Tuesday, July 10, 2012

Subversif Dalam Negara Simptom Serangan Musuh Luar?


Mungkinkah penjenayah ragut kebelakangan ini bertindak mengikut skrip?  Yang mana mereka sebenarnya diupah untuk bertindak ganas?  Ganas yang diupah seperti perusuh “baju merah darah ikan” semasa demonstrasi BERSIH 3.0 dulu?  Siapa yang mengupah?  Musuh dari luar, atau pengkhianat dalam negara?  Atau gabungan musuh luar dengan talibarut dari dalam?

Perhatikan senario berikut.

Dalam tempoh seminggu dua ini banyak berita jenayah yang “tidak masuk akal” telah dilapor.  Maksudnya “jenayah biasa” yang dilakukan dengan modus operandi (MO) “luar biasa.”  Jenayah jalanan yang dinaik taraf jadi jenayah ganas membunuh.  Jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan “komuniti penjenayah” kebelakangan ini.

Rakyat Malaysia dah lali dengan ragut atau samun.  Bila disebut “peragut” umum secara otomatik boleh nampak profil penjenayah dalam mata hati.  Penagih dadah.  Lazimnya lelaki Melayu, dalam lingkungan umur 16-35 tahun. Jenayah dilakukan dari motosikal.  Jenayah dilakukan sendirian atau berpasangan. Jenayah adalah sekadar cari modal untuk lepaskan gian ("rindu") dadah.
 
Mangsa akan dikasari, ditendang, ditolak, malah boleh juga diseret, dan/atau dihentak dengan topi keledar jika melawan.  Jika jenayah berlaku semasa mangsa menonggang motorsikal, kemungkinan besar mangsa akan mengalami kecederaan, kerap parah, adakala hingga meragut nyawa.

Namun dalam tempoh 20 tahun sejak jenayah ragut menjadi ciri lanskap kehidupan di Malaysia, tidak pernah dilapor mangsa ragut dengan sengaja dilibas dengan senjata atau ditikam.  Kecuali kebelakangan ini. Perbuatan ragut sudah jadi semirip kes sengaja nak bunuh.  [Klik di sini untuk contoh berita].


Kelmarin Julai 9, sepasang “pengamuk” telah ditembak polis dalam kejadian cuba menyerang pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.  [Klik di sini untuk contoh berita].  Kejadian ini anih kerana berlaku tanpa apa-apa amaran, di saat populariti Perdana Menteri berada di kemuncak. 

Pengamuk yang mati dalam kejadian dilapor adalah seorang blogger.  Sehubungan ini apa yang nampak ialah satu “kebetulan janggal” di mana blog allayarham dimulakan seputar waktu berlakunya BERSIH 3.0.

Perhatikan kejadian jenayah ganas ini mendahului dan menyusuli sidang akhbar Wan Azizah yang mahukan PDRM menghentikan risikan kea atas aktiviti suami beliau.  Sebaliknya Wan Azizah mahu PDRM tumpukan usaha kepada basmi jenayah. [Klik di sini untuk contoh berita].

Notakan aktiviti subversif adalah satu cara musuh asing menyerang sesebuah negara tanpa perlu melibatkan tentera.  (Contohnya, Singapura yang tidak berani perang terbuka dengan Malaysia tetapi mahu lihat Malaysia “tak senang” boleh saja upah penjenayah lakukan kacau bilau dalam negeri.  Hanya perlu tiga empat orang pegawai kedutaan untuk jadi ko-ordinator.  DAP tentu tepuk tangan riang dalam diam!).

Di awal “perang saudara” Syria, demonstrasi ganas oleh lepasan pusat pengajian tinggi yang menganggur tiba-tiba meletus di seluruh negara.  Kini diketahui demonstrasi ganas tersebut telah di-orkestra-kan dan ditaja oleh kuasa NATO yang mahu lakukan “perubahan regim” di Syria.

Sudahkah Cawangan Khas tinjau sudut ini?

No comments: