Friday, January 12, 2007

Batu Talam: PAS Gemparkan Dunia Dengan Strategi “Who Wants To Play With You, UMNO?

Begitulah, seperti yang dijangka. Right on the dot. Kalau dalam slanga bermain golf, PAS hits on the sweet spot. Yang mana, keselarian maksudnya dalam slanga Kelantan, PAS teyr kena atas umbok puna UMNO (PAS pukul kena batang tengkok UMNO). Tindakan PAS memboikot PRK ini memang pun dicongak untuk menggemparkan dunia.

Setakat petang tadi, Reuters, International Herald Tribune, dan Associated Press telah pun membawa berita ini ke perhatian dunia, dan dijangka UMNO akan semakin dimalukan bila BBC, Al Jazeera dan CNN turut tumpang semangkuk memberi ulasan.

Kalau momentum pemboikotan ini boleh dikekalkan untuk tempuh 3 hingga 6 bulan lagi, saya teka, pelabur institusi asing pun akan terpaksa melakukan review tentang kedudukan country risk Malaysia yang diterajui UMNO. (Siap ler volum kemasukan pelaburan asing ke Malaysia tahun ini. Hadiah harijadi ke-31 yang sepadan untuk Menantu Dollah).

Para pembesar UMNO pun bunyinya kurang senang dengan pemboikotan ini, walaupun sebab kesal mereka tiada kena mengena dengan persoalan ketelusan dan kesaksamaan proses demokrasi, Ketiadaan PAS dalam persaingan kali ini akan menyaksikan berkurangnya keperluan modal tunai sebagai bahan bakar kempen.

Kesian ya? Akan ada orang UMNO yang sudah lama kepingin Kompressor akan terus kempunan. Ingatkan di musim PRK inilah peluang tercapainya impian. Rupanya tidak. Tiada PAS, fulus pun tiada. Ciyaaaan, mereka.

Reaksi dunia dan ralat orang-orang yang berkepentingan dalam UMNO darihal pemboikotan ini, satu hal. Tetapi apa yang betul-betul menterkejutkan saya ialah kewujudan peminat senyap, silent admirers PAS di kalangan elit negara. Pemboikotan PAS akan PRK ini telah membawa kepermukaan suara-suara hampa dan kecewa orang-orang yang, sah, selama ini rupa-rupanya tercari-cari peluang untuk mengisi borang keahlian PAS.

Tidaklah sengkek sangat PAS ini rupanya, ya?


Epilogue: Reminds me of a joke. The garbage men and the preachers go on strike. After two weeks, who do you miss more?

No comments: