Kelmarin di Johor Baru, seperti yang dijangka umum, Dolah Badawi telah di ‘checkmate’ oleh UMNO Johor.
Dengan menggunakan bahasa yang penuh sopan lagi santun, UMNO Johor telah meminta Dolah supaya siapkan satu pelan peralihan kuasa (succession plan) dalam tempoh terdekat.
Maksud di sebalik kesopanan itu seperti yang dapat ditangkap umum adalah satu ultimatum (kata dua) brutal yang berbunyi – Dolah, cakap, bila kamu mahu berhenti!
Namun pun begitu, jika hendak dibandingkan dengan tindakan UMNO Kedah dan Penang yang secara terang terangan mengherdik Dolah supaya letak jawatan, perbuatan UMNO Johor itu adalah agak tolol, hampa-kesan. Tidak lebih dari mencurah air ke daun keladi.
Ini kerana kuasa sebenar di belakang Dolah, yakni Menantu dan Anak Sulungnya,yang semulajadinya biadap, menggemari pendekatan politik kurang ajar ala-Amerika Syarikat yang dipanggil realpolitik, semestinya tidak akan faham mesej sebenar disampaikan.
Saya tidak boleh bayang apa yang Dolah ingin ‘perbetulkan’ sebelum dia tinggalkan sekaligus, jawatan Perdana Menteri dan
Tetapi jika Dolah memang ikhlas untuk ‘betulkan’ keadaan, saya jangka UMNO dan
- Batalkan projek koridor gila yang dipanggil Wilayah Pembangunan Iskandar.
- Teruskan projek ‘jambatan bengkok’ Johor-Singapura.
Sehubungan saranan, kendati Dolah terwahyu dan tergerak hati untuk lakukan demi membuktikan kepada dunia Melayu dan anak cucu dia bukan talibarut-wal-pengkhianat negara belaan Lee Kuan Yew, saya tidak fikir barisan ejen Singapura -- Menantu, Anak dan Kalimullah (serta Musa Hitam Penyembelih Memali siPencinta Singapura) – akan biarkan Dolah bertindak mengikut suara hatinya.
Kemungkinannya, ejen-ejen Singapura yang disebut akan pastikan Dolah maut diserang sakit jantung punca curare.
No comments:
Post a Comment