Saturday, April 26, 2008

Wah … Tengku Razaleigh, Sire, You Made My Day!

I don’t think Dolah Badawi has a clue as to how far respect can go, and what it can cause people to do.

Sebelum ini saya telah menyuarakan pandangan sinis tentang rancangan Bebudak Tingkat 4 yang dikepalai Kamalludin Abdullah, yakni barisan penasihat Dolah Badawi, untuk menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) satu suruhanjaya.

Maka itu diakui sebagai rakyat kerdil, saya tidak dapat tidak terkembang juga lubang hidung (malah rongga-rongga lain) bila pendapat saya di”amin”kan oleh seorang manusia dari kelas pemimpin besar negara.

Sehubungan, Tengku Razaleigh Hamzah telah dipetik meluahkan pendapat berikut:

… tidak bersetuju dengan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini berkenaan penstruktur semula Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah yang mana katanya, Suruhanjaya ini juga akan melapurkan terus kepada Perdana Menteri ... Suruhanjaya ini juga akan balik kepada asal yang mana tidak mampu menjalankan tugas dengan telus dan adil tanpa mengira kedudukan orang yang bersalah. Beliau menyarankan supaya Suruhanjaya ini melapurkan terus kepada Parlimen demi untuk menentukan keberkesanan setiap tindakan.

Bagi saya, kian hari kian jelas Bebudak Tingkat 4 penasihat Dolah Badawi masih terlalu tohor dari segi intelek. Balik-balik mereka masih lagi percaya rakyat boleh ditipu dengan slogan dan tindakan kosmetik. Maka itu mereka arahkan Dolah Badawi tuturkan rancangan cetek akal mereka, yang sebaik saja diucapkan, “ditembak” kiri kanan oleh rakyat jelata.

Selain dari fiasco cadangan meng-suruhanjaya-kan BPR, contoh kecetekkan fikrah (mentality) Bebudak Tingkat 4 adalah terlalu banyak. Antara yang ketara ialah nasihat yang membuat Dolah Badawi tidak mengisi jawatan Setiausaha Parlimen – lapis selepas timbalan menteri -- untuk kabinet musim ini.

Mengapa jadi begitu? Idea dan keputusan itu mungkin berpunca dengan salah seorang Bebudak Tingkat 4 itu terbaca atau bertemu istilah downsizing government (mengecilkan kerajaan) dan dalam minda tahap tadika mereka, terbayang satu gambar sebuah kerajaan yang tidak mempunyai ramai menteri/pegawai.

Seperti kanak-kanak yang hendakkan gula-gula, coklat, dalam kedai di seberang jalan yang sibuk, mereka sudah tidak pedulikan kiri atau kanan lagi, yang penting, gula-gula mesti diperolehi.

Langsung mereka terpa, redah, tidak fikir bahawa dengan tidak mengisi 20 atau 30 jawatan Setiausaha Parlimen, mereka telah mencipta 20-30 musuh dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berhajatkan dan sepatutnya menyandang jawatan tersebut. Atau paling tidaknya mengurangkan kejituaan, kepaduan sokongan terhadap Dolah pada jumlah yang sama.

Dek kerana Bebudak Tingkat 4 merasakan diri mereka terlalu pandai -- pandai tahap pandir --mereka telah menyebabkan Dolah musnahkan satu tradisi politik yang telah wujud selama 50 tahun. Serentak itu mereka telah berjaya timbulkan syak waham dan zhan dalam kepala pendokong Barisan Nasional -- apa kejadahnya upah kesetiaan dan bermatian untuk parti?

Sekarang tuan/puan pembaca boleh faham mengapa Anwar Ibrahim nampak begitu yakin bahawa ada 20-30 orang Ahli Parlimen BN akan menyeberang ke Pakatan Rakyat?

Thursday, April 24, 2008

Anda & Anwar Ibrahim Sebagai Pilot

Dalam kehangatan saat itu, in the heat of the moment, di musim kempen pilihanraya lepas, tuan/puan pembaca budiman boleh dimaafkan kerana telah menggantung operasi intetelek, akal, tuan/puan. You allowed your thinking faculty to go on vacation.

Di kala itu tuan/puan sudah tidak fikir lagi akan konteks dan implikasi perbuatan tuan /puan. Tuan/puan telah dirasuk benci terhadap segala perbuatan dan niat Khairy Menantu Dolah dalam tempoh tiga tahun sebelumnya, dan di rasuk benci kepada Dolah Badawi yang begitu lemah dan Barisan Nasional yang diwakilinya.

Sekali imbas nampak macam satu persefahaman telah dicapai untuk memberi Dolah Badawi tempoh bernafas sebagai Perdana Menteri selama 3 tahun.

Lantaran, tuan/puan sudah tidak pertimbangkan dan pedulikan apa yang di sajikan sebagai alternatif -- baik dari segi janji atau calon. Maka itu tuan/puan pangkah untuk menghantar calon seperti Loh Gwo Burne ke parlimen. Langsung tidak terlintas dibenak tuan/puan bahawa calon-calon yang Parti Keadilan Rakyat ketengahkan seperti itulah yang bakal menjadi barisan kepimpinan alternatif yang di kepalai Anwar Ibrahim.

