Tuesday, March 06, 2012

Coup de tat Kedah: Ustadz Azizan Kalah Dalam Menang

Pemuja Anwar menang.  Hasil usaha menggulingkan Ustadz Azizan dari jawatan Menteri Besar Kedah adalah kejayaan bagi puak Pahrolrazi dan Ismail.

Sekadar tidak memberi aib.  Ustadz Azizan kelihatan menang kerana masih menyandang jawatan Menteri Besar Kedah, tetapi sebenarnya beliau kalah besar.  Perbuatan PAS Pusat mengekalkan beliau di jawatan itu adalah semata-mata untuk tidak memberi aib kepada seorang pejuang PAS yang bertaraf ulama.

MAGERAN ala-PAS.  Berbeza dengan norma di mana seorang Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak, untuk pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, kerja dan keputusan seorang Menteri Besar kini dipantau secara aktif oleh sebuah jawatan kuasa pusat.  Implikasi paling jelas perbuatan ini ialah Menteri Besar Kedah sudah tidak boleh dipercayai untuk bertindak secara siuman dan rasional.

Di mana nilai diri Ustadz Azizan?  MB Kedah sebenarnya boleh memulangkan paku buah keras kepada PAS Pusat dengan meletak jawatan sebagai MB, tetapi kekal sebagai ADUN.  Perbuatan ini akan memuaskan nafsu loba yang tidak kenal timing fraksi Anwar dalam PAS Kedah, tetapi sekaligus mengisyaratkan kepada semua penyokong PAS di seluruh negara yang tidak walaq (setia taksub) kepada Anwar bahawa PAS perlu direformasikan secukup rasa selepas PRU ke-13 kekal.

No comments: