Di sini bermula rakaman kekecewaan saya dengan penampilan daya fikir Melayu secara kolektif.
Setelah berbilion ringgit dibelanjakan oleh kerajaan pimpinan Melayu sejak tahun 1973 untuk menghantar orang Melayu belajar di luar negara dalam pelbagai bidang, yang mana ramai juga yang berjaya memperolehi ijazah doktor falsafah, adalah sungguh mengecewakan bila didapati tiada satu pun suara cerdik pandai Melayu dari kumpulan pensyarah ekonomi, kewangan, dan pentadbiran perniagaan khususnya, yang berani tampil ke depan untuk menyanggah kajian dan rumusan yang dibuat oleh ASLI.
Sedih bila mendapati cendikiawan Melayu adalah terlalu impoten mindanya, langsung tidak berani membincangkan secara objektif, di atas landasan dan dalam skop perbincangan akademik, berpandukan petunjuk dari pengajian bidang "kaedah penyelidikan" bahawa kajian ASLI tersebut mempunyai terlalu banyak "fallacious argument" -- penghujahan karut -- yang menjadikannya langsung tidak layak dipanggil "penulisan akademik."
No comments:
Post a Comment