerakan. Cerita bab MCA, MIC dan Gerakan itu sendiri sedang bercakaran dan bergigitan pun tuan/puan lagi arief.

Berbalik kepada tesis asal kita – boleh wujud kah lagi Barisan Nasional dalam tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang, khususnya selepas PRU ke 13?

Jawapannya, selagi punca utama penyakit yang dihidapi Barisan Nasional – Dolah Badawi Tiga Beranak – masih lagi ditampok kuasa, yakni kuman siplis politik yang melanda Barisan Nasional masih belum lagi dibasmi buang, selagi itu idea peremajaan semula kuasa Barisan Nasional akan tinggal mimpi di siang hari.

Bagaimana pula dengan entiti yang dipanggil “Pakatan Rakyat”? …

Sunday, April 20, 2008

Antara Nasi & Lauk: Utusan Malaysia Missed the Point

Ewah, ewah, seronok betul nampaknya bebudak editorial Utusan Malaysia bila dapat ilham untuk putarkan, spin, berita di atas.

Almaklumlah, dalam kepala mereka, apa juga berita babi boleh dibuat bahan sindir dan kutuk keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sehubungan usaha ternak babi. Dengan harapan pengundi Melayu/Islam akan benci Pakatan Rakyat kerana “mesra-ternakan babi.”

Tapi, kan, yang sebenarnya, bila bebudak UMNO di Utusan Malaysia cuba berjenaka lawak bodoh tentang usaha eratkan hubungan dagang dan kerjasama Malaysia dengan China, maka sahih barisan pemikir dan strategist yang ada dalam UMNO adalah ketinggalan jauh dalam memikirkan hal keselamatan makanan (food security) dan kedudukan Malaysia dalam konteks geopolitik. [Rujukan 1], [Rujukan 2], [Rujukan 3]

Fahami lah wahai bebudak Utusan Malaysia bahawa apa juga langkah yang Malaysia ambil untuk memperkukuhkan kedudukan, menjadi pembekal penting dalam skema keperluan daging China, adalah bersamaan satu langkah srategik dalam konteks keselamatan makanan Malaysia, dari aspek kecukupan bekalan beras Malaysia dalam apa juga keadaan.

Fahamilah wahai bebudak Utusan Malaysia bahawa China adalah pengeluar beras terbesar dunia! Pada setiap masa China mempunyai rizab bijirin termasuk beras sebanyak 150 juta hingga 200 juta tan, yang bersamaan 30-40% dari jumlah pengeluaran tahunan. Yang mana untuk tujuan pengeluaran bijirin, kerajaan China telah memastikan kawasan seluas 120 juta hektar dikhususkan untuk tujuan itu.

Konteks geografi angka-angka di atas adalah seperti berikut. Keluasan tanah negara Malaysia ialah 32.9 juta hektar (termasuk hutan Sabah & Sarawak). Kawasan pertanian China untuk beras dan bijirin lain seluas 120 juta hektar adalah hampir 4 kali ganda luas kawasan bumi Malaysia.

Percaturan dalam rumus ini adalah mudah: China pastikan Malaysia tidak putus beras, tidak putus nasi, Malaysia pastikan China ada bekalan sejumlah daging, lauk, yang berterusan. Satu situasi win-win, menang-menang.

Saya tidak yakin bebudak Utusan Malaysia boleh faham bahasa ekonomiks, tetapi pelaburan RM100 juta Selangor untuk menjadi negeri pengeksport babi terbesar Malaysia adalah satu premium assuransi yang kecil berbanding dengan manfaat keselamatan keseluruhan (overall security) yang bakal diperolehi seluruh negara!

Ya, saya seorang ahli PAS seumur hidup. You got a problem with that?

Saturday, April 19, 2008

Tu Dia … Satu Lagi Suruhanjaya

Dolah dan bebudaknya memang jahat hati. Gambar di atas yang diterbitkan Berita Harian telah di Photoshop, dimanipulasi, untuk menjadikan Tun Salleh Abas kelihatan kerdil – looking like a cretin -- berbanding Dolah Badawi. Apa motif dibuat begitu? Hormat, hormat juga, tapi fe-el famili Dolah Badawi yang angkuh lagi suka menghina tetap tidak boleh disorok.

Kuala Lumpur, Khamis malam Jumaat, tanggal 18 April 2008, Dolah Badawi telah umumkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim yang diniatkan memilih calon hakim menggunakan kaedah yang sistematik dan berwibawa.

Pengumuman dibuat ketika menyampaikan ucaptama 'Melaksanakan Keadilan, Memperbaharui Keyakinan' pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Peguam. Dengan pengumuman itu, diberitakan bertepuk gemuruhlah kira-kira 600 hadirin, sebahagian besarnya peguam dan anggota badan kehakiman, malah disusuli dengan penghormatan sambil berdiri (standing ovation) ketika Dolah mengakhiri ucapannya.

Saiz sebenar Tun Salleh Abas berbanding Dolah.

Semua orang excited, naik stim disebabkan berita itu? Kalau sudah, maka maaflah, kerana saya terpaksa campak selimut basah

Lupakah tuan/puan pembaca budiman bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pun sebuah suruhanjaya juga? Tapi tengok apa jadi pada suruhanjaya tersebut – mendengar namanya disebut pun sudah cukup untuk membuat sesetengah orang meludah benci.

Apa juga niat murni yang melahirkan SPR telah tidak kesampaian. SPR selama ini bukan jadi khadam rakyat, sebaliknya bertindak sebagai balaci peribadi, gundek haram, Perdana Menteri yang berkuasa.

Betapa hormat dan ta’zim ditunjukan. For this occassion, siap pakai sarung tangan untuk membolehkan salam tanpa batal wudhu. Harapnya PAS tidak kena “main belakang “ jua akhirnya.

Mengapa jadi begitu? Jawapannya mudah. Kerana suruhanjaya itu diletakkan di bawah seliaan dan melapur kepada Perdana Menteri.

Dek kerana kesilapan itu, maka buatlah 101 lagi suruhanjaya tentang apa aspek hidup manusia di Malaysia, kesannya tetap sama -- nothing changes. Tiada apa yang berubah. Perdana Menteri yang berkuasa masih lagi akan beraja di mata bersultan di hati.

Lainlah kalau sesuatu suruhanjaya itu – malah semoleknya semua suruhanjaya yang wujud kini -- diletak di bawah seliaan dan melapur terus kepada Majlis Raja-raja atau Parlimen. Kemungkinan besar perubahan yang diidamkan akan terlunas.