Thursday, December 07, 2006

Aurat Wanita, Urat & Disfungsi Ereksi

Dalam banyak hal, saya kira “luas” adalah satu keadaan jirim, ruang, yang sangat dihajati. Namun saya percaya bahawa dalam sesetengah hal pula, “sempit” adalah satu kewujudan yang mahal lagi diburu.

Bertolak dari pengamatan di atas yang tiada kena mengena dengan tajuk ini, saya amati bahawa aurat wanita sudah menjadi satu isu global.

Dunia barat, atau mungkin lebih tepatnya negara-negara blok Judeo-Christian yang dikepalai Amerika Syarikat nampaknya begitu menentang konsep menutup aurat wanita, hingga ada negara yang telah menggubal undang-undang mengharamkan perbuatan menutup aurat “ala-Islam.”

Mengapa jadi begitu, hingga isu ini terbawa-bawa ke Malaysia yang terlalu hingar selama ini melaungkan bahawa ianya sebuah “negara Islam.” Lebih aneh lagi, bila ada pembesar negara Islam yang menjadi pendepan, jurucakap, kepada blok menentang aurat wanita ditutup.

Langsung membuat ramai yang merasakan dirinya Islam, semakin keliru dengan fabrikasi (fabrication) yang dipanggil “Islam“ Hadhari. Yang mana Islam versi ini sedang giat diajar disekolah-sekolah rendah – Islam tanpa Muhammad dengan 10 rukunnya.

Dalam polemik aurat ini, saya amat bersimpati dengan tugas

Nabi Muhammad s.a.w. dan dilema yang mungkin pernah Baginda Rasulullah lalui. Nak diceritakan lebih-lebih tentang hubungkait reaksi kaum lelaki akan visual bahagian dan bentuk tubuh kaum perempuan, takut pula dianggap terlalu condescending, memandang rendah akan keupayaan intelek manusia segajat. Kalau tidak pun memberi mesej yang tidak tepat tentang sifat semulajadi kaum lelaki.

(Saya bayangkan) Langsung untuk memudahkan cerita, Rasulullah meminta jasa baik kaum wanita Muslim supaya menutup aurat.

Mungkin logik yang membawahi saranan tersebut adalah mudah – aurat terbuka, urat berdiri – pada masa dan tempat yang sesuai.

Berterusan mendedahkan aurat, hingga berkeras dan memberontak untuk berbuat demikian ada banyak padahnya kepada kedua-dua kaum. Kaum lelaki yang “terdera” minda dan jiwanya sepanjang hari, itu satu padah.

Tetapi padah yang kedua ialah kepada kaum wanita – mereka juga teraniaya kerana bila kaum lelaki kalih, dan terbius dengan aurat wanita, tindakbalas dan prestasi yang diidamkan tidak akan kesampaian.

Maka itu tidak hairan kalau di Malaysia, lelaki terpaksa mencari jalan untuk mengembalikan, malah membolehkan reaksi terhadap wanita, yang sepatutnya terjadi secara semulajadi dan tanpa apa-apa bantuan luaran.

Lihat saja betapa luasnya permintaan, malah jeritan batin kaum lelaki, disegenap ceruk negara, yang terpaksa mencari penawar pada setiap kesempatan yang boleh. Kalau tidak ke doktor atau dukun, “ubat segara” di warung-warung kopi, pun boleh dianggap satu rahmat.

Sebaliknya perhatikan bahawa di negeri-negeri di mana penjagaan aurat wanita itu ditekankan, di Kelantan umpamanya, disfungi ereksi bukanlah satu masalah. Kebolehrangsangan tidak menjadi isu, tetapi lelaki lebih menumpukan kepada perkiraan substantif, seperti saiz keperwiraan.

No comments: