Siapalah koordinator strategi UMNO? PAS berimej Islamik, UMNO pun teringin nak jadi Hadharik. Tetapi dalam menlaksanakan strategi, haru biru sungguh nampaknya UMNO. [i]
Memerhati tajuk berita dan maklumat awam lain, hiba dan terdesak benar bunyinya BN/UMNO sehari dua ini.
- Melayu tidak peduli soal politik ,rungut Zainuddin Maidin [1].
- Daftar sebelum akhir Oktober untuk layak mengundi PRU 12, gurau Abdul Rashid, pengerusi SPR [2].
Serentak itu, dalam perkembangan lain pula, aktivis PAS, parti bakal mengambilalih dari BN/UMNO di Putrajaya telah mengemukakan bukti BN/UMNO telah bermain kotor.
- Cubaan ADUN (BN/UMNO) Bukit Tuku import pengundi hantu gagal jerit “manjanik” seorang aktivis PAS [5].
- BN/UMNO bela puaka Myanmar di Langkawi untuk dijadikan pengundi hantu dedah “Anak perelih” [6] dalam respons kepada coretan Rudin X tentang 70,000 yang bakal “mengundi haram.”
- Majlis Peguam dengan 2,000 ahlinya asak Kerajaan BN di Putrajaya, itu kita semua tahu [5].
Dan jika Perdana Menteri Boneka seperti “sekala” adanya, pantang berdepan sikit dengan masalah sebesar tahi cicak, akan larilah dia merawat hati di Australia, itu fakta pembaca sendiri pun boleh teka. Tetapi yang terbaru terbang lagi dia ke “rumah suluk” di
Diberi semua perkembangan ini, bagaimanakah prestasi Abdullah Ahmad (Badawi) dan pasukannya dalam PRU 12 kelak? Almaklumlah, diberi pula lebih 90% rakyat
Darihal tinjauan pendapat di atas, usahlah diragukan sangat keupayaannya untuk "capture" mood semasa warga yang peka tentang isu yang dilontar. Dalam kes survey terbaru di blog ini, walaupun hanya 40+ pelawat memberi respons, keputusan survey itu sendiri telah dilawati lebih dari 3,000 kali. Maksudnya, jika seorang pelawat telah baca keputusan sebanyak 3X, boleh diandaikan 1,000 umat Malaya yang celik IT peka akan isu tersebut. Namun sebagaimana biasa perangai Melayu, terlalu ramai yang segan/malu/takut meluah pendapat secara jujur. Hatta dalam suasana "anonymous." Kalau tidak begitu, sah keputusan survey disini membayangkan orang Melayu sudah jadi lebih New York dari umat New York -- berfe'el "don't want to get involved."
Agaknya label apa yang Abdullah Ahmad (Badawi) akan gunakan dalam kempen PRU 12 kelak? “Mr Bean”? Atau mungkin jenamanya disaat itu ialah “Mr No Kuasa”!
Mengapa Rudin ejek Perdana Menteri
Bersambung.
No comments:
Post a Comment