Potong tangan mungkin boleh membawa keinsafan |
Sejak 20 tahun dulu, hasil polemik nasional tentang perlaksanaan
hukum hudud adalah setakat geseran dan hingar bangar, tanpa apa-apa percikan
cahaya.
Apapun, ramai di kalangan umat
Islam percaya perlaksanaan hudud akan dapat membasmi secara drastik jenayah
dalam masyarakat, kalau tidak pun mencantasnya ke tahap sifar.
Kegusaran masyarakat kebelakangan ini tentang peningkatan kadar
jenayah memerlukan satu penawar mustajab diperolehi segera.
Sebagai langkah usaha, satu eksperimentasi
sosial yang berani perlu dilakukan. Hudud
adalah eksperimentasi itu.
Tidak perlu cipta semula roda
Jika ada kemahuan politik, UMNO sebagai peneraju Barisan Nasional adalah
dalam kedudukan terbaik untuk melaksanakan hudud dan qisas. Diberi sedikit daya imajinasi, perlaksanaan hudud
bukanlah suatu perkara yang terlalu sukar.
UMNO tidak perlu mencipta semula roda dengan menggubal undang-undang
baru yang bakal berkontroversi untuk melaksanakan hudud.
Sebaliknya, UMNO hanya perlu “perkemaskan” Kanun Keseksaan (Akta
574) yang sedia ada.
Semua jenayah yang liputi hukum hudud dan qisas, kecuali kesalahan
murtad, telah pun diliputi oleh Kanun Keseksaan. Tukar saja peruntukan bentuk hukuman dalam
Kanun Keseksaan bagi enam jenis jenayah yang disebut di dalam Al-Quran, dari
hukuman penjara atau denda, kepada hukuman seperti potong tangan, atau hukuman
lain seperti yang dituntut.
Contoh, bagi kesalahan mencuri, UMNO hanya perlu pinda seksyen 379,
Kanun Keseksaan, dari “... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang
boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya ...”
kepada, sabit kesalahan, “potong tangan.”
Begitu juga dengan hukum qisas.
Sebagai contoh, UMNO hanya perlu pinda hukuman bagi jenayah membunuh
dengan sengaja. Sekarang ini hukuman
bagi jenayah ini, seperti diperuntukan oleh seksyen 302, ialah “Barang siapa
yang melakukan kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan bunuh.”
Pinda sewajarnya seksyen ini kepada, sabit
kesalahan, “ ... diseksa dengan bunuh, atau di atas persetujuan waris simati
denda (diat) 100 ekor unta atau nilai semasa 100 ekor unta dalam matawang
Malaysia.”
Satu transformasi mudah
Nota, contoh pindaan yang diberi mungkin berbunyi mudah. Tetapi tidaklah dimaksudkan contoh-contoh itu
memperlekehkan sesuatu yang berat. Tujuan contoh ialah menjelaskan satu bentuk
transformasi mudah yang boleh dibuat kepada
Kanun Keseksaan.
Darihal taktik perlaksanaan, UMNO yang dipandu ijmak pemimpin, ahli
dan pakar boleh membuat pindaan secara berperingkat, atau jika bertujuan menutup
rapat mulut PAS untuk tempoh 100 tahun ke hadapan, perkenalkan kesemua pindaan
sekaligus.
Tiada sebab menentang
Karpal Singh tolak hudud sebab takut hilang pelanggan |
Sejak sebelum Merdeka lagi rakyat Malaysia telah menerima Kanun
Keseksaan dan semua undang-undang lain yang berkaitan dengannya (seperti
tatacara mahkamah, tatacara jenayah dan akta keterangan) dalam bentuk seadanya.
Dijangka tiada pihak akan menolak usaha UMNO yang setakat menyelaraskan
Kanun Keseksaan dengan hukum hudud dan qisas sahaja, dan tidak undang-undang
berkaitan yang lain.
Perbuatan ini tidak menyentuh, atau bertentangan dengan kepentingan mana-mana
ugama lain, hatta kepentingan ekonomi mana-mana badan profesional.
Salah PAS
Boleh difahami jika sekarang ini perlaksanaan hukuman hudud
ditentang oleh banyak pihak, hinggakan ada tokoh-tokoh dari kalangan peguam yang
mengisytiharkan sanggup mati menentang hudud.
Punca mindset (fikrah) ini ialah kesilapan PAS yang dengan cara sifar hikmahnya telah menerangkan
hudud kepada masyarakat, sebagai sesuatu yang memerlukan undang-undang dan
mahkamah yang terasing. Semua itu adalah
terlalu terpisah dari pengalaman sosial dan imajinasi keadilan kaum
bukan-Islam. Lantaran itu mereka
menentang hudud.
Isu sebenarnya ekonomi
Di pihak peguam pula, khususnya mereka yang bukan-Islam yang telah
menghabiskan lebih dari tiga suku dari usia mereka mencipta nama dalam
“mahkamah sekular”, prospek hakisan ekonomi peribadi dalam bentuk hilang
pelanggan kepada “peguam syarie” adalah satu ancaman dan penghinaan yang
menikam kalbu.
Benar mereka boleh mengambil “sijil annual syarie”. Tetapi pada usia mereka, proses itu adalah
terlalu mencabar, malah hampir mustahil.
Maka itu mereka tentang hudud habis habisan.
Islam itu mudah
Diberi realiti masyarakat Malaysia, melaksanakan hudud dengan cara
menyelaraskan Kanun Keseksaan dengan kehendak Al-Quran adalah jalan terbaik
untuk menegakan hukum Allah, jika itulah sebenarnya kemahuan umat Islam Malaysia,
khususnya pengikut PAS. Lainlah pula ceritanya jika "hudud" hanyalah satu mainan politik.
2 comments:
All we need is some practice. I know, top dogs who don't know Diet Pills very well might need more than just that. I'm searching for something of substance. Keto Diet can lead to snap judgments. There are a lot of common issues. Another advantage of Weight Loss Gummies is Weight Loss Gummies. Weight Loss Gummies is simply serving the needs of the Weight Loss Gummies industry. I'm not only here for laughs and also they seem to have an impressive ability to use Weight Loss Gummies.
https://www.offerplox.com/weight-loss/true-form-keto/
https://www.offerplox.com/weight-loss/elite-keto-acv-gummies/
https://www.offerplox.com/weight-loss/dietoxone/
https://www.facebook.com/EliteKetoLetitiaDean
https://www.offerplox.com/weight-loss/premium-blast-keto/
https://www.nutraket.com/glucotru-reviews/
https://www.nutraket.com/peak-power-cbd-gummies/
https://www.offerplox.com/skin-care/tag-free-skin-tag-remover/
Post a Comment