Thursday, April 26, 2007

N11 Ijok: Nafi Isbat UMNO (Islam Hadhari) Terbongkar Jua

Mengikut cerita para X-Jahiliyahs, yakni orang-orang yang sudah meninggalkan fasa jahiliah hidup mereka, dalam pengajian tasawuf teknikal, frasa atau kalimah syahadah “Laa ilaha illallah – Tiada Sembahan (Tuhan) Melainkan Allah” adalah dikenali dengan berbagai nama. Antaranya, kalimah ini dipanggil “nafi isbat.”

Istilah “nafi isbat” timbul bila kalimah syahadah dianalisis di peringkat komponen lafaz.

Komponen pertama syahadah ialah “nafi” atau penafian, penidakkan: Laa ilaha -- Tiada Sembahan (Tuhan). Maksudnya di sini, penyebut ungkapan membuat satu ikrar penafian secara total, menafikan bahawa wujudnya Sembahan atau Tuhan; dan seterusnya dalam nafas yang sama menyebut: Illallah -- Melainkan (Kecuali, Hanya) Allah.

Komponen Illallah ini adalah ikrar penegasan atau cakap bersungguh mempercayai bahawa hanya yang dikata, yang disebut itu, yakni Allah, yang wujud. Dalam bahasa Arab, penegasan ini – Illallah – di panggil “isbat”

Dalam konteks yang lain pula, istilah “nafi isbat” adalah merujuk kepada satu bentuk amalan, praktis, satu teknik berzikir, atau melafazkan syahadah mengikut “melodi” atau rentak pernafasan yang tertentu.

Seterusnya, berbalik kepada gambar di atas, jelas terbukti oleh sepanduk kempen karya Pemuda UMNO Bahagian Machang bahawa penganut UMNO (juga penganut penganut ugama sesat Islam Hadhari) adalah orang-orang yang sudah punah akidah politik mereka.

“Nafi isbat politik” mereka melambangkan bahawa sudah tiada ruang rasionaliti dalam kepercayaan mereka terhadap UMNO-BN. Hatta jika UMNO-BN mencalunkan seketul najis sekalipun, mereka tetap akan pangkah juga.

Nota: Selain dari gambar tajuk, gambar-gambar lain dalam post ini adalah fitnah hasil kerjatangan Sheih Kickdefella.

1 comment:

Anonymous said...

apa hukumnya menjahiliahkan orang yg belum tentu statusya jahiliah. tidakkah elok sebagai umat islam kita bersama-sama menegakkana islam, bukan politik yang menjadi ukuran di syurga dan neraka. saling ingat mengiingati dan saling membantu. jika kita sesama islam, sesama melayu memburukkan sahabat seislam sendiri apa akan jadi umat islam akan datang.