Huh. Nampak gayanya, Presiden UMNO dan Menantunya sudah mengambil sikap – membujur lalu, melintang patah – dalam hal hajat mereka menjual bumi Johor kepada Singapura. Tidak kira siapa atau apa yang menentang, bukan “tulah” tapi aib akan menimpa sipenderhaka.
Persis taktik yang digunakan Tun Mahathir dulu semasa berkonfrantasi dengan beberapa Istana. Segala rahsia dan aib akan tersembur keluar. Akan menjadi tontonan marhain segala istiadat guna jin. Segala hutang judi. Segala susur galur anak luar nikah ini dan itu. Segala pembaziran dan rasuah. Sebut saja apa yang memalukan, perkara itulah Tun Mahathir akan sajikan kepada dunia luas melalui media belaannya.
Tetapi ketika itu, saya boleh bersimpati dengan Tun Mahathir kerana saya dapati beliau telah
Tetapi kali ini, tidak begitu sikap saya pada Dolah dan Menantunya. Memang sekali imbas tindakan Mertua dan Menantunya terhadap Istana Johor yang telah dan bakal diambil nampak mirip mewujudkan kesaksamaan dalam negara kita yang tercinta ini. Tetapi saya baca nawaitu, niat yang mendorong tindakan kali ini adalah terlalu kohong, hapak, haprak.
(Dan begitu jugalah fe-el juak juak Menantu Dolah. Istana tidak berkenan untuk memberi darjah kebesaran kepada nama yang di senaraikan UMNO negeri. Cari isu malukan Istana. Anakanda akrab dengan tokoh PAS [yang dulunya pembesar UMNO negeri], ungkit kes Lojing, Gua Musang).
Tidak lebih dari satu ugutan primitif disebabkan kekecewaan dengan Istana Johor yang mungkin telah tidak begitu berkenan dengan rancangan memakmurkan Singapura. Saya merumus begini kerana saya menilai episod ini dari kacamata persoalan -- sejak bila dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Dolah dan Menantunya pernah menunjukan satu noktah, satu iota, satu zarrah jalur utilitarian.
Sayang sungguh bangsa Melayu-Islam kita. Seanggapannya kita punyai singa-singa garang yang menjaga kepentingan kita. Hanya silap sikit, singa-singa kita itu semuanya jenis yang sentiasa lapar. Pantang dihulur secebis suapan, menikuslah dia.
No comments:
Post a Comment