Sunday, April 20, 2008

Antara Nasi & Lauk: Utusan Malaysia Missed the Point

Ewah, ewah, seronok betul nampaknya bebudak editorial Utusan Malaysia bila dapat ilham untuk putarkan, spin, berita di atas.

Almaklumlah, dalam kepala mereka, apa juga berita babi boleh dibuat bahan sindir dan kutuk keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sehubungan usaha ternak babi. Dengan harapan pengundi Melayu/Islam akan benci Pakatan Rakyat kerana “mesra-ternakan babi.”

Tapi, kan, yang sebenarnya, bila bebudak UMNO di Utusan Malaysia cuba berjenaka lawak bodoh tentang usaha eratkan hubungan dagang dan kerjasama Malaysia dengan China, maka sahih barisan pemikir dan strategist yang ada dalam UMNO adalah ketinggalan jauh dalam memikirkan hal keselamatan makanan (food security) dan kedudukan Malaysia dalam konteks geopolitik. [Rujukan 1], [Rujukan 2], [Rujukan 3]

Fahami lah wahai bebudak Utusan Malaysia bahawa apa juga langkah yang Malaysia ambil untuk memperkukuhkan kedudukan, menjadi pembekal penting dalam skema keperluan daging China, adalah bersamaan satu langkah srategik dalam konteks keselamatan makanan Malaysia, dari aspek kecukupan bekalan beras Malaysia dalam apa juga keadaan.

Fahamilah wahai bebudak Utusan Malaysia bahawa China adalah pengeluar beras terbesar dunia! Pada setiap masa China mempunyai rizab bijirin termasuk beras sebanyak 150 juta hingga 200 juta tan, yang bersamaan 30-40% dari jumlah pengeluaran tahunan. Yang mana untuk tujuan pengeluaran bijirin, kerajaan China telah memastikan kawasan seluas 120 juta hektar dikhususkan untuk tujuan itu.

Konteks geografi angka-angka di atas adalah seperti berikut. Keluasan tanah negara Malaysia ialah 32.9 juta hektar (termasuk hutan Sabah & Sarawak). Kawasan pertanian China untuk beras dan bijirin lain seluas 120 juta hektar adalah hampir 4 kali ganda luas kawasan bumi Malaysia.

Percaturan dalam rumus ini adalah mudah: China pastikan Malaysia tidak putus beras, tidak putus nasi, Malaysia pastikan China ada bekalan sejumlah daging, lauk, yang berterusan. Satu situasi win-win, menang-menang.

Saya tidak yakin bebudak Utusan Malaysia boleh faham bahasa ekonomiks, tetapi pelaburan RM100 juta Selangor untuk menjadi negeri pengeksport babi terbesar Malaysia adalah satu premium assuransi yang kecil berbanding dengan manfaat keselamatan keseluruhan (overall security) yang bakal diperolehi seluruh negara!

Ya, saya seorang ahli PAS seumur hidup. You got a problem with that?

1 comment:

Anonymous said...

jadi, kita patut jual babi untuk beras? jual benda haram untuk dapatkan yang halal? bukan ke ini yang kerajaan umno selalu buat? (genting, carlsberg, etc.) jadi, apa bezanya dalam hal ini? untuk pengetahuan saudara saya bukan fanatik mana-mana parti. cuma masih keliru dalam hal ni.