Sunday, September 30, 2007

MEMO PRU12: PAS Kelantan Depani UMNO Marjin 10% -- Bahagian Tiga

Dalam berpura-pura innocent dan berhati mulai di bulan puasa, Annuar Musa telah hina IQ rakyat Kelantan. Budak-budak “lentuk” kerja dengan Maryam Besi Buruk di Jalan Bayam, Kota Bharu pun tahu pengeluaran kad pengenalan Mykad dan menyumbat nama ke dalam daftar pemilih adalah upaya dan sesuka hati jabatan kerajaan yang di bawah telunjuk UMNO/BN [i].


Bagak UMNO dan kealpaan PAS
Pada bahagian sebelum ini saya mengutarakan tesis keputusan PRU 2004 yang mendera PAS Kelantan adalah disebabkan faktor “Pak Lah itu Mr Clean”. Tetapi sebenarnya faktor ini adalah satu sisi dari syiling yang sama.

Sisi satu lagi ialah kelemahan strategik PAS Kelantan dalam 2004. Dan kelemahan yang dimaksudkan ialah “faktor calun.”Sehubungan, saya tidak bercadang berpanjang lebar menghuraikan maksud tesis ini di sini kerana saya telah pun berbuat demikian dalam komentar berikut:

“Kronisme” wujud di mana-mana. Malah “berkroni” itu adalah fitrah kemanusian yang mana hakikat ini kita kena terima. Yang sehubungannya, PAS Kelantan tidak kalis.

Cuma istilah bagi perbuatan kronisme yang digunakan di kalangan orang PAS Kelantan tidak membawa konotasi negatif. Perbuatan ini di rujuk sebagai “rakit” atau “berakit,” yang membayangkan perbuatan mendepankan atau menyertai satu kumpulan, atau berpenghulukan satu ketua yang dominan lagi beragenda.

Dan dari hal rakit, saya berpegang kuat kepada teori rakit-rakit calun PAS dalam PRU 2004 adalah faktor terbesar yang menyumbang kepada nyaris tersungkurnya PAS Kelantan di Serambi Mekah.

Diamati dalam banyak kes pencalunan PRU 2004, ramai watak yang sudah hilang pengaruh dalam masyarakat, hatta sudah tidak disegani orang ramai telah tercalun; semata-mata kerana watak itu berpengaruh dalam parti, atau telah menyertai “rakit” yang berpengaruh. Hasilnya, satu dunia sudah lihat.


PAS Kelantan terpaksa berevolusi mental
Kesan dari azam dan usaha PAS Kelantan melakukan perubahan dapat disimpulkan dari penemuan kerja “cula” yang dilakukan baru-baru ini untuk DUN 04 Wakaf Bharu, dalam kawasan Parlimen P19 Tumpat.

Sebelum menghuraikan angka-angka cula DUN Wakaf Bharu, izin saya tekankan di sini bahawa dalam mengambil Wakaf Bharu sebagai contoh saya tidak berniat untuk memperlekehkan sesiapa, hatta menjulang sesiapa Apa yang bakal saya katakan tentang pengalaman DUN Wakaf Bharu adalah secara ketat berpaksikan angka-angka keputusan PRU yang boleh dibeli dari SPR Kelantan.

Sebab dan pertimbangan prima mengapa saya pilih DUN Wakaf Bharu sebagai kes menyerlahkan poin ialah faktor geografi-nya sebagai satu kawasan “semi-urban” (separa bandar) yang tipikal. Yang mana sehubungan ini, dari kacamata saya, kawasan semi-urban ialah di mana hampir 60% semua pengundi Kelantan bermastautin. Selain itu, sejarah hanyunan undi di DUN tersebut adalah cukup menarik.

Jadual di atas ialah satu exercise menaksir jumlah penyokong tegar atau “hardcore supporters” PAS dan UMNO dalam DUN Wakaf Bharu secara keseluruhan, dan di peringkat komponen DUN iaitu Peti Undi (Daerah Mengundi).

