Monday, November 06, 2006

FTA: Melayu Kuala Kangsar Mendokong Pengkhianat Negara!

Tun Dr Mahathir cuba membetulkan kesilapan -- terlalu banyak kesilapan maha besar yang telah dilakukan oleh Pentadbiran Abdullah dalam tempoh tiga tahun lepas, tetapi sebagai balasan dia telah ditempelak oleh UMNO. Tun Dr Mahathir membangkitkan isu AP, yang mana pengeluaran dokumen ini adalah di bawah kawalan ketat Datuk Seri Paduka Rafidah Aziz, tetapi sebagai balasan beliau diperbudak-budakan. Itulah nasib Tun Dr Mahathir mutakhir ini.

Memang Tun Dr Mahathir tidak menimbulkan isu FTA. Sebaliknya isu ini dilontar ke perhatian massa Melayu oleh Datuk Seri Ibrahim Ali. Oleh kerana orang Melayu terlalu menilai wajah posman dari kandungan warkah yang disampaikan, maka kita tidak pandang isu itu sebagai serius.

FTA adalah kata singkat kepada frasa Inggeris “Free Trade Agreement” yang bermaksud “Perjanjian Perdagangan Bebas.”

Terbaru Malaysia sedang merundingkan satu FTA dengan Amerikat Syarikat, yang mana rundingan telah ditangguh secara tergesa. Punca penangguhan adalah kerana segelintir rakyat Malaysia telah tercium kelemahan (ketidakikhlasan?) Pentabiran Abdullah dalam mewakili kepentingan negara dirundingan tersebut, langsung menuntut Pentadbiran Abdullah mendedahkan butir-butir rundingan.

Tidak dapat dipastikan pihak mana yang telah berpeluh tapak tangan sambil menggelabah, Amerika Syarikat atau Pentadbiran Abdullah, tetapi apa yang nyata, kali ini sebuah negara asing telah tidak dapat memperbodohkan rakyat Malaysia semudah dan sepantas yang telah dibuat oleh Jepun terdahulu dari ini.

The ministers from both nations "shared the view that the (FTA) will contribute toward enhancing the cross-border flow of goods, services and capital between Japan and Malaysia...enable both countries to make the most of their economic complementarity."

For example, Kuala Lumpur will remove tariffs on finished passenger cars with engine displacements above 2000 cc by 2010 and smaller vehicles by 2015. It will also immediately abolish tariffs for completely knocked down auto parts for Japanese carmakers assembling vehicles in Malaysia.

For farm products, Tokyo will immediately eliminate tariffs on Malaysian imports of tropical fruits like mangoes, mangosteens, durians, papayas and rambutans.

Dalam rundingan FTA dengan Jepun yang dikepalai oleh Datuk Seri Rafidah Aziz, Malaysia telah bersetuju untuk membukakan pasaran kereta Malaysia seluas-luasnya kepada pengeluar kereta Jepun. Sebagai balasan, Jepun telah bersetuju untuk membuka pasarannya kepada produk pertanian Malaysia, seperti mangga, manggis, durian, betik dan rambutan.

Kedangkalan FTA Malaysia-Jepun itu adalah terlalu lut sinar jika anda boleh bayangkan pertimbangan ekonomi dalam situasi ini.

Andaikan sebuah kereta Honda Accord tanpa cukai bernilai RM50,000. Berapa banyak manggis, malah berapa kontena buah manggis diperlukan untuk mencapai nilai RM50,000? Katakan dua kontena manggis diperlukan. Cuba bayangkan pula berapa banyak dusun, malah berapa ekar dusun diperlukan untuk mengeluarkan manggis sebanyak dua kontena? Sehubungan ini, cuba bayangkan berapa luas tanah diperlukan untuk menanam manggis atau buahan lain supaya hasilnya menyamai nilai satu kontena kereta Honda dari Jepun? Tanah seluas daerah Ulu Langat? Atau seluas negeri Perlis?

Dah tu, tak kan semua tanah di Malaysia nak ditanam manggis dan rambuta supaya imbangan dagangan kita dengan Jepun berada ditahap yang rasional? Tak kan kita orang Melayu tidak perlukan tanah kubur? Tak perlukan padang atau kawasan lapang untuk anak cucu kita bermain? Cucu-cucu Rafidah Aziz mungkin tidak perlukan Malaysia sebagai tempat bermain, tetapi adakah sebilangan besar dari kita mampu menghantar anak cucu kita ke Australia atau England untuk membesar?

Dalam kes kedangkalan yang sekaligus mengkhianati kepentingan ekonomi negara ini, kita patut salahkan 28,391 orang pengundi dalam kawasan Parlimen P67 Kuala Kangsar kerana telah menghantar Datuk Seri Rafidah Aziz ke parlimen. Bayangkan, 28,391 orang atau tidak sampai 0.01% dari 27 juta rakyat Malaysia menentukan nasib kepentingan ekonomi negara.

Jadual di atas ialah ciri asas demografi pengundi di Sabah. Purata jumlah pengundi dalam sesuatu kawasan parlimen Ssabah ialah 30,758 orang. Kita boleh faham pertimbangan geografi serta taburan penduduk yang menterpaksakan bilangan pengundi yang kecil dalam sesuatu kawasan parlimen Sabah. Utamanya kerana satu-satu kawasan parlimen di Sabah itu adalah mungkin lagi luas dari kawasan seluruh negeri Melaka di campur dengan Negri Sembilan. Itu belum ambil kira rangkaian jalan raya yang ada.

Tetapi di Semenanjung, di Perak dengan rangkaian lebuh raya yang baik lagi selesa, apakah pertimbangan yang mendorong SPR menetapkan bahwa Rafidah Aziz hanya perlu bertanya khabar kebajikan 28,391 orang pengundi? Satu jumlah yang lagi kecil dari purata pengundi dalam kawasan parlimen Sabah! Apa yang istimewa tentang Rafidah Aziz maka kerja beliau sebagai wakil rakyat semestinya dipermudahkan?

Begitu memukaukah Rafidah Aziz di zaman muda beliau dulu?


(Nota: Rudin X puji daya kreatif “ketaq” seorang forumer di MYKMU.NET dan berterima kasih di atas “kebenaran” menggunakan gambar di atas.)

No comments: