Di celah dentuman polemik “DAP kafir harbi” sesetengah pengundi
Melayu mungkin masih lagi boleh bersimpati dengan kekuda partisan PAS. Ini kerana mereka melihat PAS sebagai
pembangkang stereotaip, yang semestinya membangkang apa juga yang datangnya
dari UMNO. Itu tugas hakiki PAS.
Kasyaf yang menyesatkan dari seorang guru tarekat |
Tetapi bila ada pemimpin PAS dari kelas intelektual yang mengtasybihkan
DAP dengan alasan “tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana
tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar” -- penaakulan yang memualkan ini telah membawa ke
permukaan sifat sebenar keupayaan fikir kepimpinan PAS.
Tidak kah terlintas di kepala kepimpinan PAS bahawa umat
Islam di Rohingya, Myanmar, tidak pernah memperjuangkan penubuhan sebuah negara
Islam, hatta hukum hudud itu dilaksanakan?
Kafir Harbi di mana mana. Hanya tunggu masa dan peluang. |
Namun semenjak wilayah mereka diilhakkan oleh kuasa British yang
menjadikannya jajahan takluk Myanmar, mereka telah menjadi warga tanpa negara. Di himpit kebencian kaum kafir yang menjadi
majoriti dan pemerintah Myanmar, mereka cuma mahu hidup. Namun tentera negara itu sendiri telah membantai
mereka tanpa belas kasihan.
Dalam perkembangan terkini, diberitakan tidak kurang dari
6,000 orang telah dibunuh, manakala ribuan lain pula diperkosa, di samping ribuan
kediaman dan harta benda milik penganut Islam dimusnahkan.
Di beri gambar latar kebencian kafir terhadap umat Islam yang
sedemikian rupa, di mana letaknya jauhar hujah PAS yang menafikan kewujudan
kafir harbi tanpa adanya sebuah negara Islam?
Justeru itu, respons kepimipinan PAS yang mensucikan DAP menagih
satu soalan mudah: Tahukah PAS menilai
di titik mana DAP itu berada di dalam spektrum kafir zimmi-harbi?
Penghinaan melampau DAP mencetuskan 13 Mei 1969 |
Penelitian hasil perkongsian PAS dengan DAP dalam tempoh
empat tahun lepas memberi gambaran jelas.
Ternyata, keupayaan kepimpinan PAS memahami implikasi ke atas
kepentingan bangsa dan ugama hasil pemutusan politik yang mereka buat, adalah
tumpul.
Perhatikan bagaimana di Perak, sejurus keputusan pilihan
raya umum (PRU) 2008 diketahui, DAP dengan mudah telah berjaya memukau PAS
dengan tawaran hiasan kuasa dan jawatan tinggi.
Melalui tawaran dua kerusi exco, yang termasuk kerusi
menteri besar yang dibuat dalam terpaksa, DAP mampu mendominasi secara total
Majlis Exco Perak, dan sekaligus itu “kuasa veto” dalam Dewan Perundangan
Negeri.
Dalam teruja menyambut tawaran, PAS tidak membaca bahawa
saiz kabinet kerajaan negeri bukanlah terhad kepada hanya 11 jawatan exco
termasuk jawatan menteri besar.
Berhala di DUN Pasir Panjang terbina sejurus Nizar Boneka DAP di angkat jadi MB Perak |
Sebaliknya, saiz sebenarnya ialah 13 kerusi termasuk jawatan Speaker
serta timbalan Speaker, Dewan Perundangan Negeri. Kenaifan PAS itu telah membolehkan DAP dengan
santai melantik wakilnya di kedua-dua jawatan tersebut.
Jika PAS dilihat gagal mencerna maklumat tersurat,
keupayaannya menghadam fakta tersirat adalah lebih rendah.
Dilambung gembira prospek menduduki kerusi menteri besar,
PAS gagal mengambil kira bahawa YB Jamaluddin Mohd Radzi, ahli Dewan Undangan Negeri
(DUN) N59 Behrang, yang juga dilantik exco adalah sebenarnya seorang pembawa
kartu keahlian DAP yang dipertandingkan di atas tiket PKR.
Islam bergelimpangan di Rohingya. Mangsa kafir zimmi? |
Sandiwaranya nampak seperti PKR yang dapat satu lagi slot
exco, tetapi realitinya DAP menduduki slot tersebut melalui ADUN N59 Behrang.
Disebabkan daya catur PAS yang tumpul, DAP yang menyumbang
18 (atau 58%) dari 31 kerusi DUN yang dimenangi Pakatan Rakyat (PR) telah
mendapat sembilan (69%) dari 13 jawatan kabinet negeri.
PAS tertipu? Atau kelincahan
pencak politik PAS sememangnya hanya setakat itu, dan tidak perlu ditipu-tipu?
Amati pula apa jadinya kepada PAS di Selangor. PKR yang menyumbang 16 (atau 44%) dari 36
kerusi DUN yang dimenangi PR telah mendapat tujuh (54%) dari 13 slot kabinet
negeri termasuk jawatan timbalan Speaker.
Sebaliknya PAS yang menyumbang tujuh (19%) kerusi DUN mendapat hanya dua
(15%) jawatan exco.
Itu belum lagi diambil kira pembolotan jawatan dalam
majlis-majlis kerajaan tempatan oleh penyokong PKR dan DAP. Hingga diberitakan terdapat kes perlantikan ahli
majlis yang buta huruf serta tidak tahu berbahasa kebangsaan.
Maksud mudah istilah “politik” ialah persaingan mendapatkan kuasa
mengagihkan sumber ekonomi.
Dalam konteks ini di mana letaknya maruah sebilangan intelektual
Melayu yang cenderong menyokong PAS? Berbaloikah
imbuhan yang mereka perolehi setelah menjadi tulang belakang jentera PAS, baik
secara terangan atau secara sulit, khasnya di peringkat daerah mengundi, di
seluruh Semenanjung semasa PRU 2008 dulu?
Terjulangkah Islam di Perak dan Selangor?
Apa pun jawapannya, terbukti PAS dan penyokongnya adalah
penjelmaan hidup bagi perumpamaan “menang sorak kampung tergadai”.
"Ulamak" yang jadi lidah pembela persekutuan dengan Kafir DAP |
Dalam tahun 2008, PAS masuk ke pasaran undi seumpama seorang
perawan masuk ke pasaran jodoh. Di seluruh Semenanjung calon PAS membawa imej
anggun, serta suci dari noda dan dosa.
Namun, di Perak sebagai contoh, selepas dicuba hanya 11
bulan, “mempelai” yang dipilih rupanya memiliki belang “serupa, malah lagi
teruk dari UMNO.” Tetapi lebih rendah
dari itu, ialah persepsi pengundi Melayu yang melihat PAS sekadar boneka DAP
yang telah mengkhianati kaum.
Di Selangor, imej PAS adalah sekadar melukut yang hanya
layak menjadi pembekal lasykar pejalan kaki untuk mengimarahkan majlis-majlis
PKR, sebagai tompokan hadhirin yang berkopiah putih. Setakat sesuai untuk difoto sebagai bukti kepada
pemerhati di luar negara, bahawa PKR telah berjaya mengliberalkan Islam di
Malaysia.
Untuk PRU ke-13, PAS akan masuk ke pasaran undi laksana
seorang duda masuk ke pasaran jodoh. Selain
stigma, pasaran juga melihat kepada bagasi yang diheret bersama. Dalam menilai semua itu, reputasi masa lepas
yang PAS tawarkan akan menjadi titik tolak. Mutakhir, reputasi itu jelas
kelihatan mereput.
1 comment:
Gua mau tanya...kenapa UMNO xbuat Hudud?kenapa UMNO melayu perintah tapi orang cina paaling kaya?yang merempat melayu..segelinitr je melayu yg kaya (pemimpin dan ketua bahagian yang kena suap dengan cina!)
sudahla UMNo..dah lama makin nyayuk dengan kuasa
Post a Comment