Wednesday, July 11, 2012

Insurgensi: Hari Ini Pedang Samurai, Esok Pengebom Bunuh Diri?

PM Najib terdedah kepada tindakan jahat musuh
Senario.  Insiden amuk di perkarangan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin, Julai 9 mempunyai semua ramuan untuk melayakkannya di cap sebagai tindakan insurgensi.

Cubaan sepasangan pengamuk itu walau bagaimana pun telah dipatahkan oleh pengawal bersenjata yang tidak teragak-agak untuk melaksanakan tugas.  Petugas keselamatan hari itu tidak berkerja dengan santun dan pasif untuk manfaat kamera Aljazera atau BBC seperti kalau mereka bertugas semasa perhimpunan BERSIH 3.0.

Hari ini diketahui bahawa ada sekurang-kurangnya tiga orang lain terlibat dalam plot tersebut.  Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah pasangan berani mati itu hanya baru berkenalan untuk tempoh satu minggu. [Klik di sini untuk contoh berita]

Dalam kejadian itu, pengamuk menggunakan pedang samurai.  Itu Isnin lepas.  Tetapi apakah yang menghalang puak-puak subversif yang menjadi dalang insiden tersebut untuk bertindak lebih berani di masa hadapan? Apa kata kalau di lain kali mereka menggunakan pengebom bunuh diri (suicide bomber)?


Konteks insiden.  Kejadian berlaku semasa populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tahap tertinggi.


Takrif.   Insurgensi (insurgency):  Satu gerakan terancang bertujuan menggulingkan sebuah kerajaan yang dibentuk secara sah melalui kaedah subversif dan konflik bersenjata.

Subversyen (subversion):  Satu usaha yang sistematik untuk menjatuhkan atau melemahkan sistem kerajaan atau politik oleh orang-orang yang bekerja secara rahsia dari dalam.


Pengalaman lepas.  Pada Mei 21, 1991 Rajiv Ghandi bekas Perdana Menteri India telah dibunuh oleh seorang perempuan pengebom bunuh diri yang menyangkut bom yang digubah seperti sekalungan bunga ke leher Rajiv.  [Klik di sini untuk contoh laporan]


Apakah PDRM dan Risik Tentera sudah bersedia untuk kemungkinan seperti itu?

1 comment:

Unknown said...

Insiden sebegini sememangnya tidak dijangka dan merupaakan satu bentuk ancaman baru kepada negara kita..dalam aspek ini saya rasa ada benarnya persoalan yang saudara kemukakan..pihak SB dan risikan ATM perlu lebih berhati-hati dengan kemungkinan berlakunya insiden seumpama di masa mendatang.