Monday, July 16, 2012

PRU ke-13 Pada 13 September, 2012?


Kepastian tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 telah mendatangkan banyak fitnah dan tohmah kepada Datu Seri Najib Tun Razak sebagai manusia tunggal di Malaysia yang tahu bila tarikh sebenarnya.  Namun, perhatikan muka DS Najib langsung tidak berkerut dalam berdepan dengan semua tohmahan.

Tema besar tohmahan yang dilemparkan oleh dewa-dewi Pakatan Pembangkan ialah (a) DS Najib tidak yakin dengan keupayaan BN mengekalkan kuasa dalam parlimen, (b) DS Najib mahu lakukan PRU semasa musim haji untuk memastikan penyokong PAS tidak boleh mengundi, dan (c) DS Najib takutkan isteri, yang mana DS Rosmah masih belum beri kepastian.

Selang purata antara dua PRU

Katalah apa sekalipun, sebab utama mengapa DS Najib nampak "sadin", selamba (bersahaja) tentang isu ini ialah kerana pentadbiran beliau masih lagi dalam tempoh purata jarak antara dua PRU.

Tempoh purata antara dua PRU semenjak PRU pertama pada Ogos 19, 1959, hingga PRU ke-12 pada Mac 8, 2008,  ialah 4 tahun, 6 bulan dan 19 hari.

Tempoh paling lama ialah 5 tahun 3 bulan 17 hari, iaitu jarak antara PRU ke-3 dalam tahun 1969, dengan PRU ke-4 dalam tahun 1974.

Tempoh paling singkat ialah 3 tahun 9 bulan 19 hari, iaitu selang antara PRU ke-5 dalam tahun 1978 dengan PRU ke-6 dalam tahun 1982.

Mac 2013 genap 5 tahun Pentabiran BN Penggal ke-12

Mengapa September 13?

Tempoh 4 tahun, 6 bulan dan 19 hari selepas PRU ke-12 dalam tahun 2008 jatuh pada September 27, 2012.  Tetapi di berikan sebab-sebab berikut saya tidak jangka hari membuang undi PRU  ke-13 akan jatuh pada tarikh ini.

  • Pertama, bagi semua tujuan praktikal, musim haji tahun ini akan bermula pada hari Isnin, September 17, 2012 dengan berlepasnya pesawat pertama yang membawa jemaah haji Malaysia.  DS Najib tidak boleh adakan sebarang pilihan raya pada, atau selepas tarikh ini, kerana umat Islam Malaysia akan menjatuhkan beliau kafir yang lagi nyata dari kekafiran Khalid Samad, MP Shah Alam, yang mempertahankan konsep "Allah Tritini" (3 tuhan dalam satu) sebagai sesuai digunakan oleh umat Islam Malaysia.

  • Kedua, selepas September 17, tarikh paling awal DS Najib boleh adakan PRU ialah selepas November 29, 2012.  Tarikh ini ialah tarikh penerbangan pesawat terakhir membawa pulang jemaah haji. Perhatikan tarikh ini adalah bersamaan dengan bermulanya musim tengkujuh (banjir) di Semenanjung Tanah Melayu.  Sehubungan ini saya tidak jangka aktivis BN adalah dari jenis manusia gigih berjiwa besi waja yang sanggup dibasahi hujan dan mengharung lecak untuk berkempen pilihan raya.  (Jika berlaku juga PRU dalam tempoh ini, saya agak DS Najib tidak akan punyai cukup projek dari Rancangan Malaysia ke-11, 12 dan 13 untuk diagihkan pada sebelum hujung tahun 2012.)

  • Sebab ketiga ialah Hari Puasa tahun ini difalak akan jatuh pada Ogos 19 atau 20.  Andaikan DS Najib mengumumkan tarikh pembubaran parlimen pada hari Khamis 23 Ogos, Anwar Ibrahim akan mempunyai masa selesa 21 hari untuk menggerakkan gerilya-gerilya-nya (perkataan "gurila" ikut ejaan Indonesia), dan membawa masuk bantuan asing (dalam bentuk campaign manager dan pemantau PRU) untuk menghuru-harakan PRU ini.  Anwar hanya perlukan masa 10 hari untuk cetak 17 kapal kontena bendera, poster, sticker, t-shirt dan kain rentang di China dengan pembiayaan asing dan membawanya masuk ke Perlabuhan Pasir Gudang atau Kuantan.  Manakala untuk BN, 21 hari ialah tempoh yang selesa di adakan tarikh penamaan calon serta kempen selama 2 minggu.

PRU mesti hari sebelum Jumaat

September 13 jatuh pada hari Khamis.  Dan Khamis adalah hari yang paling afdhal untuk dijadikan hari membuang undi.

Hari paling "celaka" untuk BN ialah hari Sabtu.  Ini kerana jika berlakunya PRU pada hari Sabtu, apa yang akan berlaku pada hari Jumaat sebelumnya ialah aktivis PAS (baik yang bergerak secara terbuka, dan khususnya yang bergerak dalam senyap) akan melakukan rampasan kuasa besar-besaran ke-atas semua masjid di Semenanjung Tanah Melayu.  Peluang itu akan digunakan selantangnya untuk memberi "fatwa terakhir" tentang kewajiban mengundi PAS dan sekutunya.

Di Jumaat itu juga malaikat akan menjadi saksi betapa penganut Islam Liberal penyokong PKR yang tidak tahu niat mandi junub akan pakai serban dan jubah berlakun khatib dan membaca khutbah menyeru makmum menyokong Anwar.

Jika ini berlaku, BN akan tidak punya masa untuk bilas kesan "bilasan akhir" PAS yang mampu melenyapkan segala jasa baik yang DS Najib lakukan dalam tempoh 4 tahun lepas.

Apa pun tarikh PRU ke-13 yang diumumkan kelak, saya yakin 100% ianya tidak akan berlaku dalam tahun 2013.  Mengapa begitu yakin?  Jawabnya pada posting yang akan datang ...

No comments: