Saturday, March 17, 2012

Amah Indon: Masa Untuk Penyelesaian Jangka Panjang

Sampai bila kita hendak guna "pendekatan band-aid" dalam menyelesaikan masalah ini?  Pendekatan setiap kali luka, tampal saja plaster.  Pendekatan, melutut tagih simpati Indonesia, setiap kali timbul masalah.

Empat perkara yang kita perlu sedar tentang masalah amah/babu ini ialah:

1.  Ia sebenarnya simptom kecil kepada satu masalah hakiki yang lebih besar, iaitu masalah struktur masyarakat Malaysia yang perlu ditangani kadar segera, dan masalah ini perlukan long term solution -- penyelesaian masa panjang. 

2.  Indonesia, Myanmar, Kampuchea atau negara mana sekali pun yang kini mundur di rantau Asia Tenggara tidak selamanya akan kekal mundur, dan bergantung kepada eksport tenaga kerja, baik bentuk amah, buruh ladang sawit atau pelacur untuk hidup.  Malah, kalau diperhatikan Indonesia, pertumbuhan ekonomi di sesetengah daerahnya adalah lebih pesat dari pertumbuhan Malaysia.  Akan sampai masanya negara mereka akan makmur seperti negara kita, dan mereka pun akan kekurangan tenaga kerja.


3.  Kerajaan tidak perlu tunduk kepada tuntutan suri rumah etnik Cina yang tidak mahukan (sebab cemburu) amah dari negara China.  Malah kerajaan sepatutnya berkeras supaya keluarga Cina atau keluarga bukan-Islam hanya layak mengambil amah dari negara China.  Dengan terbukanya punca bekalan amah dari negara itu akan memberi persaingan kepada Indonesia yang kini besar kepala.

4.  Faktor Anwar Brahim yang mampu mempengaruhi, meracuni, keputusan pihak Indonesia dalam hal-hal urusan melibatkan hubungan Indonesia-Malaysia.

Sudah sampai masanya untuk PM Najib dan kabinetnya berfikir untuk menyediakan (secara subsidi) pusat jagaan kanak-kanak (day care center) tajaan kerajaan.  Malah untuk menggalakkan bekalan kebajikan masyarakat ciri ini, kerajaan memberi insentif fiskal kepada majikan, persatuan surau dan masjid, atau persatuan penduduk untuk menyediakannya.  Saya taksir, perbuatan ini adalah lagi berfaedah dari memberi peruntukan yang banyak bagi menyelenggara pusat pemulihan penagih dadah disegenap pelusuk negara.

Kita kena terima hakikat bahawa penyertaan kaum wanita dalam work force negara adalah satu ciri kekal ekonomi kita.

No comments: