C-u-l-a, istilah politik peringkat rendah yang bermaksud "anggar" atau "agak @ teka berasas".
Macam mana rupa "cula" dan bagaimana ia dilakukan? Resipi cula adalah lebih kurang begini.
1. Perlu sekurang-kurangnya satu cawangan parti politik dalam satu Daerah Mengundi atau "Peti Undi".
2. Perlu sekurang-kurangnya seorang "Ketua Peti Undi" atau semoleknya "Jawatan Kuasa Peti Undi".
3. Seboleh-bolehnya Ketua Peti Undi atau Jawatan Kuasa Peti Undi mestilah orang tempatan, yang sesungguhnya orang dalam kawasan Peti Undi.
4. Daftar Pemilih Peti Undi. Maksudnya senarai dari SPR akan orang-orang dalam Peti Undi yang layak mengundi.
Diberi ramuan di atas, Ketua Peti Undi (JK Peti Undi) akan meneliti Daftar Pemilih dan cuba mengenal pasti "sikap" penama terhadap parti. Makcik Munah biasanya sokong parti mana, Pak Cik Dollah, Alang Jusoh, Busu Timah, Tokey Acai dan seterusnya, sokong siapa, condong belah mana. Kalau UMNO yang cula, Ketua Peti Undi akan tandakan samada sesuatu nama itu -- Dacing (Sokong UMNO), Bulan (Sokong PAS), Atas Pagar, Tidak Dikenali, Luar Kawasan, Dalam Penjara, Dalam Pusat Pemulihan dsb.
Bila senarai cula diaggregatkan, parti boleh anggarkan potensi kalah/menang bagi sesuatu kawasan DUN atau Parlimen.
Masalah dengan Nurul Izzah, yang mana 2 pembantunya ditangkap polis kerana menyamar pegawai SPR sekaligus membayangkan masalah besar PKR.
Parti itu tiada ahli, tiada cawangan, dan kalau ada pun, cuma atas kertas. Sebab itu lah parti itu tak boleh, malah tak reti, nak buat "gerakan cula" kawasan. Dan sebab inilah juga yang membuatkan PKR parti yang paling kerap, dan paling kuat melolong "pengundi hantu" -- mereka tak boleh nak kenal pasti siapa pengundi dalam kawasan yang mereka bertanding.
Untuk makluman adik Nurul, kerja cula ini "celah gigi" saja, tetapi ianya tak boleh nak diswastakan kepada Merdeka Center atau bebudak universiti yang sokong PKR. Kerja ini mesti dilakukan oleh orang parti dari dalam kawasan. Ada faham?
Kalau cula pun tak reti, macam mana orang PKR nak tadbir Tanah Melayu, yang mana kerjanya lagi kompleks?
Saturday, March 24, 2012
Saturday, March 17, 2012
Amah Indon: Masa Untuk Penyelesaian Jangka Panjang
Sampai bila kita hendak guna "pendekatan band-aid" dalam menyelesaikan masalah ini? Pendekatan setiap kali luka, tampal saja plaster. Pendekatan, melutut tagih simpati Indonesia, setiap kali timbul masalah.
Empat perkara yang kita perlu sedar tentang masalah amah/babu ini ialah:
1. Ia sebenarnya simptom kecil kepada satu masalah hakiki yang lebih besar, iaitu masalah struktur masyarakat Malaysia yang perlu ditangani kadar segera, dan masalah ini perlukan long term solution -- penyelesaian masa panjang.
2. Indonesia, Myanmar, Kampuchea atau negara mana sekali pun yang kini mundur di rantau Asia Tenggara tidak selamanya akan kekal mundur, dan bergantung kepada eksport tenaga kerja, baik bentuk amah, buruh ladang sawit atau pelacur untuk hidup. Malah, kalau diperhatikan Indonesia, pertumbuhan ekonomi di sesetengah daerahnya adalah lebih pesat dari pertumbuhan Malaysia. Akan sampai masanya negara mereka akan makmur seperti negara kita, dan mereka pun akan kekurangan tenaga kerja.
3. Kerajaan tidak perlu tunduk kepada tuntutan suri rumah etnik Cina yang tidak mahukan (sebab cemburu) amah dari negara China. Malah kerajaan sepatutnya berkeras supaya keluarga Cina atau keluarga bukan-Islam hanya layak mengambil amah dari negara China. Dengan terbukanya punca bekalan amah dari negara itu akan memberi persaingan kepada Indonesia yang kini besar kepala.
4. Faktor Anwar Brahim yang mampu mempengaruhi, meracuni, keputusan pihak Indonesia dalam hal-hal urusan melibatkan hubungan Indonesia-Malaysia.
Sudah sampai masanya untuk PM Najib dan kabinetnya berfikir untuk menyediakan (secara subsidi) pusat jagaan kanak-kanak (day care center) tajaan kerajaan. Malah untuk menggalakkan bekalan kebajikan masyarakat ciri ini, kerajaan memberi insentif fiskal kepada majikan, persatuan surau dan masjid, atau persatuan penduduk untuk menyediakannya. Saya taksir, perbuatan ini adalah lagi berfaedah dari memberi peruntukan yang banyak bagi menyelenggara pusat pemulihan penagih dadah disegenap pelusuk negara.
Kita kena terima hakikat bahawa penyertaan kaum wanita dalam work force negara adalah satu ciri kekal ekonomi kita.

