Saturday, March 24, 2012

Cula: Izzah, Sayang, Kalau Tak Reti Meh Uncle Ajar

C-u-l-a, istilah politik peringkat rendah yang bermaksud "anggar" atau "agak @ teka berasas".

 Macam mana rupa "cula" dan bagaimana ia dilakukan?  Resipi cula adalah lebih kurang begini.
 
1.  Perlu sekurang-kurangnya satu cawangan parti politik dalam satu Daerah Mengundi atau "Peti Undi".

2.  Perlu sekurang-kurangnya seorang "Ketua Peti Undi" atau semoleknya "Jawatan Kuasa Peti Undi".

3.  Seboleh-bolehnya Ketua Peti Undi atau Jawatan Kuasa Peti Undi mestilah orang tempatan, yang sesungguhnya orang dalam kawasan Peti Undi.

4.  Daftar Pemilih Peti Undi.  Maksudnya senarai dari SPR akan orang-orang dalam Peti Undi yang layak mengundi.

Diberi ramuan di atas, Ketua Peti Undi (JK Peti Undi) akan meneliti Daftar Pemilih dan cuba mengenal pasti "sikap" penama terhadap parti.  Makcik Munah biasanya sokong parti mana, Pak Cik Dollah, Alang Jusoh, Busu Timah, Tokey Acai dan seterusnya, sokong siapa, condong belah mana.  Kalau UMNO yang cula, Ketua Peti Undi akan tandakan samada sesuatu nama itu -- Dacing (Sokong UMNO), Bulan (Sokong PAS), Atas Pagar, Tidak Dikenali, Luar Kawasan, Dalam Penjara, Dalam Pusat Pemulihan dsb.

Bila senarai cula diaggregatkan, parti boleh anggarkan potensi kalah/menang bagi sesuatu kawasan DUN atau Parlimen.

Masalah dengan Nurul Izzah, yang mana 2 pembantunya ditangkap polis kerana menyamar pegawai SPR sekaligus membayangkan masalah besar PKR.

Parti itu tiada ahli, tiada cawangan, dan kalau ada pun, cuma atas kertas. Sebab itu lah parti itu tak boleh, malah tak reti, nak buat "gerakan cula" kawasan.  Dan sebab inilah juga yang membuatkan PKR parti yang paling kerap, dan paling kuat melolong "pengundi hantu" -- mereka tak boleh nak kenal pasti siapa pengundi dalam kawasan yang mereka bertanding.

Untuk makluman adik Nurul, kerja cula ini "celah gigi" saja, tetapi ianya tak boleh nak diswastakan kepada Merdeka Center atau bebudak universiti yang sokong PKR.  Kerja ini mesti dilakukan oleh orang parti dari dalam kawasan.  Ada faham?

Kalau cula pun tak reti, macam mana orang PKR nak tadbir Tanah Melayu, yang mana kerjanya lagi kompleks?

1 comment:

Anonymous said...

wah.. rudin x dah kembali. tepat pada masanya