Demikian itu, maka tuan/tuan wajar bertanya mengapa Rudin X masih terus ber-blogging? Apa yang dapat? Berapa sen upah? Jawabnya, tuan/puan yang saya hormati, saya dapat semacam satu rasa seronok bila saya dapati wujudnya keselarian ide, antara saya dengan dunia luas. Khususnya, bila saya amati bahawa dari segi ide dan timing, saya boleh mendahului pemikiran para pembesar parti politik. Khasnya bila saya rasa saya boleh out-think pemimpin UMNO. (Amboi, ego-nya bunyi!)
Dan sebenarnya pun, saya kena akui bahawa banyak dari ide yang saya ketengahkan di sini bukanlah original pemikiran saya. Banyak juga yang saya dapati dari melanguk sambil berbual di bangsal-bangsal kopi di Kota Bharu dan daerah-daerah yang berdekatan. Maksudnya, dalam satu segi, saya memplagiat ide dan pemikiran marhain; yakni rakyat jelata yang tidak punya kedudukan mahupun pangkat, baik dalam parti-parti politik mahupun dalam masyarakat setempat.
Yang sebenarnya ide-ide di sini kebanyakkannya adalah olahan, cakap ajuk, cakap pindah, segala cakap Pok Sin Drebar (Gateh/Kayoh) Teksi (Beca), segala rungutan Mamat Cengkirik Kuli Bandaran, segala makian Dollah Butut Kedai Ikan, dan sebagainya.
Maka itu, saya merasakan bahawa dalam kes rakyat lawan petualang-petualang bangsa yang kini memerintah Malaysia, rakyat pejalan kaki di segenap cerok negara telah menang, bila saya terbaca, sebagai contoh, usaha UMNO untuk memartabatkan unit paling asas empayar politik – yakni peti undi. Atau bila saya terbaca bahawa UMNO sudah mula fikirkan mutu calun yang mereka pertandingkan.
Pun adalah saya boleh ditanya, tidakkah Rudin X cuma berperasan seorang diri dari hal ini? Tak kanlah orang yang diperintah lagi bijak dari orang yang memerintah? Ya, ya, saya setuju dengan hujah itu. Tapi hanya sehingga ke satu tahap. Yakni ke sempadan sains “causality” dalam aspek “sufficient and necessary condition” (syarat memada’i serta wajib) yang boleh mengkaitkan sebab dengan kesan (cause and effect).
Bagi saya, ide marhain yang saya ketengahkan di sini telah mendahului kepupayaan berfikir para pemimpin. Maka itu (akal) marhain adalah penyebab dengan (tidakan) pemimpin UMNO adalah kesan.
Setakat ini, saya tidak jangka ramai pembaca boleh faham mesej yang saya
12 comments:
assalamualaikum en din, saya memang pengunjung tetap blog ni. Cuma tidak pernah meninggalkan jejak.
Banyak tulisan en din yang saya amek, dan terangkan dekat orang kampung saya sambil-sambil minum kopi.
bang din sy tetap kagum dgn kritisnya fikiran abg, walau abg meresap dlm wajah2 marhaen, tapi keintelektualan abg tetap tak pudar, walaupun dah tinggalkan dunia akademik tu sudah lama.
Antara blog yg sy amat kagum, sbb mempunyai fakta yg disertakan, ada statistik dsb.
Tapi sayang no. h/set abg yg ada dgn saya dah not available lagi dah.
Sorry my comment too personal about you. Bcoz only this way I can comunicate with you, no alternative again.
teruskan penulisan anda..
saya tetapa akn membacanya walaupun tiada org yg sudi membaca dan mengambil peringatan
Hei Rudin!
Kawe dok baca sokmo blog ni, walaupun kawe tak rajin komen.
To me blogging is just like filling your diary with things you want to remember.
It doesnt matter if nobody reads, because these days, more and more people blog. We cant visit all the blogs. After all, blogging is what i call "Charismatic Democracy"!
Charismatic Democracy surely attracts more and more people!
Blog terbaik untuk analisis dan panduan gerakerja Pilihanraya..Tahniah Pokcik Din..
saya mendapat jejak blog encik rudin entah dari blog mana? tetapi semenjak mengenali blog ini, saya kerap mengunjungi, meskipun tidak pernah meninggalkan jejak.. (tulisan terbaru seolah-olah menyuruh meninggalkan jejak..hehe)
ilmu politik saya masih kurang. Tulisan en Rudin dapat membantu sedikit sebanyak pemahaman saya akan senario semasa, sebab dan akibatnya. biarpun tidak berapa faham istilah statistik.. tapi buat-buat faham sahajalah. (akibat belajar statistik kerana memenuhi jam kredit wajib sahaja)
apa pun, semoga encik Rudin dapat meneruskan tulisan2 berinformasi sebegini, sebagai alternatif kepada sumber berita sedia ada.. (oh.. ini bukan bodek ya..)
salam..terus kan dgn analisis serta kajian yng boleh mencelikkan mata yng rabun...terima kasih pada saudara.
Salam Bro,
......saya bukanlah seorang blogger dalam liga besar, big league....
A journey of a thousand miles start with the first step.
Keep it up Bro.
Adios
Salam Bro,
Saudara, penulisan adalah untuk kepuasan diri, bagi melontarkan idea dan pendapat yang terpendam.
Perlu banyak usaha untuk melakukan perubahan ketara kepada 110 YB mewakili UMNO dalam Dewan Rakyat. UMNO pusingan lepas ini sebegitu kuat sehinggakan mereka sebenarnya mampu menubuhkan Kerajaan atas kekuatan sendiri, TANPA muafakat dan kerjasama perkongsian kuasa dengan 98 YB 13 parti parti komponen BN lain.
Setakat ini, prestasi terbaik PAS adalah 27 dan PKN 5. Itu pun berasaskan sentimen kemarahan rakyat keatas PM Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad kerana kes Anwar Ibrahim AC/DC.
Jika UMNO bersungguh sungguh berusaha untuk memperbaiki dan menghalusi sistem pemilihan calon mereka lebih bagus dan teliti lagi, apa mungkin 'empayar' Melayu berasaskan semangat kebangsaan ini boleh digoncang, sekalipun berpuluh puluh skandal dan kontroversi diutarakan, saban minggu?
Ini realiti yang Melayu yang tidak bersetuju dengan UMNO perlu timbangkan, samada suka atau tidak.
Sikit-sikit dah nak faham apa abang cuba sampaikan, tapi kena baca posting-posting yang lain untuk betul-betul faham.
bg Din
Moga pimpinan PAS & Keadilan negeri & pusat akan melaksanakan proses cula bagi mentaksir samada kita boleh menang atau tidak dalam sesuatu Parlimen/Dun. Kita boleh tumpukan kawasan yg berpotensi besar untuk menang. Itupun jika cula undi sesuatu kawasan pilihanraya dibuat kemas.
Pengalaman saya di Parlimen Parit, Kepala Batas memang cula undi tak pun dibuat. Jadi toksahlah mendabik dada kita kan menang di kwsn2 ini. Kecuali kemenangan di Parit pada 1998 kerana sentimen anwar Ibrahim. Selain Kelantan Parlimen Pendang & Dun Anak Bukit di Kedah memang A dia punya cula undi.
So kesimpulannya. Saya mencadangkan agar abg Din dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Pusat. Kalu tak bleh kita lantik kat Kedah/Terengganu dulu. Kita fokuskan kepada strategi cula undi ni sebelum Pilihan Raya ke 13 nanti. PR akan dtg tak sempat dah.
Post a Comment