Bagi pembaca yang cenderong perincian teknikal, takrif jumlah penyokong tegar adalah merujuk kepada purata undi yang diperolehi parti-parti bertanding dalam 3 PRU.

Kolum akhir memberikan taksiran samada pengaruh UMNO/BN di sesuatu Peti Undi itu kuat/dominan atau lemah. Taksiran adalah berpandukan beza jumlah penyokong tegar UMNO/BN berbanding PAS. Jika jumlah penyokong tegar PAS mengatasi UMNO/BN maka dikatakan pengaruh UMNO/BN di Peti Undi itu adalah lemah, dan sebaliknya.

Dari jadual di atas, perhatikan bahawa UMNO/BN hanya dominant/ kuat di enam (6) Peti Undi sahaja, termasuk Undi Pos. Lapan Peti Undi lagi adalah di bawah pengaruh PAS.

Diberi penemuan, persoalan yang wajar ialah macam mana UMNO/BN boleh menang sampai 1,406 undi dalam tahun 2004? Walhal dalam PRU 1999 UMNO/BN telah kalah 1,720 undi. Dan sebelum itu dalam PRU 1995 yang tiada apa-apa faktor “gelombang,” UMNO/BN telah kalah 673 undi?

Seperti yang diketengahkan dalam Bahagian 2 dan di awal komentar ini, PAS Kelantan mahu tidak mahu kena bangkit mencari jalan mengatasi faktor Pak Lah itu Mr Clean (yang pada awalnya disangka berkekalan), dan walaupun pedih dan pahit, terpaksa mengaku silap yang telah dibuat. Maka itu, di kebanyakan DUN yang kalah, PAS telah melakukan banyak perubahan berani.

Bersambung.

Friday, September 28, 2007

MEMO PRU12: PAS Kelantan Depani UMNO Marjin 10% -- Bah 2

Nasib Pak Lah dalam PRU12 telah dikunci (his fate was sealed) dengan berlangsungnya tunjuk perasaan kaum India di Putrajaya baru-baru ini. Memang betul insiden ini telah di"blackout" media arus perdana, langsung tidak lapur. Tetapi dalam senyap saya agak gosip dan gambar-gambar insiden ini tersebar luas diseluruh negera melalui internet, hinggakan personaliti-personaliti yang totok biru "ketor" pro-establishment turut jadi penyebar gambar.

Implikasi dan konteks dakwaan
Ya, saya dapat agak sesetengah pembaca merasakan tidak “kesampaian” membaca bahagian pertama komentar ini. Mungkin ramai yang berharap melihat bukti empirik dalam bentuk angka dan data yang memberanikan Rudin membuat dakwaan yang menjadi tajuk.

PAS Kelantan leading,mendahului UMNO 10% adalah satu statemen yang keras lagi sombong bunyinya. Implikasi statemen ini jika diizin Allah menjadi realiti PRU 12 kelak ialah; PAS mendapat 55% undi popular berbanding UMNO 45%. Yang sekaligus boleh diterjemahkan sebagai PAS memenangi 34 dari 45 kerusi DUN Kelantan.

Darihal ini, diharap pembaca dapat bersabar kerana saya perlu menghuraikan konteks cerita dan dakwaan yang agak berserabut. Jika saya tidak berbuat demikian, pembaca khususnya dari kalangan penyokong PAS tidak akan dapat “menjiwai” dan menghargai betapa pesat dan besar perubahan yang telah berlaku dalam kaedah dan orientasi pemikiran PAS Kelantan.

Sehubungan, maaf jika saya meminjam satu frasa asal UMNO yang popular dalam dekad awal 70han dulu untuk mendeskripkan apa yang telah berlaku dalam batang tubuh PAS Kelantan dalam tempoh hampir 4 tahun sejak PRU 2004. Frasa ialah – revolusi mental [1].

Yang mana pada pengamatan saya, sejak terpahatnya keputusan PRU 2004 untuk Kelantan, telah berlaku satu perubahan senyap yang besar lagi menyeluruh, seakan-akan satu revolusi mental dalam kaedah pergerakan PAS Kelantan.

Bagi saya, PAS Kelantan kini sudah punyai satu struktur “command and control” [2] (arahan dan kawalan) yang agak sistematik, setanding dengan apa yang ada di UMNO Pusat. PAS Kelantan kini sudah melangkaui batas metode lama pergerakan, yakni metode “personaliti -air liur -syarah.” Zaman di mana ceramah dan pidato PAS adalah tidak lebih dari episod-episod penglipur lara masyarakat, hakikinya tidak ubah persembahan wayang kulit atau selampit [3], [4], sudah berlalu.


Dari titik nyawa-nyawa ikan

Jadual di atas membawa 1,001 kisah betapa terhakisnya dan tipisnya pengaruh PAS Kelantan digaris penamat PRU 2004. Saksikan sendiri betapa, sebagai contoh, di DUN Kemuning PAS menang dengan lebihan 2 undi sahaja, berbanding lebihan undi 2,210 dalam PRU 1999. Ke mana larinya penyokong seramai 2,208? Keputusan bagi DUN lain dalam jadual membawa kisah dan menagih persoalan yang sama.

Graf di atas merumuskan segala-galanya tentang PAS Kelantan pada tahun 2004. Di saat penyudah semua undi dikira, PAS hanya mendapat lebihan 4,044 undi untuk seluruh Kelantan! Maksudnya di ketika itu, pada tahap lebihan undi 1.5%, pengaruh PAS berbanding UMNO hanyalah setipis bulu “rom” (salah satu sebutan bagi “roma” yang dimungkinkan oleh ejaan Jawi ra, wau, mim – seperti terdapat dalam kitab-kitab lama).

Mengapa boleh terjadi nasib PAS Kelantan sampai ke situ?

Sejarah merakamkan telah bersependapat semua pemerhati dan penganalisis politik, bahawa dalam tahun 2004, prestasi UMNO seluruh negara telah di lonjak oleh pertamanya, faktor “Pak Lah itu Mr Clean.” Faktor kedua ialah ekspektasi rakyat Pak Lah akan melakukan perubahan, membetulkan kesilapan.

Masih berkuat kuasa dan berkesankah faktor-faktor itu? Seperti yang disinggung dalam Bahagian 1 komentar ini, dan saya yakin pembaca sendiri pun adalah lebih arif merasainya – Pak Lah kini adalah laibiliti terbesar UMNO!

Pengundi semua ras/bangsa kini tahu bukan setakat “ilma yakin” (yakin dari pembacaan/cerita) bahkan di tahap “ainul yakin” (yakin dari penglihatan) bahawa Pak Lah bukanlah sebersih yang diperaga. Bukanlah dia tidak korup, dan bukanlah pernah waraq pun akan dia.

Dan lebih malangnya dari perspektif Melayu, langsung tidak bermaya akan dia memfaatkan kuasa demi kebaikan masyarakat amnya, dan khususnya kaum sendiri.

Di beri perkembangan itu, diletak sebelah gambar UMNO yang hambar lagi pudar, apakah tidak munasabah jika kini gambar PAS Kelantan di mata pengundi adalah berkilau maya lagi memberangsangkan? Lantas menyebabkan PAS Kelantan mendapat hayunan -- swing -- sokongan sebanyak 8.5%, secara default.

Bersambung.

Thursday, September 27, 2007

MEMO PRU12: PAS Kelantan Depani UMNO Marjin 10% -- Bah 1

Siapalah koordinator strategi UMNO? PAS berimej Islamik, UMNO pun teringin nak jadi Hadharik. Tetapi dalam menlaksanakan strategi, haru biru sungguh nampaknya UMNO. [i]

Memerhati tajuk berita dan maklumat awam lain, hiba dan terdesak benar bunyinya BN/UMNO sehari dua ini.

  • Melayu tidak peduli soal politik ,rungut Zainuddin Maidin [1].

  • Daftar sebelum akhir Oktober untuk layak mengundi PRU 12, gurau Abdul Rashid, pengerusi SPR [2].

  • Tiada pilihanraya dalam masa terdekat, baca Abdullah Ahmad (Badawi) dari “skrip”nya [3], [4].

Serentak itu, dalam perkembangan lain pula, aktivis PAS, parti bakal mengambilalih dari BN/UMNO di Putrajaya telah mengemukakan bukti BN/UMNO telah bermain kotor.

  • Cubaan ADUN (BN/UMNO) Bukit Tuku import pengundi hantu gagal jerit “manjanik” seorang aktivis PAS [5].

  • Majlis Peguam dengan 2,000 ahlinya asak Kerajaan BN di Putrajaya, itu kita semua tahu [5].

Dan jika Perdana Menteri Boneka seperti “sekala” adanya, pantang berdepan sikit dengan masalah sebesar tahi cicak, akan larilah dia merawat hati di Australia, itu fakta pembaca sendiri pun boleh teka. Tetapi yang terbaru terbang lagi dia ke “rumah suluk” di Australia sempena perarakan Majlis Peguam, mungkin itu tidak ramai pembaca yang perasan [6].

Diberi semua perkembangan ini, bagaimanakah prestasi Abdullah Ahmad (Badawi) dan pasukannya dalam PRU 12 kelak? Almaklumlah, diberi pula lebih 90% rakyat Malaysia yang peka politik sudah tidak percayakan beliau itu “Mr Clean.”

Darihal tinjauan pendapat di atas, usahlah diragukan sangat keupayaannya untuk "capture" mood semasa warga yang peka tentang isu yang dilontar. Dalam kes survey terbaru di blog ini, walaupun hanya 40+ pelawat memberi respons, keputusan survey itu sendiri telah dilawati lebih dari 3,000 kali. Maksudnya, jika seorang pelawat telah baca keputusan sebanyak 3X, boleh diandaikan 1,000 umat Malaya yang celik IT peka akan isu tersebut. Namun sebagaimana biasa perangai Melayu, terlalu ramai yang segan/malu/takut meluah pendapat secara jujur. Hatta dalam suasana "anonymous." Kalau tidak begitu, sah keputusan survey disini membayangkan orang Melayu sudah jadi lebih New York dari umat New York -- berfe'el "don't want to get involved."

Agaknya label apa yang Abdullah Ahmad (Badawi) akan gunakan dalam kempen PRU 12 kelak? “Mr Bean”? Atau mungkin jenamanya disaat itu ialah “Mr No Kuasa”!

Mengapa Rudin ejek Perdana Menteri Malaysia sebagai “Mr No Kuasa”? Ya lah, apa tidaknya. Saf barisan taukeh-taukeh Malaysia lagi berkuasa! Amati perlakuan segala taukeh ayam, taukeh babi, taukeh minyak …

Bersambung.

Tuesday, September 25, 2007

Perang Teluk: 73,846 Askar Amerika Syarikat Maut

Setakat 7hb September, 2007 angka rasmi kerajaan Amerika Syarikat (AS) tentang jumlah tenteranya yang mati dalam peperangan di Iraq hanyalah 3,777 orang. Namun, bangkai gajah sukar disorok.

Pada bulan Mei lalu, seorang celik komputer telah berjaya menafsir angka-angka dari pengkalan data Jabatan Hal Ehwal Veteran AS yang melapurkan hakikat berikut [1]:

Jumlah kematian tentera AS dalam Perang Teluk: 73,846

Kematian di medan perang: 17,847

-- Kematian bukan di medan perang: 55,999

Turut dilapurkan kerajaan AS tidak mahu rakyatnya membandingkan jumlah kematian itu dengan jumlah 55,000 tenteranya yang mati semasa Perang Vietnam dulu. Untuk tujuan itu kerajaan AS hanya melabelkan “kematian medan perang” sebagai kematian yang berlaku sebelum helicopter penyelamat tiba di medan tempur.