Cuba tuan/puan tanya diri sendiri dan jawab secara jujur: besar manakah jasa Gwo Burne kepada perjuangan pakatan alternatif Malaysia, berbanding dengan pengorbanan peribadi yang tuan/puan lakukan di atas nama romantika – keadilan? Pengorbanan hampir 10 tahun. Hampir satu dekad.

Dari spesis yang sama dengan Dolah Badawi. Spesis ‘flip flop’. Kelmarin kata akan rampas kuasa selepas tiga tahun. Hari ini kata akan buat sebelum akhir September 2008. Can’t make up his mind it seems.

Berapa ramai dari pembaca budiman yang telah ditukar ke kawasan pendalaman? Telah terlepas peluang naik pangkat? Telah kena cold storage? Telah kena belasah dengan FRU, telah menghirup gas pemedih mata? Telah terpaksa berhenti kerja?

Berapa ramai yang telah bersusah payah menghidupkan cawangan-cawangan partai Keadilan? Mengeluarkan wang ringgit dari poket sendiri demi menghidupkan partai Keadilan di kejiranan anda? Dan hasilnya?

Di mana dan siapa anda kini dalam skema perjuangan PKR?

Dalam kebosanan menunggu di layan Lingam, Gwo Burne telah bermain kamera video talipon bimbitnya. Untuk ‘titik peluh’ itu dia telah dibalas, rewarded, sebagai calon PKR dan bintangnya cerah dia telah terhantar ke parlimen.

Bagaimana dengan diri anda? Apa balasan kepada titik peluh dan jerih pedih yang anda lalui demi romantika yang didendangkan PKR?

I don’t mean to demonise Gwo Burne. Saya tidak bermaksud untuk memomokkan Gwo Burne. Rezeki dia, apa yang hendak didengkikan.

Tetapi saya terpaksa menyeret nama Gwo Burne hari ini demi menyerlahkan satu kepincangan serius dalam PKR -- partai ini ketandusan ahli.

Di Selangor hakikat ini begitu ketara, bila sudah hampir dua bulan berjaya menjadi kerajaan negeri, Khalid Ibrahim tidak boleh cari 1,000 ahli dan penyokong untuk gantikan segala jawatan ketua kampong, segala ahli JKKK, segala ahli majlis daerah yang kini disandang oleh orang-orang UMNO dan penyokong-penyokong BN yang lain.

Atau, PKR sememangnya punyai ramai penyokong dan ahli, tetapi Anwar Ibrahim merasakan tuan/puan semua masih belum layak untuk ditawarkan jawatan serendah ketua kampong atau JKKK? Maka Khalid Ibrahim tidak fikir tuan/puan semua layak.

If that be the case, then it is high time you invest in a handphone with good photography and video capabilities. Catch Anwar in action if you can. Photograph his new house for a start.

Tuesday, April 22, 2008

Mengintai Masa Depan Barisan Nasional

Tuan/puan pembaca budiman tidak perlu bersahabat dengan makhluk dari kelas jin atau iblis yang mungkin boleh mencuri tinjau kandungan “luh mahfuz” (buku catitan untung nasib setiap makhluk dan kejadian) untuk mengagak apa yang akan berlaku pada Barisan Nasional dalam tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang.

Untuk tujuan itu tuan/puan cuma perlu mempunyai satu gambaran mental (makrifah) yang jelas akan konstruk (idea) yang dipanggil “Barisan Nasional.”

Hakikinya Barisan Nasional itu adalah tidak lebih dari satu bangku berkaki tiga. UMNO yang kini berkeceramuk dan bercelaru selama ini didokong oleh tiga parti utama MCA, MIC dan Gerakan.

Eh, tak kan tiga tiang seri sahaja yang mendokong UMNO? Bukankah Barisan Nasional mempunyai banyak lagi parti-parti komponen? Ya, satu soalan yang wajar, dan jawapannya mudah – parti-parti selain dari MCA, MIC dan Gerakan adalah tidak lebih dari parti-parti “nyamuk” (khususnya dari Sabah dan Sarawak) yang tumpang berteduh di bawah bayangan UMNO.

Lerai UMNO, secara sendirinya Barisan Nasional itu lerai. MCA, MIC dan Gerakan secara otomatis akan berselerak membawa nasib masing-masing. Dan Barisan Nasional itu akan pincang, malah rebah, jika salah satu dari parti pendokong utama UMNO itu patah atau ranap.

Nah, you! Kini setiap satu dari tiang-tiang utama Barisan Nasional sedang bermasalah besar. Malah dunia pun tahu bahawa UMNO itu sendiri sudah disalak dan diherdik secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin MCA, MIC dan Gerakan. Cerita bab MCA, MIC dan Gerakan itu sendiri sedang bercakaran dan bergigitan pun tuan/puan lagi arief.

