Monday, September 24, 2007

Masa Depan Kanak-kanak Di Bawah Regim Barisan Nasional

Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya kerana dapat menimang cucu sulung dari Nurul Izzah. [1]

Dan saya kira, tidak terlambat jika saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad (Badawi) kerana baru-baru ini dapat menimang cucu dari Khairy dan Nori [2].

(Sehubungan, saya juga ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Abdullah Ahmad [Badawi] kerana bernasib seribu kali lebih baik dari Maharaja Tua idolanya dari negara jiran yang mengikut khabar angin kencang disuatu ketika dulu, telah mendapat cucu sulung berkulit putih lengkap bermata biru, hasil jalinan hubungan “diplomatik” menantunya dengan khabarnya, seorang penyuluh dari Amerikat Syarikat.)

Takziah saya ucapkan keluarga Jazimin Abdul Jalil di atas tragedi yang menimpa Nurin Jazlin. [3], [4]

Kepala hotak ko saya ucapkan kepada Nazri dan Musa Hassan kerana mengugut untuk mendakwa Jazimin Abdul Jalil sekelamin kerana kononnya telah berlaku cuai dalam menjaga Nurin Jazlin hingga membawa kepada tragedi. [5] [6], [7]

Nampak gayanya, diberi statemen Nazri dan Musa, tindakan seorang ibu di Seremban kelmarin mengurung anaknya dalam satu sangkar besi adalah tepat, setepat-tepatnya. Polis pangkat bawah mungkin tidak bersetuju dengan cara ibu tersebut bertindak mengawal anaknya, langsung campur tangan melepaskan kanak-kanak itu. [8]

Tetapi memandangkan polis pangkat tinggi dan menteri Barisan Nasional adalah terlalu lurus bendul (setentunya dalam semangat saling “mencebok”) dalam mengaplikasi undang-undang Akta Kanak-kanak 2001, saya kira ada baiknya jika kita semua sebagai pengguna menyokong padu penubuhan industri “sangkar budak” demi mengelak anak cucu kita dari terdedah kepada mara bahaya; dan seterusnya diri kita sendiri dari didakwa oleh Nazri dan Musa Hassan, sekira berlakunya apa-apa yang tidak diingini kepada insan-insan tersayang kita.

2 comments:

Anonymous said...

pls visit http://www.nurinjazlin.blogspot.com/

A Voice said...

Kawan bising tetapi secara berpusing-pusing di Negligent and Abusive Parenting is Real di blog ANother Brick in the Wall.