Saturday, March 31, 2007

Bila Najib Jadi Perdana Menteri

Dalam renungan makrifah, saya nampak Najib akan jadi Perdana Menteri dalam tempoh tidak sampai satu tahun. Bila terlangsungnya nujuman ini, persoalannya ialah bukan –Apa yang Rosmah akan buat. Tetapi apa yang kita pembangkang harus buat tentang Rosmah.

Dan lagi afdhol sebelum itu, kita pembangkang patut tanya, apakah persiapan kita dalam berdepan kepastian Najib menduduki kerusi Perdana Menteri?

Pembaca boleh bangkang pendapat saya semahunya, dan selantangnya.

Tetapi hakikatnya, Najib nampak begitu yakin bahawa kes Altantuya tidak akan menyeret dia ke mana-mana lembah yang aib. Perhatikan saja betapa rancaknya berita FELDA di mainkan dalam tempoh sehari dua ini. Betapa prihatinnya Menteri yang menjaga FELDA (Najib) akan nasib dan masa depan warga FELDA dan yang berkaitan. Malah, kalau diamati dengan teliti (campur sejemput sinis) nampak macam satu kempen pilihan raya halimunan sedang berlangsung. Yakni pilihan raya yang melibatkan hanya warga FELDA – maksudnya, grassroot Najib.

Menafsir dari gambar-gambar siaran umum, nyata sekali Najib adalah lagi licik bermain politik dari Menantu Dolah. Najib nampaknya lagi bijak dan lagi mampu mengembeling “rakan strategik yang se-strategik-nya” dalam usaha merebut kerusi Perdana Menteri. Ya, juga diketahui bahawa Menantu Dolah pun memang telah berusaha dalam arus yang sama. Tetapi kemampuan Besan Dolah dibidang ini nampaknya adalah amat terbatas. Nyata dalam arena ini, Najib telah menang.

Isteri Najib pun saya teka (dan mungkinnya tersasar jauh dan meleset sakan tekaan saya ini) telah memainkan peranan beliau. Setentunya unggun-unggun lama telah dinyalakan dan disemarakkan semula untuk tujuan keperdana menterian suaminya. Dan bila menyebut cerita faktor "gandingan" inilah, maka rakyat kena fikirkan angkara yang bakal melawati mereka. Fikirkan bentuk kerenah dan cara bagaimana menanganinya. Cakap Inggeris, crisis prevention. Kerana rakyat pun telah tahu betapa kerenah dan bernafsunya manusia yang tidak rasminya perdana menteri, bila diberi ruang bertindak selaku perdana menteri.

1 comment:

Anonymous said...

Bila bicara tentang isteri Najib mengapa tuan Rudin pampangkan gambar kekasih maya saya Wan Zaleha Radzi. Untuk yang tidak tahu gambar tersebut diambil oleh Sharon Lam untuk Tag Heuer.

Wan dah janda ke? Dan Najib ambil kesempatan untuk lebih rapat dengan Kelompok YTL... mana tau bak kata orang kampung an additional money bag will make the journey more comfy.

Nota:
Pada hari perkahwinan dengan Mat Salleh tua tu... ramai jejaka Malaya beranggap Wan buat satu cubaan bunuh diri.