Punah sakan semenjak PAS ambil Anwar & Ambiga sebagai imam |
Tolak bilal dan khatib, diluar solat, orang Melayu jarang bertakbir dengan nyaring. Rata-ratanya orang Melayu bertakbir nyaring dua kali setahun. Itu pun kalau ke masjid atau surau untuk solat sunat Raya Puasa dan Raya Haji.
Bagi ramai orang Melayu laungan takbir - 'Allahu Akhbar' - adalah lencana identiti PAS. Dan jika diperhatikan, penyokong PAS amnya rasakan 'takbir' adalah monopoli parti mereka. Orang Islam lain, khususnya penyokong UMNO, tidak layak bertakbir. Seolah-olah kalau orang Islam lain mahu bertakbir, mesti ada kebenaran PAS.
Sebagai adat, PAS gunakan takbir sebagai tanda sokongan dan sebagai tanda seru (exclaimation mark) semasa ceramah. Cara penggunaannya begini:
- Jika penceramah katakan sesuatu yang bernas, ada hadhirin akan jerit 'takbir' (bukan Allahu Akhbar) tanda setuju.
- Selesai ayat penceramah memperihal hina serta caci pemimpin UMNO, akan ada yang jerit 'takbir'.
- Penceramah buat lawak atau kelakar, akan ada yang jerit 'takbir'.
Amnya PAS guna 'takbir' sebagai ganti tepuk tangan, kerana bagi orang PAS, tepuk tangan itu tidak Islamik.
Dalam perkembangan terbaru, ada pelacur yang laungkan takbir bila diserbu pegawai penguatkuasa. Nampaknya seperti dengan penyokong PAS yang lain, pelacur tersebut menyangka laungan 'Allahu Akhbar' adalah kata kod (code word) untuk halau hantu, penyokong UMNO dan segala penguatkuasa undang-undang yang lain. [Klik di sini untuk laporan lengkap]
No comments:
Post a Comment