Tuesday, March 27, 2007

Tajuk Johor Serambi Singapork

Tanjung Puteri, mengikut satu lagu yang saya cukup gemari di zaman kanak-kanak dulu, ialah "Tajuk Johor."

Sejujurnya sampai hari ini saya tidak faham apa maksud senikata lagu – Tajuk Johor, Tanjung Puteri. Saya teka, mungkin, senikata merujuk kapada Tanjung Puteri sebagai “pengenalan” atau landmark pertama bumi Johor yang boleh dilihat jika didatangi dari laut. Entah dari laut arah mana, itu saya tidak tahu. Mahupun di mana letaknya, atau jika memang wujudnya, Tanjung Puteri.

Itu satu bab.

Bab kedua, saya taksir dalam tempuh terdekat, Johor tidak akan punyai apa-apa “tajuk” lagi. Kerana semuanya akan terjual kepada Singapura secara borong wal pukal. Secara berhemah, pelacuran ini … maaf, silap taip, penjualan ini dipanggil “Wilayah Pembangunan Iskandar” atau “South Johore Economic Region of Singapore.” Dan mungkin, sedikit hari lagi ianya akan di kenali sebagai “Wilayah Otonomi Singapura di Johor Darul Dayus – WOS-JDD.”

Darihal statmen di atas tuan/puan berhak tanya dua soalan yang mana jawapan kepada salah satu darinya tuan/puan sudah tahu. Tetapi untuk jawapan soalan kedua, tuan/puan kena terus membaca posting saya.

Soalan 1: Siapa, secara rasmi, akan jual Melayu sekaligus dengan tanah airnya?
Jawapan: UMNO.

Soalan 2: Bila transaksi akan berlangsung sepenuhnya?
Jawapan: Dalam tempoh tidak sampai empat (4) bulan.

Macam mana Rudin X boleh tahu bahawa UMNO secara rasmi akan jual bangsa Melayu dan tanah airnya dalam tempoh empat bulan?

Aaaah … itu rahsia ahli nujum. Tidak boleh diberitahu secara terbuka atau tanpa “pengeras.” Tapi kalau tidak melalui renungan makrifah dan nujum pun, tuan/puan boleh agak jarak masa tersebut. Cuma perlu ambil ikhtibar dari peristiwa berikut.

Bulan November 2006, di suatu pesta yang dinamakan Perhimpunan Agung UMNO, sekalian ahli UMNO kecil besar, betina jantan, tua muda dan hina dina, tetapi nyata semuanya kaya-kaya belaka, telah hunus keris, berbuih mulut, berserak tekak, laungkan hasrat nak bela dan pertahankan segala kepentingan bangsa Melayu. Sesudah tu, dalam tempuh tidak sampai 100 hari, melalui Musa Hitam yang nyaris tidak berzuriat itu, UMNO dengan rasminya sudah umum nak jual kaum.

Amacam? Agak-agak boleh terima bebelan dan repekkan saya hari ini?

9 comments:

Shai Arif said...

just musykil tang ni --> Tajuk Johor... bukan tambak Johor ke sebenarnya? Atau memang ianya disengajakan?

Pa'chik said...

pakdin, takde cerita pasal lojing.

sha|, rasanya memang ditulis tajuk johor tanjung puteri, dalam lagu lama tu.

Anonymous said...

cuba bagi ulasan yg senang difahami bleh tak.....ayat ko membosankan lah....cuba kupas dgn bagus skit...good try

Anonymous said...

kalau singapore dapat menguasai selatan johor, salah siapa?...

nak salahkan singapore pun tak boleh, dorang beli bukan rampas..

aku rasa title kau a bit rude.. singapore=singapork

what about malaysia=malaysial?..

my thousand apologies to my malaysian friends..

my 2 cents

Anonymous said...

ok, lah pasai tajuk tu...singapore..jadi sinagpork..sapa banyak kek sana.

malaysia jadi malaysial..pasai UmenO punya sial lah ramai malay yang jadi mangsa SIAL.

AKU SOKONG 150 %

Anonymous said...

Saudara, sebagai anak Johor saya faham maksud lirik tersebut 'Tajuk Johor Tanjung Puteri'.. suatu waktu dahulu, ibu negeri Johor ialah Tanjung Puteri.
Dan seperkara lagi jangan mengeluarkan ayat yang terlalu biadab sehingga boleh mengguris hati dan perasaan orang lain.. hormatilah hati dan perasaan manusia lain.. terutama anak jati Johor seperti saya.. agaknya orang politik memang begitu kah bahasanya? Kalau begitu saya berdoa agar suatu hari nanti anak2 didik saya tidak akan menjadi ahli politik yang lupa budi bahasa..harap maklum..assalamualaikum.

anak said...

'TAJUK' bermakna mahkota (Arab). Kalau 'Tajuk Johor' maknanya Mahkota Johor. Kalau kita luaskan pengertiannya mungkin bermakna 'Ibu negeri Johor Tanjung Puteri. Ini kerana Daeng Ibrahim telah memindahkan pusat pemerintahan Johor dari Teluk Belangah ke Tanjung Puteri. Tambak Johor menghubungkan Tanjung Puteri (Malaysia) dan Woodland (Singapura). Penulis lirik ini memang sengaja memberi jodol lagu ini sebagai 'Tajuk Johor'

johorean said...

pukimak punye kelantan... punye ramai kat johor cari rezeki... serambi mekah konon... kepala bapak kau... kelantan babi..........

johorean said...

kelate nate berok..... berok kelate.....