Semua kematian yang berlaku setelah askar yang cedera dalam pertempuran dinaikkan ke helicopter penyelamat tidak dikira sebagai mati di medan tempur.

Begitulah bijaknya kerajaan AS menipu rakyatnya sendiri, semata-mata dengan menggunakan silap mata definasi teknikal. Namun, seperti yang pembaca semua yakini, kebijaksanaan setakat itu adalah tidak cukup untuk menipu Allah s.w.t.

Sama-samalah kita doakan kehancuran Amerika Syarikat -- kerajaan, tenteranya dan segala sekutunya di medan jihad Iraq.

Monday, September 24, 2007

Masa Depan Kanak-kanak Di Bawah Regim Barisan Nasional

Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya kerana dapat menimang cucu sulung dari Nurul Izzah. [1]

Dan saya kira, tidak terlambat jika saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad (Badawi) kerana baru-baru ini dapat menimang cucu dari Khairy dan Nori [2].

(Sehubungan, saya juga ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Abdullah Ahmad [Badawi] kerana bernasib seribu kali lebih baik dari Maharaja Tua idolanya dari negara jiran yang mengikut khabar angin kencang disuatu ketika dulu, telah mendapat cucu sulung berkulit putih lengkap bermata biru, hasil jalinan hubungan “diplomatik” menantunya dengan khabarnya, seorang penyuluh dari Amerikat Syarikat.)

Takziah saya ucapkan keluarga Jazimin Abdul Jalil di atas tragedi yang menimpa Nurin Jazlin. [3], [4]

Kepala hotak ko saya ucapkan kepada Nazri dan Musa Hassan kerana mengugut untuk mendakwa Jazimin Abdul Jalil sekelamin kerana kononnya telah berlaku cuai dalam menjaga Nurin Jazlin hingga membawa kepada tragedi. [5] [6], [7]

Nampak gayanya, diberi statemen Nazri dan Musa, tindakan seorang ibu di Seremban kelmarin mengurung anaknya dalam satu sangkar besi adalah tepat, setepat-tepatnya. Polis pangkat bawah mungkin tidak bersetuju dengan cara ibu tersebut bertindak mengawal anaknya, langsung campur tangan melepaskan kanak-kanak itu. [8]

Tetapi memandangkan polis pangkat tinggi dan menteri Barisan Nasional adalah terlalu lurus bendul (setentunya dalam semangat saling “mencebok”) dalam mengaplikasi undang-undang Akta Kanak-kanak 2001, saya kira ada baiknya jika kita semua sebagai pengguna menyokong padu penubuhan industri “sangkar budak” demi mengelak anak cucu kita dari terdedah kepada mara bahaya; dan seterusnya diri kita sendiri dari didakwa oleh Nazri dan Musa Hassan, sekira berlakunya apa-apa yang tidak diingini kepada insan-insan tersayang kita.

Sunday, September 23, 2007

PRU 12: Darihal 70,000 Pengundi Haram

Bukan setakat Kerajaan BN dan PDRM memberi layanan istimewa kepada babi, tetapi khabarnya pendatang haram akan diberi "kerakyatan instant" demi memenangi PRU 12.

Buat pertama kali sejak saya mulakan blog ini, izinkan saya bertindak diluar karektor dengan memperturunkan satu mesej SMS yang saya terima.

Saya tidak lakukan apa-apa kepada SMS yang agak panjang ini sekadar melengkapkan ejaan supaya mudah dibaca, dan memberi rujukan kepada berita yang dimaksudkan pemula SMS.


Assalamuaikum para pejuang PAS.

Ini ada maklumat tentang pengundi hantu untuk Kelantan.

- 70 ribu pengundi hantu akan dibawa dari Pulau Dua.

- Myanmar, 40 ribu telah dibawa baki 30 ribu sedang diproses.

