- Pertama, didedahkan bahawa satu rombakan besar kabinet akan dilakukan pada bulan Februari 2007 kelak. Rombakan ini akan melibatkan 10 menteri penuh, dan dua timbalan menteri. Siap dengan menamakan personaliti yang bakal termangsa, dari yang paling tidak signifikan kepada Timbalan Perdana Menteri yang ada kini.
- Kedua, didedahkan bahawa PRU (pilihan raya umum) ke 12 akan diadakan pada bulan April 2007, di mana UMNO-BN akan menampilkan satu barisan calun-calun muka baru yang berumur tidak lebih dari 50 tahun. (Pendedahan ini adalah semirip dengan gosip di kalangan “diehard” [penyokong setia] Keadilan yang mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan satu firma konsultan untuk mengenalpasti satu barisan 30 calun yang berumur lingkungan 30han untuk dipertandingkan di atas tiket Keadilan dalam PRU 12 kelak).
Bagi saya perincian intipati cerita tidak penting. Personaliti mana akan digugurkan, siapa yang akan mengganti, atau bila PRU bakal diadakan bukanlah isu-isu besar. Tetapi isu yang maha besar bagi saya ialah implikasi dan reaksi politik terhadap “pendedahan” ini.
Implikasi terbesar thriller Datuk Ruhanie ialah UMNO bakal menyaksikan satu “purge” semirip dengan satu “pembersihan etnik” besar-besaran bermula dari atas hingga ke peringkat akar umbi menjelang PRU 12 kelak. Namun, apa yang menghairankan, setelah hampir 200,000 umat
Tiada “sms” sesat berterbangan. Tiada bisik-bisik dan kenyit mata di majlis-majlis rumah terbuka hari raya. Tiada gosip sumbang di bangsal-bangsal kopi. Seolah-olah, jika pendedahan Datuk Ruhanie itu adalah satu kebenaran, saf kepimpinan UMNO yang ada kini, baik yang memegang jawatan besar atau kecil, adalah terlalu pasrah dengan nasib yang bakal menimpa mereka.
Penakut benarkah pemimpin-pemimpin UMNO yang ada kini? Hinggakan secara kumpulan pun mereka tidak berani bertindak?
Ataupun bodoh benarkah mereka ini, langsung tidak tahu bagaimana hendak bertindak?
Sedih. Memandangkan mereka ini tidak berani dan tidak tahu bertindak untuk menyelamatkan diri sendiri. Langsung wajar kita tanya, patutkah mereka ini diharapkan bertindak untuk menyelamatkan bangsa dan negara?
Jika jawapan kepada salah satu atau kedua-dua soalan di atas adalah “ya,” maka sahlah masanya sudah sampai bagi bangsa Melayu menggantikan pemimpin-pemimpin Melayu dari UMNO yang ada kini dengan satu saf pemimpin yang baru.
Kepimpinan alternatif memang sedia wujud. Pemimpin-pemimpin yang punyai kekuatan sokongan “grassroot” sendiri. Pemimpin yang mendaki dari bawah. Yang tidak mudah diugut. Yang teruji dan bila-bila masa sedia diuji. Yang berpengaruh tanpa perlukan atau menggunakan wang ringgit. Pemimpin-pemimpin yang jitu yakin dengan apa yang mereka perjuangkan. PAS mempunyai ramai pemimpin sedemikian.
No comments:
Post a Comment