Berbalik kepada tesis asal kita – boleh wujud kah lagi Barisan Nasional dalam tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang, khususnya selepas PRU ke 13?

Jawapannya, selagi punca utama penyakit yang dihidapi Barisan Nasional – Dolah Badawi Tiga Beranak – masih lagi ditampok kuasa, yakni kuman siplis politik yang melanda Barisan Nasional masih belum lagi dibasmi buang, selagi itu idea peremajaan semula kuasa Barisan Nasional akan tinggal mimpi di siang hari.

Bagaimana pula dengan entiti yang dipanggil “Pakatan Rakyat”? …

Sunday, April 20, 2008

Antara Nasi & Lauk: Utusan Malaysia Missed the Point

Ewah, ewah, seronok betul nampaknya bebudak editorial Utusan Malaysia bila dapat ilham untuk putarkan, spin, berita di atas.

Almaklumlah, dalam kepala mereka, apa juga berita babi boleh dibuat bahan sindir dan kutuk keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sehubungan usaha ternak babi. Dengan harapan pengundi Melayu/Islam akan benci Pakatan Rakyat kerana “mesra-ternakan babi.”

Tapi, kan, yang sebenarnya, bila bebudak UMNO di Utusan Malaysia cuba berjenaka lawak bodoh tentang usaha eratkan hubungan dagang dan kerjasama Malaysia dengan China, maka sahih barisan pemikir dan strategist yang ada dalam UMNO adalah ketinggalan jauh dalam memikirkan hal keselamatan makanan (food security) dan kedudukan Malaysia dalam konteks geopolitik. [Rujukan 1], [Rujukan 2], [Rujukan 3]

Fahami lah wahai bebudak Utusan Malaysia bahawa apa juga langkah yang Malaysia ambil untuk memperkukuhkan kedudukan, menjadi pembekal penting dalam skema keperluan daging China, adalah bersamaan satu langkah srategik dalam konteks keselamatan makanan Malaysia, dari aspek kecukupan bekalan beras Malaysia dalam apa juga keadaan.

Fahamilah wahai bebudak Utusan Malaysia bahawa China adalah pengeluar beras terbesar dunia! Pada setiap masa China mempunyai rizab bijirin termasuk beras sebanyak 150 juta hingga 200 juta tan, yang bersamaan 30-40% dari jumlah pengeluaran tahunan. Yang mana untuk tujuan pengeluaran bijirin, kerajaan China telah memastikan kawasan seluas 120 juta hektar dikhususkan untuk tujuan itu.

Konteks geografi angka-angka di atas adalah seperti berikut. Keluasan tanah negara Malaysia ialah 32.9 juta hektar (termasuk hutan Sabah & Sarawak). Kawasan pertanian China untuk beras dan bijirin lain seluas 120 juta hektar adalah hampir 4 kali ganda luas kawasan bumi Malaysia.

Percaturan dalam rumus ini adalah mudah: China pastikan Malaysia tidak putus beras, tidak putus nasi, Malaysia pastikan China ada bekalan sejumlah daging, lauk, yang berterusan. Satu situasi win-win, menang-menang.

Saya tidak yakin bebudak Utusan Malaysia boleh faham bahasa ekonomiks, tetapi pelaburan RM100 juta Selangor untuk menjadi negeri pengeksport babi terbesar Malaysia adalah satu premium assuransi yang kecil berbanding dengan manfaat keselamatan keseluruhan (overall security) yang bakal diperolehi seluruh negara!

Ya, saya seorang ahli PAS seumur hidup. You got a problem with that?

Saturday, April 19, 2008

Tu Dia … Satu Lagi Suruhanjaya

Dolah dan bebudaknya memang jahat hati. Gambar di atas yang diterbitkan Berita Harian telah di Photoshop, dimanipulasi, untuk menjadikan Tun Salleh Abas kelihatan kerdil – looking like a cretin -- berbanding Dolah Badawi. Apa motif dibuat begitu? Hormat, hormat juga, tapi fe-el famili Dolah Badawi yang angkuh lagi suka menghina tetap tidak boleh disorok.

Kuala Lumpur, Khamis malam Jumaat, tanggal 18 April 2008, Dolah Badawi telah umumkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim yang diniatkan memilih calon hakim menggunakan kaedah yang sistematik dan berwibawa.

Pengumuman dibuat ketika menyampaikan ucaptama 'Melaksanakan Keadilan, Memperbaharui Keyakinan' pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Peguam. Dengan pengumuman itu, diberitakan bertepuk gemuruhlah kira-kira 600 hadirin, sebahagian besarnya peguam dan anggota badan kehakiman, malah disusuli dengan penghormatan sambil berdiri (standing ovation) ketika Dolah mengakhiri ucapannya.

Saiz sebenar Tun Salleh Abas berbanding Dolah.

Semua orang excited, naik stim disebabkan berita itu? Kalau sudah, maka maaflah, kerana saya terpaksa campak selimut basah

Lupakah tuan/puan pembaca budiman bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pun sebuah suruhanjaya juga? Tapi tengok apa jadi pada suruhanjaya tersebut – mendengar namanya disebut pun sudah cukup untuk membuat sesetengah orang meludah benci.

