Tuesday, March 06, 2012

Debat Anwar Najib: Kemaruk Nak Muncul Di Media Perdana

Tak cukup dengan gesaan, Pakatan Rakyat promosikan hasil kaji pendapat yang menunjukan rakyat mahukan debat Anwar-Najib.  Mungkin rakyat mahu lihat sarkes politik, sebenarnya.

Dan sememangnya debat itu, jika berlangsung, adalah tidak lebih dari satu sarkes politik.


PM Najib boleh debat dengan siapa yang dia suka, dan itu rakyat tak boleh halang.  Tetapi dari segi "hikmah", saya (yang menyokong PM Najib) tidak nampak manfaat yang mendatang kepada Najib.  Manfaat kepada Anwar Ibrahim, tersangat banyak.

Sejak 1998 Anwar menyelar, menghina, dan meludah segala "media UMNO".  Dan semenjak itulah Anwar tidak dapat muncul di pentas TV3 (khususnya), TV2 dan TV1 dalam "cahaya" yang "positif".  Terlalu dahaga dan rindu Anwar akan pentas media perdana (main stream media).  Adakah itu niat sebenar Anwar Ibrahim sehubung debat yang ditagih ini?  Untuk mendapat sekelumit peluang mencipta semula kredibiliti yang hilang?

Tak kan PM Najib dan segala penasihat beliau tidak nampak "angle" (sudut) ini?  Jika nampak, perlukan tagihan ini dilayan?

1 comment:

Anonymous said...

sedap dengar perkataan sarkes. media umno yang munafik. penulis yang sedang menjilat najis umno. penulis harus sedar kematian akan tiba bila2 masa dan akan mengadap tuhan sekiranya dapat dan keluarkan segala dosa yang ada. apakah kamu berani?. apakah kamu beroleh untung?. sedar tak kamu yang umno/bn telah mentekedarah keringat rakyat.rakyat sedang menderita sekarang