Tuesday, March 06, 2012
Coup de tat Kedah: Ustadz Azizan Kalah Dalam Menang
Pemuja Anwar menang. Hasil usaha menggulingkan Ustadz Azizan dari jawatan Menteri Besar Kedah adalah kejayaan bagi puak Pahrolrazi dan Ismail.
Sekadar tidak memberi aib. Ustadz Azizan kelihatan menang kerana masih menyandang jawatan Menteri Besar Kedah, tetapi sebenarnya beliau kalah besar. Perbuatan PAS Pusat mengekalkan beliau di jawatan itu adalah semata-mata untuk tidak memberi aib kepada seorang pejuang PAS yang bertaraf ulama.
MAGERAN ala-PAS. Berbeza dengan norma di mana seorang Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak, untuk pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, kerja dan keputusan seorang Menteri Besar kini dipantau secara aktif oleh sebuah jawatan kuasa pusat. Implikasi paling jelas perbuatan ini ialah Menteri Besar Kedah sudah tidak boleh dipercayai untuk bertindak secara siuman dan rasional.
Di mana nilai diri Ustadz Azizan? MB Kedah sebenarnya boleh memulangkan paku buah keras kepada PAS Pusat dengan meletak jawatan sebagai MB, tetapi kekal sebagai ADUN. Perbuatan ini akan memuaskan nafsu loba yang tidak kenal timing fraksi Anwar dalam PAS Kedah, tetapi sekaligus mengisyaratkan kepada semua penyokong PAS di seluruh negara yang tidak walaq (setia taksub) kepada Anwar bahawa PAS perlu direformasikan secukup rasa selepas PRU ke-13 kekal.

Debat Anwar Najib: Kemaruk Nak Muncul Di Media Perdana
Tak cukup dengan gesaan, Pakatan Rakyat promosikan hasil kaji pendapat yang menunjukan rakyat mahukan debat Anwar-Najib. Mungkin rakyat mahu lihat sarkes politik, sebenarnya.
Dan sememangnya debat itu, jika berlangsung, adalah tidak lebih dari satu sarkes politik.
PM Najib boleh debat dengan siapa yang dia suka, dan itu rakyat tak boleh halang. Tetapi dari segi "hikmah", saya (yang menyokong PM Najib) tidak nampak manfaat yang mendatang kepada Najib. Manfaat kepada Anwar Ibrahim, tersangat banyak.
Sejak 1998 Anwar menyelar, menghina, dan meludah segala "media UMNO". Dan semenjak itulah Anwar tidak dapat muncul di pentas TV3 (khususnya), TV2 dan TV1 dalam "cahaya" yang "positif". Terlalu dahaga dan rindu Anwar akan pentas media perdana (main stream media). Adakah itu niat sebenar Anwar Ibrahim sehubung debat yang ditagih ini? Untuk mendapat sekelumit peluang mencipta semula kredibiliti yang hilang?
Tak kan PM Najib dan segala penasihat beliau tidak nampak "angle" (sudut) ini? Jika nampak, perlukan tagihan ini dilayan?

Andai Kata PRU Ke-13 Bulan Jun 2012
Kemungkinan besar kecoh soal gaji penjawat awam di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan selesai pada pertengahan bulan April 2012.
Tanggal 1 Mei, 99% dari semua penjawat awam berpuas hati dengan gaji baru mereka. Tepat 12.01 pagi tanggal 25 Mei, 1.2 juta akaun bank penjawat awam akan dikreditkan dengan gaji mereka.
Katakanlah, purata seorang penjawat awam mendapat kenaikan gaji sekitar RM400. Boleh tahan juga lah tu. Tetapi yang lagi best, SBPA sebenarnya berkuat kausa pada 1hb Januari 2012. Maksudnya semua penjawat awam bakal menerima tunggakan (arrears) gaji untuk empat bulan. RM400 darab 4 bulan = RM1,600. Campur kenaikan bulan Mei, "hadiah" dari PM Najib ialah RM2,000 seorang.
Tepat jam 12.00 tengah hari 26hb Mei, PM Najib umum bubar parlimen, dengan tarikh PRU ke-13 sekitar 15hb Jun. Agak-agak, pada hari membuang undi kelak, undi 1.2 juta penjawat awam akan memihak kepada parti mana?
Ahhh ... talk about BN's fixed deposit.
Teka saya, selepas 16hb Jun 2012, PKR akan pupus, mati tidak berkubur untuk selama-lamanya. Manakala Anwar Ibrahim dikejarkan ke sebuah hospital di India ...

Subscribe to:
Posts (Atom)