Saturday, September 22, 2007

Koridor Ekonomi Pantai Timur: Antara ‘Ecer’ dengan ECER

Dalam slanga Kelantan perkataan “ecer” dalam konteks atau konotasi apa sekalipun tidak mempunyai maksud yang baik/manis.

Tahi berlecer – membawa maksud pembuangan najis yang tidak terkawal lagi, hingga meleleh di betis atau kaki, hatta bertaburan dijalanan.

Darah berlecer – pendarahan tidak terkawal ekoran kemalangan, dihentak orang, atau tompokan pada pakaian gadis sunti yang masih belum mahir mengendalikan kebersihan semasa uzur syarie.

Ecer nama/cerita – menjual nama atau memfitnah.

Baso (jenis) ejer – manusia tidak boleh diharap, tidak boleh simpan rahsia, jenis lalai.

Ecer! – sia-sia, tidak berhasil, bodoh.

Amnya dari contoh di atas dapat dirumus bahawa dalam slanga Kelantan, “ecer” membawa maksud tidak terkawal, terburai, berterabor, tidak focus, fitnah dan sia-sia.

Itu perkataan “ecer” di Kelantan, salah sebuat negeri yang akan masuk dalam wilayah takluk projek Abdullah Ahmad (Badawi) yang ringkasnya digelar “Koridor Timur.” Manakala di Putrajaya pula, "ECER" adalah satu perkataan keramat yang dengan mana Menantu Abdullah Ahmad (Badawi) berhasrat menjadikannya sebagai penangkal merampas Kelantan dari PAS, dan seterus menundukkan PAS di Terengganu untuk beberapa PRU yang akan datang [1].

ECER ialah akronim Inggeris yang membawa maksud “Eastern Corridor Economic Region.” Projek ini telah dicanangkan akan melibatkan "pembangunan" hampir 51% dari bumi Semenanjung Malaysia. (Mesti Lee Kuan Yew tersenyum lebar, lagi puas).

Apa ada dengan ECER, hinggakan belum pun dilancar Rudin X sudah memperlekeh dan mempertikai?

Rujuk saja lapuran akhbar, dan tak boleh tidak pembaca budiman akan diterpa kehaprakkan dua fakta besar berikut:

  • 40% atau RM44.8 bilion dari bajet RM112 bilion ECER ialah untuk pembinaan lebuh raya [2]. Maksudnya grup terbesar yang bakal menerima manfaat projek ini ialah suku sakat Samy Velloo. Nah awak, mana kepentingan Melayu Pantai Timur dalam projek yang bakal ecer ini?

Nampak gayanya bila terlaksana projek ECER kelak, makin banyaklah zakat Samy Vello untuk pembikinan berhala-hala mega bersalut emas.

Okay-lah, untuk berlaku adil kepada pelakun terbaik watak Perdana Menteri dan projek ecernya, mungkin juga seorang Melayu, Annuar Musa wira-PPRT yang kebelakangan ini tentunya sudah pandai buat lebuh raya akan mendapat manfaat.

Ya lah, apa tidaknya, sejak Menantu Perdana Menteri Boneka menganugerahkan Annuar Musa projek lebuh raya Kota Bharu –Kuala Krai yang panjangnya tidak sampai 100 km, pada harga yang disoksekkan sekitar RM1.8 bilion.

(Tu dia adik-kakak, kos lebuh raya RM18 juta per kilometer. Paling koman pun mesti diturap “emas Zhulian” dan ditatah “berlian Swiss.” Kan?)

  • Poin kedua yang pembaca mungkin tidak perasan ialah penubuhan sebuah badan amanah untuk kononnya, "majukan" Tanah Rizab Melayu.

Maksudnya, atas nama pembangunan, pengendali ECER akan pujuk/tipu dan akhirnya paksa Melayu untuk serah tanah kepada badan amanah ini, yang yakinnya akan diurus oleh manusia-manusia yang kita semua boleh bayang, dipilih dari kalangan mereka-mereka yang tidak beramanah! (Apa? Selama ini geng-geng Menantu Perdana Menteri boneka itu baik-baik belaka).

Berapa ramai pekebun Melayu seluruh negara yang boleh ceritakan betapa setelah 20 tahun serah tanah kepada FELCRA untuk dibangunkan, lima sen dividen pun tak pernah dihulur?

Atau tanya saja peserta KESEDAR Kelantan mengapa setelah hampir 25 tahun (suku abad) menyertai tanah rancangan, hutang mereka dengan KESEDAR masih belum langsai? Dan lagi, mengapa di musim harga kelapa sawit RM400/tan peneroka KESEDAR masih dibayar elaun RM300/bulan (belum tolak hutang) untuk hasil dari kebun mereka seluas 10 ekar/orang.

Walhal umum tahu 1 ekar kebun kelapa sawit mampu hasilkan buah hampir 1 tan/bulan. Maksudnya sengkek-sengkek pun peneroka KESEDAR patut dapat hasil hampir 10 tan/bulan, yang mana hasil ini adalah bersamaan dengan RM4,000/bulan. Langsung membawa kepada soalan bodoh saya: Ke mana perginya duit RM3,700/bulan hak peneroka itu?

Bab serah tanah kepada badan-badan amanah anjuran dan di bawah kawalan Kerajaan BN, saya congak, bangsa Melayu sudah cukup masak dan cerap akan akibatnya. Hatta tanah-tanah itu diserahkan kepada badan-badan amal ugama sebagai wakaf. Sehubungan ini, pengalaman seluruh Semenanjung menunjukan anak cucu pasti akan putih mata melihat tanah datuk nenek mereka dimanfaatkan oleh pemaju bukan Islam, dengan mereka sebagai pewaris tidak mendapat apa-apa.

Begitulah secebis dua komentar yang terlintas bila saya terbaca maklumat ringkas yang dipratontonkan tentang ECER. Yang mana, saya yakin ramai pembaca akan bersetuju dengan saya, jika dikatakan dengan terlaksananya projek yang bakal Abdullah Ahmad (Badawi) lancarkan ini, kepentingan ekonomi Melayu Pantai Timur akan berlecer.

1 comment:

A Voice said...

Nampoknya WPI doh ah sampa Kelate. Sang Kelembai spoke to soon.