Sunday, September 23, 2007

PRU 12: Darihal 70,000 Pengundi Haram

Bukan setakat Kerajaan BN dan PDRM memberi layanan istimewa kepada babi, tetapi khabarnya pendatang haram akan diberi "kerakyatan instant" demi memenangi PRU 12.

Buat pertama kali sejak saya mulakan blog ini, izinkan saya bertindak diluar karektor dengan memperturunkan satu mesej SMS yang saya terima.

Saya tidak lakukan apa-apa kepada SMS yang agak panjang ini sekadar melengkapkan ejaan supaya mudah dibaca, dan memberi rujukan kepada berita yang dimaksudkan pemula SMS.


Assalamuaikum para pejuang PAS.

Ini ada maklumat tentang pengundi hantu untuk Kelantan.

- 70 ribu pengundi hantu akan dibawa dari Pulau Dua.

- Myanmar, 40 ribu telah dibawa baki 30 ribu sedang diproses.

- Antara rakyat Myanmar itu adalah seperti dilapurkan HARAKAH keluaran lalu. [1]

- 5 rakyat Myanmar yang mati dan 10 lagi yang cedera dalam bas yang disewa Jabatan Imigresen, dalam accident di Kedah bulan lalu adalah sebahagian dari pengundi hantu. [2], [3], [4], [5], [6]

- 8 ribu lagi akan dibawa dari Kampuchea.

- Pegawai yang terlibat di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) nama: M. Zin, Aras 5, Blok D2, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Sempena bulan puasa ini doakan dan lakukan solat hajat supaya beliau diberi balasan oleh Allah dengan sewajarnya. Paling kurang boleh anda lakukan ialah berdoa dan sebarkan kepada 5 yang lain.

8:35 malam 21hb September, 2007.

Perhatikan pemula SMS tidak menyuruh pembaca berbuat apa-apa yang tidak wajar atau ganas, selain dari mendoakan dan bersolat hajat.

Untuk renungan pembaca, amati bahawa petugas pilihanraya dari pihak mana sekalipun tidak dapat mempertikaikan “hak mengundi” dan menghalang seseorang itu dari membuang undi jika si-polan datang bersama kad pengenalan Mykad yang “sah” (ada gambar pembawa yang persis atau semirip), dan nama si-polan ada dalam daftar pemilih.

Soal orang yang melihat dan menilai si-pembawa kad pengenalan itu yakin dalam hati sampai ke tulang hitam bahawa si-polan itu bukan penduduk tempatan, dan terhidu pula bau “jebat” (bacin) seorang Bangla atau Myanmar; itu adalah poin akademik yang tidak boleh diambil kira dalam mana-mana mahkamah.

Sama-samalah kita doakan agar Allah memelihara demokrasi di Kelantan.


Nota: Tajuk artikel diubah pada September 24, 2007.

1 comment:

Anonymous said...

a'kum..

Merujuk tulisan Rudin X "PRU 12: Darihal 70,000 Pengundi Haram" ( http://www.tranungkite.net/modules.php?

name=News&file=article&sid=3887&mode=&order=0&thold=0 ) tentang pengundi hantu warga Myanmar dibawa masuk ke Kelantan bagi

digunakan sebagai pengundi hantu, bagi saya, ianya bukan suatu pekara baru... lihat artikel saya di tranukite.net yg bertajuk "Apa kaitan

MyKad, Myvi, mungkir janji, warga asing dan pengundi hantu, .???"

http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=722

Sebelum mereka ini di hantar menetap di perlis dan langkawi, batch pertama yang dibawa masuk oleh Sanusi Junid semasa menjadi menteri

besar Kedah ditempatkan di Terengganu sebagai peralihan untuk menyesuaikan dengan bahasa serta budaya negara ini (ada kelas untuk

bercakap dialek utara/pantai timur). Di Perlis, kehadiran mereka dirasai selepas pilihanraya tahun 2004. Jadi terengganu mungkin telah

dimenangi oleh UMNO dengan undi orang myanmar ini.

Bayangkan.. mereka ini mencetuskan masalah sosial dengan penduduk tempatan di langkawi dan perlis.. Di langkawi, bila diaju masalah ini

kepada MP Langkawi, beliau berkata beliau pun tak boleh berbuat apa apa, kerana ini adalah kerja orang atas... Siapa orang atas ini kalau

bukan menteri besar atau menteri kabinet/PM??

Jika mereka ditangkap atas kesalahan kecil, kalau orang tempatan, akan dikenakan tahanan reman 4 hari untuk siasatan, tapi bagi mereka

orang Myanmar ini, hanyalah 4 jam tanpa siasatan... Ini menyebabkan ramai penduduk Langkawi menganggap mereka adalah "anak emas"

kerajaan...
mereka mendapat menyewa rumah murah di Taman Nilam tanpa perlu membayar apa pun sedangkan semasa taman Nilam baru

dibangunkan, warga tempatan terpaksa beratur sejak jam 6 pagi di pejabat daerah Kuah dan membayar RM10.00 Sedangkan selepas

kebakaran di Bukit Malut kali pertama, warga myanmar ini tidak perlu membayar 1 sen pun untuk mendapatkan kemudahan tersebut. serta

borang perumahan kos rendah diberi secara percuma. Kenapa mereka mendapat segala keistimewaan ini berbanding warga tempatan

Langkawi??.. ini adalah kerana mereka dibela oleh BN sebagai "anak emas" untuk digunakan dalam pilihanraya kelak... iaitu sebagai pengundi

hantu...

Sekarang ini, pihak tentera sedang membina rumah mereka yang terlibat dalam kebakaran di Bukit Malut awal tahun ini berhampiran Taman

Nilam. Berdasarkan insignia unit yang terdapat pada trak tentera yang boleh dijumpai di sekitar Jalan Air Hangat, Kilim, Kisap dan Taman

Nilam, 6 Brigade melalui Rejimen 504 dan kor jurutera terlibat dalam projek ini.

Tentang kebakaran tersebut, beberapa pekara perlu dihalusi tentang status mereka. Sila rujuk Utusan 23 Feb 2007 dengan tajuk berita

"Mangsa kebakaran Bukit Malut dipindah ke Kota Tani"
http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
sila perhatikan didalam berita ini yang mengatakan mereka akan diberikan MyKad dan berita ini juga mengatakan "sebahagian besar daripada

penduduk di penempatan itu adalah warga Myanmar yang telah tinggal di pulau itu lebih sedekad lalu dan kini memiliki taraf penduduk tetap"

Tetapi lihat pula berita ini yang bertajuk "Mangsa kebakaran terima bantuan RM300" yang disiarkan pada keesokannya yang mengatakan

"daripada 298 keluarga itu, 296 keluarga adalah warga Malaysia sementara dua keluarga lagi memiliki status penduduk tetap, dengan jumlah

keseluruhan mangsa adalah 1,331 orang." http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?

y=2007&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm

Lihat terdapat perbezaan tentang status kewarganegaraan mereka dan bagaimana media cuba memperbetulkan berita yang disiarkan

sebelumnya agar tembelang mereka tidak pecah.

Jadi, adalah diharapkan parti pembangkang terutama BA perlu menyiasat dan menangani masalah ini yang juga merupakan satu betuk

pengkhianatan kepada negara oleh UMNO/BN selain menjejaskan peluang BA untuk menang dalam pilihanraya di Malaysia secara sah kerana

pilihanraya itu sendiri adalah satu penipuan yang dilakukan oleh UMNO/BN untuk terus merompak khazanah negara.

Anak perelih