Saturday, April 26, 2008

Wah … Tengku Razaleigh, Sire, You Made My Day!

I don’t think Dolah Badawi has a clue as to how far respect can go, and what it can cause people to do.

Sebelum ini saya telah menyuarakan pandangan sinis tentang rancangan Bebudak Tingkat 4 yang dikepalai Kamalludin Abdullah, yakni barisan penasihat Dolah Badawi, untuk menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) satu suruhanjaya.

Maka itu diakui sebagai rakyat kerdil, saya tidak dapat tidak terkembang juga lubang hidung (malah rongga-rongga lain) bila pendapat saya di”amin”kan oleh seorang manusia dari kelas pemimpin besar negara.

Sehubungan, Tengku Razaleigh Hamzah telah dipetik meluahkan pendapat berikut:

… tidak bersetuju dengan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini berkenaan penstruktur semula Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah yang mana katanya, Suruhanjaya ini juga akan melapurkan terus kepada Perdana Menteri ... Suruhanjaya ini juga akan balik kepada asal yang mana tidak mampu menjalankan tugas dengan telus dan adil tanpa mengira kedudukan orang yang bersalah. Beliau menyarankan supaya Suruhanjaya ini melapurkan terus kepada Parlimen demi untuk menentukan keberkesanan setiap tindakan.

Bagi saya, kian hari kian jelas Bebudak Tingkat 4 penasihat Dolah Badawi masih terlalu tohor dari segi intelek. Balik-balik mereka masih lagi percaya rakyat boleh ditipu dengan slogan dan tindakan kosmetik. Maka itu mereka arahkan Dolah Badawi tuturkan rancangan cetek akal mereka, yang sebaik saja diucapkan, “ditembak” kiri kanan oleh rakyat jelata.

Selain dari fiasco cadangan meng-suruhanjaya-kan BPR, contoh kecetekkan fikrah (mentality) Bebudak Tingkat 4 adalah terlalu banyak. Antara yang ketara ialah nasihat yang membuat Dolah Badawi tidak mengisi jawatan Setiausaha Parlimen – lapis selepas timbalan menteri -- untuk kabinet musim ini.

Mengapa jadi begitu? Idea dan keputusan itu mungkin berpunca dengan salah seorang Bebudak Tingkat 4 itu terbaca atau bertemu istilah downsizing government (mengecilkan kerajaan) dan dalam minda tahap tadika mereka, terbayang satu gambar sebuah kerajaan yang tidak mempunyai ramai menteri/pegawai.

Seperti kanak-kanak yang hendakkan gula-gula, coklat, dalam kedai di seberang jalan yang sibuk, mereka sudah tidak pedulikan kiri atau kanan lagi, yang penting, gula-gula mesti diperolehi.

Langsung mereka terpa, redah, tidak fikir bahawa dengan tidak mengisi 20 atau 30 jawatan Setiausaha Parlimen, mereka telah mencipta 20-30 musuh dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berhajatkan dan sepatutnya menyandang jawatan tersebut. Atau paling tidaknya mengurangkan kejituaan, kepaduan sokongan terhadap Dolah pada jumlah yang sama.

Dek kerana Bebudak Tingkat 4 merasakan diri mereka terlalu pandai -- pandai tahap pandir --mereka telah menyebabkan Dolah musnahkan satu tradisi politik yang telah wujud selama 50 tahun. Serentak itu mereka telah berjaya timbulkan syak waham dan zhan dalam kepala pendokong Barisan Nasional -- apa kejadahnya upah kesetiaan dan bermatian untuk parti?

Sekarang tuan/puan pembaca boleh faham mengapa Anwar Ibrahim nampak begitu yakin bahawa ada 20-30 orang Ahli Parlimen BN akan menyeberang ke Pakatan Rakyat?

3 comments:

Anonymous said...

Kalo ahli UMNO asal Kedah yang cari makan kat Selangor nak balik beraya bulan Sepuloh 2008 nih... Sedih campur Hiba beb... Selangor, Perak, Butterworth/Penang, Kedah... sume Negeri Pembangkan bro...

Apa omputih kata tu, I feel for you Bro!!!!

Anonymous said...

Jangan marah anak cucu tompang singgah datuk. Singgah karna laman datuk luas.
-----------------

surat terbuka untuk UMNO Malayasia:
turunkanlah website http://www.ahliumno.com.my/
tadak kalo ramai budak-budak (Melayu khasnyer) yang layak pinjaman Yayasan Selangor akan merena kerana bapak atau omak mereka ahli UMNO.

takkan orang-orang tingkat 4 Personaliti Ulung PKR Selangor nak bagi loan kat anak-anak ahli UMNO Selangor kot.

Sumber:
bisik-bisik Unit Dasar MBS (Menteri Besar Selangor)
Unit Dasar MBS (sebahagian dari 'Tingkat 4' Personaliti Ulung PKR Selangor)

sexy said...

情趣用品,情趣用品,情趣用品,情趣用品,情趣用品,情趣用品,情趣,情趣,情趣,情趣,情趣,情趣,情趣用品,情趣用品,情趣,情趣,A片,A片,情色,A片,A片,情色,A片,A片,情趣用品,A片,情趣用品,A片,情趣用品,a片,情趣用品
A片,A片,AV女優,色情,成人,做愛,情色,AIO,視訊聊天室,SEX,聊天室,自拍,AV,情色,成人,情色,aio,sex,成人,情色

免費A片,美女視訊,情色交友,免費AV,色情網站,辣妹視訊,美女交友,色情影片,成人影片,成人網站,H漫,18成人,成人圖片,成人漫畫,情色網,日本A片,免費A片下載,性愛

情色文學,色情A片,A片下載,色情遊戲,色情影片,色情聊天室,情色電影,免費視訊,免費視訊聊天,免費視訊聊天室,一葉情貼圖片區,情色視訊,免費成人影片,視訊交友,視訊聊天,言情小說,愛情小說,AV片,A漫,AVDVD,情色論壇,視訊美女,AV成人網,成人交友,成人電影,成人貼圖,成人小說,成人文章,成人圖片區,成人遊戲,愛情公寓,情色貼圖,色情小說,情色小說,成人論壇

A片,A片,A片下載,做愛,成人電影,.18成人,日本A片,情色小說,情色電影,成人影城,自拍,情色論壇,成人論壇,情色貼圖,情色,免費A片,成人,成人網站,成人圖片,AV女優,成人光碟,色情,色情影片,免費A片下載,SEX,AV,色情網站,本土自拍,性愛,成人影片,情色文學,成人文章,成人圖片區,成人貼圖