- Antara rakyat Myanmar itu adalah seperti dilapurkan HARAKAH keluaran lalu. [1]

- 5 rakyat Myanmar yang mati dan 10 lagi yang cedera dalam bas yang disewa Jabatan Imigresen, dalam accident di Kedah bulan lalu adalah sebahagian dari pengundi hantu. [2], [3], [4], [5], [6]

- 8 ribu lagi akan dibawa dari Kampuchea.

- Pegawai yang terlibat di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) nama: M. Zin, Aras 5, Blok D2, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Sempena bulan puasa ini doakan dan lakukan solat hajat supaya beliau diberi balasan oleh Allah dengan sewajarnya. Paling kurang boleh anda lakukan ialah berdoa dan sebarkan kepada 5 yang lain.

8:35 malam 21hb September, 2007.

Perhatikan pemula SMS tidak menyuruh pembaca berbuat apa-apa yang tidak wajar atau ganas, selain dari mendoakan dan bersolat hajat.

Untuk renungan pembaca, amati bahawa petugas pilihanraya dari pihak mana sekalipun tidak dapat mempertikaikan “hak mengundi” dan menghalang seseorang itu dari membuang undi jika si-polan datang bersama kad pengenalan Mykad yang “sah” (ada gambar pembawa yang persis atau semirip), dan nama si-polan ada dalam daftar pemilih.

Soal orang yang melihat dan menilai si-pembawa kad pengenalan itu yakin dalam hati sampai ke tulang hitam bahawa si-polan itu bukan penduduk tempatan, dan terhidu pula bau “jebat” (bacin) seorang Bangla atau Myanmar; itu adalah poin akademik yang tidak boleh diambil kira dalam mana-mana mahkamah.

Sama-samalah kita doakan agar Allah memelihara demokrasi di Kelantan.


Nota: Tajuk artikel diubah pada September 24, 2007.

Saturday, September 22, 2007

Koridor Ekonomi Pantai Timur: Antara ‘Ecer’ dengan ECER

Dalam slanga Kelantan perkataan “ecer” dalam konteks atau konotasi apa sekalipun tidak mempunyai maksud yang baik/manis.

Tahi berlecer – membawa maksud pembuangan najis yang tidak terkawal lagi, hingga meleleh di betis atau kaki, hatta bertaburan dijalanan.

Darah berlecer – pendarahan tidak terkawal ekoran kemalangan, dihentak orang, atau tompokan pada pakaian gadis sunti yang masih belum mahir mengendalikan kebersihan semasa uzur syarie.

Ecer nama/cerita – menjual nama atau memfitnah.

Baso (jenis) ejer – manusia tidak boleh diharap, tidak boleh simpan rahsia, jenis lalai.

Ecer! – sia-sia, tidak berhasil, bodoh.

Amnya dari contoh di atas dapat dirumus bahawa dalam slanga Kelantan, “ecer” membawa maksud tidak terkawal, terburai, berterabor, tidak focus, fitnah dan sia-sia.

Itu perkataan “ecer” di Kelantan, salah sebuat negeri yang akan masuk dalam wilayah takluk projek Abdullah Ahmad (Badawi) yang ringkasnya digelar “Koridor Timur.” Manakala di Putrajaya pula, "ECER" adalah satu perkataan keramat yang dengan mana Menantu Abdullah Ahmad (Badawi) berhasrat menjadikannya sebagai penangkal merampas Kelantan dari PAS, dan seterus menundukkan PAS di Terengganu untuk beberapa PRU yang akan datang [1].

ECER ialah akronim Inggeris yang membawa maksud “Eastern Corridor Economic Region.” Projek ini telah dicanangkan akan melibatkan "pembangunan" hampir 51% dari bumi Semenanjung Malaysia. (Mesti Lee Kuan Yew tersenyum lebar, lagi puas).

Apa ada dengan ECER, hinggakan belum pun dilancar Rudin X sudah memperlekeh dan mempertikai?

Rujuk saja lapuran akhbar, dan tak boleh tidak pembaca budiman akan diterpa kehaprakkan dua fakta besar berikut:

  • 40% atau RM44.8 bilion dari bajet RM112 bilion ECER ialah untuk pembinaan lebuh raya [2]. Maksudnya grup terbesar yang bakal menerima manfaat projek ini ialah suku sakat Samy Velloo. Nah awak, mana kepentingan Melayu Pantai Timur dalam projek yang bakal ecer ini?

