Tuesday, October 31, 2006

Menilai Kepimpinan: Di aras mana Abdullah berbanding Mahathir?

Hebat benarkah Tun Dr Mahathir maka itu kebelakangan ini kita jenuh mendengar dan membaca betapa “kepimpinan” beliau adalah jauh berbeza dari apa yang ditunjukan oleh Abdullah Ahmad (Bardawi)? Hingga sesetengah pemerhati masyarakat berani mengatakan bahawa Abdullah itu adalah tidak lebeh dari satu boneka dalam penampilannya.

Bermula jawapan bagi soalan ini ialah kefahaman kita tentang apa itu “kepimpinan”.

Dari satu sudut, “kepimpinan” atau dalam bahasa Inggeris “leadership” adalah satu konsep persis “klimaks seks. Semua orang tahu (di peringkat rasa) tetapi terlalu sukar untuk dihuraikan. Malah, untuk sebilangan besar umat dunia, tidak terhurai pun.

Sehubungan kedua-dua ini, kita semua tahu menilai “mutu,” yang mana terbaik lagi menfanakan, atau yang mana tidak. Namun, setepatnya kita tidak dapat meletakkan di mana, atau menyebutkan apa itu yang menyebabkan kita memberi rating, penarafan, yang tinggi untuk sesuatu kepimpinan atau hasil hubungan kelamin.

Carian ilmiah menunjukan bahawa dalam dunia di mana Inggeris adalah lingua franca, wujud tidak kurang dari 200 takrif kepimpinan yang digunapakai. Itu belum diambil kira perbincangan kepimpinan dalam bahasa Perancis, Sepanyol dan German. Sekadar mendapat bayangan betapa kompleks dan menakjubkan subjek ini, lakukan satu carian “dogol” internet ke atas perkataan “leadership” dan pastinya anda akan bertemu dengan hampir 271 juta halaman web yang mengandungi perkataan ini.

Diberi maklumat latar di atas, hampakah usaha kita untuk menilai Abdullah dan Mahathir?

Tidaklah begitu. Untuk tujuan kefahaman dan perbualan harian kita, mulai kini hingga tamat PRU ke 12 kelak, takrif dan konsep kepimpinan berikut boleh digunapakai untuk menilai di mana letaknya hebat dan keberkesanan kepimpinan yang kita temui dalam hidup seharian kita.

Takrif

Takrif ini boleh dirajahkan seperti berikut.

Bermula di sini, jangkanya kita sudah boleh menilai di mana kena atau tidak kena, di mana silap atau betul, di mana berkesan atau selekeh, kepimpinan yang kita alami.

Amati ciri watak yang cuba memimpin, dan padankan dengan ciri kumpulan pengikut yang cuba dipimpin, maksudnya diri kita sendiri, dan padankan dengan situasi semasa, atau yang bakal dihadapi.

Diberi sesuatu keadaan bolehkah pengikut menerima ciri pemimpin? Atau lebih tepat tanyakan -- dalam keadaan ini adakah pemimpin mempunyai pengikut? Kalau ada, berapa ramai?

Contoh menilai.

Jawapan kepada soalan begini, dalam 101 situasi yang difikirkan sedang atau bakal menyelubungi masyarakat, dipadankan dengan 101 ciri watak yang cuba memimpin, digandingkan pula dengan 101 hasrat dan nilai bersama masyarakat yang perlukan kepimpinan, sepatutnya menentukan samada barisan pemimpin yang ada kini patut dikekalkan atau tidak selepas PRU 12 kelak.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah dan terima kasih kerana penyampaian yang memudahkan saya berfikir.

Yang tak mudah ialah apa yang dikatakan oleh Cik Victoria Zdrok,PhD. "the best way to find the g-spot..."

Pakar dan ahli dalam ilmu asmara tempatan era The Siglap Five berpendapat 'bunga'(g-spot) tidak perlu dicari kerana ianya memang telah sedia ada. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menyentuh bunga tersebut.

Selalunya sebelum disentuh beberapa amalan akan dilakukan. Seperti mengasingkan daun, biji dan ranting. Buat sebalut. Kena sebalut.

Bila semua amalan tersebut telah dilakukan dengan baik barulah jampi mentera yang dibaca jadi lancar dan mustarjab. Dalam bahasa kini jampi dan mentera itu dipanggil 'meng-ayat.'

Apa yang terjadi bila bunga disentuh? Menurut yang 'merasa' tiada kata-kata yang dapat menceritakan kelazatan dan nikmat yang mereka rasa.

Nikmat dan lazat yang dirasai oleh pakar asmara ialah bila mereka tenggelam didalam lautan khayal mendengar rengek dan ngerang yang disentuh.