Friday, April 04, 2008

100 Hari: Mampukah Dollah Badawi Bertahan? (Bahagian 1)

Belum lagi ayam berkokok pada subuh 9hb Mac 2008, kemenangan Dollah Badawi dalam PRU 12 telah disambut dengan gelombang demi gelombang asakkan dari pelbagai penjuru masyarakat supaya beliau tidak menyandang kerusi perdana menteri Malaysia.

Namun, dalam bertindak tipikal dengan perangai bodoh sombongnya, semua nasihat ikhlas, saranan, seruan, pujukan, kutukkan, ejekkan dan tuntutan tidak diendahkan.

Gasak dia lah.

Pilihan -- undur secara sukarela dan terhormat, atau mengheret ekor dicelah kaki, dihalau dihambat turun dari tahta perdana menteri secara paksa -- itu hak dia. Yang pasti, lambat laun Dollah akan terpaksa buat pilihan ini.


Soalan Cepumas
Mampukah Dollah Badawi bertahan selama 100 hari sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling dibenci dan diperlekeh rakyat dalam sejarah Tanah Melayu?

Sebelum kita terokai jawapannya, molek kita fahami mengapa tempoh 100 hari dipilih sebagai jarak masa Dollah mampu bertahan.


Signifikansi Tempoh 100 Hari
Dalam budaya Melayu-Islam jarak masa 100 hari mempunyai signifikansi yang tersendiri. 100 hari ialah hari terakhir seorang yang meninggal dunia akan diingati oleh sanak saudara. Lazimnya dihari ke-100 ‘kenangan” simati akan diraikan dengan majlis “kenduri tahlil.”

100 hari yang juga bersamaan dengan tempoh 3 bulan 10 hari adalah sifir mudah (sifir jahil) bagi menentukan iddah (tempoh larangan) bagi perempuan yang bercerai atau kematian suami berkahwin semula.

Selain itu, 100 hari ialah lazimnya tempoh mujarab “minyak pengasih” atau kesan “sihir mahabbah” yang dari kelas “pisek” (perkataan Selatan Thailand yang bermaksud "unggul").

Pun tempoh 100 hari mempunyai signifikansi yang besar dari perspektif “mundane astrology” [1], [2] (bermaksud falak hal ehwal perniagaan dan kerajaan. Yang mana minat saya terhadap bidang ini di zaman saya jahiliyah dulu telah menyebabkan saya sampai ke dalam kuil-kuil Hindu di Nepal dan India bersimpuh menghadap pakar-pakar bidang ini. Perhatikan pengajian astrology/falak adalah haram di sisi Islam. Untuk rekod umum, saya telah pun lama bertaubat dari mempraktikkan segala bentuk astrology/falak). Amnya, mengikut fahaman mundane astrology nasib sesuatu kerajaan atau perniagaan boleh berubah sakan – kepada baik atau buruk secara drastik -- dalam tempoh 100 hari.


Kenapa Dollah Badawi Tidak Boleh Bertahan
Rakyat jelas boleh lihat bahawa dalam berkeras mahu jadi perdana menteri Dollah tidak didorong, apatah dirasuk oleh apa-apa suara ghaib, atau ditekan oleh kehadhiran satu nilai murni, satu idealisme suci, atau satu rasa terpanggil menyelesaikan satu misi luhur, untuk menjadi perdana menteri.

The man has no fucking ideals backing his stand.

Sebaliknya Dollah berkeras untuk terus duduk dikerusi perdana menteri semata-mata kerana harta dan wang ringgit. Semata-mata kerana kepentingan ekonomi anak dan menantu.


Derhaka -- Meronta Laksana Lembu Lepas Disembelih
Perhatikan Dollah sanggup berperang menderhaka (melalui proksi) dengan Al Sultan Terengganu, berkeras mahukan Idris Jusoh di kerusi Menteri Besar bukan kerana apa-apa misi politik yang penting lagi genting, tapi semata-mata kerana ingin menjamin royalti minyak untuk negeri Terengganu yang dipanggil Wang Ehsan, berjumlah RM1.2 bilion setahun, kekal dikuasai oleh anak dan menantu beliau.

Berbekal motif yang bukan setakat picisan, malah terlalu primitif, Dollah telah bangkit menentang Al Sultan Terengganu, berhulubalangkan antara komando-nya, Peguam Negara Gani Patail – satu relik lantikan Tun Mahathir untuk menggembirakan establishmen politik Sabah. Maka Dollah pun mahu cetuskan satu “krisis perlembagaan”.

Tetapi seperti mana biasa dengan kelaziman saf penasihat Dollah yang bertopengkan imej “pandai”, mereka lupa bahawa Tuanku Mizan yang mereka derhakai bukanlah berseorangan (yang sohih lagi wajib tentu, rakyat di belakang Tuanku 100%). Tanpa mereka sedari, malah mereka gagal "baca" bahawa selain rakyat, bersama Tuanku Mizan ialah ayahanda-ayahanda beliau sultan-sultan negeri lain, yang setengahnya dunia memang iktiraf bijak, berhikmah, lagi hebat; seumpamanya, Tuanku Azlan Shah, bekas Ketua Hakim Negara termuda dalam sejarah negara-negara Commonwealth.

Maka itu tidak hairanlah bila dikhabarkan serangan derhaka Dollah terhadap Tuanku Mizan telah dipatahkan hanya dengan satu ayat dari mulut Tuanku – tubuh Suruhanjaya DiRaja Siasat Penggunaan Wang Ehsan dari tahun 2004 hingga 2007.

Dikhabarkan reaksi Dollah mendengar titah tersebut ialah seakan terkincit dalam seluar, sekoyon-koyon pucat tidak berdarah, lagak macam nak pengsan. Terus akur Dollah yang selazimnya bongkak itu laksana pacal (maksud perkataan Melayu purba “pacal” ialah anak anjing buruk telinga/telinga kurap) hina yang diketuk kepala.

Sudahlah “kalah mudah” di Perlis, “kalah tanpa sempat buka mulut” di Perak, dalam episod menderhakai Al Sultan Terengganu, Dollah Badawi “kalah mati.”

Bersambung di Bahagian Kedua.

1 comment:

Anonymous said...

dekat seribu tahun hang tak memblog!