Apa juga niat murni yang melahirkan SPR telah tidak kesampaian. SPR selama ini bukan jadi khadam rakyat, sebaliknya bertindak sebagai balaci peribadi, gundek haram, Perdana Menteri yang berkuasa.

Betapa hormat dan ta’zim ditunjukan. For this occassion, siap pakai sarung tangan untuk membolehkan salam tanpa batal wudhu. Harapnya PAS tidak kena “main belakang “ jua akhirnya.

Mengapa jadi begitu? Jawapannya mudah. Kerana suruhanjaya itu diletakkan di bawah seliaan dan melapur kepada Perdana Menteri.

Dek kerana kesilapan itu, maka buatlah 101 lagi suruhanjaya tentang apa aspek hidup manusia di Malaysia, kesannya tetap sama -- nothing changes. Tiada apa yang berubah. Perdana Menteri yang berkuasa masih lagi akan beraja di mata bersultan di hati.

Lainlah kalau sesuatu suruhanjaya itu – malah semoleknya semua suruhanjaya yang wujud kini -- diletak di bawah seliaan dan melapur terus kepada Majlis Raja-raja atau Parlimen. Kemungkinan besar perubahan yang diidamkan akan terlunas.

Thursday, April 17, 2008

Sah Bahlol Tidak Layak Tadbir Negara!

Pengakuan bahawa kerajaan tidak punyai kuasa kawal harga barangan dalam pasaran tempatan adalah statemen paling bodoh yang boleh dikeluarkan oleh seorang penjawat awam, khususnya kalau keluar dari mulut seorang yang dianggap antara pemimpin negara.

Sah dan nyata dalam kes mengawal harga jualan barangan import di pasaran tempatan, Dolah Badawi yang dinasihati Menantu dan Geng Tingkat 4 adalah terlalu jahil untuk dibiarkan bertahan lama di kedudukan itu.

Statemen bahawa kerajaan tidak punyai kuasa kawal harga barangan dalam pasaran tempatan adalah satu pembohongan yang berpunca dari kefahaman cetek tentang ilmu asas ekonomi dan kewangan antarabangsa.

Konsep Pasaran Bebas Adalah Mitos

Falsafah Menantu Dolah Badawi yang anti subsidi dan anti kawalan harga adalah berpunca dari kefahaman cetek yang diajar dalam buku-buku pengantar (introductory texts) ekonomi. [Rujuk 1], [Rujuk 2], [Rujuk 3]

Hakikatnya tiada satu negera dalam dunia ini yang mengamalkan doktrin pasaran bebas mutlak. Hatta di Amerika Syarikat dan Britain sekalipun – negara negara yang kononnya kiblat dan mithal pasaran bebas – mempunyai berlapis lapis undang-undang kawalan harga dan subsidi demi menjaga kepentingan awam. [Rujuk 4], [Rujuk 5], [Rujuk 6] [Rujuk 7].

Slogan pasaran bebas adalah tidak lebih dari satu sandiwara dan ideology palsu oleh kuasa-kuasa ekonomi dunia untuk mendodoi negara-negara dunia ketiga supaya senang di jajah ekonominya.

Di Malaysia pun kita punyai undang-undang anti-sorok dan peraturan kawalan harga. Dan seingatan saya, semenjak zaman Tun Razak lagi undang-undang ini dilaksanakan dari masa ke semasa dengan jayanya demi menjaga kebajikan awam. Soalanya kini, mengapa tiba-tiba kita mengaku impotent, mengaku mati pucuk dalam hal mengawal keadaan?

Adakah ini kerana Khairy Menantu Dolah yang sekolah tidak seberapa itu sememang berniat melihat kesan perjalanan kuasa permintaan dan tawaran?

Jika itulah niat, maka izin saya beri nasihat percuma – kesannya huru hara masyarakat. Regim Suharto dengan cengkaman total ke atas Indonesia dulu pun tergolek anjing disebabkan bereksperimentasi dengan “hukum pasaran bebas” yang dibiarkan beroperasi tanpa kawalan.

Apakah Khairy terlalu ingin lihat “pesta” pemerkosaan massa terjadi di Kuala Lumpur? Sialan lho!

Tuesday, April 15, 2008

Degil Sebab Ingin Buktikan Tidak Lembik

Dah agak dah, bebudak penasihat di belakang Dolah Badawi bukannya mengerti politik santun dan isyarat – mereka hanya faham kaedah realpolitik. Malah, kalau setakat ½ juta rakyat pelbagai kaum berkumpul tunjuk perasaan tuntut Dolah turun, baik di Kuala Lumpur atau Putrajaya, pun, saya tidak jangka mereka boleh faham betapa menggelegak benci rakyat kepada Dolah, Menantu dan Regimnya.

Kalau tidak sebab itu, saya congak, Dolah berkeras enggan turun tahta kerana mahu buktikan kepada sejarah bahawa dia bukan lembik seperti apa yang rakyat persepsikan. Kalau dia turun dengan mudah, maka sahlah dia lembik, lantas terpaksalah Dolah berlagak keras walhal lembik. Semirip bohsia rempit yang berlakun virginal (perawan) bila dapat tahu ada Ustadz J-Qaf (UMNO) ingin masuk meminang.

Berapa lama lagi Dolah boleh bertahan?

Screen shot ialah peta kejadian rusuhan makan di seluruh dunia sejak awal tahun. Perhatikan insiden putus bekalan makanan kini tidak lagi satu francais ekslusif negara Dunia Ketiga, malah sudah berlaku di Eropah.

Jawapannya cukup mudah – selagi stok beras negara masih ada. Bila habis kelak, Dolah, Menantu dan Regimnya akan terpaksa berdepan dengan siuasi “rusuhan makanan” (food riots) di seluruh Negara. Yang mana di saat itu Dolah akhirnya akan faham erti perkataan “majoriti”, sebilangan besar rakyat, sudah benci kepada segala apa yang dia wakili -- khususnya kepentingan Menantu dan Kamaluddinnya.

Saturday, April 12, 2008

Apa Opsyen Dolah Badawi Setelah Kena ‘Checkmate’?

Kelmarin di Johor Baru, seperti yang dijangka umum, Dolah Badawi telah di ‘checkmate’ oleh UMNO Johor.

Dengan menggunakan bahasa yang penuh sopan lagi santun, UMNO Johor telah meminta Dolah supaya siapkan satu pelan peralihan kuasa (succession plan) dalam tempoh terdekat.

Maksud di sebalik kesopanan itu seperti yang dapat ditangkap umum adalah satu ultimatum (kata dua) brutal yang berbunyi – Dolah, cakap, bila kamu mahu berhenti!

Namun pun begitu, jika hendak dibandingkan dengan tindakan UMNO Kedah dan Penang yang secara terang terangan mengherdik Dolah supaya letak jawatan, perbuatan UMNO Johor itu adalah agak tolol, hampa-kesan. Tidak lebih dari mencurah air ke daun keladi.

Ini kerana kuasa sebenar di belakang Dolah, yakni Menantu dan Anak Sulungnya,yang semulajadinya biadap, menggemari pendekatan politik kurang ajar ala-Amerika Syarikat yang dipanggil realpolitik, semestinya tidak akan faham mesej sebenar disampaikan.

Saya tidak boleh bayang apa yang Dolah ingin ‘perbetulkan’ sebelum dia tinggalkan sekaligus, jawatan Perdana Menteri dan Malaysia. Malah saya tidak fikir dia sendiri pun tahu apa yang dia harus buat. Kecuali mungkin, dia berhajat sesangat untuk perkukuhkan kedudukan Menantunya dalam hiraki UMNO, dan dapatkan sebanyak boleh projek dan kontrak instant untuk Kamaluddin anaknya.

Tetapi jika Dolah memang ikhlas untuk ‘betulkan’ keadaan, saya jangka UMNO dan Malaysia pasti boleh memaafkan segala silapnya jika dia berani lakukan paling minima, dua perkara berikut:

  • Batalkan projek koridor gila yang dipanggil Wilayah Pembangunan Iskandar.
  • Teruskan projek ‘jambatan bengkok’ Johor-Singapura.

Sehubungan saranan, kendati Dolah terwahyu dan tergerak hati untuk lakukan demi membuktikan kepada dunia Melayu dan anak cucu dia bukan talibarut-wal-pengkhianat negara belaan Lee Kuan Yew, saya tidak fikir barisan ejen Singapura -- Menantu, Anak dan Kalimullah (serta Musa Hitam Penyembelih Memali siPencinta Singapura) – akan biarkan Dolah bertindak mengikut suara hatinya.

Kemungkinannya, ejen-ejen Singapura yang disebut akan pastikan Dolah maut diserang sakit jantung punca curare.

Wednesday, April 09, 2008

Dedikasi Khusus Untuk Zaharin Sang Kelembai

In another life time, in a galaxy, far, far away, I used to work for a retired PCK – Pengarah Cawangan Khas. I can tell my grandchildren many amazing stories from that era of my life, but yesterday as Zaharin’s story broke out, I was reminded of an occasion I had with the ex-PCK. Of this occasion I must tell the world. How he while sipping tea in his dingy office casually remarked:

Din, you kena faham mentality rank-and-file, most of the times their ideas are too big for their brains.

Those few words … their ideas are too big for their brains … etched themselves on to my own brain as though they were a God-inspired revelation. Thereafter, in many ways the message colored my attitude towards subordinates.

Damn the man – for he caused me to unconsciously categorize people into neat mental compartments of Brahmins, alpha-males, and pariahs waiting to be used. And that is how all along I see Zaharin the blogger – a pariah begging to be used.

And if you ever wondered why I never made it into the bloggers’ alliance, the answer ought to be clear by now: I was forever expecting a buyout to happen. I can almost feel it in the skin of my teeth. Finally I can stop holding my breath.

Tuesday, April 08, 2008

Apa Yang Silap Dengan Ratib “DEB, Pembangunan” UMNO? (Bahagian 1)

Bagi Dollah Badawi Anak Beranak Sdn Bhd serta konco-konco, selain dari disabotaj, prestasi buruk UMNO dalam PRU 12 adalah kerana salah rakyat yang “emosional” lagi tidak mengenang budi.

Ini kerana UMNO sekian lama ini bukan saja begitu tekun meratibkan mentera hikmat “DEB” dan “pembangunan” tetapi telah membazirkan berbilion wang negara untuk melaksanakan pembangunan. Ya, tiada siapa, hatta Bangsa-bangsa Bersatu sekalipun, yang dapat nafikan fakta ini.

Maka itu memang wajar Dollah Anak Beranak dan konco-konco bertanya: what went wrong? Apa yang silap? Dan jawapannya cukup mudah, hingga boleh diringkaskan melalui screen capture di bawah.

Orang Melayu serata negara sedar dan faham ditahap keupayaan intelek masing-masing bahawa sehingga hujung tahun 2007, UMNO yang ditugaskan untuk menjayakan misi Dasar Ekonomi Baru telah gagal!

Kesannya, jurang pendapatan (kekayaan) antara kaum tetap luas seperti tahun-tahun sebelum DEB diperkenalkan. (Kini pendapatan bulanan isirumah bukan Melayu, Cina khususnya, ialah RM4,437/bulan berbanding Melayu RM2,711/bulan).

Dan jurang pendapatan isirumah penduduk bandar (RM3,956/bulan) dengan luar bandar (RM1,875/bulan) pun tidak semakin sempit.

Sekaligus ringkasan kedudukan ekonomi isirumah Malaysia menyingkap misteri mengapa rakyat Kelantan menolak UMNO habis-habisan dalam PRU 12 yang lalu, dan selamanya akan terus menolak UMNO yang berpegang kepada falsafah “apartheid” – yang pincang serta pencong -- dalam dasar dan perlaksanaan pembangunan.

Bersambung di Bahagian 2.

Nota: Angka-angka yang digunakan adalah berpunca dari Jabatan Statistik dan Pusat Kajian Strategik Kelantan.

Monday, April 07, 2008

Sufiah Yusof Calon Ketua Puteri UMNO?



I have had some of the best sex I ever had working in this job ... I certainly get my needs fulfilled through work ...

(Saya telah dapat antara jima' yang terbagus saya pernah rasa dari membuat kerja ini ... saya setentunya dapat memuaskan keinginan saya melalui kerja ...)


Dr Mashitah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan menjaga hal ehwal agama Islam, semestinya akan dapat bersimpati dengan pilihan kerjaya Sufiah Yusof, seorang wanita rakyat Britain, baka separuh Malaysia melalui ibunya yang asal Johor.

Sufiah selaku bekas pelajar Oxford University -- universiti yang sama tempat Khairy Jamaluddin Menantu Dollah Badawi kononnya pernah belajar -- sudah tentu akan dapat memberi input kepimpinan dan intelektual yang tinggi kepada pergerakan Puteri UMNO.

Perlantikan Sufiah seorang graduan Oxford sebagai Ketua Puteri UMNO adalah cocok dan complementary, melengkapi Khairy yang juga seorang graduan Oxford sebagai Ketua Pemuda UMNO.

UMNO bagaimana pun mesti bertindak cepat untuk membuat booking, kerana, manalah tahu saf penasihat-tidak-rasmi-wal-belakang-tabir kerajaan PAS Negeri Kelantan yang sangat berpengaruh itu melalui network mereka mungkin sudah pun mengorak langkah merebut Sufiah.

“KOD TOYOL”: Bibit Kemusnahan UMNO

“Ke-penyu-an” situasi ini terukir jua. Hanya selepas 22 hari kalah teruk dalam PRU 12, barulah tergerak hati Dollah Badawi untuk mengaku bahawa dialah orang yang bertanggung jawab di atas kekalahan tersebut.

Seterusnya, setelah 27 hari mencipta sejarah sebagai khalifah UMNO paling lekeh dalam sejarah Tanah Melayu, barulah Dollah tergerak hati menjawab tuduhan yang dilemparkan Tun Mahahir dan ramai lagi pemimpin veteran UMNO terhadapnya dan Menantu lulusan Oxford yang ber-IQ boleh dipertikai (questionable IQ).

Hari ini saya tidak bercadang membuat appraisal panjang lebar tentang mutu dan relevansi jawapan yang Dollah berikan semalam kepada 1,000 ahli UMNO di PWTC. Saya cuma ingin memperturunkan pengamatan berikut tentang jawapan Dollah:

Dollah sebenarnya bertindak laksana tikus membaiki labu.

Bila diisytiharkan beliau dan Menantunya telah disabotaj oleh UMNO di 14 Bahagian (yang tidak disebut nama) beliau sebenarnya secara terbuka telah mendefinasikan siapa musuh beliau – sekaligus itu menggera mereka-mereka yang terlibat supaya siaga, kalau pun tidak mendorong mereka bersekutu dalam satu plot memastikan dinasti haram yang Dollah cuba bina itu berkecai lumat dalam tempuh terdekat.

Dollah Badawi mungkin tidak minat untuk tahu mengapa UMNO sendiri sanggup mensabotaj beliau, tetapi saya kira ramai pembaca yang curious akan punca dan asal usul penentangan. Dan jawapannya adalah cukup mudah!

Rancangan Dollah dan Menantunya untuk lakukan satu purge, satu pogrom, pembersihan dalaman UMNO secara besar-besaran telah backfire.

Rancangan jahat tersebut yang dikenali dengan nama popular “Kod Toyol” telah terdedah sejak awal lagi. Untuk jasa ini, adalah tidak wajar jika sejarah bangsa Melayu tidak merakamkan terima kasih kepada Ruhanie bin Ahmad, wira Melayu yang telah menyedarkan bangsanya akan malapetaka yang bakal bertandang.

Dengan pendedahan tersebut watak-watak yang menjangka mereka akan tercantas telah melakukan pre-emptive strike, menyerang awal, kalau tidak pun bertindak secara reaktif – kau cantas aku, aku tebas kamu! Kamu gugurkan nama aku dari senarai calun PRU 12, aku pastikan UMNO kalah di kawasan aku.

Episod ini tentang Dollah dan Menantunya membuat saya tertanya akan mutu kurikulum pengajian di Oxford. Tak kan siswa unversiti Oxford tidak diajar hukum alam -- bahawa bagi setiap tindakan akan ada tindakbalasnya – for every action there is a reaction.

Kalau sebelum ini tuan hamba tidak tahu, kini saya sudah beritahu. Maka itu stop whinning! Hentilah merengek. You asked for it.

Saturday, April 05, 2008

Blog Baru: Ninja Welfare

Tombei Sang Kabus penulis Blog Ninja Welfare adalah satu lagi jelmaan Rudin X.

Kalau orang dibelakangnya masih sama, mengapa perlu satu blog baru? Ya, satu soalan yang wajar ditanya, dan jawapannya adalah mudah: Rudin X inginkan satu medan khusus membincangkan apa itu negara berkebajikan -- welfare state -- dari pelbagai sudut.

Jika keluhan dalam blog ini boleh diangap pen-jahar-an (membunyikan) suara hati Rudin X tentang apa yang dirasakannya pincang tentang pendekatan yang diambil selama ini oleh penentang-penentang UMNO/BN; blog Ninja Welfare adalah reaksi Rudin X terhadap perbuatan PAS yang telah menggantung rakyat tidak bertali, membiarkan rakyat kempunan dengan seloka-seloka manis "negara berkebajikan."

Jelas kini bila diberi kepercayaan, PAS telah mempamerkan hakikat ia sebenarnya secebis pun mengerti apa yang didendangkan di musim kempen PRU yang lalu, apatah lagi tahu di mana hendak mula dengan menjayakan satu “negara berkebajikan.”

Bagi Rudin X, perbuatan PAS itu adalah persis satu coitus interruptus [1] (senggama/jima' terhenti) yang sungguh tidak patut. Boleh dimaafkan, tapi tidak patut.

Selain sebab di atas, blog baru ini juga adalah pentas bagi Rudin X bereksperimentasi dengan genre (aliran) penulisan bahasa rojak Melayu-Inggeris, bahasa artis-artis Melayu, yakni berkarya menggunakan bahasa popular orang Melayu masakini berkomunikasi.

Sudilah ke blog Ninja Welfare jika tuan/puan berkelapangan. Tajuk sulong di blog itu ialah: Mulanya Di Sini.

Friday, April 04, 2008

100 Hari: Mampukah Dollah Badawi Bertahan? (Bahagian 1)

Belum lagi ayam berkokok pada subuh 9hb Mac 2008, kemenangan Dollah Badawi dalam PRU 12 telah disambut dengan gelombang demi gelombang asakkan dari pelbagai penjuru masyarakat supaya beliau tidak menyandang kerusi perdana menteri Malaysia.

Namun, dalam bertindak tipikal dengan perangai bodoh sombongnya, semua nasihat ikhlas, saranan, seruan, pujukan, kutukkan, ejekkan dan tuntutan tidak diendahkan.

Gasak dia lah.

Pilihan -- undur secara sukarela dan terhormat, atau mengheret ekor dicelah kaki, dihalau dihambat turun dari tahta perdana menteri secara paksa -- itu hak dia. Yang pasti, lambat laun Dollah akan terpaksa buat pilihan ini.


Soalan Cepumas
Mampukah Dollah Badawi bertahan selama 100 hari sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling dibenci dan diperlekeh rakyat dalam sejarah Tanah Melayu?

Sebelum kita terokai jawapannya, molek kita fahami mengapa tempoh 100 hari dipilih sebagai jarak masa Dollah mampu bertahan.