Nampak gayanya bila terlaksana projek ECER kelak, makin banyaklah zakat Samy Vello untuk pembikinan berhala-hala mega bersalut emas.

Okay-lah, untuk berlaku adil kepada pelakun terbaik watak Perdana Menteri dan projek ecernya, mungkin juga seorang Melayu, Annuar Musa wira-PPRT yang kebelakangan ini tentunya sudah pandai buat lebuh raya akan mendapat manfaat.

Ya lah, apa tidaknya, sejak Menantu Perdana Menteri Boneka menganugerahkan Annuar Musa projek lebuh raya Kota Bharu –Kuala Krai yang panjangnya tidak sampai 100 km, pada harga yang disoksekkan sekitar RM1.8 bilion.

(Tu dia adik-kakak, kos lebuh raya RM18 juta per kilometer. Paling koman pun mesti diturap “emas Zhulian” dan ditatah “berlian Swiss.” Kan?)

  • Poin kedua yang pembaca mungkin tidak perasan ialah penubuhan sebuah badan amanah untuk kononnya, "majukan" Tanah Rizab Melayu.

Maksudnya, atas nama pembangunan, pengendali ECER akan pujuk/tipu dan akhirnya paksa Melayu untuk serah tanah kepada badan amanah ini, yang yakinnya akan diurus oleh manusia-manusia yang kita semua boleh bayang, dipilih dari kalangan mereka-mereka yang tidak beramanah! (Apa? Selama ini geng-geng Menantu Perdana Menteri boneka itu baik-baik belaka).

Berapa ramai pekebun Melayu seluruh negara yang boleh ceritakan betapa setelah 20 tahun serah tanah kepada FELCRA untuk dibangunkan, lima sen dividen pun tak pernah dihulur?

Atau tanya saja peserta KESEDAR Kelantan mengapa setelah hampir 25 tahun (suku abad) menyertai tanah rancangan, hutang mereka dengan KESEDAR masih belum langsai? Dan lagi, mengapa di musim harga kelapa sawit RM400/tan peneroka KESEDAR masih dibayar elaun RM300/bulan (belum tolak hutang) untuk hasil dari kebun mereka seluas 10 ekar/orang.

Walhal umum tahu 1 ekar kebun kelapa sawit mampu hasilkan buah hampir 1 tan/bulan. Maksudnya sengkek-sengkek pun peneroka KESEDAR patut dapat hasil hampir 10 tan/bulan, yang mana hasil ini adalah bersamaan dengan RM4,000/bulan. Langsung membawa kepada soalan bodoh saya: Ke mana perginya duit RM3,700/bulan hak peneroka itu?

Bab serah tanah kepada badan-badan amanah anjuran dan di bawah kawalan Kerajaan BN, saya congak, bangsa Melayu sudah cukup masak dan cerap akan akibatnya. Hatta tanah-tanah itu diserahkan kepada badan-badan amal ugama sebagai wakaf. Sehubungan ini, pengalaman seluruh Semenanjung menunjukan anak cucu pasti akan putih mata melihat tanah datuk nenek mereka dimanfaatkan oleh pemaju bukan Islam, dengan mereka sebagai pewaris tidak mendapat apa-apa.

Begitulah secebis dua komentar yang terlintas bila saya terbaca maklumat ringkas yang dipratontonkan tentang ECER. Yang mana, saya yakin ramai pembaca akan bersetuju dengan saya, jika dikatakan dengan terlaksananya projek yang bakal Abdullah Ahmad (Badawi) lancarkan ini, kepentingan ekonomi Melayu Pantai Timur akan berlecer.

Monday, September 17, 2007

Sahih: Anwar Ibrahim Bertanding di Tanah Merah

Laksana terkejutnya seorang amah (babu/pembantu rumah) bila majikannya tanpa isyarat tiba-tiba meluahkan pendaman rasa kasih yang menjulang; begitulah terkejutnya warga Jajahan Tanah Merah, Kelantan, kelmarin bila Perdana Menteri boneka mengumumkan kerajaan pusat akan membelanjakan RM378 juta membangunkan daerah itu [1].

Berita ini sekaligus mengesahkan khabar angin yang tersebar deras di Kelantan dalam tempoh seminggu dua ini, bahawa PAS Kelantan telah merestui Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen Tanah Merah dalam PRU ke 12 kelak.

Jika kedua-dua proposisi (premis penaakulan) di atas ternyata benar dan berhubungkait, satu rumusan besar boleh dibuat – PRU ke 12 akan diadakan selepas April 2008, yakni selepas tamat tempoh larangan Anwar Ibrahim bertanding dalam sesuatu pilihan raya. (Selain dari membayangkan kemelut peralihan kuasa politik Sarawak masih belum terungkai [2]).

Dalam perkembangan yang sama, Perdana Menteri boneka juga telah singgah berkempen di Jajahan Machang [3], di mana khabarnya Saifudin Nasution bekas wakil parlimen Lunas telah disahkan akan bertanding dalam PRU ke 12 kelak di atas tiket PAS.

Implikasi terbesar berita ialah, Khairi Jamaluddin menantu merangkap Perdana Menteri Malaysia sebenar, gerun akan kebolehan Saifudin Nasution berpolitik dan prospek bertembung dengan kakah (slanga Kelantan = watak) itu dalam parlimen.

Sunday, September 16, 2007

Babi Sebagai Penangkal FRU

Siapa kata gadis Melayu tak menawan? Kiranya Jamal Abdillah adalah pujangga Melayu yang paling tajam lagi jujur pengamatanya. Gadis Melayu, pakai apa, dukong apa sekalipun, tetap mulus lagi menggoda.

Saya tidak bercadang untuk berpanjang lebar seputar betapa FRU yang gagah perkasa itu menikus bila berdepan dengan penternak haram babi - yakni, bela babi sambil langgar undang-undang perlesenan jumlah ternakan dan peraturan alam sekitar – di Melaka. Saya congak pembaca telah pun mahir subjek ini.

Begitu juga saya tidak bercadang mengaitkan prestasi kejantanan FRU yang ditunjuk di Melaka dengan usaha mereka meng-qodho kepenikusan itu di ‘pesta rusuh” di Batu Buruk Terengganu.

Cuma mesej yang saya hendak sampaikan di sini ialah saf aktivis pembangkang Malaysia, khususnya mereka-mereka dari kalangan Melayu-Islam tidak seharus berfikiran jumud dan dogmatik dalam persediaan bertembung dengan FRU.

Islam itu adalah ugama yang cukup liberal dalam hal-hal dharurat. Jika babi boleh dijadikan penangkal, azimat yang boleh melemahkan FRU, janganlah segan silu berperisai dengannya. Anda bimbang tentang haram? Fikir, samak!

Nota: Gambar asal, konteks dan penjelasan boleh dilihat di laman “kl_boleh”.

Sinis & Imajinasi Melayu

Terlior dan kepingin ke Starbucks Coffee [1] tetapi anda kurang mampu? Atau, anda mampu, tetapi malu dan tidak punyai kawan yang sanggup menemani anda. Mampiri sajalah warung kopi dalam gambar di atas.

Produk dan mutu perkhidmatannya mungkin tidak setanding di warung Starbucks sebetulnya, tetapi dalam keadaan anda tidak berkemampuan atau mempunyai rasa rendah diri yang teramat, berlibur di warung yang punyai nama se-intonasi pun kiranya sudah memadai.

Khabarnya warung ini berada Beranang, sebuah kampong merangkap pekan kecil selepas bandar Semenyih di lebuh raya lama Kajang-Seremban.

Nota: Gambar asal dan konteks boleh dilihat di laman “kl_boleh”.