Signifikansi Tempoh 100 Hari
Dalam budaya Melayu-Islam jarak masa 100 hari mempunyai signifikansi yang tersendiri. 100 hari ialah hari terakhir seorang yang meninggal dunia akan diingati oleh sanak saudara. Lazimnya dihari ke-100 ‘kenangan” simati akan diraikan dengan majlis “kenduri tahlil.”

100 hari yang juga bersamaan dengan tempoh 3 bulan 10 hari adalah sifir mudah (sifir jahil) bagi menentukan iddah (tempoh larangan) bagi perempuan yang bercerai atau kematian suami berkahwin semula.

Selain itu, 100 hari ialah lazimnya tempoh mujarab “minyak pengasih” atau kesan “sihir mahabbah” yang dari kelas “pisek” (perkataan Selatan Thailand yang bermaksud "unggul").

Pun tempoh 100 hari mempunyai signifikansi yang besar dari perspektif “mundane astrology” [1], [2] (bermaksud falak hal ehwal perniagaan dan kerajaan. Yang mana minat saya terhadap bidang ini di zaman saya jahiliyah dulu telah menyebabkan saya sampai ke dalam kuil-kuil Hindu di Nepal dan India bersimpuh menghadap pakar-pakar bidang ini. Perhatikan pengajian astrology/falak adalah haram di sisi Islam. Untuk rekod umum, saya telah pun lama bertaubat dari mempraktikkan segala bentuk astrology/falak). Amnya, mengikut fahaman mundane astrology nasib sesuatu kerajaan atau perniagaan boleh berubah sakan – kepada baik atau buruk secara drastik -- dalam tempoh 100 hari.


Kenapa Dollah Badawi Tidak Boleh Bertahan
Rakyat jelas boleh lihat bahawa dalam berkeras mahu jadi perdana menteri Dollah tidak didorong, apatah dirasuk oleh apa-apa suara ghaib, atau ditekan oleh kehadhiran satu nilai murni, satu idealisme suci, atau satu rasa terpanggil menyelesaikan satu misi luhur, untuk menjadi perdana menteri.

The man has no fucking ideals backing his stand.

Sebaliknya Dollah berkeras untuk terus duduk dikerusi perdana menteri semata-mata kerana harta dan wang ringgit. Semata-mata kerana kepentingan ekonomi anak dan menantu.


Derhaka -- Meronta Laksana Lembu Lepas Disembelih
Perhatikan Dollah sanggup berperang menderhaka (melalui proksi) dengan Al Sultan Terengganu, berkeras mahukan Idris Jusoh di kerusi Menteri Besar bukan kerana apa-apa misi politik yang penting lagi genting, tapi semata-mata kerana ingin menjamin royalti minyak untuk negeri Terengganu yang dipanggil Wang Ehsan, berjumlah RM1.2 bilion setahun, kekal dikuasai oleh anak dan menantu beliau.

Berbekal motif yang bukan setakat picisan, malah terlalu primitif, Dollah telah bangkit menentang Al Sultan Terengganu, berhulubalangkan antara komando-nya, Peguam Negara Gani Patail – satu relik lantikan Tun Mahathir untuk menggembirakan establishmen politik Sabah. Maka Dollah pun mahu cetuskan satu “krisis perlembagaan”.

Tetapi seperti mana biasa dengan kelaziman saf penasihat Dollah yang bertopengkan imej “pandai”, mereka lupa bahawa Tuanku Mizan yang mereka derhakai bukanlah berseorangan (yang sohih lagi wajib tentu, rakyat di belakang Tuanku 100%). Tanpa mereka sedari, malah mereka gagal "baca" bahawa selain rakyat, bersama Tuanku Mizan ialah ayahanda-ayahanda beliau sultan-sultan negeri lain, yang setengahnya dunia memang iktiraf bijak, berhikmah, lagi hebat; seumpamanya, Tuanku Azlan Shah, bekas Ketua Hakim Negara termuda dalam sejarah negara-negara Commonwealth.

Maka itu tidak hairanlah bila dikhabarkan serangan derhaka Dollah terhadap Tuanku Mizan telah dipatahkan hanya dengan satu ayat dari mulut Tuanku – tubuh Suruhanjaya DiRaja Siasat Penggunaan Wang Ehsan dari tahun 2004 hingga 2007.

Dikhabarkan reaksi Dollah mendengar titah tersebut ialah seakan terkincit dalam seluar, sekoyon-koyon pucat tidak berdarah, lagak macam nak pengsan. Terus akur Dollah yang selazimnya bongkak itu laksana pacal (maksud perkataan Melayu purba “pacal” ialah anak anjing buruk telinga/telinga kurap) hina yang diketuk kepala.

Sudahlah “kalah mudah” di Perlis, “kalah tanpa sempat buka mulut” di Perak, dalam episod menderhakai Al Sultan Terengganu, Dollah Badawi “kalah mati.”

Bersambung di Bahagian Kedua.